Archive for » November, 2007 «

Terima Kasih Abang Samy

Kadar tol 4 lebuh raya termasuk PLUS tidak naik tahun depan. Berita lanjut di Utusan Malaysia.

Phewww!! Alhamdulillah walaupun sampai tahun 2008 sahaja tol tidak akan dinaikkan tapi begitu besar kesannya kepada rakyat golongan marhain seperti kita. Hmm, kita ini sebagai rakyat inginkan kemajuan, kemudahan, tapi apabila disuruh membayar sedikit, tak mahu pula kan? Hehe. Kita bukan tak mahu membayar, tetapi yang kita marah apabila kerajaan merungut apabila terpaksa membayar pampasan kepada pihak konsesi lebuhraya sedangkan pada sambutan tahun baru, 1 Januari nanti berjuta-juta duit kerajaan digunakan untuk membakar bunga api! Bukankah itu suatu pembaziran?

Dan bagaimana pula nasib saudara kita di Sabah dan Sarawak? Bertahun-tahun dijanjikan kemudahan jalanraya, elektrik, air dan sebagainya tetapi sehingga sekarang masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Tanah merah berlumpur. Kanan-kanak ke sekolah menaiki bot dan berjudi nasib dengan Bujang Senang. Saya menulis begini bukan saya tidak cintakan Malaysia sepertimana komen yang saya terima pada entry saya sebelum ini. Sebab saya sayangkan Malaysialah saya terpaksa menulis begini. Kenapa kita di Semenanjung boleh menikmati kemudahan-kemudahan yang baik sedangkan saudara kita di Malaysia Timur tidak menerima kemudahan yang sama?

Seperti kata pepatah, Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Saya bukan penentang kerajaan tetapi terdapat juga tindakan-tindakan kerajaan yang sedikit membuatkan hati saya tidak senang. Lambat benor bertindaknya. Ya, saya faham, bentuk geografi kawasan-kawasan tersebut tidak mengizinkan untuk dilengkapi kemudahan-kemudahan tersebut tetapi dengan kajian, perancangan, idea dan proses yang betul, pasti sesuatu dapat dilakukan. Aikk..saya ni beriya-iya dengan Sabah & Sarawak, ada boyfriend dari Sarawak ke? Huhu..

Bercakap tentang boyfriend Sarawak, saya teringat seorang classmate saya semasa tingkatan 4 & 5 di Jasin dahulu. Dia berasal dari Sarawak tetapi saya tidak ingat daerah mana. Orangnya tidaklah handsome sangat tapi manisnya ada. Senyumannya manis dengan gigi taringnya. Saya admire dia sebab dia seorang lelaki macho. Bayangkan, ketika budak-budak perempuan kelas saya terhegeh-hegeh membersihkan perut ayam semasa Minggu Aktiviti Maktab, dia dengan cekap membuatnya. Dia juga macam Superman semasa menangkap cicak di dinding. Haha. Manis betul kenangan dulu. Kepada WAL ISMI AHMAD atau siapa-siapa yang mengenalinya, contact gua ok!

P/S : Sorry, tajuk lari daripada entry. Hiks!

Category: Life  Leave a Comment

Pantang Lalu Untung Samy Naik 10% Tahun Depan

W.T.F!!! Tol naik lagi? PLUS (Pantang Lalu, Untung Samy) bercadang untuk menaikkan kadar tol sebanyak 10% mulai Januari depan. Best betul!! Nanti semua orang tak payah keluar rumah lagi. Tak payah pergi kerja lagi. Duduk sahaja di rumah. Yelah, semua naik. Harga petrol naik. Harga tol naik. Habis, kalau kos keluar rumah sehari sudah RM30, bagi mereka yang bergaji RM1500 dan ke bawah, cukupkah untuk menampung belanja seharian?

Ambil kiraan mudah,

Gaji sebulan = RM1500
Gaji bersih selepas tolak EPF = RM1335
RM30 belanja sehari x 22 hari bekerja = RM660
Baki gaji = RM675

Baki gaji sebanyak RM657 inilah yang digunakan untuk membayar sewa rumah, api air, telefon, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, nafkah isteri, belanja kecemasan, rokok (bagi mereka yang tidak sedar diri duit tak cukup) dan segala macam lagi belanja yang kalau disenaraikan memerlukan 18 helai kertas kajang! Bagaimana ya? Sudah semestinya tidak cukup. Kalau isteri bekerja, mungkin boleh meringankan beban suami. Masalah lain pula yang akan timbul. Siapa yang akan menjaga anak-anak? Upah nursery sahaja sudah RM200 untuk seorang anak. Jadinya, pi mai pi mai tang tu jugak.

