Kalo Pandai, Sila Jawab..

Saya dah post soalan ni di blog lain, tapi tak apelah, saya share dengan pembaca ujie dot com plak..

Teka-teka ni direka oleh Albert Einstein,
—————————————————————————————————–

Ada 5 buah rumah yang bersebelahan antara satu sama lain. Setiap rumah mempunyai warna yang berbeza. Setiap rumah didiami oleh seorang lelaki yang berbeza kewarganegaraan. Setiap pemilik rumah menggemari minuman yang berlainan, bermain permainan yang berbeza dan memelihara binatang peliharaan yang berlainan. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang menggemari minuman yang sama, main permainan yang sama dan memelihara binatang peliharaan yang sama.

Soalannya
SIAPAKAH DI ANTARA MEREKA YANG MEMELIHARA IKAN SEBAGAI BINATANG PELIHARAAN??

Pembayang
1 Lelaki BRITAIN tinggal di rumah bewarna MERAH
2 Lelaki SWEDEN memelihara ANJING
3 Lelaki DENMARK minum TEH
4 Rumah bewarna HIJAU terletak di sebelah kiri rumah bewarna PUTIH
5 Pemilik rumah bewarna HIJAU minum KOPI
6 Pemilik rumah yang bermain TENNIS, memelihara BURUNG
7 Pemilik rumah bewarna KUNING, main CHESS
8 Lelaki yang rumahnya terletak di tengah-tengah, minum SUSU
9 Lelaki NORWAY tinggal di rumah PERTAMA
10 Lelaki yang main POKER tinggal di sebelah rumah lelaki yang memelihara KUCING
11 Lelaki yang memelihara KUDA tinggal di sebelah rumah lelaki yang bermain CHESS
12 Pemilik rumah yang bermain BILLIARD minum BEER
13 Lelaki GERMAN bermain GOLF
14 Lelaki NORWAY tinggal di sebelah rumah bewarna BIRU
15 Lelaki yang bermain POKER berjiran dengan lelaki yang minum AIR

Selamat menjawab…

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
5 Responses
  1. tajudin says:

    awat la hang bagi soalan payah ni…

  2. Azhan says:

    Got it. jawapannya ialah orang german yg tinggal di rumah hijau, yg minum kopi, yg main golf.

  3. Cidi says:

    Akhirnya aku menjawab gak kat ujie punye punye website nih.aku stuju ngan jawapan encik azhan. Si german nazi yang bela ikan talapia. nko bagu byk2 ckit teka tekok ni jie..suke btui aku nak mengesolvenye hehehe..

  4. saf says:

    Kenapa ekk?..sedangkan ikan xd pun dimention dalam ayat2 tue

  5. Ain dan Mimah says:

    Jawapannya : Rumah keempat, orang German yang bela ikan.. Nie jawapan untuk semua rumah, cube cek, betul x??

    Rumah pertama :
    -Norway, kucing, chess, air, kuning

    Rumah kedua :
    -Denmark, kuda, poker, teh, biru

    Rumah ketiga :
    -Britain, burung, tenis, susu, merah

    Rumah keempat :
    -German, takder (so, ikan la haiwannyer), golf, kopi, hijau

    Rumah kelima :
    -sweden, anjing, billiard, beer, putih

    (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>