Archive for » December, 2007 «

23 Tahun Sudah Berlalu

kubur.jpg

Bismillahirrahmanirrahim
Zainuddin bin Yusoff
Kembali ke rahmatullah pada 20.7.1984
bersamaan 21 Syawal 1401 Hijrah

Rutin hari raya saya dan mak ialah menziarahi kubur arwah abah. Kemudian barulah ke rumah sanak saudara. Tahun ini saya teringin pula ambil gambar kubur arwah abah. Maklumlah, baru ada handphone berkamera. Orang lain dah tukar handphone berkamera 3-4 kali, awak baru ada handphone berkamera. Hiks!

Sedar tak sedar, sudah 23 tahun arwah abah pergi. Ketika itu saya berumur 6 tahun. Tengah ligat main. Kabur-kabur di kotak fikiran saya ketika abah dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dah dikebumikan. Cuma yang saya ingat, saya, emak dan kakak kena lalu 7 kali bawah keranda abah sebab orang tua-tua kata supaya jangan asyik teringat kepada si mati. Entahlah, saya rasa khurafat je. Tapi, ikutkan sajalah sebab masa tu masih kecil dan tidak boleh bersuara.

Kubur abah masih seperti dulu. Sudah bertambah jiran nampaknya. Kubur arwah datuk dan nenek lebih kurang 20 meter dari kubur abah. Datuk dan nenek meninggal selang 48 hari saja. Sehidup semati kata orang. Datuk terbaring sakit selama 6 tahun tapi nenek yang pergi dahulu. Nenek demam 3 minggu dan meninggal pada 15 Julai 2006 disusuli datuk pada 31 Ogos 2006. Macam berjanji kan?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar… Maha suci ALLAH.

Category: Life  One Comment

Cinta Express

Pernahkah anda mengalami CINTA EXPRESS atau CINTA KILAT? Cinta Express bagi saya ialah cinta yang hadir dengan pantas dan tidak semena-mena hati kita dibuai-dibuai syahdu, diamuk rindu dendam bersama bayu kasih sepoi-sepoi bahasa. Wahh!!Gituu…Itulah perasaan yang saya alami sekarang. (I hope it’s OK to declare ya! ;) )

Cinta Express atau Cinta Kilat ini bukanlah bermakna secepat mana kita jatuh cinta dan secepat itulah juga perasaan itu hilang tetapi Cinta Express bagi saya ialah cinta yang datang tanpa diduga dan pasangan yang bercinta itu berani mengambil langkah ke peringkat seterusnya tanpa menunggu masa yang terlalu lama. Contoh terdekat, Erra Fazira dan Emran yang baru berkenalan 3 bulan, mengambil keputusan untuk bertunang dan seterusnya berkahwin. Express kan?

Walau bagaimanapun, terdapat keburukan dan kebaikan Cinta Express ini. Kebaikannya ialah pasangan tersebut dapat mengelakkan berlakunya maksiat ketika hormon gatal mereka sedang mencanak-canak. Keburukannya pula, mungkin pasangan tersebut belum begitu mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam atau mereka belum cukup bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Pengalaman saya sendiri dengan Cinta Express ini bermula dengan sesi membalas sms di penghujung bulan November lepas. Oh ya, sebelum itu kami kenal di dalam kelas yang disediakan oleh agensi di bawah CIMB. Ketika itu tidak ada perasaan langsung kepada mamat seorang ini. Maklumlah, pergi kelas mencari ilmu, bukan mencari bopren. Huhu. Dengan sesi membalas sms itu, saya rasa boleh ngam pula dengan mamat ni. Saya menggelarnya Pak Lawak, dan dia menggelar saya Badut (ada ke patut??!!). Saya boleh mendengarnya bercerita berjam-jam. Sambil bercerita dengan penuh emosi, siap dengan memek muka dan dialog bagai. Kalau bercerita, ada saja lawaknya sehinggakan saya pernah halau dia keluar dari kereta kerana tak tahan pecah perut nak gelak.

Tidak sampai sebulan berkawan rapat (mungkin 2 minggu sahaja), kami sudah bertemu keluarga masing-masing. Setakat ini respons yang diterima sangat baik. Tapi tak taulah pula nanti-nanti kan? Maklumlah, masing-masing tak tahu lagi perangai antara satu sama lain, belang masing-masing. Tapi saya berdoa dan berharap, semuanya baik-baik saja.

Ini minggu ke-4 saya dilamun asmara. Niat untuk ke peringkat seterusnya memang sudah ada cuma ada beberapa perkara lagi yang dia dan saya mahu dahulukan. Saya berharap semua berjalan lancar dan doakan yang baik-baik untuk saya ya. Tengkiu!

Category: Love  4 Comments

Self Appraisal

Semasa masih bekerja dahulu, bila sampai saja hujung tahun saja, bos akan mula edarkan appraisal form untuk menilai kerja kita sepanjang tahun. Apa yang kita sudah buat, apa pencapaian yang dah dicapai, apa cadangan atau matlamat untuk company pada tahun hadapan dan macam-macam lagi. Saya paling benci nak buat appraisal tu. Apa yang saya cadangkan untuk company, macam tak pernah ditunaikan je. Hiks!

