Archive for » May, 2008 «

Tuesday, May 27th, 2008 | Author: Ujie


Ujie Mapia

Alhamdulillah, hari Ahad lepas, 25 May 2008, berjaya juga saya menghadiahkan bakal menantu kepada mak saya. :-) Punyelah penat badan nyawa ni tatau nak cakap. Jumaat malam, saya hantar mak dan 2 orang makcik saya balik ke Kuala Selangor untuk melakukan persiapan untuk majlis tersebut. Pada tengahari hari Sabtu, saya bergegas semula ke KL kerana pada pukul 5ptg, saya menduduki exam insurans pula. Sampai ada yang perli, nak bertunang pun sempat exam jugak. Apa nak buat, tak sengaja terclash.

Selepas exam, saya ke Shah Alam mengambil anak buah saya – Olien sebab sudah berjanji dengannya untuk balik ke Kuala Selangor bersama-sama. Sebelum balik ke Kuala Selangor, saya mengajaknya ke Puchong untuk mengambil kek dan selepas itu ke Bangi untuk mengambil fruit tart yang sangat sedap! Kelempang kelempung, saya sampai di Kuala Selangor 5 minit lagi pukul 12 malam. Hilang akal!

Sampai-sampai saja, saya menyiapkan hantaran pula. Mujur sepupu dan anak buah saya dah tolong siapkan sikit-sikit. Lega jugalah rasanya. Tengkiu to Idil, Laily & Azlyna. Pukul 2 pagi baru saya tidur.

Pagi-pagi dah bangun mengemas rumah. Bawa keluar kerusi meja. Nanti takut tak muat pula tetamu nak duduk. Pukul 9.30 saya start bersiap. Laily jadi Mak Andam. Layaannn….

Sepatutnya pihak lelaki sampai pukul 11 pagi. Dekat pukul 12 tak sampai-sampai lagi. Hangin betul saya. Ye, saya faham. Mereka datang berkonvoi. Sudah tentu banyak kepala. Ada yang tersesat. Ada yang tertinggal. Ada yang nak buang air. Macam-macamlah. Bukan apa, pihak saya sudah berjanji ngan Pak Imam sebagai wakil keluarga kami. Pak Imam tu pula ada hal tengahari tu. Dah menyusahkan dia pulak kalau lambat sangat. Sudahnya, Ajrimon jadi mangsa. Huhu. Sorry yang… :-)

Akhirnya, pihak lelaki sampai lebih kurang 12.30 tengahari. Itupun mujur juga anak buah saya menunggu mereka di Petronas Ijok. Dah tak sesat lagi. Syabas!

Bila saya dipanggil keluar, saya disuruh untuk tunduk-tunduk malu. Cam kelakar pula rasanya. Awak dah biasa brutal, kena pulak duduk tersipu-sipu. Sabo jela. Sahabat-sahabat baik saya, Dekda dan Jaja juga ada di majlis itu. Merekalah yang mengurangkan debaran hati saya. Maklumlah, mereka dah naik pelamin dulu. Bila saya duduk tak semenggah aje, mulalah mereka bising. Hee hee. Tengkiu Dekda & Jaja.

Semasa majlis itu juga saya menjadi OKU. Jangan terkejut pulak. Saya diminta oleh Ajrimon untuk memakai contact lense. Hari Sabtu sebelum ke KL untuk exam tu, saya ajak sepupu saya ke pekan membeli contact lense. Kaler purple ok! Contact lense yang tak ada power. Sudahnya, saya jadi rabun lah. Kalau ada siapa-siapa yang senyum pada saya tapi tak dibalas, ampunkanlah saya. Memang saya tak nampak. Eksyen je pakai contact lense tu. Huhu!

Menu pada hari itu ialah ayam masak merah, masak lemak nenas ikan masin, sayur lemak geti, sayur goreng campur, sambal belacan, ikan masin dan tembikai. Nyam-nyam kan.

