Archive for » July, 2008 «

Yang Pelik Yang Menarik II

Apa yang silap dalam gambar di atas?

.

.

.

.

Dah jumpa?

Hak hak hak..BLACLIST DITERIMA. Banyakla ko punye BLACLIST Along oi!! (tataulah Along Bukit Beruntung ke Along mana. Along Kota Damansara kot. Huhu) Gambar poster ni diambil di dalam tandas di Old Town White Coffee Sunway Damansara. Enjoyce!!!

Category: Funny  Leave a Comment

10 Amalan Mudah Untuk Hidup Cara Sihat

Setiap orang pasti mahu melalui kehidupan seharian yang sihat dan ceria. Tapi, bagaimana? Ikuti 10 tips penting yang boleh menjadi amalan anda setiap hari. Mulakan dari sekarang!

1. Jangan tinggalkan sarapan pagi

Jika tidak sarapan, bermakna anda menyediakan tubuh anda tanpa tenaga! Biar bagaimana sibuk sekalipun, peruntukan waktu untuk mengambil sarapan pagi. Mungkin bijirin atau roti.

2. Tinggalkan kasut tinggi

Tidak ramai wanita memikirkan tentang osteoporosis. Sedangkan, kalau diikutkan kajian, 50 peratus wanita mengalaminya berbanding lelaki.

Apakah puncanya? Kasut tinggi anda! Malah kadar kesihatan pada bahagian kaki lebih tinggi di kalangan wanita yang memakai kasut tumit tinggi melebihi dari dua inci. Bukan bermakna anda tidak boleh memakainya langsung. Cuma, kurangkanlah kadar ketinggiannya.

Pakailah kasut yg ketinggiannya kurang dari dua inci. Jika masih mahu mengenakan kasut lebih tinggi dari dua inci, pakailah hanya pada waktu majlis-majlis tertentu sahaja.

3. Makan Badam

Berdasarkan kajian di Universiti California, jika individu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan dalam diet hariannya memakan badam, paras kolestrol menurun. Para penyelidik berpendapat badam kaya dengan”polyunsaturated fat’. Jadi jangan berlengah lagi, jika anda terlebih kolestrol, berusaha untuk mengurangkannya dengan mengambil badam setiap hari.

4. Sebiji oren setiap hari

Kajian di British menunjukkan sebahagian 20 peratus dari punca sakit jantung ialah usia, tekanan darah, paras kolesterol dan merokok. Kajian yang dilakukan ke atas 20,000 orang di sana, menunjukkan dengan menambahkan 50 gram vitamin C dalam diet harian, cukup untuk membuat jantung sihat. Jika anda mahukan jantung anda terus sihat, amalkan memakan oren sebiji setiap hari, tak kiralah pada waktu bila sekalipun.

5. Ketawa

Tapi, awas pastikan anda ketawa bersebab. Mungkin dengan menonton filem komedi, membaca buku cerita lucu, mahupun berbual-bual dengan rakan yang suka berjenaka.

6. Tambahkan potassium

Tahukah anda, bagi individu yang kurang potassium di dalam tubuh, berisiko tinggi untuk diserang stroke. Jadi, perhatikan makanan yang boleh menambahkan potassium dalam tubuh anda. Antaranya ialah pisang.

Memakan sebiji pisang setiap hari juga sudah cukup untuk membolehkan potassium dalam tubuh anda sentiasa stabil. Selain itu anda boleh mengambil tembikai dan kentang rebus.

7. Kuasa bunga

Anda mungkin antara penggemar bunga segar. Mungkinkah anda juga selalu harapkan pemberian bunga dari orang lain. Mungkin dari suami, kekasih, sahabat karib, malah sesiapa sahaja. Tapi cuba anda pergi ke kedai bunga, pilihlah jambangan bunga yang anda idamkan. Bawa pulang dan anda akan dapati, bunga yang anda beli membawa satu perubahan pada perasaan anda. Kesegarannya boleh merubah suasana di ruang yang anda letakkan bunga itu.

8. Katakan ‘cheese’

Kenapa begitu? Maknanya senyumlah. Dua ulas bibir yang tersenyum bukan sahaja menggambarkan diri anda ceria. Bahkan, ia sebenarnya membantu diri untuk melalui kehidupan seharian dengan benar-benar gembira.

