Koleksi Novel Ramlee Awang Murshid

Saya peminat novel-novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Saya tak ingat sejak bila saya mula membaca novel-novel tulisannya. Serasa saya tahun 2001 mungkin. Novel pertama yang saya beli ialah Mandatori, diikuti dengan Rangau, Tombiruo dan akhirnya tersampuk dengan semua siri novel tulisannya. Sampaikan bila saya baca tulisan penulis-penulis lain, semuanya tidak memuaskan napsu saya. Begitulah hebatnya penangan Ramlee Awang Murshid ini.

Saya juga telah mengumpul semua novel-novel hebat tulisannya bersama Alaf 21 dan juga sebuah novel terbitan DBP iaitu Pei Pan. Saya juga berkongsi minat yang sama dengan bekas rakan seopis iaitu Shahrul semasa bekerja di Impian Teknik. Selain itu minat yang sama juga telah saya semai (paksa) ke dalam diri anak buah saya, Azlyna. Yang kelakarya, si Azlyna ni, mati-mati tak nak baca novel-novel tersebut pada mulanya. Setelah dihasut, dipaksa dan diugut, haaa..baru ko tau. Jadi ketagih. Kalau boleh nak baca cepat-cepat sebab nak tau apa kesudahannya. Sanggup tak tidur.

Novel-novelnya sarat dengan kisah percintaan (yang tidak meloyakan), aksi, kekeluargaan, nasihat, agama, kehidupan dan yang penting..THRILLER..

Dan yang paling tak sangka, rupa-rupanya saya berkongsi minat yang sama dengan bakal mak mertua. Hiks! Di rak buku rumahnya penuh dengan koleksi novel Ramlee Awang Murshid ini. Hiks! Best, kan…

Lagi satu yang syoknya, ending novel-novel beliau selalunya tak dapat nak diagak dan pengakhiran novel beliau tak semestinya berakhir dengan kegembiraan. Ngko nak meyumpah-nyumpah lepas tu pun lantaklah. Takda maknanya RAM nak layan perasaan pembaca-pembaca novel yang biasanya nak ending best-best je. Kalau dia nak hero tu mati, ha matilah hero tu. Meroyan la ko sorang-sorang. Hehe..

OK, kepada peminat-peminat novel, silalah dapatkan novel-novel tulisan Ramlee Awang Murshid ini. Anda pasti tidak menyesal. Dan mungkin akan menjadi seperti saya juga – tak beli langsung dah novel tulisan penulis-penulis lain. Rasa macam membuang duit. Opss, maaf kalau ada yang terasa.

Ok..jom tengok siapa Ramlee Awang Murshid ni…dan novel-novel tulisan beliau.

——————————————-

ramliRamlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk “thriller” dan seram.

Sinopsis : MANDATORI

Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Sinopsis : RANGGAU

Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Sinopsis : TOMBIRUO

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Sinopsis : SEMANGAT HUTAN

Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar… gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat ‘Amiruddin’ dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan ‘Seorang Tombiruo’. Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah ‘Tombiruo Terakhir’ yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? Tombiruo Terakhir… rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Sinopsis : SATU JANJI

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

Sinopsis : ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)

DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA…Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…

Sinopsis : HATIKU DI HARAJUKU

Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Sinopsis : RAHSIA PERINDU

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

Sinopsis : UNGU KARMILA

ATAS nama cinta… mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.Beberapa tahun berlalu… vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi… hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI

Haryani dan Laksamana Sunan…
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Sinopsis : CINTA SANG RATU

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Sinopsis : HIJAB SANG PENCINTA

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi. HIJAB SANG PENCINTA – pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini…

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
185 Responses
  1. nur zulaiha says:

    novel y plg best prnh aq bace..law blh nk kmplkn sume novel RAMLEE AWANG MURSYID..tp ad novel y tk dpt cari ar… novel y tlh memnangi anugerah cam PEI PAN & sbginye…wlwpn dh bace kt lilbrary,pi law blh nk miliki sndiri sumer karya dy….. tk lame lg ad pesta buku…hope2 adelah sumer novel RAMLEE AWANG MURSYID…..

