Archive for » August, 2008 «

Sunday, August 31st, 2008 | Author: Ujie

Selamat Menyambut Ramadhan 1429H bersamaan 1 September 2008. Kepada para pembaca, saya memohon maaf sekiranya terdapat salah silap saya sepanjang mengenali kalian. Semoga Ramadhan kali ini, kita sama-sama dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat keji dan mungkar. Juga diharapkan, puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan dan dipelihara oleh Allah.

Jangan tinggal sembahyang terawikh. Jangan lupe bertadarus dan khatamkan Quran sekali lagi tahun ni..

Okeh, jom terawikh!!

Category: General |  Tags: , | Leave a Comment
Sunday, August 31st, 2008 | Author: Ujie

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. 3 hari sebelum Ramadhan, iaitu pada 29 Ogos 2008 bersamaan hari Jumaat, salah seorang sepupu saya, Asmah binti Mohd Sadik atau lebih mesra dipanggil Awie, telah meninggal dunia akibat kanser payudara. Beliau meninggalkan seorang suami dan 2 orang anak lelaki. Kak Awie meninggal dunia selepas Asar dan dikebumikan pada hari Sabtu.

Mak saya balik ke Kuala Selangor pada pagi Jumaat. Mak dan saudara-mara yang lain sempat melihat Kak Awie menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah, beliau pergi dengan keadaan yang tenang dan dalam senyuman tergambar di wajah arwah. Saya pula hanya sempat balik ke Kuala Selangor pada sebelah malam dan sampai ke Kuala Selangor hampir jam 11 malam.

Alhamdulillah, ramai saudara-mara dan rakan-rakannya datang menziarahi dan membaca Yassin untuknya.
Saya juga menghadiri pengkebumian jenazah di kubur. Saya lihat, tanah kuburnya berlebih-lebih. Selepas kuburnya ditimbus pun, ada lagi lebihan tanah. Ada orang cakap itu adalah satu petanda yang baik. Betul atau tidak, tak taulah. Bukan apa, ada juga yang mana apabila ditanam dan dikambus kuburnya, tanah tak cukup-cukup. Sampai berlubang pun ada. Kena cari tanah lain pula. Walau apa pun, semua Allah punya kuasa. Allah Maha Mengetahui.

Bagi saya, Kak Awie seorang sepupu yang baik. Walaupun mulutnya bising sedikit, tapi dia baik hati. Tak kedekut dan tak berkira. Semasa saya nak bertunang dulu, dia beriya-iya suruh saya sewa kanopi dan nak sponsor. Saya ikutkan aje tapi tak jadi kerana kebetulan beberapa hari sebelum majlis bertunang tu, arwah terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kansernya tiba-tiba menyerang dan doktor mengesan terdapat ketumbuhan kecil di belakang kepalanya.

Kak Awie, bertudung hitam berbunga merah bersama adik-beradiknya, ibunya dan mak saya semasa hari raya tahun lepas.

Kak Awie juga sangat pembersih dan rumahnya sentiasa kemas dan teratur. Saya sangat suka melepak di rumahnya di tepi sungai. Kalau saya bawak kawan-kawan dari KL, memang ke rumahnya lah saya tuju (selain markas tetap-rumah mak Azlyna). Macam terbayang-bayang pulak dia duduk di kerusi rehat di beranda rumahnya.

Nampaknya, raya tahun ni, tak dapatlah kami bergurau-senda dengannya. Kak Awie, semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Kami akan selalu merinduimu…Al-Fatihah

———————————————————

Sedikit pengetahuan tentang kanser payudara.

Penyakit barah payudara (breast cancer) merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Baca seterusnya di sini.

Juga di sini.

Wednesday, August 27th, 2008 | Author: Ujie

Hafizah Samsudin atau Fizah atau nama poyonya, Chiko akan meninggalkan bumi Malaysia jam 10 pagi besok untuk menemani suaminya yang akan bertugas di Kota London sekurang-kurangnya setahun. Fizah saya kenali 17 tahun yang lepas, sejak 1991 semasa kami bersekolah di Sekolah Agama Menengah Rawang semasa Tingkatan 1. Seorang rakan yang kelakar dan senang dibawak bergurau atau maki-memaki sesama sendiri.

Naik ke Tingkatan 2, Fizah berpindah ke sekolah lain dan saya masih meneruskan persekolahan di Sekolah Agama Rawang. Lama tidak berhubung, akhirnya, puasa tahun lepas, 2007 entah macamana saya dan dia dapat berhubung melalui Yahoo Messenger. Rupa-rupanya dia sudah berkahwin dan mempunyai sepasang cahayamata. (Yelah, dah 30 tahun lah pulak umur kan, saya je yang kawen lambat. Huhu!)

