Seputih Salju Switzerland : Hari Ketiga : Part 1

Yezzah!! Sampailah hari ketiga akak kat Swiss. Kiranya dua malam kami tidur di hotel yang sama iaitu Grand Hotel Suisse Majestic di Montreux. Yang bestnya, bilik hotel tu sediakan WiFi free.

Walaupun dah tido dua malam kat Swiss, akak masih lagi jetlag tak abes-abes. Pukul 2.30 pagi waktu sana (9.30 pagi waktu Malaysia), akak dah terkebil-kebil tak boleh tido. Terjaga. Stress tau tak. Yelah, pukul 10 malam akak tido, pastu baru tido 3-4 jam dah terjaga. Pastu terpaksala online. Nasib baik free kan? Apalagi. Akak pun postle gambo-gambo kat FB. Pastu update status pasal kerenah orang Swiss dan melayan kawan-kawan akak yang mintak belikan fridge magnet kat FB tu.

Tudiaa akak update FB setiap pagi..

Ni pulak rate bilik untuk hotel ni..

CHF1 = RM3.50 ye.. Fengsan!

Ada gak salah sorang member akak mintak cek kan berapa kelajuan internet kat Swiss. Lalu akak pun menge’test‘ speednya. So, ni laju ke tak? Akak pun tatau.. Haha..

Walaupun kat sana sejuuuuukkkk, tapi dengan adanya selimut yang gebu ni, akak tak rasa sejuk sangat. Siap berpeluh-peluh bila bergulung dalam selimut tu.


Selimut yang gebu

Waktu Subuh kat sana dalam pukul 5.30 pagi. Lepas solat, akak try tido balik. Tu pun kejap je. Dah tatau buat ape, akak pegi balkoni. Baru akak sedar satu perkara…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hoihhh!! Lawanya view dari bilik akak…

Menangessss tak tengok? Cantek kan? Yang kelakonye, masa akak nak lepak kat balkoni tu, akak tatau lantai balkoni tu bukan main sejuk. Lupa pulak nak pakai selipar hotel. Sudahnya terlompat-lompat haku bila tapak kaki kena lantai.. Hiks!

Pukul 7.15 pagi akak bersiap-siap nak pegi breakfast. Sebelum tu, beg-beg pun dah kena kemas siap-siap dan ditinggalkan kat depan pintu. Nanti bellboy akan tolong bawakkan ke bawah. Maklumlah, hari last duduk kat hotel tu. Nak kena pindah hotel lain pulak lepas ni.

So, ni bilik akak. Bilik 114

Kad access masuk bilik

Haaa.. Dari lobi nak masuk ke cafe hotel dah boleh nampak pemandangan gunung salji dan tasik


Ceria je muka masing-masing sebab dapat makan. Tengah makan pun syok je tengok view gunung-gunung kat belakang tu..


Lepas setel breakfast, akak ajak bebudak lain pegi carik cemana cara nak turun ke belah bawah sebab tak puas tengok view dari balkoni bilik je. Sebab dari balkoni bilik tu, kitorang boleh nampak taman, orang joging, jalan-jalan. Tapi bi la cuba turun ikut tangga dalam hotel, macam tak boleh sampai ke sebelah belakang tu. Rupanya ada jalan lain. Kena keluar dari hotel, pegi sebelah tepi hotel ada tangga turun ke bawah. Patutlah carik-carik tak jumpa. Nasib baik tanya Sam (tourist guide kami).

Bila dah turun bawah, konfem memang lawa gila! Dengan angin pagi yang sejuk, pergghh!! Memang terbaiklah kalau nak jenjalan dan pose-pose. Lets!

Macam sama je semua view kat Swiss ni kan? Hehe..

Dari belah belakang

Tetiba akak kompius, sebenarnya ni sebelah belakang ke depan. Macam lawa sangat je.. Takpela, abaikan

Aksi wajib..

Akak mengelat

Macam tak jadi je

Malas nak lompat-lompat dah. Pose camni..

Azmi yang sewel

Faizal gilo!

Tak abes-abes!

Dah lepas amik gamba, kitorang kena berkumpul balik depan hotel sebab nak bersedia naik train.

Sempat pose!

Station ketapi laju depan hotel

Ke manakah destinasi kami pada pagi hari ketiga tu?

Teket tren yang diagih siap-siap oleh tourist guide kami

Naik eskalator

Jadual perjalanan. Yang nombor 3 – 5 tu akak tatau apebenda

Golden Pass Panoramic. Panoramic kah viewnya? Sama-sama kita nantikan..

