Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sebelum ini, saya ada menulis tentang kisah seorang gadis yang ibunya meninggal dunia kerana demam denggi pada hari beliau diijabkabulkan. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang wabak yang berbahaya ini.

Seorang rakan saya yang bekerja dengan Jabatan Kesihatan pernah menyatakan bahawa setakat ini, demam denggi masih tidak mempunyai vaksin lagi dan penyakit ini boleh berulang. Maksudnya, orang yang pernah menghidap demam denggi dan kemudian sembuh, tetap mempunyai peratusan untuk dijangkiti semula.

Lebih bahaya jika menghidap denggi berdarah. Kesannya lebih teruk daripada dijangkiti AIDS. Sekiranya dengan rawatan dan penjagaan yang betul, pesakit AIDS boleh hidup selama 5 tahun, tetapi bagi penghidap demam denggi berdarah, boleh hidup selama 5 hari pon dah cukup lama. Serius! Ini bukan cobaan…ini betul-betul kejadian. Betapa bahayanya demam denggi ni kan? Haa…pasu bunga, tayar, longkang dah bersihkan ke?

Menurut Wikipedia, Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pencegahan

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Penggunaan kelambu dan juga semburan penghalau serangga juga boleh membantu.

Mengenal pasti demam denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit

  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

——————————————————————–

Jadi, wabak ini memang tidak boleh dipandang ringan. Kalau ada air bertakung di sekeliling rumah silalah bersihkan ya. Nyamuk suka air bersih. Lagi satu, jangan pakai satu jenis penyembur nyamuk dalam tempoh masa yang lama kerana nyamuk-nyamuk ni dah pergi sekolah. Dia boleh immune kalau bau yang sama saja. Kalau minggu ni pakai Ridsect, minggu depan pakai pulak Fumakilla, minggu depan lagi satu pakai pulak Bygon. Tukar-tukar. Di samping membunuh nyamuk, kita hendaklah adil dan saksama kepada pengeluar-pengeluar penyembur nyamuk. Hiks!

One Comment

  1. kerol
    11:38 pm on April 3rd, 2010

    thanx 4 de info uji..great article. sebagai balasannya.. sy klik iklan kt blog awk..hehe