Archive for » November, 2008 «

Malang Tidak Berbau – Sudahkah Harta Anda Diletakkan Penama?

Seorang rakan saya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya 2 minggu lepas, bercerita tentang harta yang ditinggalkan oleh suaminya untuk dia dan 2 orang anak perempuan yang masih kecil..

“Kak, suami saya ada beli insurans dari syarikat insurans XXX. Jumlah pampasan RM60,000. Mujur dia letak nama saya sebagai penama, kak. Lega sikit. Bolehlah nak tampung belanja saya dengan anak-anak “

“Baguslah tu, senang sikit ngko nanti”, jawab saya.

Rakan saya itu berumur 24 tahun, mempunyai 2 orang anak yang berusia setahun dan 5 tahun. Suaminya yang baru berumur 31 tahun, merupakan seorang pemandu di sebuah syarikat ternama di Malaysia. Beliau mengalami kemalangan jalanraya sewaktu hendak mengambil bosnya pada pagi 5 November lepas. Selepas koma selama seminggu, doktor mengambil keputusan untuk membuka bantuan pernafasan suaminya. Menurut rakan saya, pada hari suaminya kemalangan itu pun, sebenarnya hanya jasad yang terbaring kaku di atas katil, hakikatnya otak suaminya sudah tidak berfungsi lagi (dead brain) atau dalam erti kata lain, sudah meninggal.

Saya sempat melawat suaminya pada petang hari kemalangan. Bila saya tanya pembantu doktor kat situ, dorang tak nak komen, suruh tanya doktor sendiri. Dari luaran, memang langsung takde luka-luka, patah riuk. Cuma pendarahan dalaman. Otak bengkak dan satu urat terputus. Apelah banyak benar kawan-kawan saya terputus urat otak ni. Erm…

Berbalik kepada cerita harta peninggalan si arwah, menurut cerita rakan saya, ada satu lagi insurans yang memang disediakan oleh syarikat suaminya bekerja, tidak sempat diletakkan nama rakan saya sebagai penama. Insurans tersebut berjumlah 96 kali ganda daripada gaji. Dengan gaji suaminya sebanyak RM1,800, jumlah keseluruhan yang patut diterima oleh rakan saya ialah RM172,800.

Di dalam akaun KWSP suaminya juga, ada dalam RM60,000. Pun tak ada penama. Menurut pegawai KWSP, duit tersebut tidak boleh diserahkan kepada penuntut (rakan saya) sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh kematian. Ini untuk memberi peluang kepada isteri-isteri si mati yang lain (yang tidak diketahui oleh isteri pertama) untuk membuat tuntutan juga. Ingat para suami! Buat penama untuk isteri pertama ok. Ha, yang si isteri pulak, baik cek, suami ada isteri lain tak? Hiks!

Selain daripada insurans dan KWSP yang tidak ada penama, satu lagi harta yang ditinggalkan oleh suaminya ialah sebuah rumah (belum siap). Rumah tersebut atas nama suaminya dan nama kedua ialah nama rakan saya. TETAPI, insurans untuk rumah tersebut hanya atas nama rakan saya, bley? So, disebabkan suaminya yang meninggal dunia, maka tak dapatlah benefit MRTA yang sepatutnya pembayaran rumah tersebut ditanggung oleh pihak insurans.

Apa yang saya tahu, daripada pembacaan dan pengalaman kawan-kawan saya, semua harta yang tidak berpenama, akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Amanah Raya Berhad akan mengagihkan harta-harta tersebut kepada yang berhak melalui hukum Faraid. Oleh kerana rakan saya tidak mempunyai anak lelaki, maka agihan tersebut mula-mula akan jatuh kepada bapa si mati (bapa mertua rakan saya), diikuti oleh adik beradik lelaki si mati, adik beradik perempuan, ibu si mati, anak perempuan si mati dan akhir sekali barulah kepada rakan saya. Mujur rakan saya ni baik dengan mertuanya. Kalau tidak, tataulah nak cakap. Kesian! Lagipun menurut rakan saya, bapa mertuanya siang-siang lagi dah beritahu yang dia tak nak satu sen pun duit arwah. Tak nak makan harta anak yatim. Dia nak serahkan semuanya kepada rakan saya tu.

Begitu juga dengan insurans yang disediakan oleh syarikat suaminya. Oleh kerana tidak ada penama, sepatutnya pampasan tersebut juga akan diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Caj yang dikenakan oleh Amanah Raya Berhad untuk proses pengagihan itu ialah 10% daripada jumlah harta tersebut iaitu lebih kurang RM17,000 (pampasan insurans keseluruhan ialah RM172,800). Jangkamasa yang diambil juga bukan sebulan dua. Mungkin memakan masa bertahun-tahun. Tapi Alhamdulillah, syarikat arwah bersedia untuk menguruskan tuntutan pampasan tersebut tanpa menyerahkan kepada Amanah Raya Berhad. Walau bagaimanapun, pengagihan masih mengikut hukum Faraid seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Cuma tak perlu bayar caj Amanah Raya Berhad sampai 10% tu!!

