Archive for » January, 2009 «

Bertemu Pakcik Hussain

Yeayyy!!! Bertemu Pakcik Hussain @ Meet Uncle Hussain menang di AJL ke 23 malam tadi!!!!

ajl231

Best giler dengar dorang nyanyi kat stadium malam tadi. Ye…Saya berada di stadium menyaksikan AJL secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Ini kali ke-4 berturut-turut saya menonton AJL secara live. Terima kasih kepada Illa Sabry yang bertungkus-lumus mencarikan tiket AJL untuk saya. Walaupun ada masalah sikit masa nak masuk ke dalam, tapi takda hal punye..Enjoy…

Meh layan gambo sebelum masuk stadium…

menadia
Comel tak kami? Hik hik..

Yang nyanyi suma best-best. Cuma Ziana Zain macam dah nak tercabut anak tekak. Saya paling enjoy lagu Meet Uncle Hussain ngan Elyana. Ntahlah, saya memang suka lagu macam dorang tu. Sempoi, cam suara orang malas. Best le…Huhu, bleh gitu..

Gambar artis? Sorryla, tak amik. Tak kuasa nak berhimpit-himpit tengok artis jalan kat red carpet. Ala, dalam sokkabar banyak gambar dorang kan..;)

Ni plak, gambar lepas abes AJL. Kitorang tak tunggu sampai result diumumkan. Dengar dalam kereta je. Malas nak tunggu, nanti berasak-asak masa nak keluar. Baik cau dulu..

Dah, dah. Moh le balik…

Sebelum tu, meh layan lagu Meet Uncle Hussain..

muh

Lagu Untukmu (Download MP3)

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

(Chorus)
Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah

(Chorus)

Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa… hoa… hoa…

(Chorus)

Category: Entertainment  Tags:  4 Comments

Cikgu Norkiah Hanum

Haha! Saya baru balik dari Padang Jawa. Menjadi Cikgu Norkiah Hanum. Cikgu kelas masak-memasak macam dalam cerita Masam-masam Manis. Hiks!

Sebenarnya saya dijemput oleh makcik saya untuk mengajar sekumpulan surirumah untuk membuat Triffle. Biasanya setiap hari Selasa, mereka akan berkumpul di Tadika Padang Jawa untuk kelas memasak. Dalam sebulan tu, 2 kali mereka akan diajar oleh seorang guru yang didatangkan dari KEMAS dan lagi 2 kali tu, pandai-pandailah mereka nak jemput sesiapa. Takpun, di antara mereka juga kadang-kadang yang jadi cikgu. Kongsi-kongsi resipi kata orang.

Kelas memasak tadi bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Anak murid saya semuanya 13 orang tadi. Sorang satu saya bagi salinan resipi. Senang kalau mereka nak buat sendiri nanti.

resipi
Salinan resipi

Bahan-bahan untuk membuat triffle, saya dah beli siap-siap di Giant Kotadem. Mujur periuk belanga, senduk, sudu, dapur masak semua dah tersedia di Tadika tersebut. Jadi senang kerja. Yang bestnya lagi, saya tunjuk sikit-sikit je. Makcik-makcik tu lah yang bergilir-gilir mengacau kastard – part yang paling menyeksakan. Huhu. Lenguh weii. 4 orang makcik-makcik bergilir-gilir pass senduk. Huhu..

Setelah bertungkus-lumus selama sejam, akhirnya siap jugak. Dan terima kasih juga kepada peti ais yang ada kat dalam Tadika tu. Kira complete macam rumahlah. Senang nak sejukkan triffle. Bila dah sejuk, makcik-makcik tu bawak balik sorang sikit. Triffle tu kan lembut, so, korek pakai senduk dan masukkan dalam plastik. Belasah jelah, janji sorang sikit dapat merasa. Sorry, takda gambar sebab henpon saya kong plak. Tensen siut!!

Dan yang paling best, tetiba saya dapat upah! Haha! Ingatkan tolong ajar gitu-gitu aje. Tak sangka pulak ada saguhati. Blehla, kaver duit minyak.