  2. mohd sufi says:

    saya juga meminati semua karya ramli awang murshid..semua novel tulisan dia, ada saya simpan..cuma 1 yang takde..mana nak dapat novel pei pan?saya penah baca..penah beli..tapi dah hilang..sapa-sapa tau kat mana boleh saya dapatkan pei pan?

  3. shima.. says:

    urm suma novel uncle ok i love it…tp antara novel2 yg tsenarai juz 6 je yg Cma baca…ada lg kar novel yg dlm proses nk d kluarkn..??

  4. mira93 says:

    hai,,,sya pmnt setia Ramlee Awang…
    sya dh hmpr brjya kmpl suma novel2 tu..
    rsa gembira…

  5. Apis says:

    Saya mula meminati novel RAM pd 2008 setelah diperkenalkan oleh seorang kwn.. sekarang saya ader 6-7 buah novel RAM. masih belum kumpul sumer koleksi RAM. Aku rasa yg paling best ialah ADAM.. klulah ader produser filem yg boleh buat filem tu mesti gempak!!!! citer terbaru yg aku beli ialah 9 nyawa.. best…

  6. aLayz95 says:

    wa sakap ama lu!!!!!caya lar RAM, lu punya nevel veLy2 bagus tahap karma over kritikal oooOooOOooo,,,,, tapi sayang ,wa tarak ada beli 1 pown lu punya nevel coz parent wa tarak bgik,,almaklum lar,,, tahun nie wa pmr,huhuhuhu sedeyh gileerrzzz bro,,,,tapi tarak apa, lbry byk, wlupown wa trpksa baca buku dalam jamban, wa relaaaaaaa, i wiil never let u go until i die (laksamana sunan)

  7. aLayz95 says:

    wa mmg minat gilerz ngan laksamana sunan, kalo lar laksama sunan nie wujud ,jadik isteri ke 4 pown wa rela,,,,aaaaahhhhh

  8. amorey says:

    salam…….
    sy pon peminat RAM….
    TP STAKAT NI Y PLING SAYA MINAT ungu karmila…
    baik p cari n baca,,,,,bezzzz…sangat2..

  9. amorey says:

    salam lupe nk bg tahu…..
    sy harap kawan2 yang satu “Kepala” minat karya RAM ni boleh YM dengan saya kat amorey86@yahoo.com.harap kt boleh tukar maklumat hehe..harap2 sudi2lah ye..wsalam…Hidup RAM..

  10. nor says:

    salam..saya pun peminat RAM..suma novel dia saya da baca yg terbaru 9 Nyawa..sya ada suma koleksi novel RAM kecuali Mandatori..sbb mula2 baca novel RAM (Mandatori) pnjm kwan punya terus jatuh cinta..Tguu..CINTA SUFI akan dtg

  11. yunk says:

    nmpaknya syalh yg lambat ckit, nk wat koleksi baru ada 3 buku terbaru jer (mikhail, 9 nyawa & hijab sang pencinta), emmm agak2nya CINTA SUFI dh ada ker kat kedai ???
    byk lg nie kene kumpul mcm nk beli sekaligus jer semuanya.
    ketagih nie nk baca novel dia lg, best gler….

  12. yunk says:

    sya mula jd peminat dia bile bca novel trilogi tombiruo, adam, pei pan & ranggau. mula dari c2 yg jd ketagih tu ehehhehe

  13. nuna says:

    akak, btul k RAM buat last smbungan bgaikan puteri tjuknyer, CINTA SUFI??

  14. hasno says:

    RAM novelis trbaek dlm kalangan2 novelis alaf21 pd aku la. aku brtuah sbb aku start bc n kmpul koleksinya tiap keluaran.tp kn 9nyawa cpt sgt hbis kt psaran x smpt aku bc lg.cinta sufi smbngn trilogi bagaikn puteri dh kuar n first kluar masa pesta buku kt pwtc baru2 ni. aku sgt truja dgn ungu karmila sbb aku lhir n tinggal kt cameron highlands. kisah yg diplot dgn baik smpai aku sndri sram klu tgk banglo tu.huuu … syabas RAM