Teringat saya cerita seorang rakan baik saya, Jaja. Arwah ibunya meninggal dunia lebih kurang 3 tahun yang lalu. Simpanan arwah ibunya di ASB saya rasa lebih daripada RM250,000. Tapi setahu saya, duit simpanan tersebut masih tidak diperolehi sampai sekarang. Sebabnya, tak lain tak bukan ASB memang tidak menyediakan penama kepada pelabur-pelaburnya. Oleh itu, menurut Jaja, simpanan tersebut telah diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. Proses yang diambil untuk pengagihan memakan masa bertahun-tahun. Kena masuk mahkamah syariah, ikut hukum Faraid, angkat sumpah dan bla..bla..Susah kan? Hmm, tak setel-setel juga sampai sekarang. Kalau ada pembaca atau rakan rakan yang bekerja atau ada pengalaman dengan Amanah Raya Berhad, tolong confirmkan kesasihan cerita ni ya? Mana tau, saya bagi salah maklumat.

Hmm, bagaimana dengan harta-harta anda? Duit simpanan di Tabung Haji, ASB, KWSP, Unit Amanah, semua dah letak penama? Jangan susahkan keluarga, anak isteri yang kita tinggalkan. (Tapi, kalau susahkan sikit suami, takpa. Haha!). Susah sikit-sikit takpelah, tapi janganlah seksa orang yang masih tinggal ni sampai bertahun-tahun, ye tak?

Ni nak promot sikit, sesiapa yang belum ada insurans, ha, apa lagi. Tak reti-reti nak tanya gua? Hehe. Selain Unit Amanah, saya juga menyediakan perkhidmatan insurans, iaitu Insurans CIMB-AIA. Gabungan terbaik syarikat insurans di Malaysia. Anda boleh dapatkan perlindungan takaful dan kad kesihatan dengan Insurans CIMB-AIA. Dan yang paling penting, jangan lupa letak PENAMA/PEWARIS. Walaupun mungkin tidak beratus ribu atau berjuta, tapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang tinggal.

Ramai yang tidak sedar kepentingan insurans kecuali apabila malang menimpa. Bukan satu dua kisah yang kita pernah dengar, malah beratus-ratus kes isteri yang ditinggalkan (suami meninggal) tanpa harta sesen (hutang…banyak), anak-anak terpaksa menamatkan persekolahan apabila hilang tempat bergantung dan sebagainya. Tidak rugi mempunyai 2-3 polisi insurans. Macam saya sendiri, insurans saya bersama Prudential (sebab masa ni saya belum jadi CIMB Consultant lagi.Huhu). Lepas ni saya memang nak ambil polisi insurans CIMB-AIA pula. Selain sebagai perlindungan, insurans juga boleh dijadikan tabung untuk kita menyimpan untuk masa hadapan yang tidak pasti.

Erm, panjang pulak celoteh saya kali ini. Sehingga jumpa di lain masa. Renung-renungkan dan selamat beramal. Tetiba.. ;)

Koleksi Tudung Sarung

Iklan Tudung Sarung Ini Dibawa Khas Untuk Anda Oleh ujie.com

Korang beli tau, cantik-cantik. Saya pun nak beli satu nanti. Tuan tanah tak nak bagi diskaun ke? Huhu..Sape berminat, boleh contact member saya di tudungsarung [at] gmail.com atau 019-663 1977.

—————————————————-

Selamat datang ke KOLEKSI TUDUNG SARUNG
Kami menyediakan koleksi tudung sarung yang mudah di pakai, selesa dan berkualiti. Koleksi tudung kami diperbuat daripada kain Lycra dan juga Spandex Kelas 1. Koleksi tudung sarung juga dilengkapi dengan manik-manik yang berkualiti dan corak yang terbaru. Boleh di pakai ke pejabat, majlis keramaian, kolej, dll. Layari tudungsarung.blogspot.com untuk melihat koleksi terkini kami. Kepada yang berminat, boleh menghubungi kami melalui email.

CARA MEMBUAT ORDER:

1. HUBUNGI KAMI MELALU EMAIL ATAU SMS
Email atau SMS kepada kami code tudung dan kuantiti yang hendak di pesan ke: tudungsarung [at] gmail.com atau 019-663 1977

2. TUNGGU PENGESAHAN DARI KAMI
Kami akan membalas email/sms untuk memberi pengesahan tudung yang telah di order. Kami akan email/sms details dan jumlah harga yang perlu dibayar. JANGAN SESEKALI BANK-IN DUIT SEBELUM MENERIMA PENGESAHAN DARIPADA KAMI TERLEBIH DAHULU.