9. Jangan kosongkan perut

Selepas makan pagi, jangan biarkan perut kosong. Ambillah biskut, kentang goreng mahupun bijirin. Perut yang kosong dan anda dalam keadaan lapar bermakna kadar gula dalam darah anda turun. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, jangan biarkan perut kosong. Makanlah sesuatu, tetapi sedikit sahaja. Nanti terlebih makan, berat pula naik mendadak.

10. Tidur berkualiti.

Tidur berkualiti bukan bermakna masa tidur yang panjang! Sebaliknya tidur apabila mata sudah mengantuk. Bangunlah apabila tubuh sudah terasa segar. Titiskan beberapa titis minyak lavender pada bantal. Tidur anda lebih selesa. Pastikan perut juga tidak terlalu kenyang sebelum melelapkan mata.

Sumber : Majalah Mingguan Wanita ,Okt/Nov 2001

Sumber gambar : Google

Entry Boring

PAK PANDIR…

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…

Pak Pandir : “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?
Org Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir…

Org Asli : “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

————————————————

Semasa saya bersekolah tadika dulu, saya ada menyertai pertandingan bercerita, bertajuk Pak Pandir dan Mak Andih. Mak buatkan baju untuk saya daripada kain batik, sekali dengan penutup kepala macam petani tu. Ketika itu, barulah saya tahu, betapa bendulnya Pak Pandir. Hiks!

Category: Funny  One Comment

Ceramah Agama Berunsur Politik – Bencinya

Di surau berdekatan dengan rumah saya, biasanya diadakan ceramah agama setiap kali selesai solat Maghrib. Kebetulan semalam, saya bersolat Maghrib di situ. Selesai saja bersolat, saya bersiap-siap melipat telekung (sebab nak keluar makan), saya sempat mendengar sedikit apa yang disampaikan oleh penceramah pada malam itu.

Saya tidak tahu apa tajuk ceramah pada malam itu, tapi yang banyak saya dengar ialah kata-kata cacian dan makian. Di antara kata-katanya yang sempat saya dengar: -

1) “Ada yang balik saja dari buat haji, masuk UMNO. Babi!!”

2) “Siapa masuk PAS, inilah sebenar-benar Islam”

3) “Ada di antara jemaah, lepas solat, nampak saja saya nak bagi ceramah, terus keluar surau. Konon berserban. Tapi kurang hajar. Serban tu lagi baik dipakaikan kat babi!!”

Dan dia terus-terus bercerita pasal PAS, kutuk orang sana, maki orang sini. Dalam hati saya, Ya Allah, ape bendanya ni. Mencarut-carut tak tentu pasal. Padahal di dalam rumah Allah. Apakah patut, seorang ustaz, yang mengajar agama, yang mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat bercakap benda-benda seperti itu? Bukan orang dewasa sahaja yang ada, malah kanak-kanak pon ada sekali mendengar ceramah tersebut. Bila dia memaki-maki seperti itu, jemaah lain ketawa-ketawa, macam menyokong.

Patutlah ada juga jemaah yang terus blah bila nampak ustaz tu nak bagi ceramah . Ntah-ntah orang tu keluar cepat, sebab nak hantar anak pergi tuesyen ke, entah-entah isteri dia suruh beli barang kat kedai ke. Senang-senang je ustaz ni menuduh dan memaki hamun orang lain. Kalau pun jemaah yang keluar surau tu BUKAN nak pergi hantar anak ke tuesyen atau nak belikan barang-barang isterinya, saya sangat menyokong tindakannya keluar dari surau. Kalau saya pun, tak larat nak dengar seorang ustaz memaki hamun orang lain. Baik blah cepat. Buat malu je!

Saya bukan penyokong BN dan bukan juga berpihak dengan mana-mana parti lain, tetapi saya sangat tidak suka apabila ceramah agama yang sepatutnya pengisiannya berunsur nasihat, memberi kesedaran, zikir-zikir memuji Allah, dicemari dengan kata nista dan caci maki. Baik tak payah mengaji agama tinggi-tinggi. Pergi jadi Mat Rempit sana. Eii!! Sungguh kurang hajar!

Saya tau, kawasan Kota Damansara ini adalah kawasan PKR, tetapi janganlah mengambil kesempatan menggunakan surau sebagai tempat untuk mempertahankan parti. Surau tempat beribadah, menuntut ilmu dan bermuzakarah. Bila dah dengar sendiri cacian makian macam ni, saya macam malas nak bersolat lagi di surau tersebut, Menyampah!

Entahlah, Allah saja yang dapat membalasnya…Ustaz, Lu Pikirla Sendiri!!!

Category: General  2 Comments