Sebab itu, jangan dihairankan jika ada yang tua sebelum waktunya, sewel di usia muda atau tak kahwin-kahwin walaupun usia sudah menginjak ke waktu senja. Kalau diri sendiri tidak dapat ditanggung, bagaimana pula nak menanggung anak bini.

Jauh sudah saya melalut. Saya nak cerita tentang kenaikan harga tol tadi. Seperti yang kita tahu, Lebuh Raya Utara-Selatan mula dibina pada Mac 1988 oleh United Engineers (Malaysia) Berhad dan diberi hak mereka bentuk dan mengendalikannya, termasuk mengutip tol selama 30 tahun iaitu sehingga 31 Mei 2018.

Pada 20 Julai 1988, UEM menyerahkan segala tanggungjawab terhadap Lebuh Raya Utara-Selatan kepada Plus dengan persetujuan kerajaan dan Perjanjian Konsesi Tambahan Pertama ditandatangani bagi meningkatkan kadar tol serta melanjutkan tempoh konsesi sehingga 31 Mei 2030.

Pada 11 Mei 2002, Perjanjian Konsesi Tambahan Kedua ditandatangani untuk menyemak semula baki tempoh konsesi kadar kenaikan tol bagi menyelaraskan pampasan tol berikutan ketetapan kerajaan hanya menaikkan tol sebanyak 10 peratus daripada 11.24 sen setiap km kepada 12.36 sen satu km.

Kadar itu jauh lebih rendah daripada kenaikan 18 sen yang diminta Plus tetapi kadar yang dipersetujui itu hanya untuk tempoh 1 Januari 2002 hingga 31 Disember 2004 dan selepas itu disusuli peningkatan berjadual tol kelas 1 sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun.

Cuba bayangkan bahawa kadar tol akan naik 10% setiap 3 tahun sehingga tahun 2030. Saya nak cuba kira kadar tol dari Bukit Beruntung ke Kota Damansara 23 tahun lagi. Harga tol dari Bukit Beruntung ke Kota Damansara sekarang ialah RM5.00 selepas dinaikkan pada Januari 2005 yang lalu.

Jan 2005 – 2007 : RM5.00
Jan 2008 – 2010 : RM5.50
Jan 2011 – 2013 : RM6.10
Jan 2014 – 2016 : RM6.70
Jan 2017 – 2019 : RM7.40
Jan 2020 – 2022 : RM8.10
Jan 2023 – 2025 : RM8.90
Jan 2026 – 2028 : RM9.80
Jan 2029 – 2030 : RM10.80

Humanggg aiii…sekiranya saya berulang alik dari Bukit Beruntung ke Kota Damansara, saya perlu membayar harga tol sebanyak RM21.60 sehari. Tidak termasuk harga petrol yang saya jangka RM10/litre pada tahun 2030 nanti. Tidak mustahil kan? Agak-agak, pada tahun 2030 nanti, kenaikan gaji macamana ya? Jangan pula gaji masih RM1500, tetapi harga tol sudah menjadi berpuluh-puluh hengget! Hmm, entahlah.

Tidak dinafikan lebuhraya sememangnya menyumbang kepada kemajuan pesat negara kita. Masa yang panjang untuk ke sesuatu tempat dapat dipendekkan dengan penggunaan lebuhraya. Kalau dulu, mungkin mengambil masa sehari suntuk untuk ke selatan tanah air, tetapi sekarang hanya 4-5 jam sahaja. Sungguhpun begitu, dengan kenaikan harga tol yang kian meningkat saban tahun, amat membebankan rakyat seperti kita. Kalau kerajaan boleh menghantar Dr Sheikh Muzaffar ke angkasa, apa lah salahnya membantu rakyat dengan membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya kan? Tak begitu Pak Samy nya? ;)

Category: Life  2 Comments

Anugerah Penyapu

Lama betul tidak memblog. Sepanjang minggu lepas saya tidak sempat online di sebelah siang. Bila balik rumah, badan pun dah penat. Tidur sajalah. ;)

