Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Semasa masih bekerja dahulu, bila sampai saja hujung tahun saja, bos akan mula edarkan appraisal form untuk menilai kerja kita sepanjang tahun. Apa yang kita sudah buat, apa pencapaian yang dah dicapai, apa cadangan atau matlamat untuk company pada tahun hadapan dan macam-macam lagi. Saya paling benci nak buat appraisal tu. Apa yang saya cadangkan untuk company, macam tak pernah ditunaikan je. Hiks!

Tapi, bila dah bekerja sendiri ni, kenalah juga buat self appraisal atau Bahasa Melayunya, muhasabah diri. Hehe. Apa yang kita dah capai sepanjang tahun ini, azam dah tertunai atau belum dan sebagainya. Saya lupalah azam saya pada tahun ini. Erm, apa ye?

Tapi untuk tahun hadapan, saya sudah ada beberapa senarai matlamat yang ingin saya capai. Saya berusaha dan berdoa agar impian saya berjaya.

Di antara azam saya pada tahun 2008 ialah :-

1. Gaji lebih RM20,000 sebulan

2. Bawak family menunaikan umrah

3.Membeli kereta idaman

4.Plan asal kononnya nak kawen 080808. Nampaknya kena tangguh 090909 atau 101010. Tualah aku…. :(

Azam anda apa pula? 😉

A tight week. Pheww!! Semalam, semasa saya dan rakan-rakan CIMB membuka booth di salah sebuah hospital terkenal di Kuala Lumpur, kami bertemu Dato Seri Rafidah Aziz. Seperti biasa, dengan fesyen baju kurung modennya yang berwarna hijau. She is a nice woman. Tak adalah menyombong bila kita ajak bergambar. 😉 Dia melawat salah seorang menteri di hospital tersebut.

img401.jpg

Saya, Ina and Fidah..haha..cam kawan-kawan plak..

Alhamdulillah, dengan kerjaya baru sebagai CIMB Consultant, saya dapat jumpa ramai orang yang hebat-hebat. Selain berkongsi tentang pelaburan CIMB dengan mereka, banyak juga pengalaman mereka yang dikongsi dengan saya. Bagaimana jatuh bangun mereka dalam perniagaan. Ada yang jatuh miskin semasa ekonomi Malaysia sedang malap pada tahun 1998 dan bagaimana mereka menggunakan kegagalan tersebut untuk bangkit semula dan sekarang mempunyai aset berjuta-juta ringgit. Semua ini memberi inspirasi kepada saya untuk berjaya.

Banyak benda yang nak saya ceritakan sebenarnya tetapi saya terpaksa tangguhkan dulu ya. Saya sambung kemudian, InsyaAllah.

Semoga tahun-tahun yang mendatang, membawa seribu kejayaan dan kekayaan kepada kita semua. Azam tahun ni dah tercapai ke belum? Hehe..