Archive for » December, 2008 «

Monday, December 29th, 2008 | Author: Ujie

Saya masih ingat kenangan ketika belajar di MRSM Jasin (1994-1995) dahulu. Setiap tahun, pihak sekolah akan mengadakan Minggu Aktiviti yang berlangsung selama seminggu. Ketika itu akan ada berbagai pertandingan dan aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan seperti Treasure Hunt, mock up menunaikan Haji, mock up penyembelihan binatang, pertandingan memasak, menulis tulisan khat, pertandingan nasyid dalam Bahasa Inggeris dan pelbagai aktiviti lagi. Best betullah!!

Aktiviti yang saya nak cerita kali ini ialah pertandingan nasyid dalam Bahasa Inggeris. Setiap kelas menghantar wakil untuk pertandingan ini. Mulalah masing-masing berfikir lagu apa yang nak dinyanyikan. Oh ya! Nasyid ni, pelajar perempuan sahaja yang menyertainya. Selepas jenuh berfikir, kami mengambil keputusan untuk menyampaikan lagu Maal Hijrah. Satu hal pulak nak mentranslate. Mujur ada penyelamat – Mak kepada kawan sekelas saya iaitu Eyja (Muaiza). Ibunya mengajar subjek Bahasa Inggeris, jadi dia meminta pertolongan ibunya untuk translatekan lirik lagu Maal Hijrah tersebut.

Jom..JANGAN LUPA LIRIK!!

MAAL HIJRAH

First Muharam is the beginning
Of the year of Hijrah Muslim Year
Hijrah of the prophet and Muslimin
From Mecca city to Madinah city

Full of confidence and spiritualness
The Muhajirin and Ansar clans unite
Forever willing full of sacrifice
Solely of the love of Islam

Hijrah is sacrifice
Hijrah is strengthteness
Hijrah is relativeness
Hijrah is togetherness

Come one and come all
Let’s celebrate Maal Hijrah
Instil courage and build up Syiar Islam
For All eternity

Hehe, cool kan? Siapa yang ingat melody lagu ni, bolehlah try nyanyi-nyanyi. Walaupun kami tak menang, (kepala lutut saya menggigil giler masa kat atas pentas, pheww!!!) ramai yang suka dengan lagu kami. Hehe. Kelas lain, adalah yang bawak lagu apetah, siap lilin-lilin semua. So, no problem, just having fun. Ni tetap nak enterframe ni, saya menang pertandingan menulis tulisan Khat. Johan ok. Huhu..Dapatlah hadiah pen. Sayang betul saya dengan pen dakwat tu. Mane ntah dia hilang.

Erm, next entry saya mungkin akan cerita pasal mock up Haji & Umrah pulak.  Ok, daaa….

Sunday, December 28th, 2008 | Author: Ujie

SALAM MAAL HIJRAH

If Allah ANSWERS your Prayers,
Allah is increasing your faith…

If Allah DELAYS them,
Allah is increasing your Patience…

If Allah Doesn’t Answer,
Allah has better plans for you in the New Hijrah…

May Allah s.w.t. forgive our past sins,
bless our year ahead with renewed faith
And guide us to the right path…Insyaallah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1430H..!!

Sunday, December 28th, 2008 | Author: Ujie

Kelmarin saya melawat seorang rakan saya, Ina & Jinggo sempena kelahiran baby baru mereka yang diberi nama sementara – EVA. Nama tak bleh blah…Hee hee..Mungkin akan didaftar dengan nama EVA juga kalau tidak ada suggestion lain yang lebih best..

Girl mereka yang pertama – TRISYA. Yang kedua ni EVA. Senang, tak payah dua tiga nama. Misalnya Mira Edora Sephia Longoria. Last-last panggil Longgo je, tak pun mak itam. Penat je bagi nama panjang-panjang. Kan?

Meh tengok gambo..


EVA (Eva Longoria ke Eva Mandes?)


Mak si EVA – Ina bersama Cik Ujie (tetap nak enterframe ok..)


TRISYA n uncle Azri (gambar lama ni)


With Jinggo (gambar arkib)

Saya siap pesan dengan Ina dan Jinggo, jangan laju sangat produce baby. Nanti saya tak terkejar pulak. Hik hik..

Saturday, December 27th, 2008 | Author: Ujie

Yeayy!! Saya dah ada hosmet baru. Kawan-kawan CIMB jugak..Meh saya kenalkan…


Ayang @ Nurul


Nadia

Comel-comel kan hosmet baru saya? Hiks…

Category: Friend |  Tags: , , | 5 Comments
Tuesday, December 23rd, 2008 | Author: Ujie

PENUNJUK perasaan di Amman, Jordan melekatkan kasut di poster Bush.

Pembuat sepatu Turki terima tempahan dari seluruh dunia

ISTANBUL: Peristiwa Presiden George W Bush dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi menyebabkan beliau dipenjarakan, manakala Bush pula mendapat malu. Bagaimanapun lain pula halnya di Turki apabila kejadian yang berlaku berjaya meningkatkan industri kasut di negara itu secara mendadak.

Ramazan Baydan pemilik Syarikat Baydan Shoe yang beribu pejabat di Istanbul, kini menerima tempahan dari seluruh dunia selepas mengesahkan bahawa syarikatnya adalah pengeluar kasut kulit berwarna hitam yang dilemparkan Zaidi kepada Bush pada satu sidang akhbar minggu lalu.

Beliau terpaksa mengambil khidmat 100 orang pekerja tambahan untuk memenuhi tempahan 300,000 pasang kasut Model 271, jumlah tempahan yang empat kali ganda melebihi jualan tahunan syarikat itu, sebagai sokongan kepada tindakan wartawan berkenaan.

Baydan berkata tempahan paling besar diterima dari Amerika dan Britain, selain negara Islam yang berjiran.

“Kami menerima tempahan 120,000 pasang kasut dari Iraq, manakala sebuah syarikat di Amerika menempah 18,000 pasang. Sebuah firma Britain juga menawarkan untuk menjadi pengedar bagi kasut itu untuk jualan di Eropah,” katanya.

Baydan berkata kasut model 271 itu sudah berada di pasaran sejak 1999 dan dijual dengan harga kira-kira £28 (RM196) di Turki.

Peningkatan mendadak terhadap tempahan kasut model itu juga dicatatkan di Syria, Mesir dan Iran, manakala persekutuan pembuat kasut di negara berkenaan menawarkan Zaidi dan keluarganya bekalan kasut untuk seumur hidup.

Baydan turut merancang menukar nama model kasut 271 itu kepada model ‘the Bush Shoe’ atau ‘Bye-Bye Bush’.

“Kami sudah menjual kasut model ini sejak beberapa tahun lalu, tetapi syukurlah, dengan peristiwa ‘kasut terbang’ itu, kini tempahan yang diterima sungguh di luar jangkaan. Kami juga menimbang untuk menyiarkan iklan televisyen,” katanya.

Zaidi masih ditahan di lokasi rahsia, manakala laporan menyatakan beliau dibelasah teruk. Beliau berdepan hukuman penjara jika sabit kesalahan, tetapi dikatakan sudah menghantar surat memohon maaf dan pengampunan. – Agensi

———————————————

Terasa macam nak jadi pengedar kasut 271 kat Malaysia pulak. Hiks! Takde katalog macam kasut Rorine tu ke? Ngeh ngeh ngeh

Category: Funny |  Tags: , , | Leave a Comment