Isu penyapu ini dah basi , tapi tak mengapalah, saya masih mahu memberikan pandangan saya. Apabila terbaca berita mengenai Anugerah Penyapu yang diterima oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail pada minggu lepas, saya tidak berasa apa-apa. Maksud saya dari segi membawa sial atau apa-apa keburukan kepada si penerima. Tetapi apabila akhbar bertalu-talu menyiarkan isu ini setiap hari, saya mula terfikir akan kewajaran Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menganugerahkan penyapu tersebut. Jika ingin menegur, pendapat saya bukan ini caranya. Saya yakin, junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w dahulu menegur sahabat-sahabat pemimpinnya yang melakukan kesilapan dengan cara berhemah dan tidak memalukan. Ini adalah contoh pemimpin yang agung.

Penyapu, hanyalah objek biasa yang amat berguna kepada kita. Kalau tidak ada penyapu, mungkin rumah kita kelihatan seperti pusat pelupusan sampah Bukit Tagar agaknya. Hiks! Tapi harus diingat, penyapu letaknya di lantai, di aras paling bawah dalam kehidupan kita (tapi kadang-kadang saya guna juga penyapu di siling untuk membersihkan sawang :D ). Bukankah simbolik memberi anugerah penyapu itu seperti meletakkan maruah seseorang seperti di tapak kaki? Mungkin maksud Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bukan begitu. Tetapi banyak cara lain untuk menegur kan? Hmm, entahlah. Mungkin lain orang, lain pandangannya. Bagaimana pendapat anda?

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo seharusnya berasa cemas ketika ini. Maklum saja, pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi dan pasti ramai pengundi di kawasan Ijok mula menimbang-nimbang sama ada pemimpin seperti beliau wajar dikekalkan dalam tampuk pemerintahan negeri Selangor. Wahai pengundi-pengudi di Ijok, pisau di tangan anda!

Category: Life  One Comment

My Date With Chinese Guy

Masih ingat tentang lelaki Cina yang saya tulis dalam entri terdahulu? Dia mengajak saya makan malam hari ini. Setelah beberapa kali diajak, akhirnya saya bersetuju. Kami makan di sebuah restoran vegetarian – Nanking Court Vegetarian, Petaling Jaya. “Halal ke?”, tanya saya. “Pak Aji pun makan situ maaa..”, jawabnya. “Ya Allah, lindungilah aku daripada makanan haram”, doa saya dalam hati. Hiks!

alex.jpg
Inilah Alex

Jam 6 petang, saya dan seorang anak saudara saya, Azlyna menunggu Alex di hadapan Mobil petrol station. Selepas memarkir motornya di situ, kami terus ke Nanking. Masuk sahaja ke dalam restoran, banyak mata (mata sepet Cina) memerhatikan kami. Maklum saja, 2 gadis Melayu bertudung makan di situ di mana yang lain kesemuanya adalah Cina! Tak ada Pak Aji pun! Di pintu restoran tertera perkatan Halal yang dikeluarkan oleh badan agama South East Asia kalau tidak silap saya. Tawakkal sajalah.

azlyname.jpg
Saya dan Azlyna

alexme.jpg
Serashi tak? Muahahahha…

Kami memesan bermacam-macam jenis makanan seperti Curry “Meat”, Fried Mushroom, “Shark Fin” Soup, Fried Butter “Prawns”, Deep Fry Beancurd. Walaupun di dalam menu tertulis, “Meat”, “Shark Fin” atau “Prawns” tetapi kesemua itu adalah sayur-sayuran yang dibentuk seperti daging, udang dan juga sirip yu. Rasanya juga seakan udang dan daging. Begitulah kreatifnya pemakan sayur atau herbivor ini. Hehe..

currymeat.jpg
Curry “Meat”

sharkfin.jpg
“Shark Fin” Soup

prawn.jpg
Fried Butter “Prawns”

friedmushroom.jpg
Fried Mushroom

beancurd.jpg
Deep Fry Beancurd

icelemontea.jpg
Ice Lemon Tea. Gelas dia macam botol taucu kan?Huhu

licin.jpg
Sedap gilosshh sampai licennnn!!!

