Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya tak tau nak makan apa malam ni. Sambil menonton Catwoman, saya terfikir, buat cekodok kentang pun sedap juga ni. Terus saya ke dapur dan menyiapkan cekodok kentang saya.

Bahan-bahannya

Tepung
2 biji kentang
Sebiji bawang
Sedikit ikan bilis
Air suam
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pencicah
Sos cili
Mayonis

Potong kentang secara memanjang. Jangan terlalu halus. Potong bawang. Basuh ikan bilis.

Masukkan tepung di dalam mangkuk (saya biasanya guna periuk kecik).

Gaulkan tepung dengan kentang yang sudah dipotong dan juga bawang. Masukkan ikan bilis. Masukkan **air suam dan gaul sehingga sebati. Masukkan sedikit garam.

Panaskan minyak dalam kuali.

LUPA PLAK NAK AMIK GAMBO TENGAH GORENG. CISS!!

Goreng.

Taraaa…dah siap

** Guna air suam untuk merangupkan cekodok anda.

Cicah dengah sos cili dan mayonis. Kena pulak dengan air kopi O. Peehhhh!!! Mak mertua lalu pun tak perasan. Bakal mak dan bapak mertua saya suka cekodok kentang yang saya buat, tapi anaknya tak mengaku. Dengkilah tu kan Ajrimon kan..

Layan punya layan…Hasilnya, tinggal macam ni..

Hiks!! Selamat mencuba…

2 Comments

  1. chiko
    12:24 am on June 21st, 2008

    sikitnya… camner nak share ngoks!!

  2. xxujiexx
    7:31 am on June 21st, 2008

    sape nak share..tu mmg utk aku sorang ok..hak hak…