Ye, saya jadi Cikgu Norkiah. Cikgu kelas masak-memasak. Bukan pompan kabaret yang menyanyi di Copa Cabana Nite Club, ok..Huhu…

Crash to Crash – Equities Have Always Recovered

cashtocrash1

Klik gambar untuk rajah lebih besar

Ketidaktentuan pasaran saham (market uncertainty) merupakan perkara yang tidak boleh dielak atau dikawal oleh kita. Tiada siapa boleh menjangka ekonomi negara akan mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi global walaupun sudah menjadi satu trend yang mana setiap 10 tahun akan berlaku pusingan (cycle) tersebut.

Jika kita masih ingat pada tahun 1998, bagaimana ekonomi yang sangat stabil sebelum itu, terjejas teruk akibat Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL/KLCI) menjunam sehingga 261.33 mata pada Ogos 1998. Walau bagaimanapun, dengan rancangan pemulihan ekonomi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, dapat memulihkan ekonomi negara dengan agak pantas walaupun negara serantau yang lain masih terkial-kial mencari formula bagi memulihkan ekonomi negara masing-masing.

Dengan kestabilan ekonomi dan kepercayaan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia, KLCI mencecah sehingga 1,524.69 mata pada 14 Januari 2008, menyaksikan peningkatan sebanyak 1263.36 mata atau lebih 480%.

Oleh itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan trend penurunan KLCI (yang bertindak sebagai petunjuk keadaan ekonomi) sekarang ini, adalah diharapkan agar pelabur-pelabur Unit Amanah supaya kekal melabur dan mengambil peluang untuk membeli dana-dana Unit Amanah pada harga murah/rendah. Ini adalah kerana, statistik menunjukkan bahawa pasaran saham akan kembali pulih dan menjadi lebih kuat setiap kali berlakunya kemelesetan atau market adjustment (pembetulan pasaran saham). Sebagai contoh, selepas berakhirnya Perang Teluk pada 1993 (rujuk rajah), ekonomi Malaysia telah menunjukan peningkatan yang ketara. Begitu juga apabila ekonomi sudah sampai ke kemuncak, pasaran saham akan melakukan proses pembetulan atau adjustment dan menyebabkan ekonomi akan menunjukkan trend penurunan. Begitulah pusingan turun naik ini akan berlaku berulang-ulang. (Rujuk rajah)

Bagaimana Senario Ini Boleh Berlaku?

Apabila pasaran saham meningkat (rujuk rajah), pelabur-pelabur akan mula teruja dan gembira dan akan membiarkan pelaburan mereka dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi dan berlipat kali ganda (Tamak). Walau bagaimanapun, di satu pihak yang lain, pelabur-pelabur yang takut akan cuba untuk mengurangkan kerugian (“cut loss”) apabila mereka melihat keadaan pasaran saham tidak begitu memberangsangkan. Akibatnya, ramai pelabur yang tersilap langkah “Membeli ketika harga tinggi, dan menjual pada harga rendah”.(Buy high sell low)

Untuk menjadi pelabur yang “evergreen”, pelabur hendaklah mempunyai strategi pelaburan yang betul (Ringgit Cost Averaging) dan sikap atau attitude yang waras.

Jadilah pelabur jangka masa panjang (long term investor). Seperti yang dikatakan oleh Greg Whimp (CEO Singapore-based Professional Investment Advisory) “Time in” the market, not “Timing” it. (Majalah Smart Investor, Mac 2003).

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah pelabur yang bijak tidak akan memilih masa untuk melabur kerana setiap masa adalah masa yang sesuai untuk melabur (Everytime is the best time to invest). Apa yang penting, kekal melabur/menyimpan tidak kira ekonomi naik atau turun kerana volatiliti pasaran saham akan memberikan peluang untuk mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun) sekiranya anda kekal dalam pasaran. (stay invested in the market).

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan percuma, anda dialu-alukan menghubungi saya melalui email di ujie[at]ujie.com.

Ujie
019-388 9306
Perunding Unit Amanah CIMB Wealth Advisors

Berhutang Untuk Kaya atau Berhutang Untuk Papa?

Artikel ini dipetik daripada blog client @ rakan @ mentor saya, Zaidi. Mungkin serba sedikit boleh menjadi panduan untuk kita..