Pada hari raya tahun lepas juga kami bertemu buat kali pertama selepas 16 tahun terpisah. Kami berjumpa di Sungai Choh. Oh ya! Fizah pun berketurunan Bengkulu dan berasal dari Sungai Choh juga. Mula-mula, mestilah kena ada acara kutuk mengutuk sesama sendiri kan. Lepas tu sempat berborak kejap aje sebab masing-masing ada hal. Maklumlah, raya.

Oleh kerana Fizah adalah surirumah sepenuh masa, saya mengajaknya (secara paksa) untuk menyertai CIMB Wealth Advisors secara part time. Sejak itu kami selalu juga bertemu di kelas.

Tadi, Fizah sempat datang ke rumah saya untuk menghantar beberapa dokumen clientnya. Sempatlah berborak-borak sebelum dia berambus meninggalkan Malaysia. Sedih gak, tapi masa bersalam dan berpeluk cium dengan dia tadi saya tak tunjuk. Saya kan brutal. Huhu..

Kepada Fizah, selamat pergi dan selamat kembali. Jaga diri elok-elok kat sana. Kalau ada apa-apa yang aku boleh tolong, InsyaAllah aku tolong. Jangan jadi omputeh plak kat sana. Dilek ku tepuk lek, molong dilek (Sorry kalau korang tak paham, nak maki kena cakap Bengkulu daaa…). Mintak ampun dan maaf kalau pernah terkasar bahasa, tersalah bicara. Nanti aku nak hanimun kat London, tumpang umah ko ekk…Hee hee..

Okay, I LOVE U. FRENS FOREVER! GONNA MISS U!

Category: Friend |  Tags: , | Leave a Comment
Saturday, August 23rd, 2008 | Author: Ujie

Cerita kereta lagi. Huhu..Khamis lepas, saya ke bengkel sekali lagi. Foreman tu janji nak repair kereta saya yang staff dia kemekkan. Saya sampai lebih kurang pukul 5 petang. Haruslah kena maki kan..

“Haiya kakak. Mau satu hari buat ini kereta. Ketuk, cat semua. Kakak datang lain kali lah. Hantar pagi, petang boleh ambil.”

“Ha, yelah. Minggu depan saya datang.”

“Kakak, ini kereta kurang satu nombor lah.”

“Ha??!! Kenapa? Plat kereta saya tercabut ke?”

“Bukan, semalam, lepas kereta ni accident, saya beli nombor. 1.9.7.8 (Nombor plat kereta saya 1978). Tapi nombor kakak tak naik. Grand Prize 1988. Kurang satu nombor. Banyak rugi ooo…”

“La, ye ke? Kalau nombor 1.9.7.8 menang, u dapat berapa ribu?”

“Menang Grand prize dapat seratus ribu lebih. Saya cat satu kereta kakak, FREE!!”

Saya gelak aje. Berani ko beli nombor ekor ikut nombor plat keta aku ye apek!

Kalau dia nak cat kereta saya lawa-lawa pun pakai duit menang loteri, tak hingin saya. Mau jugak kereta gua terbabas accident. Harraaamm gitteww…

Semasa saya tengah berborak-borak dengan apek tu, tiba-tiba..GEDEGANG!! Satu lagi accident. Kali ni, kereta dengan kereta. Salah satu kereta tu, kereta kerani dia plak. Bleh?? Bengkel dia ni, terletak di selekoh. Kalau anda biasa dengan Damansara Uptown, pasti anda boleh bayangkan kereta diparkir suka-suka hati. Dengan jalan bersimpang siur. Ada yang main terejah selamba jalan tak tengok kiri kanan. Inilah jadinya. Accident! Kerani bengkel tu menonong je bawak kereta tu walaupun kereta belakang dah hon sebab masuk laluan dia. Apa lagi, berdentum la.

Saya tak tau apa jadi lepas tu. Tapi saya sempat tengok nombor plat amoi tu, 5020. Saya sempat memberi sajesyen kepada apek tu.

“Ha, u boleh beli nombor 5020 pulak. Mana tau menang.”

Hiks! Apek tu gelak je. Huhu

Erm..Walau apa pun, nampaknya kena melawat apek tu lagilah minggu depan.

