Bestnye kalo dapat sepasang kan…Nyam…Nyam..Nyam..
FOR MEN

FOR WOMEN
Yangg…nak……
NAMA merupakan pengenalan kepada seseorang. Kadangkala nama juga dirujuk untuk mengenali seseekor haiwan. Pendek kata, setiap makhluk di dunia ini, pasti mempunyai nama. Apa ada pada nama? Nama untuk seseorang manusia sangat penting di akhirat kelak. Di Padang Mahsyar, di kala setiap daripada kita dipanggil untuk ditimbang amalan-amalan kita semasa di dunia. Begitu juga ketika talkin dibacakan. “Wahai Suzilah binti Saati@Sahati (nama mak saya). Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.” Begitulah lebih kurang.
Mujur kita tidak lahir pada zaman dahulu. Di zaman 30an, 40an, 50an dulu, orang-orang tua kita tidak kisah nak beri nama apa kepada anak mereka. Asalkan ada nama, cukuplah. Nama-nama pada ketika itu biasanya berkait rapat dengan alam atau fizikal anak-anak mereka. Kalau anak mereka sedikit gelap, diberinya nama Hitam. Hitam bin Putih. Hiks! Ada juga yang menggunakan sayur-sayuran sebagai nama. Labu, Kundur, Bawang Putih, Bawang Merah. Lobak..ermm..tak pernah pula saya dengar. Tapi salah seorang kawan saya semasa di sekolah dulu mempunyai seorang ibu saudara bernama “Pisang”. Nasib baik adik beradiknya yang lain tidak diberi nama “Nangka”, “Cempedak”, “”Limau Bali” dan sebagainya. Hehe.
Kadang-kadang tidak boleh juga disalahkan ibu bapa pada zaman dahulu kerana pegawai yang menulis nama di dalam surat beranak tersebut yang tersalah tulis. Menurut cerita rakan saya juga, sepatutnya makciknya mempunyai nama Rogayah, tetapi Benggali yang mendaftarkan nama makciknya itu menulisnya menjadi Rogajah. Gajah? Ada ke patut?
Memilih nama yang baik dan ringkas kan lebih baik. Ada juga nama budak-budak pada zaman sekarang terlalu panjang dan sukar untuk disebut. Contohnya, Nurul Syahidatul Sabrina Rosella Bourgainvilla binti Muhammad Hafiz Gadaffi . Hah! Tak ke susah nak menulis nama dalam borang peperiksaan nanti? Borang nikah ke, apa-apa boranglah. Maklumlah, anak pertama dan cucu sulung pula. Mak ayah, datuk nenek, sibuk nak bagi nama kepada si kecil. Bila dah digabungkan dengan semua nama yang diberi, itu yang panjang berjela jadinya. Kesian suami si Sabrina ni nak terima akad nikah daripada Tok Imam. Dibuatnya Tok Imam pun ada athma, dah semput nak menyebut nama pengantin perempuan. Hehe. Kepada datuk-datuk dan nenek-nenek, zaman bagi nama anak dulu kan dah ada. Bagilah chance kepada mak ayah dia pulak.
Saya pernah melihat seorang rakan saya mempunyai dua kad pengenalan kerana namanya terlalu panjang, Kad pengenalan pertama hanya ditulis dua nama pertamanya serta nama ayahnya dan kad pengenalan kedua ditulis nama sebenarnya yang penuh. Kan dah menyusahkan.
Nama yang mempunyai makna yang baik juga sangat digalakkan. Jangan sibuk sangat nak bagi nama-nama yang canggih sampai tak sedar rupanya nama tersebut tidak ada makna. Nama saya, Suzilah pun tak ada makna. Apa nak buat..
Pernah dengar nama pemberita TV3 iaitu Pravitriana Yuliawiratnam? Begitulah lebih kurang namanya. Adiknya bernama Lenardi Amsinar Yuliawiratnam dan pernah sefakulti dengan saya dahulu. Manurut cerita, nama adik beradiknya semua pelik-pelik. Adik-beradiknya dinamakan menggunakan istilah perubatan kalau tidak silap saya kerana kedua-dua ibu bapanya adalah doktor. Haha. Jangan pula saudara pembaca yang berkerjaya sebagai pegawai kimia memberi nama anak Siti Natrium Klorida atau kalau bapanya pakar matematik, diberinya nama anak mereka sebagai Abdul Theorem Pithagoras. Kan ke haru?
Di rumah juga, biasakan anak-anak dipanggil dengan namanya. Bukan Boboy, Gegirl, Anje atau lain-lain. Terdapat juga kes di mana apabila anak-anak ini mula masuk alam persekolahan, mereka tidak tahu nama mereka sendiri. Bila cikgu kelas panggil “Iskandar bin Ali”, si Boboy ini terlangak-langak. Maklumlah, di rumah dia dipanggil Boboy. Dia tidak tahu nama sebenarnya Iskandar. Kesian dia. Hehe
Cukuplah saya membebel tentang nama ya. Berikan pendapat atau kisah anda pula. Tapi saya belum pernah jumpa lagi orang yang tidak bernama kecuali boyfriend saya iaitu “PENDEKAR TANPA NAMA“; hero dalam komik Pedang Setiawan. Jangan marah ha…
Just watch this picture first!
Please don’t read anything below before you tell me whether this image is rotating clockwise OR anti-clockwise OR
maybe you can see the girl is rotating both clockwise and anti-clockwise?
This is to get a genuine answer before you read further…
Remember! Don’t cheat yourself!

