Archive for » January, 2008 «

Kursus PUNB Prosper Part II

Sudah lebih seminggu saya selesai menghadiri kursus PROSPER Siswazah dan baru hari ini saya berkesempatan untuk bercerita tentangnya. Jangan marah haa….

Kursus yang dijalankan selama 3 hari di Delta Inn, Seksyen 3, Shah Alam tersebut memang banyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Selain, pengalaman diberi makan 6 kali sehari (dulu, semasa sekolah saja dapat makan macam ni), saya juga didedahkan tentang cara membuat business plan yang betul. Kami diajar dari A-Z bagaimana untuk menyediakan proposal perniagaan termasuk membuat Akaun Untung Rugi dan Cash Flow yang betul. Saya bukanlah datang dari latarbelakang akaun dan pada mulanya terkial-kial jugalah membuatnya. Walau bagaimanapun, selepas memahami konsep, ermm, boleh tahan juga ya. Tidaklah susah sangat. Menyesal pula tak ambil subjek Akaun semasa SPM dulu. Hiks!

Saya difahamkan kos bagi seorang peserta untuk kursus selama 3 hari ini ialah RM600 tetapi kami hanya membayar RM50 sahaja. Yang lain ditanggung oleh pihak PUNB. They are sooo generous!! Hehe. Kursus PROSPER Siswazah ini dihadiri oleh lepasan ijazah atau diploma yang berumur tidak lebih daripada 30 tahun sahaja dan pinjaman maksimum yang dibenarkan ialah RM50,000. Sekiranya saudara pembaca ingin memohon pinjaman lebih daripada RM50,000 untuk memulakan perniagaan, saudara pembaca haruslah memohon pinjaman di bawah kategori PROSPER Runcit dan kategori ini tiada syarat khas seperti mestilah lepasan ijazah/diploma dan tiada had umur.

img736.jpg

Saya dan Illa tengah boring tunggu kelas start

Yang seronoknya, kursus ini dihadiri oleh mereka yang sudah pun mempunyai perniagaan sendiri. Jadi, saya bertemu dengan ramai perserta-peserta muda yang sudah ada perniagaan sendiri. Salah seorang, tidak silap saya seorang cek mek molek berumur 26 tahun dari Kelantan, mempunyai perniagaan roof coating yang satu-satunya mengimport material tersebut dari Korea. Seorang lagi, peserta lelaki yang sudah mempunyai ladang kelapa sawit sendiri dan mempunyai 20 orang pekerja. Mereka belum berumur 30 tahun pun tetapi sudah mempunyai perniagaan yang berjaya!

InsyaAllah, saya dan smart partner saya, Illa Sabry akan mempunyai perniagaan kami sendiri. Kami memerlukan modal RM100,000, jadi saya dan Illa perlu berkongsi kerana seperti saya katakan tadi, seorang pemohon PROSPER Siswazah hanya dihadkan kepada RM50,000 sahaja. Harap-harap semunya berjalan lancar. Doakan ye. ;)

Category: Life  6 Comments

Kursus PUNB Prosper

Pagi nanti, jam 7 pagi saya akan bertolak ke Delta Inn Shah Alam untuk menghadiri kursus 3 hari Skim Prosper PUNB. Skim ini saya ambil untuk memulakan perniagaan dalam bidang pengiklanan bersama Illa Sabry (penyanyi Keranamu Kekasih tu). Kursus yang padat dengan aktiviti tentang selok-belok perniagaan itu akan berlangsung pada 15-17 Januari (Selasa-Khamis). Harap-harap tak boring.

1_938857263l.jpg

Ni la Illa Sabry bagi sape-sape yang tak kenal minah ni..

Sebelum dipanggil menghadiri kursus ini, saya terlebih dahulu menghadiri seminar 3 jam yang dianjurkan oleh PUNB. Ketika seminar itu, sedikit ujian dilakukan untuk melihat sama ada peserta-peserta yang datang benar-benar layak untuk menjadi seorang usahawan. Alhamdulillah saya lulus ujian tersebut. Kami kemudiannya dikehendaki untuk membuat satu kertas kerja tentang perniagaan yang ingin dijalankan. Terima kasih kepada Illa kerana dia yang banyak bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja tersebut. Saya “sleeping partner” aje. Hiks!

Kami memohon Skim PROSPER Siswazah yang membenarkan pinjaman sehingga RM100,000 di mana saya mempunyai bahagian RM50,000 dan Illa juga RM50,000. Terdapat 3 jenis skim iaitu Skim PROSPER Runcit, Skim PROSPER Siswazah dan Skim Pemborong PROSPER. Setiap skim mempunyai kriteria tertentu dan had pinjaman yang dibenarkan. Tempoh bayaran balik yang kami ambil ialah 7 tahun.

