Wednesday, August 06th, 2008 | Author: Ujie

Ok, hari ni saya bagi jawapan kepada Kuiz Kenali Ujie Cintai Ujie ya..Ramai yang jawab betul, ada juga yang jawab salah.

Soalan pertama

Nama sebenar saya..
1) Suzi Tancredi
2) Susan Lancaster
3) Suzilah Zainuddin
4) Anakku Sazali

Mustilah jawapannya Suzilah Zainuddin. Ada juga yang menjawab jawapan lain. Sajalah tu kan..

Soalan kedua

Umur saya pada tahun ini ialah..
1) 25
2) 27
3) 29
4) 30

Jawapannya ialah 30 tahun. Ada juga yang menjawab 25 tahun. Siapa yang menjawab 25 tahun, sila angkat tangan! Saya belanja makan Pizza. Nak bodek kata saya mudalah tu kan.. Huhu…

Soalan ketiga

Saya pernah menuntut di sekolah ini kecuali
1) Sekolah Kebangsaan Sungai Choh
2) SMAP Labu
3) Sek. Agama Men. Tinggi Hishamuddin, Klang
4) MRSM Jasin

Soalan ini, ramai yang jawab salah. Ramai yang tak tahu, sebenarnya saya pernah belajar di Sek. Agama Men. Tinggi Hishamuddin, Klang. Masa Tingkatan 4. Itupun 2 minggu saja. Sementara menunggu panggilan masuk ke MRSM. 2 minggu, seksanya macam 2 tahun. Saya tak suka sekolah tu. Tak kena dengan jiwa. Menangis je keje saya. Dah besar-besar pun menangis. Tapi memang saya tak suka sekolah tu. Nak buat macamana kan.

Jawapan yang betul ialah SMAP Labu. Saya tak pernah bersekolah di SMAP, Labu. Kawan baik saya, Jaja yang bersekolah di situ. Sekolah Kebangsaan Sungai Choh, mestilah saya pernah bersekolah di situ kan. Orang Sungai Choh la pulak. MRSM Jasin pula, saya bersekolah dari tahun 1994-1995 semasa di Tingkatan 4 dan 5. Sekolah yang paling saya sayang. Sekolah yang banyak bagi pengalaman kepada saya. Sampai saya berangan-angan, anak-anak saya nanti, semua mesti masuk MRSM.

Soalan keempat

Tunang saya bernama
1) Antonio Banderas
2) Michael Scofield
3) Mohd Azri Mohd Nor
4) Budak Boncet

Huhu. Mestilah Mohd Azri Mohd Nor. Tapi saya suka jugak kalau korang jawab Budak Boncet. Ngeh ngeh. Antonio Banderas dan watak dalam Prison Break, Michael Scrofield pulak ialah hero-hero kegemaran saya. Kalau dapat jadi awek mereka, sumpah saya tak carik lain! Huhu

Soalan kelima

Saya lahir pada..
1) Januari
2) Mac
3) Mei
4) Disember

Jawapan yang betul, ialah Mei. Saya berbintang Taurus. Kan brutal tuh..

Ada yang jawab semua betul? Sila tuntut hadiah dari saya. Hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di rumah saya berserta sarapan pagi cekodok kentang dan makan malam cekodok sardin. Jangan marah haa….

Daa…

Tags:
Category: Poll
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Free wordpress layouts | Free drupal skins | Free joomla skins | Free mediawiki skins | Free pligg themes | Review template providers" | Customizable Website Templates |

One Response

  1. 1
    bondong 

    ape paro soalan kak nak kene bile balik kapong

Leave a Reply