3. PEMBAYARAN
Setelah persetujuan dibuat. Pembayaran sepenuhnya hendaklah dibuat kepada kami. Kami mengunakan perkhidmatan CIMB dan MAYBANK sahaja. Sila email/sms kepada kami REFERENCE NUMBER sebagai bukti pembayaran, bersertakan Nama, Alamat Penuh dan Telefon number. Sekiranya pembayaran dibuat melalui online banking (ex CIMB clicks / Maybank2u), email kan kepada kami printscreen transaksi sebagai bukti pembayaran.

4. PENGHANTARAN
Penghantaran akan di buat dua kali seminggu sahaja, iaitu pada hari ISNIN dan RABU! Penghantaran akan dibuat mengunakan khidmat POS LAJU MALAYSIA. Ia akan mengambil masa 1-2 hari waktu bekerja.

Untuk maklumat lanjut, layari http://tudungsarung.blogspot.com

KWSP Anda Cukup Untuk Bersara?

Duit simpanan KWSP mencukup untuk masa depan? Fikirkan…

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita dalam akhbar-akhbar tempatan yang mengatakan bahawa duit simpanan KWSP kebanyakan kita, secara purata hanya berjumlah lebih kurang RM114,000 apabila kita bersara nanti Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Kerajaan amat risau dengan situasi ini, lalu membuat beberapa peraturan baru yang telah dimulakan pada Februari 2008 yang lalu. Antaranya, Akaun 1 di dalam KWSP boleh dikeluarkan apabila ia mencecah RM16,000 (bagi umur tertentu) berbanding RM55,000 sebelum ini supaya pencarum boleh menyimpannya di unit amanah seperti Unit Amanah CIMB (salah sebuah unit amanah terbesar di Malaysia). Akaun 2 juga boleh dikeluarkan setiap bulan untuk membayar pinjaman rumah atau membeli insurans.

Ini dilakukan oleh kerajaan kerana simpanan di KWSP tidak dapat menjamin keuntungan yang besar memandangkan secara purata, ia hanya memberikan keuntungan 5-6% setahun. Kalau dikira dari segi matematik, duit simpanan KWSP hanya akan menjadi dua kali ganda dalam masa 14 hingga 18 tahun. Berbanding dengan simpanan di dalam unit amanah seperti CIMB yang memberikan pulangan purata 10-20% , duit simpanan akan menjadi dua kali ganda dalam masa 4 hingga 7 tahun sahaja
Berdasarkan rekod-rekod yang lepas, Unit Amanah CIMB berjaya mendapat lebih 10 hingga 20% setahun. Ini jauh melebihi keuntungan atau pulangan yang diberikan oleh KWSP (5 hingga 6% setahun). CIMB mampu memberikan pulangan yang lebih besar kerana mengikut strategi-strategi yang disarankan, di samping dipantau oleh pengurus-pengurus kewangan yang berpengalaman berbelas atau berpuluh tahun.

Kerajaan memberikan kepercayaan kepada syarikat unit amanah.Disebabkan itu, Akaun 1 di dalam KWSP tidak boleh dikeluarkan dan disimpan di tempat-tempat lain seperti Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Ia hanya dibenarkan dikeluarkan untuk disimpan di dalam Unit Amanah seperti CIMB.

Sebelum ini, kerajaan menghadkan, pengeluaran hanya boleh dilakukan apabila Akaun 1 KWSP mencecah RM55,000 tetapi dengan kepercayaan kerajaan kepada syarikat-syarikat unit amanah seperti CIMB, peraturan baru yang dibuat pada Februari 2008 membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP apabila baki mencecah RM16,000.

Untuk yang berminat memulaka pengeluaran Akaun 1 KWSP untuk disimpan di Unit Amanah CIMB, boleh menghubungi saya di talian 018-2045336 atau email ujie[at]ujie.com untuk tempahan masa bagi mendapatkan sesi rundingan bersama saya secara percuma.

Ingat, setiap bulan yang anda tangguh, anda akan rugi berpuluh atau beratus ringgit, terutamanya sekiranya Akaun 1 anda mencecah ratusan ribu ringgit.

