Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Anda pernah menjejakkan kaki ke Pusat Sains Negara? Terletak berhampiran Bukit Kiara dan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Tempat yang patut dikunjungi oleh kanak-kanak dan jugak mak bapak kepada kanak-kanak. Best..

Melangkah masuk ke pintu utama, kita akan disambut dengan akuarium macam kat Aquaria, KLCC tu.

Akuarium yang menyambut kedatangan pelawat di pintu masuk

Kemudian kita akan melalui kawasan hutan dan pasir pantai buatan.

Seterusnya kita dibawa menerokai alam sains dan teknologi yang mana kita boleh mempelajari tentang sains dan teknologi secara tidak formal. Kita akan dibawa merokai dan memahami prinsip-prinsip asas sains dan mengembara merentasi dunia makro dan mikro dalam bidang biologi, fizik, kimia dan astronomi.

Alat untuk menguji medan magnet

Formula Kimia

Terdapat juga bahagian yang dinamakan Alam Penerokaan Kanak-kanak. Di bahagian ini, kanak-kanak boleh mempelajari bagaimana tubuh badan berfungsi, menerokai angkasa lepas dan teori-teori sains yang mudah.

Bagaimana mata berfungsi

Besarnya hidung

Terdapat banyak lagi galeri-galeri sains yang menarik dan patut dilawati. Saya juga turut mencuba beberapa peralatan sains di situ. Ada satu bahagian di mana kita boleh mengetahui jisim kita di semua planet dalam sistem Matahari. Jisim saya di bumi ialah 51kg. Walau bagaimanapun, sekiranya saya berada di Matahari, jisim saya ialah 1380.6kg. Kalau di planet Pluto, jisim saya cuma 3.4kg. Cool!!

Saya sempat Google sekejap tadi, anda juga boleh mengetahui jisim anda di semua planet. Klik sini.

Bagi sesiapa yang berminat ingin melawat Pusat Sains Negara, tiket yang dikenakan ialah RM6 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan RM3 untuk warga emas (55 tahun ke atas).

Waktu Perkhidmatan

Isnin – Khamis : 9.00 pg – 5.00 ptg
Jumaat : 9.00 pg – 12.15 tgh & 2.45 ptg – 5.00 ptg
Sabtu : 9.00 pg – 1.30 tgh
Ahad, Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga serta cuti umum : Tutup

Ahad dan cuti umum – tutup

Peta untuk ke Pusat Sains Negara.

Hmm….something weird right?? Apa kena mengena Pusat Sains Negara dengan tajuk entry saya “Aku Yang Berdosa”. Hiks…

Kelmarin, sementara menunggu untuk berjumpa client sempat menyeludup masuk ke Pusat Sains Negara. Pada mulanya saya langsung tidak tahu rancangan keji ini. Sebaik sampai di pintu pengawal, kami lihat tiket masuk RM6. 3 orang dah RM18. Kensellah! Tapi Jai kata takpe dan apabila Pak Gad tanya, Jai menjawab kami nak masuk ke cafe (kebetulan pukul 12.30 dan waktu untuk makan tengahari).

Sebaik saja kami melintasi cafe, saya menonong jalan dan tak berhenti pun untuk makan. Akhirnya selepas masuk ke tempat jualan cenderamata, kami sampai ke pintu masuk ruang pameran. Terdapat rombongan sekolah dan ramai pelajar-pelajar sekolah keluar masuk ke ruang pameran. Ada juga Pak Gad kat luar yang menjaga. Jai kata, kalau nak masuk jomlah. Saya kecut perut juga pada mulanya. Tapi bila saya mula melangkah masuk ke akuarium, Pak Gad tu selamba je tak mintak tiket. Hiks..Saya try masuk ke dalam lagi, eh eh…Ok je. Apa lagi, masuk teruslah kan.

Saya tak pasti kenapa Pak Gad tu tak tahan kami. Adakah kami berpakaian seperti cikgu sekolah atau memang kawalan keselamatan di situ tak ketat. Maksudnya, beli saja tiket di pondok pengawal dan anda boleh masuk ke ruang galeri atau pergi ke cafe, dan menyeludup masuk saja dari situ.

Dahlah masuk free, semua mesin saya nak try. Saya test tekanan udara antara molekul udara, air dan pepejal lah. Kami main-main di mesin untuk menguji teori inertia lah. Macam-macam lagi. Seronot betul.

Hampir satu jam di situ, kami keluar dengan muka tak bersalah. Puas dapat main macam budak-budak kecik. Huhu. Ye, ye…Saya berdosa. Tapi ini semua salah Jai!! Haha…Alasan…

Ok, sebelum anda ke Pusat Sains Negara, apa salahnya menjelajah dulu secara virtual di sini.

Ingat, nak masuk nanti, bayar ok. Jangan tiru macam kami. Nanti bankrap PSN.

2 Comments

  1. le eleh… ngelat betui la… (syabas)

  2. salyna_lyn
    7:08 pm on July 30th, 2008

    hmmmm..
    keji noq!!!!