——————————————-

BERHUTANG UNTUK KAYA ATAU BERHUTANG UNTUK PAPA

Mana satu pilihan anda? berhutang untuk kaya atau berhutang untuk papa? Satu persoalan ialah boleh ke berhutang menjadikan anda kaya? Adakah yang dimaksudkan kaya dengan hutang atau betul-betul kaya? Yang saya maksudkan bukan kaya dengan hutang tetapi menggunakan hutang untuk menjadi kaya.

Apa definasi kaya? KAYA = BERHARTA , orang kaya mesti mempunyai HARTA, tiada orang kaya yang tidak memiliki harta, kalau dah kaya namanya mesti mempunyai harta, apa itu harta? HARTA = PENDAPATAN, oleh itu apa sahaja yang memberikan pendapatan samaada secara aktif atau pasif adalah harta, bukan bendanya tapi apa yang dihasilkan oleh benda tersebut. Kalau ianya menghasilkan pendapatan atau “INCOME” maka  ianya adalah HARTA.

Jika hutang boleh menjadikan seseorang itu kaya dengan harta kenapa pula ramai yang berhutang itu papa atau tidak mempunyai wang serta hidup sempit kerana hutang? Untuk berhutang memang mudah, ianya tidak perlu diajar, celik sahaja mata, peluang untuk berhutang ada dimana-mana sahaja , masuk sahaja bank isi borang dan anda akan diberikan hutang , begitu juga untuk membeli barangan secara ansuran, tunjuk sahaja barang, isi borang dan anda telah selesai akan tetapi berbeza pula dengan cara untuk membayar hutang, jika berhutang itu mudah, membayar hutang memerlukan kemahiran, anda perlu mempunyai ilmu untuk mengetahui cara yang bijak untuk membayar hutang anda supaya ianya bukan sahaja tidak merugikan anda malah tidak menyusahkan hidup anda kelak.

Samaada sedar atau tidak, ramai diantara kita yang berhutang untuk menjadikan diri mereka PAPA atau MISKIN, mereka berhutang untuk kepuasan diri dan bukannya untuk keperluan, ditambahkan lagi kurang atau ceteknya ilmu kewangan, maka mereka menjerumuskan diri mereka kepada kesusahan dan kepayahan. Mereka berhutang membeli barangan atau perkhidmatan yang tidak memberikan tambah nilai atau dengan lain perkataan mereka membeli beban. BEBAN = MISKIN (PAPA) Orang kaya menjadi kaya kerana mereka memiliki HARTA manakala orang miskin menjadi miskin kerana mereka memiliki BEBAN, itu hakikat yang tidak dapat disangkal.

Jika begitu, bagaimana pula hutang dapat menjadikan seseorang itu kaya, jika hutang dianggap satu beban? Disini terletaknya berbezaan diantara mereka yang memilki ilmu pengetahuan didalam mengurus kewangan berbanding mereka yang malakukan sesuatu itu secara semborono atau membabi-buta. Sebagai contoh :- Jika kita memiliki rumah dan perlu membayar bayaran rumah tersebut dengan wang kita sendiri, maka RUMAH tersebut adalah merupakan satu BEBAN, ini kerana kita berhutang untuk memiliki beban dan ianya akan menjadikan kita miskin satu hari nanti. Manakala jika kita memiliki RUMAH dan ianya DISEWAKAN dan bayaran bulanan kepada pihak bank dibayar oleh penyewa, maka RUMAH tersebut adalah merupakan HARTA kepada kita kerana ianya memberikan kita PENDAPATAN dan harta tersebut dimiliki secara PERCUMA disebabkan oleh orang lain membayar harta tersebut buat kita.

Dalam dua senario diatas, kedua-duanya menunjukkan bahawa pemilikan rumah tersebut hasil daripada pinjaman yakni hutang kepada pihak bank, senario pertama merujuk kepada membayar pinjaman bank dengan wang sendiri (WANG KELUAR) dan menjadikan rumah tersebut sebagai satu beban manakala senario kedua pula penyewa membayar ansuran rumah tersebut (WANG MASUK) dan secara langsung menjadikan rumah tersebut sebagai harta, hutang yang sama boleh menjadikan seseorang itu KAYA dengan HARTA atau MISKIN dengan BEBAN dan RUMAH yang sama boleh menjadikannya HARTA atau BEBAN. Saya tidak bermaksud untuk menggalakkan sesiapa berhutang akan tetapi jika dilakukan dengan betul beserta dengan ilmu pengetahuan, hutang boleh menjadi satu alat yang sangat berkesan untuk menjadikan seseorang itu kaya.