Kami akan menjalankan perniagaan berbentuk servis iaitu mengkaji/merancang/membeli iklan daripada media owner seperti TV3, RTM, NST dan pelbagai media cetak dan elektronik yang lain untuk syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Kepada pembaca yang mempunyai perniagaan atau produk untuk diiklankan, bolehlah menggunakan khidmat kami ya. ;)

Doakan perniagaan saya ini berjaya ya. Terima kasih. :)

Category: Life  2 Comments

Sekolah Oh Sekolah!

Waahhh…Adik-adik kita (ke anak-anak?) sudah memulakan sesi persekolahan yang baru ya? Ada yang baru nak masuk darjah satu dan ada juga yang sudah masuk darjah 2 dan seterusnya. Ramai rakan-rakan saya yang anak mereka masuk darjah satu, mak ayahnya yang terlebih risau. Maklumlah, nak melepaskan anak ke tangan orang lain. Mungkin mak saya dulu pun berperasaan begitu.

Saya memulakan alam persekolahan saya ketika berumur 5 tahun. Jiran saya yang juga merupakan rakan bermain saya, berumur 6 tahun dan sudah masuk ke tadika ketika itu. Jadi, saya tidak ada rakan untuk bermain-main. Apa lagi, saya pun dengan muka tak malu, menyibuk di tadikanya. Mereka makan, saya makan. Mereka belajar, saya belajar. Sampai suatu hari, mak saya heboh mencari saya satu kampung, tetapi tidak berjumpa. Emak bertanya dengan jiran sebelah, rupanya saya mengikut anaknya ke sekolah tadika. Punyalah nakal saya ketika itu. Hehe. Akhirnya mak saya berjumpa sendiri guru tadika tersebut dan bertanyakan berapa yuran yang patut dibayar memandangkan saya masuk secara haram. Huhu. Bukannya mahal sangat pun, RM4 sebulan.

Secara rasmi, saya bersekolah tadika ketika berumur 6 tahun. Dilantik menjadi ketua kelas dan dikehendaki mengetuai bacaan ikrar rukun negara setiap pagi bukan menjadi masalah kerana saya memang kuat bercakap. Huhu.

MAKA KAMI…
RAKYAT MALAYSIA…
BERIKRAR…
AKAN MENUMPUKAN…
SEPENUH TENAGA…
DAN USAHA KAMI…
UNTUK MENCAPAI CITA CITA TERSEBUT…
BERDASARKAN …
DI ATAS PRINSIP PRINSIP YANG BERIKUT…
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN…
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA…
KELUHURAN PERLEMBAGAAN…
KEDAULATAN UNDANG UNDANG…
KESOPANAN DAN KESUSILAAN…”

1.jpg
Comelkan saye kecik-kecik dulu..Hiks!

7.jpg
Konvo tadika. Teka mane satu saya?

Oh! Ya, saya bersekolah di Tadika Kemas Sungai Choh. Saya masih berjumpa dan kenal lagi cikgu tadika saya. Biasanya saya bertemu dengannya di kenduri kahwin di Sungai Choh. Kemudian, saya meneruskan alam persekolahan di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh dan Sekolah Rendah Agama Sungai Choh. Seingat saya, saya memang suka ke sekolah kerana dapat bermain. Haha. Maklumlah, saya anak bongsu dan hanya ada seorang kakak yang berbeza umur 12 tahun dengan saya. Saya darjah satu, kakak saya sudah berumur 19 tahun. Takkan dia nak bermain lompat getah, baling tin, teng-teng dengan saya pulak. Jadi, saya tidak ada kawan bermain di rumah. Di sekolah sajalah tempat nak melenjan, bergasak dan sebagainya. Hiks!

6.jpg
Majlis Perpisahan Darjah 6. Eii…comotnye…

Saya bersekolah menengah di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Batu 16. Saya memilih untuk tinggal di asrama memandangkan agak jauh untuk berulang-alik setiap hari. Setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali mak akan melawat saya di asrama. Masa itulah dapat makan yang sedap-sedap. Kalau tidak, hadap sajalah nasi kawah, ikan jacket (ikan cencaru yang tidak dibuang sisik kerasnya) dan juga sotong sambal berdakwat hitam. Kehidupan berasrama banyak mengajar saya berdikari. Basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri dan sebagainya.

Saya bersekolah di SAMER sehingga tingkatan 3 dan menyambung tingkatan 4 & 5 di MRSM Jasin. Di MRSM, saya didedahkan dengan sistem pointer seperti yang diguna pakai di peringkat universiti. Pelajar dinilai secara keseluruhan, akademik dan kurikulum dengan CPA dan CGPA. Batch saya mempunyai 18 kelas dan ada di antara mereka yang saya tidak kenal. Maklumlah, satu batch saja sudah 400 orang pelajar.