Gstaad Mountain Ride katanya

Tren ni jalan tepat pada jam 9.44 pagi. Haa kau.. Mana destinasinya? Ya, tren yang kitorang naik ni akan bawak kitorang dari Montreux ke Gstaad. Di Gstaad tu pulak ada station cable car untuk naik ke salah satu puncak Alps iaitu di Glacier 3000. Memang teruja nak main salji nih!

Montreux ke Gstaad

Kami dah dipesan pakai baju tebal-tebal sebab suhu kat atas tu boleh mencecah -10 darjah celsius. Beku hoi!! Nasib baik member akak ada sedekahkan koyok badan. Memang sangat-sangat membantu. Terima kasih Supermeng Malaya!

Koyok ni akak tampal kat perut dan belakang badan. Panasssss je. Besttt!

Dalam tren

Pemandangan dari Montreux ke Gstaad tu bukan main lawa. Tapi tu lah, salji dan salji dan salji. Pastu ada la lalu tasik, pastu salji lagi…

Rumah-rumah pun abes tenggelam dek salji

Salah satu station yang ada. Sempoi je. Macam rumah kayu. Huhu


Dari Montreux ke Gstaad mengambil masa 80 minit dan akhinya…..

Yeayy! Sampai dah… Lebih kurang pukul 11 pagi, kami sampai ke Gstaad. Turun je dari tren, hujan renyai-renyai pulak. Ahh sudah..Hujan-hujan pun, sempat gak bergamba dengan kuda. ;-)

Masa ni Gwiyomi tak popular lagi okeh.. Heehee..

Dari station Gstaad tu, kena naik bas pulak untuk ke station cable car. Bas dan pemandu masih sama. Sebab, kitorang je yang naik tren dari Montreux. Driver bas kitorang bergerak dari Montreux masih lagi dengan bas.

Naik ke atas tu pun cantik viewnya. Dari dalam bas tu boleh nampak ada orang main ski. Best je tengok dorang meluncur. Perjalanan dari station ketapi untuk naik ke station cable car tu dalam 30 minit camtu.

Akhirnya, sampailah kami ke station cable car Glacier 3000. Apa aktiviti akak kat atas sana? Nantikan sambungannya… Stay tune..

Seputih Salju Switzerland : Hari Kedua : Part 2

Ok, sambung lagi..

Sebenarnya Château de Chillón ni tak jauh pun, seberang jalan je daripada restoran tu. Dari pathway nak ke istana tu, boleh nampak Tasik Geneva. Apa lagi, amik gamba arr..

Haa, sampailah ke istananya.. Sikit info pasal istana ni :-

Istana Château de Chillón (Chillon Castle) adalah istana pulau yang terletak di tepi Tasik Geneva, 3 km dari Montreux, Switzerland. Penggalian yang telah dilaksanakan dari akhir abad ke-19, khususnya oleh arkeologi Albert Naef (1862-1936), mengesahkan bahawa istana ini telah diduduki sejak Zaman Gangsa. Sejarah Château de Chillón telah dipengaruhi oleh tiga zaman utama: Zaman Savoy, Zaman Bernese dan Zaman Vaudois.

Istana kini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan. Menurut laman web istana, istana ini disenaraikan sebagai “monumen bersejarah yang paling kerap dilawati di Switzerland”. Di dalam istana terdapat tempat yang boleh dilawati iaitu bilik utama termasuk bilik tidur, dewan dan gua setor. Di dalam istana itu sendiri terdapat empat dewan yang besar, tiga halaman, dan satu siri bilik tidur terbuka kepada orang ramai.

Macam biasa, buat lawatan dalam tu. Adalah tukang cerita yang guide kami kat dalam tu.


Salah satu binaan dalam istana tu


Tempat simpan air kencing syaitooonn


Baju perang


Tempat pesalah dihukum gantung. Eiii seram..


Tu bukan tungku nak masak ye. Tu lubang jamban. Raja berak kat situ. Hasil nyahtinja dia terus pelepup! Jatuh dalam Tasik Geneva. Ikan makan! Hahaa.. Eeeuuwww
!!!

Nampak tak jamban tu ada dua lubang? Akak saspek, dorang memerut secara berjemaah. Sambil memerut, sembang-sembang hal ehwal negara. Gossif liar pasal dayang-dayang ke. Kah kah! Pastu ada spot dalam istana tu yang kalau kita amik gamba, pehh!! Bukan main lawa lagi view dari situ, MasyaAllah!


Ini spotnya!