Sedap betul makanan di situ. Rugi pulak tak order Sweet & Sour “Pork”. Haha. Sekiranya anda juga adalah herbivor, saya syorkan restoran Nanking Court Vegetarian untuk dicuba! Harganya pun berpatutan. Nyam nyam. Rasa nak makan lagi. Anybody wants to belanja me Sweet & Sour “Pork”? ;)

P/S: Ramai yang bertanya, adakah Alex ini bopren saya. Jawapannya TIDAK..

Category: Food, Life  5 Comments

Rakyat Malaysia Ramai Sakit Jiwa

Utusan Malaysia hari ini (6 Nov) melaporkan seorang wanita hampir mati memakan racun tikus kerana suaminya enggan membelikan pinggan mangkuk berjenama “Leno” untuknya. Hmm..kasihan..sungguh kasihan..hanya kerana pinggan mangkuk, nyawa sendiri hampir melayang. Nilai harga diri hanya semurah pinggan mangkuk Leno?Isk..Isk..Isk..

Tahukah anda bahawa ramai masyarakat Malaysia sedang sakit? Sakit jiwa atau sakit mental. Cuba anda bayangkan, purata tujuh orang mati saban hari atau berdasarkan statistik tahun 2004, seramai 2,004 orang mati kerana bunuh diri yang ada kaitan dengan masalah mental. Dan bagi setiap kes bunuh diri atau percubaan membunuh diri pula, terdapat seramai 20 orang sama ada ahli keluarga atau kawan mangsa akan terjejas dan terkena kesan secara langsung atau tidak.

Menggerunkan. Namun itulah hakikatnya. Pernahkah anda terfikir untuk membunuh diri jika ditimpa sesuatu masalah? Jika pernah, beristighfar banyak-banyak. Jika anda putus cinta, jangan dikesalkan perkara yang berlaku. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa sedih atau marah anda itu. Sekiranya anda insan yang ditinggalkan, cara yang paling mujarab ialah, bersemuka dengan bekas pasangan anda buat kali terakhir. Kemudian, setelah berbincang lebih kurang dan mendapat jawapan daripadanya, sila tumbuk atau lempang bekas pasangan anda itu. Percayalah, anda pasti rasa lega dan dapat melupakannya dengan segera. Hiks! (berdasarkan pengalaman sebenar)

Berbalik pada isu bunuh diri hanya kerana pinggan mangkuk, sukalah saya tegaskan di sini bahawa tindakan isteri tersebut adalah tindakan yang kurang waras atau dalam erti kata yang tidak sopan ialah BUDUS! Apekehenye ngko nak menggadai nyawa hanya kerana sebijik pinggan? Yang si suami pulak, mungkin malas nak melayan permintaan isteri. Maklumlah, pinggan mangkuk banyak lagi dalam almari yang tidak dipakai. Hanya dibuat hiasan untuk tatapan Kak Mah, Kak Bedah dan Kak Senah yang datang bertandang ke rumah sambil mencari uban dan ‘menganyam ketupat’.

Pada pendapat saya, orang yang berfikiran normal, tidak akan  melakukan tindakan ini. Hanya kerana tak dapat pinggan, bunuh diri? Mungkin si isteri tadi mengalami gangguan jiwa. Kalau tidak, takkan lah dia sanggup membunuh diri. Tapi entahlah. Mungkin juga dia sudah lama merajuk dengan perangai suami.

Sadis, sungguh sadis. Wahai para isteri yang tidak bekerja. Jika anda inginkan sesuatu barang dan tidak mendapatnya daripada suami, apa kata, duit belanja yang suami bagi, anda simpan sikit-sikit. Sudah cukup duit, jangankan pinggan Leno, gajah Leno (kalau ada jual) pun anda boleh beli. Betul tak? Orang lelaki ni memang, time suruh pompan buat itu ini bolehhhh aje. Time isteri nak mintak beli barang, langsung tak dipedulikannya. Patutnye letak racun tikus tu dalam air sirap si suami. Hahah! Amaran : Cadangan ini jangan diikut! 

Tetapi bagaimana pula dengan si suami yang langsung tidak memberi duit kepada isteri? Sudahlah tidak memberi, duit isteri pula yang dikebasnya. Kalau spesis ini, jangankan racun tikus, racun rumpai paraquat pun sangat disyorkan!

Category: Life  One Comment