Pihak Ajrimon balik lebih kurang pukul 2 petang selepas sesi bergambar. Lepas selesai majlis, barulah saya rasa lapar. Apa lagi, makan time. Petang tu, barulah rasa penat satu badan. Flat gilerrr!! Pukul 6.30 petang saya dah terbongkang tido sampai tak sedar apa jadi kat sekeliling. Mujur juga saya ‘cuti’. Sudahnya, pukul 8 pagi besoknya baru saya bangun. Penat juga ye majlis bertunang ni. Kawen nanti, tatau la cemana. Hmm..ok, jom layan gambar plak…Zaassssssss!!!!


Sedang dimekapkan oleh Laily


Tengah hangin satu badan ngan Ajrimon


Bersama mak tersayang. Tengkiu mak..


Bersama orang kuat majlis, sepupu saya Kak Kiah


Bersama Mak Andam, Laily


Bersama 3 orang anak buah. Olien, Seri & Azlyna


Bersama Olien


Bersama Azlyna


Ajrimon, Mak, Mama & Me


Mak & Mama


Bersama Ajrimon & Family


Satu kali lagi


Bersama Ajrimon dan adik-adiknya


Spice Girls!


Hantaran daripada pihak lelaki


Hantaran daripada pihak perempuan


Cincin-cincinku. Tamak giler! Sampai 3!

Sunday, May 18th, 2008 | Author: Ujie

Anda pernah dihimpit hantu ketika sedang tidur? Mungkin semua orang pernah mengalami situasi ini. Sekiranya kejadian ini berlaku, kita seperti kena tindih, tidak boleh menggerakkan seluruh badan walaupun dalam keadaan sedar dan mata separuh terbuka. Masa tu, mulalah nampak benda yang bukan-bukan. Makhluk hitam dan sebagainya. Geram betul kalau benda tu berlaku. Mulut mulalah terkumat-kamit baca Ayat Kursi tapi still tak boleh gerak juga. Lepas dah lebih kurang 5 minit, baru boleh bergerak. Seram sejuk jugalah.

Masa kat asrama dulu, saya selalu kena tindih/himpit hantu ni. Biasanya berlaku selepas balik daripada bercuti semester dan terlalu lama meninggalkan bilik dan katil. Masa mula-mula nak tidur tu, rasa sesak nafas, dengar bunyi mengilai lah, terasa ada benda cuit-cuit badan saya. Seram siot..

Tapi setelah saya terbaca artikel berkenaan fenomena ni, barulah saya tau kebenaran di sebalik fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis atau dalam Bahasa Melayunya ialah ‘lumpuh waktu tidur’ keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).

Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.

Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.

Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kita kena himpit hantulah, bunyi mengilai lah. Pernah juga terjadi kepada saya, macam hantu tu tepuk-tepuk punggung saya. Kurang asam betul!! Tapi bila dah baca artikel pasal sleep paralysis ni, hilang risau saya. Hiks!

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)

4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi berenang kat laut, panjat gunung dan lain-lain)

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang dengan ahli mesyuarat tingkap)

So, siapa-siapa yang pernah kena himpit, tak perlu risau selepas ini. Bukan hantu atau perogol bersiri. Cuma sleep paralysis saja. Anda juga boleh baca artikel mengenai sleep paralysis ini di sini.

Category: Education, General |  4 Comments
Sunday, May 18th, 2008 | Author: Ujie

Tanam pinang rapat-rapat,
Agar senang
puyuh berlari,
Nak bertunang akhirnya dapat,
Yeay!! Kawen la pulak lepas ni…

Hahahahhaa..Bleh tak suka-suki tukar pantun macam ni…Jangan marah haa….