Di MRSM juga saya didedahkan dengan pilihanraya untuk memilih wakil pelajar. Kami berkempen, memancing undi dan siap bergaduh-gaduh dengan pihak lawan. Ahh, seronok betul rasanya. Mujur pelajar kelas saya, Zulaikha Kadim yang bertanding merebut jawatan Ketua Biro Pelajaran menang besar. Tak sia-sia kami berkempen dari kelas ke kelas untuknya. Hiks!

Saya menamatkan tingkatan 5 pada tahun 1995 dan semua memori indah akan terpahat kukuh dalam ingatan saya. Rasa macam nak terus bersekolah saja, tak nak besar-besar. ;) Eh! Saya menulis entry ini bukan nak cerita pasal zaman sekolah saya sebenarnya. Saya nak cerita tentang sebuah sekolah di Permas Jaya, Johor Bahru yang mengenakan yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 kepada murid-muridnya. Bangang betul! Sekolah tersebut kemudiannya diarahkan untuk memulangkan semula yuran tersebut kerana kos penyelenggaraan tandas merupakan tanggungjawab sekolah menerusi peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bukannya ibu bapa. Kalau dah sekolah pun nak buat duit dengan yuran yang bukan-bukan, tidak mustahil lagi 10-20 tahun akan datang, gaji tukang kebun sekolah pun mungkin ibu bapa yang kena bayar. Berita penuh di Utusan Malaysia. Karut betul!

Kepada adik-adik, SELAMAT BERSEKOLAH! Sekolah pandai-pandai okeh..

Category: Life  2 Comments

Selamat Tahun Baru!

Melangkah ke 1 Januari 2008, saya tergolek-golek saja di atas tilam sambil melayan internet. Tak kuasa nak bersesak-sesak menonton persembahan bunga api yang diadakan di The Curve, Damansara. Cuma saya masih dengar dentaman mercun dari rumah. Saya anti-sosial? Tidak..Cuma itulah, saya tidak suka suasana yang bersesak-sesak. Rimas!

Tahun 2008 ialah tahun lompat. Februari tahun ini akan mempunyai 29 hari. Kasihan ye, orang yang lahir pada 29 Februari. Menyambut hari lahir 4 tahun sekali. Hehe. Saya pernah terbaca dalam akhbar, terdapat satu kes kesilapan pendaftaran kelahiran yang mana seorang lelaki ini didaftarkan lahir pada 31 Jun. Lelaki ini lahir pada tahun 60-an atau 70-an kalau tidak silap saya. Tak masuk dek akal kerana Jun hanya mempunyai 30 hari sahaja. Main bantai saja pendaftar kelahiran itu. Menurut akhbar tersebut, lelaki itu menghadapi banyak masalah hanya dek kesilapan orang lain. Saya tidak tahu sama ada kes tersebut sudah ada penyelesaian atau belum.

Tahun ini saya akan berumur 30 tahun. Woww!! Angka 2 akan saya tinggalkan dan angka 3 pula melambai-lambai. Hiks! Melangkah ke angka 30, soalan yang sering ditanya - “Bila nak kawen?”, “Tak risau ke, kau dah tua, anak kau kecik-kecik lagi nanti?”, “Nanti ko susah nak beranak” dan macam-macam lagilah. Biasa saya akan menjawab – “Aku kawen besok, lepas Zohor, datanglah”. Huhu. Sejujurnya, saya tidak risau yang saya belum berkahwin cuma rimas dengan soalan-soalan seperti itu. Dalam Quran sendiri ada menyatakan, setiap makhluk yang Allah ciptakan, ada pasangannya. Lambat atau cepat, itu kerja Allah. Kita cuma berusaha, kan? Mungkin pasangan kita itu, Allah tidak pasangkan di dunia, tetapi mungkin pasangan kita di akhirat nanti.

Tahun baru ini juga saya tidak ada perancangan ke mana-mana. Cuma petang nanti, saya akan balik ke rumah Mak di Bukit Beruntung. Kebetulan pagi Rabu besok, saya ada appointment dengan seorang rakan di Perodua. Semasa saya masih belajar di Johor dulu, 1 Januari bukanlah cuti umum di Johor. Jadi, kami masih ke kuliah seperti biasa. Jadi, saya sudah biasa tidak mempunyai aktiviti di tahun baru.

Tahun baru, azam baru. Mungkin saya akan batalkan azam untuk berkereta baru pada tahun 2008 seperti entry saya sebelum ini kerana ada perancangan lain. Tengoklah. Saya hanya follow the flow sahaja. Cuma tahun ini, kena cari duit banyak-banyak. Memang, duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit sekarang.

Akhirul kalam, SELAMAT TAHUN BARU 2008! Semoga tahun ini dan tahun-tahun berikutnya, membawa 1000 kejayaan dunia dan akhirat untuk kita semua. Salam sayang daripada Ujie Mapia. ;)

Category: Life  Leave a Comment