  15. yunk says:

    hehehe baru bis baca mandatori, nk baca rahsia perindu lak. berbaloi toi… susah gak nk kumpul trilogi bagaikan putri ek cuma dapt hijab sang pencinta je :( mcm maner nk baca nie

  16. yana says:

    saya mula jatuh cinta pada novel ramlee awang rasyid..bacalah novel beliau yg bertajuk mikhail….sangat bagus dan bnyk memberi kesedaran kpd sesiapa yg gle kuasa…:)

  17. yana says:

    ops….ramlee awang mursyid…..:)

  18. yana says:

    hasno: buku ram yg btjuk 9nyawa blh tahan…teruja ble bca tjuk tu…bacalah tentang mikhail…sangat menyentuh perasaan dn penuh dgn tanda tny…luv it…

  19. yunk says:

    semua bestlh, baru jer khatam baca rahsia perindu, penuh tanda tanya…. teruji rasanya hehehhe

  20. yunk says:

    sekarang nk mdiami n siasat “UNGU KARMILA” lak hehehhe :)
    susah lak nk dpt “bagaikn put3″ :(

  21. yunk says:

    akhirnya bermulalah k’idupan “bagaikn put3″ ari nie ;)

  22. Ujie says:

    Yunk : Syabas…teruskan membaca..make sure kumpul sume buku RAM tau..

  23. Ujie says:

    Yana : dah baca buku RAM yang lain?

  24. yunk says:

    emmm ;) dh pasti, emmm sedih arr dh kembali ke abad 21, baru berkasih heheheh sekarang nie dok perhati Laksamana Suman n Ratu Sulaman (Ratna), jeles lak rasa hehehhe

  25. yunk says:

    6 novel dah pernah baca pinjam kawan
    (Tombiruo, Semangat HutanTombiruo Terakhir, ADAM, Ranggau & Pei Pan)
    9 novel dah jd koleksi ;)
    (9 Nyawa, Mikail, Mandatori, Rahsia Perindu, Unggu Karmila, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta & Satu Janji)
    4Novel lum dibeli/baca
    (Hatiku Di Harajuku, Anugerah Pertama, Igauan Maut & yg terbaru CINTA SUFI)

  26. yunk says:

    emmm ada ker yg terlepas pandang selain tajuk2 di atas ek ????

  27. yunk says:

    wah novel2 triller abg ramlee nie semua mmg best gler, emmm lum pernah jumpa penulis mcm abg ramlee, yunk pun baru tahu tahun nie, tu yg dok mencari sehingga ke saat nie ;) . Dh ketagih arrrr

  28. yunk says:

    klah nk g intip Laksaman Sunan n Ratna, g dulu arrr, jumpe lagi…. Salam

  29. yunk says:

    sedih lak rasa, bler yg dsygi pergi :(
    masanya utk bertandang be abad-21 (Hijab Sang Pencinta)

  30. yunk says:

    barulh paham kenape semua org pkir watak laksamana sunan dmatikan, tp 2 dululahkn, lain cter ble “cinta sufi” berada d pasaran. sementara tunggu “cinta sufi” emm nk g singkap ape yg ada di sebalik “SATU JANJI”

  31. amorey86 says:

    salam..blh join..

  32. tim says:

    mmeng minat tulisan ram…sejak kat um dulu..kawan sekelas yg kenalkan …bila first time baca terus jatuh cinta gan hasil karya ye..sampai sekarang saya beli novel karya ramli je.tak habis gi baca novel terkini HIJAB SANG PECINTA…

  33. yunk says:

    Tim pas tu g baca CINTA SUFI lak, best tau hehehe

  34. abgja says:

    wah ramai rupa nya peminat ramlee awang mursyid termasuk sy skali,semua koleksi dia suma xpernah miss,skang xsabar nk pegi cari cinta sufi….Akum tuan rumah tumpang tanya?sy sedang mencari novel R.A.M yg masa mula2 dia menulis novel?
    -Pei Pan (20020
    -Anugerah Pertama(2002)
    -Igauan Maut (1995)
    sapa2 ada koleksi diatas atau tahu kat kedai mana ada jual buku nie msg sy yer,3 nie je yg blum miliki

    abgja_00@yahoo.com

  35. noorzie says:

    assalamua’laikum saudari rambut berjambul….

    saya juga seperti saudari meminati novel ramlee awang murshid…untuk pengetahuan saudari penulis yang kita sama-sama suka akan karyanya telah membuat saya membeli novel sambungan daripada “Hijab Sang Pencinta”. Novel sambungan ini telah berada dipasaran dan saya telah memilikinya, tajuk novel ini “Cinta sufi”.