Category: Funny |  Tags: , | One Comment
Wednesday, August 20th, 2008 | Author: Ujie

Selepas beberapa minggu tayar kereta saya mengalunkan lagu yang sungguh merdu (berdesing), pagi tadi saya pun pergilah ke bengkel kereta di Damansara Uptown. Tengok apa-apa yang patut. Brake disk dah nipis daa..Dengan tayar pecah (dah terkoyak), chamber lari, pendek kata memang saya hentam sahaja pakai kereta tu. Asal boleh bergerak sudehhh…Typical woman driver. Ngeh ngeh.

Lepas dah dianalisa bagai, haa, hambek ko! 330 hengget terebang. Tu pun ada yang kena buat lagi tu. Timing belt dah lebih 6000km kata foreman tu. Kos timing belt tu RM300. Nak kena service pulak lagi. Mau gedebak gedebuk, RM400.

Sementara tunggu kereta siap, saya bersarapan dulu. Dalam 40 minit lepas tu, kereta pun siap. Terus pecut pulak appoinment di Plaza Masalam, Shah Alam. Dalam perjalanan ke sana, saya terima call dari foreman bengkel tu.

“Halo kakak. Nanti u datang sini balik ha..Tadi, masa budak saya test drive, ada motor sudah langgar sama kereta kakak”.

“Ha?? Kereta saya kena langgar? Teruk ke?” – Padahal tengah drive kereta tu. Nampak sangat main menonong je masuk kereta, tak cek bagai kan. Huhu

“Orang yang langgar tu mau report polis sebab mau claim insurance. Tangan dia sudah patah. Sorry aa kakak, budak saya baru bagitau saya.”

“Ok, nanti saya datang”.

Dalam pukul 4, saya pergi semula ke bengkel tersebut. Tengok-tengok, kat pintu sebelah kiri dekat ngan lampu belakang tu ada terkemek sikit. Calar-calar pun ada. Mamat yang langgar kereta saya pun ada sekali. Kesian, tangan bergantung. Dalam hal ni, tatau la sape yang salah sebenarnya. Foreman tu kata, budak dia tak salah, mamat tu yang pegi langgar. Wallahua’lam. Saya sempat juga mengambil beberapa gambar kereta saya yang kemek tu.


Kemek kat pintu

Kemek dekat dengan lampu belakang

“Kakak, ini kereta kena angkat pegi police report. Tak boleh buat dekat Balai Polis Damansara (kan ada Balai Polis kat Uptown kan). Kena pegi PJ state sana.”

“Ala, saya ada appointment lagi ni. Kat Jalan Klang Lama.”

“Tak apa, kakak pakai kereta bengkel dulu. Itu Toyota.”

Saya ingat Toyota Altis ke kan. Sorry okeh, Toyota Corona zaman P.Ramlee punya. Bila nak start kereta, kena tekan minyak kuat-kuat dulu, baru boleh start, foreman tu ajar. Dahlah bukan power steering. Hazab bukan main. Ditambah pulak dengan kereta manual. Nasib baik skill bawak manual tu ada lagi. Tapi, rasanya saya bawak macam mula-mula nak ambil lesen dulu. Tertekan minyak lebih la. Clutch saya takut nak lepas. Takut mati tengah jalan.

Dia punye seat belt jangan cakap la. Dah longgar. Bila saya bukak pintu, meleret-leret ke tanah. Hiks! Tapi aircond kuat ok! Bila bukak aircond, rasa macam bawak lori tanah. Bergegar-gegar. Dekat steering tu ada 2 button. Saya ingatkan macam kereta zaman sekarang, button untuk slow atau kuatkan volume radio. Saya try tekan button tu masa berhenti kat traffic light. Rupenye hon daa..Mesti kereta depan tu ingat saya giler. Soh jalan masa lampu merah. Huhu..


Saya tekan button sebelah kiri. Sebelah kanan tu memang saya nampak ada simbol hon. Sila abaikan kaki ayam tu. Saya bawak kereta manual memang tak pandai pakai high heel. Tersangkut-sangkut.

Selepas selesai appointment di Jalan Klang Lama, kami pecut balik ke bengkel. Janji dengan foreman tu sebelum pukul 7, last-last meleret-leret pulak sampai pukul 8.30 malam. Hangen je mamat tu agaknya. Sorry aar apek. Besok dia suruh datang lagi untuk ketuk tempat yang kemek tu. Mestilah dia yang tanggung kos tu kan. Dah budak dia yang buat.

Walaupun Toyota Corona tu nampak dah uzur, lari laju lagi okeh. Enjin superb! Yelah, kereta foreman la pulak kan. Musti engine dia hentak kasi power punye tuh.

Hmm…by the way, sian keretaku..Besok kita repair ye…