Seperti post saya yang lepas, saya ada bagitau untuk hadiahkan seorang bakal menantu kepada mak saya minggu depan. Huhu. InsyaAllah, pada 25 Mei depan (Ahad), saya akan melangsungkan pertunangan dengan Ajrimon atau nama sebenarnya Mohd Azri Mohd Nor bertempat di Kg Tanjung Siam, Kuala Selangor. Dekat je dengan tempat tengok kelip-kelip. Jemputlah datang ye. Nak SMS sorang-sorang, senak gak perut. Hiks!

Walaupun seminggu lagi, tapi persiapan belum siap sepenuhnya. Banyak lagi barang yang tak beli. Ada siapa-siapa nak sponsor? In case ada yang nak sponsor, ini senarai barang yang belum dibeli. Semak-semakla ya. Haha

1) Songkok
2) Sejadah
3) Tali pinggang
4) Wallet

Gurau je..tapi kalau betul ada yang nak sponsor, kecik tapak tangan, Stadium Kuala Selangor saya tadahkan. Hiks! Kakak angkat saya, Kak Gee kata nak sponsor perfume. Jangan bagi minyak atar sudah la ye.

Pening juga ye nak bertunang ni. Macam-macam kena prepare. Itulah, dah tua-tua baru nak bertunang, nak kawen. Kawan-kawan saya, umur 30 tahun dah ada 3-4 anak. Saya, umur 30 tahun baru terhegeh-hegeh nak bertunang bagai. Tak apalah, dah itu aturan hidup saya yang Allah tentukan. Mungkin, sebelum berumur 30 dulu, saya tidak bersedia lagi dan berjumpa dengan orang yang tidak sesuai. Saya pernah terbaca dalam satu artikel, Allah akan jumpakan kita dengan orang yang salah, sebelum Dia temukan kita dengan orang yang betul. Orang yang akan jadi pasangan hidup kita.

Ikut cadangan mama Ajrimon, hantaran nanti 9 berbalas 11. Tak kisah, ikutkan ajelah. Tapi tu yang pening, sampai 11 dulang. Makanan jelah yang banyak nampaknya nanti. Layaaannn.

Ramai juga bertanya, kenapa buat di Kuala Selangor. Rumah saya di Bukit Beruntung tu sempit. Masa majlis merisik 13 April dulu pun dah penuh rumah. Baru 10 orang yang datang. Tak kan nak buat kat rumah Sungai Choh. Rumah itu dah disewakan kepada orang lain. Boleh pulak halau dorang kejap sebab nak buat majlis bertunang. Kelakar aje. So, jalan selamat buat je kat kampung mak di Kuala Selangor.

Siapa-siapa yang nak datang tu jemputlah ye. Tak larat nak jemput sorang-sorang. Majlis start InsyaAllah pukul 12 tengahari.

Doakan semua berjalan lancar ye. Bila kawen? Jangan ditanya sebab tatau lagi. Ikutkan hati nak kawen besok gak (gatalnya), tapi bergantung pada rejeki jugak. Kalau murah rejeki kami berdua, hujung tahun ni. Ermm, start rapat dengan Ajrimon ni baru 6 bulan, Alhamdulillah terus bertunang. Cinta Ekpress, seperti entry yang saya tulis sebelum ni.

Ok, Ajrimon. Kita kena kerja lagi kuat-kuat pasni. Dah tak boleh malas-malas. Main-main. U nak bagi anak dara orang makan, ok. Hopefully, u kurangkanlah tabiat merokok tu. Tak baik untuk kesihatan. Tapi kalau nak merokok gak boleh, make sure harta-harta u letak nama I, ok…Huhu…

AJRIMON, I LOVE U BABY…

Category: Family, Life, Love |  Tags: , | 3 Comments
Thursday, May 15th, 2008 | Author: Ujie


Ibu saya, Saati@Sahati Sudin

Mak, adik sayaaaaaang sangat kat mak. Adik janji adik akan jadi anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mak dunia akhirat, InsyaAllah. Jasa mak membesarkan adik, lepas arwah abah meninggal, tak akan dapat adik balas walaupun kita hidup 1000 tahun lagi. Mak sanggup kerja kantin, kerja kilang, jadi cleaner untuk cari duit nak sekolahkan adik sampai masuk U. Hmm…tatau nak balas jasa mak macamana.