Jangan persalahkan alat kewangan seperti kad kredit , pinjaman peribadi , pinjaman perumahan , pinjaman kenderaan dan pelbagai alat kewangan lain sebagai alasan yang menajdikan anda MISKIN atau PAPA, jika sesuatu alat itu tidak digunakan dengan betul, penggunalah yang patut dipersalahkan. Ketika rencana ini ditulis , saya memiliki lebih 20 kad kredit dari pelbagai bank serta mempunyai hutang kad kredit melebihi RM200K , akan tetapi setiap satunya mempunyai kadar faedah sebanyak 0%  dan tidak satupun kad kredit yang saya miliki dibayar oleh wang saya sendiri. Bagi saya KAD KREDIT adalah merupakan RAKAN KARIB saya dan saya tidak dibebani olehnya. Bagaimana pula jika hutang yang mempunyai 0% kadar faedah dilaburkan untuk mendapatkan 15% keuntungan seperti yang saya lakukan sekarang? Jika peluang sebegini diberikan kepada anda, adakah anda ingin mengetahuinya? Sekali lagi saya nyatakan bahawa pengetahuan di dalam pengurusan kewangan adalah sangat penting sebelum anda mahu berhutang dan mengunakan alat kewangan seperti kad kredit untuk menjana lebih banyak HARTA. Terus terang saya katakan, saya tidak menyimpan wang, kerana ianya membuang masa, saya menjana wang dengan pemilikan harta bukan menyimpan wang yang semakin hari semakin susut nilai dihakis inflasi.

Tiada salahnya menggunakan hutang untuk menjadikan diri anda kaya dengan pemilikan HARTA , sebelum itu carilah ilmu mengurus kewangan yang betul dan jangan terikut-ikut orang lain jika anda tidak pasti cara dan kaedah yang betul untuk bukan sahaja mengurus kewangan malah untuk mengurus diri anda. INGAT!!!  HUTANG boleh menjadikan anda KAYA atau PAPA malah orang terkaya di dunia sendiripun berhutang. Syarikat serta perniagaan besar pun berhutang malah institusi kewangan seperti bank juga berhutang, tetapi mereka semakin KAYA dengan pemilikan HARTA melalui HUTANG bukannya KAYA dengan BEBAN. Fikir-fikirkan adakah selama ini anda berhutang untuk KAYA atau berhutang untuk PAPA (miskin) ?

Salam

Zaidi Ismail

PS : Sila berikan pandangan dan komen ikhlas anda mengenai topik ini.

Untuk artikel lain sila klik sini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009!

Entry pertama di tahun baru. Erm, Kedatangan tahun baru Hijrah dan tahun baru omputeh yang hampir serentak, menyebabkan ramai di antara kita yang pulun abes bercuti. Nak jumpa client pon takde peluang minggu ni. Dah semua pakat cuti. Hiks!

Malam tadi saya menghabiskan masa dengan tidur. Sangat lazat. Sampai hosmet baru saya tanye, tak sedar ke orang bakar mercun dan bunga api malam tadi. Saya jawab, tak sedar langsung! (Tido mati!!)

Menurut hosmet saya, jalan dari Kota Damansara menghala ke The Curve punyelah hazab keadaan trafiknya. Siap ada yang parking atas rumput. Kalau parking tepi jalan (sampai menyusahkan kereta lain nak jalan) tu memang tak yah citer lah. Memang berderet-deret. Ni semua Faizal Tahir punya pasal! Sebab dia yang buat show kat The Curve malam tadi.

Hari ni, tak ke mana-mana. Melepek tengok TV. Cuma petang nanti nak ke Restoran Paksu Corner, Shah Alam. Nak jumpa client dan nak discuss bisnes sikit dengan dia. Hopefully, berjalan lancar.

Alamak, tahun ni bertambah satu lagi nombor kat umur kita, kan? Bila dah lepas angka 30 dan masuk angka 31 tahun ni, macam dah tak ada rasa apa-apa. Biasa je.

Permisi dulu ya!!  HAPPY NEW YEAR!!!

Category: General, Life  Tags:  5 Comments