Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Update : Catatan daripada Amir untuk saya boleh baca di sini.

Entry ini didedikasikan khas untuk bekas teman sekuliah saya, Amir Hamidi yang merupakan seorang warga pekak dan bisu, tetapi mempunyai keazaman yang sungguh kuat. Beliau tidak menjadikan ujian pekak dan bisu tersebut sebagai satu halangan untuk beliau berjaya dalam bidang pelajaran, karier dan kehidupan.

amirhamidi
Amir Hamidi

Sekarang bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Pelajaran Malaysia. Berumahtangga dengan seorang wanita cantik yang juga pekak tetapi boleh bertutur dan beliau dikurniakan sepasang cahaya mata. Cahaya mata perempuan, Alhamdulillah menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak normal manakala anak lelakinya telah disahkah pekak, mewarisi genetik ibu dan bapanya.

Sejarah perkenalan saya dengan Amir bermula di Makmal Sains Komputer semasa belajar di UTM dahulu. Suatu hari, apabila saya masuk ke dalam makmal tersebut, saya lihat ramai pelajar-pelajar berkumpul mengelilingi seorang pelajar lelaki yang sedang membuat animasi 3D. Lantas, dengan semangat busy body nak menyebok, saya pun segera pergi ke tempat mereka berlonggok. Perrkkhh!! Lawa gilerr dia buat animasi tu. Saya pun dengan semangat membara-bara, menegur beliau. Macam ni lah lebih kurang dialog saya..

“Weehhh!! Lawa siot ko buat. Ko buat cemana ek?”

…..Senyap..tiada jawapan…Budak-budak lelaki sekeliling saya semua dah gelak-gelak. Dalam hati saya, ek ennenn..eksyennya mamat nih…Saya ulang lagi soalan saya…

“Cemana ko buat? Lawa laa…”

“Woiii!! Dia pekaklah, bodoh!!!”, jerit seorang mangkuk hayun, saya tak ingat siapa. Pastu budak-budak lain bantai gelakkan saya. Hampeh betul!

“????, macam ni punye hensem, pekak ke?”, kata saya dalam hati. Hiks…

Sejak dari hari tu, saya selalu mengendeng-ngendeng tengok Amir buat assignmentnya di makmal. Kekeke..Siap berebut-rebut dengan seorang member perempuan saya, Nazatul, siapa yang berjaya menambat hati Amir. Suatu hari, saya, Amir dan Atul berada dalam satu makmal. Untuk memudahkan penceritaan, marilah saya tepek gambarajah kedudukan kami ketika itu.

makmal
Yang petak kelabu tu, meja dan pc makmal ye. Saya dan Atul bertekak-tekak dengan mengatakan Amir tu kami yang punya. Haha. Kuat pulak tu kami bercakap..

Saya : Eh, amir suka aku lah..

Atul : Ah!! Takde, dia suka aku..

Saya : Aku..

Atul : Aku..

Amir : …………………… (terus buat keje dia)

Bengong dedua ekor. Mementang budak Amir tu tak dengar. Jahat pulak rasanya..Ala, gurau-gurau je..

Semasa saya final year, Amir masih di tahun 3 walaupun umurnya setahun tua daripada saya. Yelah, masa di peringkat sekolah dulu, dia masuk sekolah khas. Tapi yang saya sangat kagum, dengan keupayaan terhadnya sebegitu, beliau mampu mendapat  Senarai Dekan (Dean List) sebanyak 3 kali. Haa, ada brann??

Semasa saya konvo, Amir datang bawak bunga dan bergambar bersama-sama saya dan keluarga. Mane pulak saya letak gambar tu. Kalau tak boleh eksyen dengan Atul. Haha..

Semasa saya bekerja di KUB.com, saya pernah dating sekali dengan Amir di KFC, KLCC. Paham-paham jelah kan. Dating yang senyap dan sunyi. Kami berbual melalui kertas. Memang saya dah bawak kertas dan pen siap-siap dari ofis. Siap main teka-teki. Lukis-lukis. Hehe, lawak je. Menyesal tak belajar sign language. Kalau dulu, berborak dengan Amir di dalam makmal, kami menggunakan perisian Notepad. Macam berchatting gitu..

Selepas itu, kami terputus hubungan. Saya dapat menghubungi beliau kembali apabila berita mengenai beliau berkenaan Persatuan Pekak dan Bisu terpampang di dada akhbar (keratan akhbar yang saya baca). Mujur ada nombor telefonnya. Nak call, sah-sahlah tak boleh, kan. Saya SMS je..

Saya : Assalamualaikum Amir, ingat saya lagi tak? Suzilah. Masa UTM dulu..

Amir : Ingat, kalau nak tau pasal saya, masuklah www.amir-hamidi.name.my

Dan sejak itu, saya mengikuti perkembangan beliau. Berkahwin, mempunyai anak dan sekarang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Sains Komputer di UKM (Cuti belajar dengan bergaji penuh). Syabas Amir!!

5 comments on “Diam Itu Lebih Baik

  1. Lily on said:

    Mamat nie bukan parent dia cikgu ker? Magazine pun ada muka dia nie..memang bini dia lawo…

  2. Amir Hamidi on said:

    Ujie, terima kasih atas tulisan ini. Saya ada lampirkan tulisan ini dalam blog saya. :-)

  3. wan nur atika on said:

    alhamdulillah tak sangka masih ada yang senasib macam saya.tapi malah lebih berjaya.saya selalu rasakan bahawa hidup ini selalu tidak adil.dalam banyak2 orang entah kenapa saya yg terpilih.tp saya percaya ini ketentuan tuhan yang telah ditetapkan untuk saya.

    ternyata saya bukan berseorangan.syabas buat amir hamidi.anda akan saya jadikan inspirasi dalam hidup. ;D

  4. en_me on said:

    salam.. dah beberapa hari me mengikuti blog beliau yg amat menarik.. memang terharu membacanya..

  5. bikin kaos sablon murah on said:

    blognya keren . kunjungi blogku juga ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.