Mak cerita, masa dalam perut, bidan kampung cakap, mak dan abah akan dapat anak lelaki sebab adik sangat lasak, tendang sana sini. Maklumlah, dulu-dulu tahun 1978 mana ada scanner yang boleh nampak dalam perut. Jadi, mak dan abah dah sediakan nama “Sazali”. Sekali keluar, perempuan daaa…terus jadi “Suzilah”. Hehe…

Mak cerita lagi, adik lahir dulu, suara adik paling kuat menangis masa kat hospital. Dah lah kena demam kuning (jaundice), bila kena jemur pagi-pagi, adik melalak. Satu hospital tau yang tu suara adik, anak mak. Mak cerita, adik hisap nenen sampai umur 2 tahun setengah. Lama betul. Kak Eton cakap adik macam anak kambing sebab asyik bergayut je kat nenen mak. Dia selalu dengki, tarik-tarik adik jangan bagi menenen. Huh!

Bila start masuk tadika, adik rajin masuk pertandingan melukis, pertandingan bercerita. Mak akan jahitkan costume adik. Cerita Pak Pandir dan Mak Andih, mak jahitkan baju kurung Kedah. Masa adik berlakon jadi lebah, mak jahitkan baju belang-belang hitam kuning untuk adik. Mak memang pandai menjahit. Baju raya pun biasa mak yang jahitkan.

Masa adik kecik-kecik dulu adik nakal betul kan. Sampai mak pernah tampar muka adik sebab terpijak taik kucing. Puncanya, balik sekolah agama, adik tak nak salin baju dulu, terus je nak main dengan kawan-kawan. Bila terpijak taik kucing tu, apa lagi, mak hanginlah. Yelah, dia yang nak kena membasuh nanti. Dulu-dulu ye, adik marah kat mak sebab tampar adik. Adik menangis kat bilik air, bukak paip air besar-besar bagi jangan dengar adik menangis, pastu adik mengadu kat tempayan naga yang mak pukul adik, mak tak sayang adik. Tapi bila dah besar adik sedar, memang salah adik. Memang patut dapat “ubat” sebab degil!!

Walaupun adik anak bongsu, mak tak pernah manjakan adik berlebihan. Kalau salah, memang kena sebat. Pernah adik bergaduh dengan Dek CIk anak Cik Nor. Walaupun adik tak salah, tapi bila anak orang lain mengadu-ngadu pasal adik kat mak, mak tak suka, so adik kena pukul. Mak tak suka kalau orang kata mak menangkan anak sendiri.

Kalau adik demam atau sakit, mak paling risau. Suruh adik makan ubat tu, telan ubat ni. Kalau adik kena gigit nyamuk, mak cepat-cepat bunuh nyamuk tu. Kadang-kadang adik sedar, tapi adik saja-saja buat tidur. Bila adik balik kampung, mak suruh adik urut kaki. Kadang-kadang adik malas jugak. Terukkan adik ni.


Mak yang selalu senyum dan nampak muda

Mak selalu senyum. Mak pun kelakar. Suka bagi kawan-kawan gelak. Sebab tu walaupun mak dah berumur 65, tapi kawan-kawan adik ramai tak percaya. Ramai yang teka umur mak awal 50an. Awet muda gitu..Harap-harap adik pon awet muda nanti. Hiks!

Adik sayang mak. Adik saaaaaayang sangat mak. Terima kasih sebab mendidik adik sampai jadi orang. Walaupun kita tak kaya harta, tapi Alhamdulillah, kita kaya kasih sayang.

