Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya tidak pernah menangis ketika membaca blog orang lain tetapi ketika membaca blog seorang gadis ini, hati saya cukup tersentuh. Sebak dada saya. Ibu beliau meninggal dunia pada hari yang sama beliau diijabkabulkan. Blog ini saya temui ketika mencari-cari tempat untuk menempah cupcakes untuk besday Ajrimon.

Beberapa minggu sebelum besday Ajrimon, saya sudah menempah cupcakes tersebut dari gadis ini dan saya juga sudah siap membuat bayaran. Malangnya, 2 hari sebelum tempahan tersebut diambil, saya mendapat sms daripada gadis ini menyatakan tempahan yang saya buat terpaksa dibatalkan kerana ibunya ditahan di ICU kerana denggi.

Sejak itu, saya mengikuti perkembangan kesihatan ibu beliau melalui blognya. Beberapa minggu kemudian, ibunya sudah sedar tetapi masih dirawat di hospital. Dan pada malam ini, apabila saya membaca blognya, rupa-rupanya ibunya sudah meninggal dunia. Dan atas permintaan ibunya juga, beliau selamat diijabkabulkan 20 minit sebelum ibunya dipanggil mengadap Ilahi.

Entahla, saya sedih sangat. Berjejeh-jejeh airmata ni bila membaca tulisannya. Saya memang seorang yang brutal, tapi kalau cerita tentang ibu, mesti saya jadi cengeng. “Mak, adik doakan mak sihat selalu, dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk membahagiakan mak dunia akhirat.”

Ketika saya menulis entry ini, saya masih lagi tersedu-sedan. Dengar pulak muzik instrumental Sinar FM, lagilah feeling-feeling sedih gitu.

Bagi sesiapa yang ingin membaca kisah gadis ini sila ke blognya di sini.

No Comments :(