Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

kubur.jpg

Bismillahirrahmanirrahim
Zainuddin bin Yusoff
Kembali ke rahmatullah pada 20.7.1984
bersamaan 21 Syawal 1401 Hijrah

Rutin hari raya saya dan mak ialah menziarahi kubur arwah abah. Kemudian barulah ke rumah sanak saudara. Tahun ini saya teringin pula ambil gambar kubur arwah abah. Maklumlah, baru ada handphone berkamera. Orang lain dah tukar handphone berkamera 3-4 kali, awak baru ada handphone berkamera. Hiks!

Sedar tak sedar, sudah 23 tahun arwah abah pergi. Ketika itu saya berumur 6 tahun. Tengah ligat main. Kabur-kabur di kotak fikiran saya ketika abah dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dah dikebumikan. Cuma yang saya ingat, saya, emak dan kakak kena lalu 7 kali bawah keranda abah sebab orang tua-tua kata supaya jangan asyik teringat kepada si mati. Entahlah, saya rasa khurafat je. Tapi, ikutkan sajalah sebab masa tu masih kecil dan tidak boleh bersuara.

Kubur abah masih seperti dulu. Sudah bertambah jiran nampaknya. Kubur arwah datuk dan nenek lebih kurang 20 meter dari kubur abah. Datuk dan nenek meninggal selang 48 hari saja. Sehidup semati kata orang. Datuk terbaring sakit selama 6 tahun tapi nenek yang pergi dahulu. Nenek demam 3 minggu dan meninggal pada 15 Julai 2006 disusuli datuk pada 31 Ogos 2006. Macam berjanji kan?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar… Maha suci ALLAH.

One Comment

  1. insap kejap aku..