Sempena hari lahir mak hari ni, 15 Mei, hari lahir yang ke 65, adik ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR KE-65 dan juga SELAMAT HARI IBU. Walaupun mak tak baca blog ni, tapi adik nak cakap juga. Adik dah call mak tadi untuk ucapkan hepi besday. Mak pun lupa besday mak sendiri. Adik doakan mak panjang umur, diberi kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ya Allah, berilah kesempatan untuk aku berikan lebih banyak kebahagiaan kepada ibuku. Berilah aku kesempatan untuk aku menghantar ibuku menjadi tetamu di rumah mu, Makkah al-Mukarramah Ya Allah.

Mak, minggu depan adik hadiahkan mak seorang bakal menantu ya. :-) Alhamdulillah, mak pun suka kat Ajrimon kan. Yang…jaga mak I elok-elok ok…


Mak dan Ajrimon dan adik-adik Ajrimon

I LOVE U MAK…and u too Ajrimon (eh, tetiba!)

Category: Family, Life, Love |  Tags: | 4 Comments
Saturday, May 03rd, 2008 | Author: Ujie

Blog merupakan satu medium terkini dan terpantas dalam menyebarkan maklumat. Ada yang menulis blog untuk menceritakan aktiviti harian mereka. Ada yang menulis blog hiburan. Ada juga yang menulis mengenai politik dan pandangan peribadi tentang sesuatu isu yang terjadi di sekeliling mereka. Apa saja tujuan blog itu ditulis, janganlah pula sampai ditahan ISA ya. :-)

Bagi saya sendiri, blog merupakan satu cara untuk saya mengasah bakat penulisan yang sudah lama terendam dan juga tempat untuk saya mengutarakan pandangan saya mengenai sesuatu isu terkini. Walaubagai manapun, saya kurang berminat tentang isu-isu yang berkaitan politik kerana daripada saya menulis tak tentu pasal, tidak ada isi, lebih baik saya diam saja.

Saya juga kurang bercerita tentang peribadi seperti aktiviti harian saya di dalam blog kerana saya malu. Ala-ala menulis diari gitu. Bukan semua orang berminat untuk membaca cerita kita kan. Pagi makan apa, bangun tidur pukul berapa, hari ini pakai kasut warna apa. Hari ini bergaduh dengan boyfriend/girlfriend. Kalau semua nak diceritakan, habis dah tak ada apa yang tinggal untuk diri sendiri. Haha! Seperti menayang punggung di khalayak ramai!

Sejak akhir-akhir ini, ramai pemimpin negara juga menulis blog. Bekas pemimpin negara juga ada blog! Sudah tentulah penulisan mereka lebih kepada politik. Kalau pihak pembangkang, sudah tentu menulis tentang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan manakala sekiranya penulis tersebut dari pihak kerajaan, sudah tentu menulis untuk menyokong dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan isu yang ditulis itu, biasanya tidak diterbitkan di dalam akhbar-akhabar arus perdana. Jadi, blog dijadikan medium bagi melontarkan pendapat mereka mengenai isu-isu sensitif kerajaan.

Semasa melayari blog-blog kesukaan saya, saya menjumpai blog Tun Mahathir dengan nama domain chedet.com. Cute kan? Macam saya juga, ujie.com (Haha! Sila jangan muntah di atas kibod). Sudah pasti Tun menulis tentang politik. Baru 3 hari usia blognya, sudah beribu-ribu komen yang diterima. Syabas! Membaca tulisan Tun, saya rasa seperti dia masih lagi Perdana Menteri. Dengan pandangan beliau yang kritis, saya pasti blog Tun akan menjadi panas. Hiks! Seperti yang kita sedia maklum, semasa masih lagi menjadi PM, Tun menulis sendiri ucapan-ucapannya. Jadi, biasanya apa yang dilontarkan dari mulutnya, sudah pasti lahir dari hati beliau sendiri.

Tulisan terbaru beliau: Dr Mahathir Mohamad: A Weak Government is not good for Multi-racial Malaysia

Selamat membaca!

Category: General |  2 Comments