Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Lama betul tidak memblog. Sepanjang minggu lepas saya tidak sempat online di sebelah siang. Bila balik rumah, badan pun dah penat. Tidur sajalah. πŸ˜‰

Isu penyapu ini dah basi , tapi tak mengapalah, saya masih mahu memberikan pandangan saya. Apabila terbaca berita mengenai Anugerah Penyapu yang diterima oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail pada minggu lepas, saya tidak berasa apa-apa. Maksud saya dari segi membawa sial atau apa-apa keburukan kepada si penerima. Tetapi apabila akhbar bertalu-talu menyiarkan isu ini setiap hari, saya mula terfikir akan kewajaran Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menganugerahkan penyapu tersebut. Jika ingin menegur, pendapat saya bukan ini caranya. Saya yakin, junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w dahulu menegur sahabat-sahabat pemimpinnya yang melakukan kesilapan dengan cara berhemah dan tidak memalukan. Ini adalah contoh pemimpin yang agung.

Penyapu, hanyalah objek biasa yang amat berguna kepada kita. Kalau tidak ada penyapu, mungkin rumah kita kelihatan seperti pusat pelupusan sampah Bukit Tagar agaknya. Hiks! Tapi harus diingat, penyapu letaknya di lantai, di aras paling bawah dalam kehidupan kita (tapi kadang-kadang saya guna juga penyapu di siling untuk membersihkan sawang πŸ˜€). Bukankah simbolik memberi anugerah penyapu itu seperti meletakkan maruah seseorang seperti di tapak kaki? Mungkin maksud Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bukan begitu. Tetapi banyak cara lain untuk menegur kan? Hmm, entahlah. Mungkin lain orang, lain pandangannya. Bagaimana pendapat anda?

Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo seharusnya berasa cemas ketika ini. Maklum saja, pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi dan pasti ramai pengundi di kawasan Ijok mula menimbang-nimbang sama ada pemimpin seperti beliau wajar dikekalkan dalam tampuk pemerintahan negeri Selangor. Wahai pengundi-pengudi di Ijok, pisau di tangan anda!

2 Comments

  1. chiko
    4:26 pm on November 22nd, 2007

    ok je aku rasa anugerah ni. cam aku ni sorang ibu, ibu mithali ibu sejati tunggak pada keluarga bahagiaaa.. iklan jap.. ahaks di umah tetiap ari pegang penyapu tak de apa alergic pun. sehari tu bukan sekali tau kadang2 berkali2 sehari. sbb ank kecik aku tu selain suka wat sepah berjemaah ngan kakak dia, dia gak takut dgr bunyi vakium ha3.. mcm aku ni kat umh sepenuh masa elok bg anugerah apa erk..??

  2. rusliahmad
    8:43 pm on May 23rd, 2012

    akhirnya ape sudah jadi khair sekarang ni…..