Now… scroll down for the answer…
Do you use both sides of your brain?
You want to see the picture above again? (It’s the same picture actually)

Do you still see her rotating the same direction or the same direction as before?
Amazing isn’t it?
This is what actually happens…
If you see this lady turning in clockwise you are using your right brain.
If you see it the other way, you are using left brain.
Some people do see both ways, but most people see it only one way.
If you try to see it the other way and if you do see, your IQ is above 160 which is almost a genius.
Then see if you can make her go one way and then the other by shifting the brain’s current.
BOTH DIRECTIONS CAN BE SEEN
This was proved at Yale University, over a 5 year study on the human brain
and it’s functions. Only 14% of the US population can see her move both ways.
Now! If you still don’t trust YOURSELF… Why don’t you watch together with a friend and ask him whether your friend see the girl in the picture is rotating the same direction as you see or not… and again ask him if your friend can see the girl is changing direction and compare whether you still see the girl is rotating the same direction as your friend or not…
Remember! Don’t cheat to YOURSELF!
****************************************************************************
Saya boleh nampak kedua-dua arah. Wow!!IQ genius ke? Haha..jangan muntah OK..Hiks!
Kebanyakan lelaki yang saya tanya, sama ada mereka teringin untuk berkahwin lebih daripada satu isteri atau tidak, kebanyakan memberi jawapan, “kalau diizinkan, nak la jugak” (sambil senyum-senyum kambing), atau “kalau ada yang nak kat aku, apa salahnya” atau yang malu-malu sedikit, mereka hanya senyum sahaja. Pernah juga saya tanyakan soalan yang sama kepada Dahling saya dan jawapan cover daripadanya – “U ni kenapa? Nak sangatlah tu..Ha..doala..“. Saja nak bagi kita cuak.
Jadi, kesimpulan yang boleh saya buat ialah, kebanyakan lelaki normal, memang terasa ingin berkahwin lebih daripada seorang isteri (kalau boleh). Entah apa yang dihendakkannya, tak taulah saya. Hanya kerana nafsu atau saja nak test power? Atau nak ikut macam Abang Jamil dalam filem Madu Tiga?
Isteri tua merajuk
Balik ke rumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga!
Tengok, ada hati nak kahwin tiga!
Walau bagaimanapun, sekiranya diizinkan oleh isteri pertama untuk berkahwin lain, tidak ada masalah. Sangat beruntunglah si suami tersebut. Yang jadi masalah, apabila suami curang di belakang isteri dan juga curang di belakang girlfriendnya tanpa ada rasa bersalah sedikit pun. Kepada isterinya, kalau dia balik lambat dari pejabat, dibohongnya isteri bahawa ada kerja lebih masa, sedangkan dia bercengkerama dengan perempuan lain. Kepada si perempuan malang itu pula, dia masih juga mengaku bujang walaupun anak sudah berderet. Lebih senang kerjanya, sekiranya dia dan isteri duduk berjauhan. PJJ kata orang. Perkahwinan Jarak Jauh. Tidak perlu bersusah payah membohong isteri. Maklumlah, isteri tiada depan mata. Bertambah beruntung, anak-anak di bawah jagaan isteri kan? Lagi senang untuk mengaku bujang.
Apa perasaan si suami tersebut bila melakukan perbuatan ini ye? Tak ada perasaan langsung agaknya. Isteri duduk di rumah dengan harapan si suami bekerja lebih masa untuk mencari rezeki lebih. Yang perempuan kena tipu itu pula, bagai menunggu buah yang tak gugur, berharap bahawa lelaki hidung belang itu akan berkahwin dengannya. Nak kawen apa benda kalau belanja si suami pun isteri yang tanggung. Kan dah menganiaya orang namanya tu.
Apa yang saya tak puas hati ni sebenarnya? Errmm..entahlah, saya pun tak tahu. Cuma, saya peliklah perangai lelaki sebegini. Masih tidak sedar-sedar diri tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, sebagai suami, sebagai bapa. Menganiaya orang yang tidak berdosa. Mohon dijauhkan daripada bertemu dengan lelaki begini. Semoga Allah sahaja yang akan membalas perbuatan mereka. Tapi saya percaya pembaca-pembaca lelaki saya semuanya baik-baik belaka, kan?