Nak tengok apa hasilnya? Nah…

Lawa kan? Kami yang tak jemu-jemu. Snap sana. Snap sini..

Ni la rupa replika istana tu..

Dah puas dengar pasal sejarah istana tu, kami pun keluar dan amik gamba sekitar kawasan istana tu pulak. Lawa hoiii!!


Ehh! Nenek kebayan ada lagi..

Dan tidak dilupakan, gamba ramai-ramai..

Kami kat istana tu sampai pukul 4.20 petang dan destinasi seterusnya ialah Vevey. Apa yang ada di Vevey, jom cekidaut!

Sedikit info tentang Vevey:-

Vevey adalah sebuah bandar di Switzerland yang terletak di pantai utara Tasik Geneva, berhampiran Lausanne. Penduduk kawasan ini berbahasa Perancis-Switzerland. Vevey merupakan tapak world headquarters bagi produk makanan gergasi Nestlé, yang diasaskan di sini pada tahun 1867. Coklat susu dicipta di Vevey oleh Daniel Peter pada tahun 1875.


Pekan Vevey yang kecik je

Ok, kat Vevey ni, selain ada HQ Nestlé yang dah jadi muzium - Alimentarium – Museum of Nutrition, kat situ jugak terletaknya tempat pembuatan jam mewah. Jam ape nak? Rolex? Omega? Breitling? Ntah akak pun tatau apa lagi jenama-jenama mewah yang ada. Sume ada kat situ. Kat sana, kami dipecahkan kepada dua group mengikut bas. Group pertama dibawak dulu ke tempat membuat jam sambil group kedua melawat sekitar Alimentarium tu. Akak termasuk dalam group kedua.

Sementara group pertama tengok tempat buat jam, kami pun berjalanlah Alimentarium tu. Tempat pejalan kaki memang disediakan di sepanjang Tasik Geneva tu. Bolehlah kalau nak berjoging ke, bawak hanjeng jalan-jalan ke. Peeerrgghh!! Sekali lagi akak terkesima menengokkan view kat situ yang cantikkkkkkk sangat.


Nenek Kebayan tetap ada!


Cubaan mengambik gamba secara panoramic


Amacam? Menanges tak? Uwaaaa.. Bestnye.. Dah la angin sejuk menempeleng muka akak. Konfem kalo akak dok lama-lama kat situ, akak akan menjadi lebih gemok sebab tak berpeluh. Sejuuuukkk je. Hehe.. Kat persisiran tasik tu, banyak jugak bot-bot yang diparkir kat situ. Bot nelayan kot. Ke bot pelancongan. Ntah, akak pun tatau..

Lepas berjalan lebih kurang 300 meter dari tempat bas, tibalah kami di Alimentarium tu.

Sedikit info tentang Alimentarium – Museum of Nutrition:-

Pada tahun 1839 seorang ahli farmasi Jerman berpindah ke Vevey (bahagian Perancis- Switzerland) dan menukar namanya dari Heinrich Nestle kepada Henri Nestlé. Syarikat beliau, yang dikenali seluruh dunia hari ini, yang diasaskan Alimentarium, kini menjadi sebuah muzium makanan. Oleh itu Alimentarium, yang diasaskan oleh Nestlé pada tahun 1985 di Vevey, adalah khusus untuk pelbagai aspek pemakanan.

Muzium ini menempatkan pameran bagi mempamerkan proses-proses pengeluaran, pemprosesan, kesan dan perdagangan makanan dalam rangka empat topik iaitu memasak, makan, membeli dan mencerna. Maklumat yang ditawarkan dalam pelbagai aspek pemakanan dilengkapi dengan pameran interaktif, studio memasak dan pameran mengenai sejarah syarikat Nestlé, dengan gambaran kumpulan produk yang dipasarkan.

Walaupun begitu, kami tak masuk pun muzium tu. Amik-amik gambo kat luar dia je… Tetiba kami nampak inihhh!!


The Giant Fork

Apa pasal ada garfu gergasi kat tengah-tengah tasik tu pulak? Nak tau? Jom cekidaut!

Sedikit info tentang The Giant Fork:-

The Giant Fork merupakan garfu gergasi yang diperbuat daripada keluli tahan karat setinggi 8 meter dan lebarnya 1.3 meter. Ia telah direka oleh Jean-Pierre Zaugg, seorang pemahat dari Neuchâtel, Switzerland dan ditanam di tasik Geneva pada bulan Februari 1995 untuk memperingati ulang tahun ke-sepuluh Alimentarium ini. Pada mulanya ia bertujuan untuk dipamerkan di hadapan muzium itu sementara saja selama satu tahun.

