Archive for » March, 2008 «

Glorious Athens

Meriah! Best! Marvellous!! Begitulah yang boleh digambarkan tentang CIMB Glorious Athens Nite Dinner malam kelmarin. Diadakan di One World Hotel, Bandar Utama dan dihadiri semua konsultan dan management team CIMB. Tema tahun ini ialah Greek. Jadi, saya pun puaslah memikirkan pakaian bagaimana yang saya akan pakai. Pada awalnya, saya masih berkira-kira mahu pergi atau tidak. Lagi satu hari nak pergi, baru saya sibuk-sibuk nak cari baju. Saya ada juga pergi melihat-lihat baju di kedai yang menyewakan costume tetapi tidak ada yang menarik minat. Hmm..akhirnya, saya dan Ajrimon sepakat mahu menjahit sendiri baju kami.

Kami ke Kamdar Midvalley dan membeli 4 meter kain berwarna putih, semeter kain berwarna merah dan semeter kain berwarna emas. Balik dari Midvalley, saya mula menjahit baju-baju kami. Jahit tangan saja. Aksesori seperti butang dan reben, kami tampal di baju untuk mencantikkan lagi baju kami. Hiasan di kepala, Ajrimon yang buatkan. Inilah hasilnya….TARAAAAA………………..

dinner-022.jpg

Nak tengok baju rakan-rakan yang lain? Meh….

cimb-dine-121.jpg

Over tau baju budak-budak ni..Mereka kebanyakannya menyewa baju. Ada yang RM300 sepasang dan mungkin ada yang lebih lagi. Hmm, walau apa pun, saya akan pastikan tahun depan saya dan Ajrimon serta rakan-rakan yang lain dapat ke Athens, Greece. Aminn…..

Category: Life  3 Comments

Switch to our mobile site