Saya memahami, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang takut untuk menyimpan di dalam unit amanah kerana risau sekiranya duit simpanan KWSP yang mereka simpan bertahun-tahun akan lenyap dan seterusnya mereka akan rugi. Kerugian tidak akan berlaku sekiranya anda menerima nasihat dan cadangan konsultan anda supaya:-

1. Kekal melabur di dalam Unit Amanah CIMB dengan mengeluarkan simpanan KWSP setiap 3 bulan.

2. Beri masa 3 hingga 5 tahun untuk Unit Amanah CIMB menjana keuntungan 10-15% setahun untuk anda.

Ada beberapa sebab mengapa anda perlu menyimpan di dalam Unit Amanah CIMB

1. Syarikat Unit Amanah CIMB satu-satunya unit amanah yang menyediakan perkhidmatan amanahraya (Trust Nomination) untuk pewaris/penama.

2. Sejak Southern Bank dan Bank Bumiputra bergabung dan membentuk CIMB, ia menjadi lebih besar dan teguh.

3. CIMB ada banyak dana yariah dan merupakan penyedia dana Syariah terbesar di Malaysia.

4. Daripada Top 15 (15 tangga teratas dalam senarai unit amanah) tahun 2007, Unit Amanah CIMB menguasai 12 daripada 15 tangga yang teratas.

5. Pulangan 10-20% adalah pulangan purata untuk setiap tahun. Tetapi, berdasarkan rekod, ada yang memperolehi pulangan 30%, 70% malah 100% dalam masa hanya setahun.

6. Saya amat mengambil berat akaun anda dan akan memberi kemaskini akaun anda bersama CIMB setiap 3 bulan sekali.

Sedia Berkhidmat Untuk Anda,

Suzilah Zainuddin
019-3889306
ujie[at]ujie.com
Perunding Kewangan CIMB Wealth Advisors

Ayat-ayat Cinta

Ahad minggu lepas, saya bosan takde ape nak buat. So saya layan DVD Ayat-ayat Cinta. Hmm, cerita dia boleh tahan lah. Tapi saya bukan nak cerita pasal filem tu. Saya nak cerita pasal hero dia, Fedi Nuril. Bila saya amat-amati, muka hero dia sipi-sipi nak sama dengan muka anak buah saya Didi. Betul tak Azlyna, Salyna? (kakak-kakak si Didi). Cuba ko tengok sikit muka adik ko nih…


Didi and Fedi dari sisi kanan


Fedi pandang depan, Didi pandang senget sikit. Tengok kamera, please..


Didi dan Fedi dari pandangan hadapan

Sama, kan? Nama pun dah dekat sama. Didi sorang, Fedi sorang..Apa kata anda?

Category: General  Tags: ,  4 Comments

Cubaan Pertama Membuat Trifle

Member sefakulti saya di UTM dulu menjemput saya dan beberapa orang rakan lagi ke rumah barunya di Taman Nusa Rhu semalam. Ala-ala open house @ house warming. Tapi kena bawak makanan sendiri. Bley?? Oklah, potluck party..

Tuan rumah dah cop Sate Kajang Hj Samuri. So, orang lain kena bawak makanan lainlah. Ada yang nak bawak spagethi lah, kek lah. Saya fikir-fikir nak bawak apa ye. Pikir punya pikir, akhirnya saya plan nak buat trifle cocktail. Pes taim nak buat nih…Neves ok…

Maka, malam semalam saya bertungkus-lumuslah membuat trifle cocktail ni untuk kali pertama. Bila dah siap, cam sedap pulak. Huhu..Rasa berbaloi duduk kat dapur tak bergerak-gerak. Lama siot nak buat dia..

Ni lah rupa trifle..

Opp…tapi yang ni bukan saya buat…ni gambar saya Google..Saya punya kejap lagi kita tengok ok..

Sebelum tu, meh saya share cara buat dia..

Bahan-bahan

1. Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)

2. Tepung kastard (Bird’s Custard)

3. 1 tin susu cair Ideal

4. Jelly Nona

5. Cocktail campuran

6. Gula

7. Air

Cara-cara nak buat

1. Potong kek gulung kepada 12 bahagian.

2. Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).

3. Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.

4. Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.

5. Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.

6. Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.

7. Kacau campuran tadi sampai larut.

8. Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit.

9. Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, saya sampai bawak kerusi duduk tepi dapur. Lenguh siot tangan nak mengacaunya.

10. Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.

11. Biarkan sejuk selama 10 minit.

12. Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.


13. Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.

14. Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.

15. Sejukkan dalam peti sejuk.

16. Sendiri pikirla. Mustilah MAKAN TIME. Sedap makan masa sejuk.


Trifle yang saya letakkan dalam bekas kecik sesuai untuk dimakan sekali ngap sahaja!

** Baru saya tau, dessert ni diberi nama TRIFFLE sebab ada 3 bahan utama untuk membuatnya iaitu KEK, KASTARD dan JELLY..

SELAMAT MENCUBA…

Category: Food  Tags: , ,  9 Comments