Ia pernah menjadi bahan ketawa penduduk setempat. Daripada setahun menjadi dua tahun dan akhirnya penduduk setempat mula menerima kehadiran garfu tersebut lalu menjadi simbol tarikan pelancongan Vevey apabila pihak berkuasa Vaud menandatangani perjanjian pada tahun 2008 untuk mengekalkannya di dalam tasik!

Okla tu kan. Ada gak fungsi garfu gergasi tu. Hehe.. The Giant Fork ni pulak terletak berhadapan dengan statue Charlie Chaplin yang menghadap Alimentarium tu.

Tapi ape kena mengena Charlie Chaplin dengan garfu gergasi atau Nestlé ni? Haha. Sesungguhnya takdelah kaitan antara mereka. Patung Charlie Chaplin dibina kat sini sebab..

Sedikit info tentang statue Charlie Chaplin:-

Charlie Chaplin adalah salah seorang pelakon yang mempunyai bakat yang paling kreatif dalam era filem senyap. Beliau adalah seorang pelakon, penerbit, penulis skrip, penulis dan komposer dan dikenali oleh Hollywood kerana teknik miming beliau.

Semasa lawatan promosi “Limelight”di Eropah, Charlie Chaplin mendapat tahu bahawa dia dihalang untuk kembali semula ke Amerika Syarikat disebabkan isu McCarthysim (boleh Google sendiri ape benda McCarthysim ni).

Beliau tiba di Vevey pada tahun 1953 dan akhirnya memutuskan untuk menetap di Vevey dengan isteri dan anak-anaknya sehingga saat kematiannya pada tahun 1977. Empat daripada anaknya dilahirkan di Switzerland.

Dia dikebumikan di sebelah isterinya di tanah perkuburan Corsier. Sebuah patung gangsa The Tramp dibina di persiaran tepi tasik bagi memperingati kehadirannya di Vevey.

So, itulah sebab patung dia ada kat situ. Lahir kat London tetapi menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Vevey, Switzerland. Gitu…

Ok, cukuplah pasal pakcik Charlie Chaplin misai kontot tu. Jomlah tengok gambo. Hehe.. Lepas tu, bermulalah aksi-aksi keji member-member akak mengambik gamba berlatarbelakangkan garfu tu. Mari kita lihat aksi mereka!


Ha, sume pakat jadi photographer!


Salah angle..


Haa.. Baru betol!

 


Kena tikam pulak dah..

Akak je yang amik gamba sopan santun..

Lepas lebih kurang setengah jam pose-pose kat garfu, giliran kami pulak melawat tempat buat jam. Kami ditunjukkan cara cemana jam-jam mewah ni dibuat. Untuk memastikan ketepatan jarum jam tu berfungsi, skru-skru yang ada dalam perut jam tu kenalah diletakkan dengan teliti. Hoihhh!! Hand made oke.. Kalau akak, mau juling-juling bijik mata haku!


Peralatan yang digunakan

Haa, yang ni bukan tokey jam tu. Ni geng kitorang yang dipanggil untuk mencuba meletakkan skru kat perut jam tu.. Hambek ko, siap ada kanta pembesar kat mata lagi..

Lepas dah tengok cara buat jam, kami dibenarkan pulak masuk kedai-kedai jam kat situ kalo teringin nak membeli. Ada gak yang beli. Ada yang beli jam berharga RM8,000 lebih. Ada gak yang beli jam harga RM10,000 lebih. Hi Kak Zack! I know u are reading this ;-) Akak tengok jela dengan pandangan sayu. Mak tak mampooo uols. Sob! Sob!


Di antara jam yang ada. Ada yang uols berkenan?

Dah puas berjalan kat situ, kami meninggalkan pekan Vevey dengan seribu kepuasan. Pemandangan yang cantik. Pekan yang bersih. Memang best le..

Jam 6.20 petang, kami bergerak meninggalkan Vevey. Destinasi terakhir, mestilah MAKAANNNNN.. Asal makan je hurup beso.. Hiks! Kali ni kami makan secara bufet. Ada nasik, ada lauk macam-macam jenis. Nak cakap macam lauk Melayu, ada lah rupa sikit-sikit. Tapi rasa takdelah sangat. Ahh belasah jela kan..

Itu jelah aktiviti kami pada hari kedua. Dah makan, balik hotel. Rehat-rehat. Zzzzzzzzzzzzzzzz….

Switch to our mobile site