Tapi, bila dah bekerja sendiri ni, kenalah juga buat self appraisal atau Bahasa Melayunya, muhasabah diri. Hehe. Apa yang kita dah capai sepanjang tahun ini, azam dah tertunai atau belum dan sebagainya. Saya lupalah azam saya pada tahun ini. Erm, apa ye?

Tapi untuk tahun hadapan, saya sudah ada beberapa senarai matlamat yang ingin saya capai. Saya berusaha dan berdoa agar impian saya berjaya.

Di antara azam saya pada tahun 2008 ialah :-

1. Gaji lebih RM20,000 sebulan

2. Bawak family menunaikan umrah

3.Membeli kereta idaman

4.Plan asal kononnya nak kawen 080808. Nampaknya kena tangguh 090909 atau 101010. Tualah aku…. :(

Azam anda apa pula? ;)

Category: Life  4 Comments

Bertemu Dato Seri Rafidah Aziz

A tight week. Pheww!! Semalam, semasa saya dan rakan-rakan CIMB membuka booth di salah sebuah hospital terkenal di Kuala Lumpur, kami bertemu Dato Seri Rafidah Aziz. Seperti biasa, dengan fesyen baju kurung modennya yang berwarna hijau. She is a nice woman. Tak adalah menyombong bila kita ajak bergambar. ;) Dia melawat salah seorang menteri di hospital tersebut.

img401.jpg

Saya, Ina and Fidah..haha..cam kawan-kawan plak..

Alhamdulillah, dengan kerjaya baru sebagai CIMB Consultant, saya dapat jumpa ramai orang yang hebat-hebat. Selain berkongsi tentang pelaburan CIMB dengan mereka, banyak juga pengalaman mereka yang dikongsi dengan saya. Bagaimana jatuh bangun mereka dalam perniagaan. Ada yang jatuh miskin semasa ekonomi Malaysia sedang malap pada tahun 1998 dan bagaimana mereka menggunakan kegagalan tersebut untuk bangkit semula dan sekarang mempunyai aset berjuta-juta ringgit. Semua ini memberi inspirasi kepada saya untuk berjaya.

Banyak benda yang nak saya ceritakan sebenarnya tetapi saya terpaksa tangguhkan dulu ya. Saya sambung kemudian, InsyaAllah.

Semoga tahun-tahun yang mendatang, membawa seribu kejayaan dan kekayaan kepada kita semua. Azam tahun ni dah tercapai ke belum? Hehe..

Category: Life  2 Comments

BATUK vs BATOK & SAWO MATANG

Saya percaya saudara pembaca biasa mendengar peribahasa “Kerja bagai melepaskan BATOK di tangga” bermaksud kerja yang dibuat sambil lewa. Atau saudara membacanya sebagai “Kerja bagai melepaskan BATUK di tangga”? Yang mana satu betul? BATOK atau BATUK? Kalau jawapan anda BATOK, ya, anda memang seorang yang bijak.

Peribahasa yang betul di sini ialah “Kerja bagai melepaskan BATOK di tangga”. Dahulu, sejak kecil, semasa masih bersekolah rendah sehinggalah 2 tahun lepas, saya fikir peribahasa yang betul ialah “Kerja bagai melepaskan BATUK di tangga” walaupun saya tertanya-tanya dan tidak nampak kaitan antara batuk di tangga dengan maksud peribahasa itu sendiri iaitu membuat kerja sambil lewa. Tidak ada kaitan kan? Tapi, oleh kerana peribahasa itu yang kita belajar di sekolah dan cikgu saya pun tidak menerangkannya dengan lebih lanjut, jadi persoalan saya tergantung begitu sahaja. Sehinggalah saya terbaca suatu artikel yang menerangkan tentang peribahasa tersebut.

Istilah BATOK sekiranya dikaji, banyak digunakan oleh masyarakat Jawa. BATOK yang dimaksudkan sebenarnya adalah tempurung kelapa yang digunakan sebagai penceduk air yang diletakkan bersama-sama tempayan di tepi tangga. Orang dulu-dulu berkaki ayam sahaja. Mana ada pakai kasut atau selipar kan? Sekiranya mereka mahu naik ke rumah, mereka akan membasuh kaki terlebih dahulu. Mereka akan ceduk air dari tempayan menggunakan BATOK. Ada juga yang akan mencampakkan BATOK tersebut merata-rata selepas digunakan sehingga menyusahkan orang lain.Seolah-olah mereka membuat membuat kerja sambil lewa, kerja tak siap kata orang.

Taraaaa…..Maka terhasillah peribahasa Kerja bagai melepaskan BATOK di tangga.

Simpulan bahasa “SAWO MATANG” pula biasa kita gunakan untuk mereka yang berkulit agak coklat atau gelap kan? Sawo dalam bahasa Jawa bermaksud CIKU (buah ciku) manakala MATANG pula bermaksud masak. Jadi, “SAWO MATANG” ialah “CIKU MASAK”. Bukankah ciku yang sudah masak berwarna kecoklat-coklatan? Jadi, mereka yang berkulit agak kecoklatan itu kita gelar berkulit sawo matang. Hiks! Sekian sahaja, pelajaran Bahasa Melayu kita hari ini ya adik-adik. ;)

Category: Life  3 Comments