    Sinopsisnya :-

    Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

    Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana suana lelaki yang dicari Catalin. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan cinta yang dipendam Luna.

    laksamana Sunan, Catalina dan Luna…bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.

    “CINTA SUFI”
    Sebuah kesinambungan trilogi “Bagaikan Puteri”, dipenuhi aksi pengenbaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan,yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.

  36. yunk says:

    samalh kita abgja tp kita cuma cari Anugerah Pertama(2002)
    & Igauan Maut (1995)jer

  37. Ujie says:

    Bengang giler carik Cinta Sufi tak jumpe2..kat Kinokuniya KLCC takde, MPH takde..tensennnnnn

  38. Ujie says:

    Amorey : sila2

  39. v says:

    sy minat giler ngan novel2 ramlee awg murshid ni…novelnye best2 semua.asyik muka sy je tiap2 mnggu g kedai buku,semata2 mau cr koleksi terbaru novel beliau.

  40. ikan cute says:

    salam perkenalan Ujie.. saya pon peminat RAM ni.. secara tiba2 terjumpa kat bookstore. Dulu tak pandang langsung nama RAM ni… tapi bila dah bace terangkat2 rasanyer.. Betul cakap awak tu… bila dah baca novel RAM ni.. rase cam novel lain tak best jer… saye dah bace cinta sufi… best! beli online kat http://www.kelabram.com siap dapt sign RAM lagi.. ok, selamat membace….

  41. hana says:

    hai uji…serius ke kat kino KLCC xde buku tu?biar betul??
    saya baru je beli semalam, kat karangkraf, shah alam.semalam opis saya buat lawatan ke sana. hehe~

  42. yunk says:

    berita gembira yg kta nk kongsi kta dh bis baca buku abg RAM semua hehehhe kecualu anugerah pertama n igauan maut jer ;)

  43. Ana says:

    pertama kali baca novel RAM berjudul 9 nyawa, terus melekat ke novel ke2 yg berjudul Ungu Karmila. Dua2 buku tu best sgt smpi ulang baca. skang tgh cari novel Bagaikan Puteri tp xjumpa2 pun. kt mane nk dpt ha….

  44. siti ahzahrah says:

    assalammualaikum….sbnr nya saya juga peminat novel karya abg ramli…semua cite dia best2..citer dia paling seram ialah ungu karmila..saya tringin nak baca rahsia perindu…blom baca lagi saya dh rasa citer tu best…

  45. paan a.k.a betto says:

    salam..pas hijab sang p’cinta sambungan dia cinta sufi ke??

  46. Ujie says:

    Yup, sambungan dia cinta sufi

  47. odin says:

    salam…sume best..tapi setakat ni paling best pada aku adlah novel mikhail..mmg x sangka spe mikhail tuh uhuhuh…aku pun sme yg belum baca igaun maut gn anugerah pertama je..tapi sedihnye ending cinta sufi tuh…Laksamana sunan hilang cmtu je..cm nk smbg je abg RAm hehehe…

  48. aril says:

    salam………..semua cite RAM best-best gileerrr……tak rugi sapa-sapa yang membacanyeee…..

  49. hanin says:

    saya juga peminat RAM sentiasa menanti buku terbaru dari dari RAM

  50. bdt says:

    kalau u all perasan kadang2 u all dah boleh predict apa yg nak berlaku, like mikhail 9 nyawa adam mandatori yg paling boleh predict villa ungu karmila.. saya bukan nak condemn apa2 just bagi pendapat.. coz bila kita terkejut coz cerita bukan yg macam kita bayangkan and that is thrill… it is just my opinion apa pun semua novel RAM saya baca jugak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>