Archive for » February, 2009 «

Thursday, February 26th, 2009 | Author: Ujie

Saya rasa semua orang ada siri TV kegemaran masing-masing. Macam mak saya, punyelah suka sinetron Indonesia yang ditayangkan di TV9 (Dekaaaaaat di Hati..huhu) tu. Apeke namanya..Mutiara..Ha, Mutiara la, pastu lagi satu, yang dulu tu..yang ada budak kecik tu…ntah, saya pun tatau…

Macam saya pulak, ada 4 siri TV yang memang saya ketagih. Ya…AMPAT!! Kalau terlepas kat TV, saya sanggup download! Cekidaut! Maybe ada yang sama dengan anda..

Ranking pertama, mestilah

prison_break
Perkkhh!! Kalo dapat bopren macam Maikel Skopil ni, sumpah tak carik lain! Tetiba..

Saya follow dari Season 1 sampailah ke Season 4 sekarang ni. Ditayangkan di 8tv setiap hari Isnin, pukul 10.30 malam. Penuh aksi yang mendebarkan dan kadang-kadang saya terjerit-jerit sorang-sorang bila ada part yang rasa nak terkucil tu. Haha, padahal citer je pun. Over! Tak kurang juga saya menyumpah-nyumpah T-Bag (salah satu watak jahat yang boleh buat hangen satu badan. Liat betul nak mati!). Citer ni saya tetap download semua episod kat Internet dari Season 1.

Ranking kedua jatuh kepada Surirumah-surirumah Terdesak atau..

desperatehousewives
Ya, Desperate Housewive

Yang ni pun saya follow dari Season 1 lagi. Siap download semua season jugak. Citer ni pun best, cukup rasa, rempah ratus, garam gulanya. Ada kelakar, ada drama. Macam-macamlah. Saya tak boleh bayangkan pompuan macam Bree (salah satu watak) yang mengilatkan sudu garfunya berjam-jam. Memang ada keh pompan cam ni eh? Huhu..Ada kot..Kalau tak, takkan dia wat citer ni, ye tak?

Desperate Housewives Season 5 sedang ditayangkan di 8tv gak, setiap Selasa jam 10.30 malam.

Ranking ketiga pulak,

ipstickjungle
Lipstick Jungle dengan motto, ‘It’s a jungle out there. Dress accordingly’

Citer ni saya baru je follow. Yelah, baru gak ditayangkan. Channel 702 Hallmark Astro. Setiap Khamis, pukul 10 malam. Season 2 dah start tayang di Astro 711, Starworld pukul 11 malam setiap Selasa. Clash lah pulak dengan Desperate Housewives. So, saya tengok ulangan je..Citer ni berdasarkan novel tentang 3 orang pompan berkarier. Enjoy gak citer ni..Oh, ya..Saya download gak citer ni full season..

Last but not least..

uglybetty
Ugly Betty

Follow dari Season 1 jugak tapi ada lubang-lubang. Maksudnya, ada jugak episod yang saya terlepas tapi tak berapa kisah sangat. Sekarang Season 3 sedang ditayangkan di 8tv setiap Selasa pukul 9.30 malam, sebelum Desperate Housewives.

So, setiap Isnin malam, Selasa malam dan Khamis malam, saya memang akan tercongok depan TV.

Tuesday, February 24th, 2009 | Author: Ujie

Saya dah post soalan ni di blog lain, tapi tak apelah, saya share dengan pembaca ujie dot com plak..

Teka-teka ni direka oleh Albert Einstein,
—————————————————————————————————–

Ada 5 buah rumah yang bersebelahan antara satu sama lain. Setiap rumah mempunyai warna yang berbeza. Setiap rumah didiami oleh seorang lelaki yang berbeza kewarganegaraan. Setiap pemilik rumah menggemari minuman yang berlainan, bermain permainan yang berbeza dan memelihara binatang peliharaan yang berlainan. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang menggemari minuman yang sama, main permainan yang sama dan memelihara binatang peliharaan yang sama.

Soalannya
SIAPAKAH DI ANTARA MEREKA YANG MEMELIHARA IKAN SEBAGAI BINATANG PELIHARAAN??

Pembayang
1 Lelaki BRITAIN tinggal di rumah bewarna MERAH
2 Lelaki SWEDEN memelihara ANJING
3 Lelaki DENMARK minum TEH
4 Rumah bewarna HIJAU terletak di sebelah kiri rumah bewarna PUTIH
5 Pemilik rumah bewarna HIJAU minum KOPI
6 Pemilik rumah yang bermain TENNIS, memelihara BURUNG
7 Pemilik rumah bewarna KUNING, main CHESS
8 Lelaki yang rumahnya terletak di tengah-tengah, minum SUSU
9 Lelaki NORWAY tinggal di rumah PERTAMA
10 Lelaki yang main POKER tinggal di sebelah rumah lelaki yang memelihara KUCING
11 Lelaki yang memelihara KUDA tinggal di sebelah rumah lelaki yang bermain CHESS
12 Pemilik rumah yang bermain BILLIARD minum BEER
13 Lelaki GERMAN bermain GOLF
14 Lelaki NORWAY tinggal di sebelah rumah bewarna BIRU
15 Lelaki yang bermain POKER berjiran dengan lelaki yang minum AIR

Selamat menjawab…

Monday, February 23rd, 2009 | Author: Ujie

Saya bercadang nak buat LASIK (laser mata untuk menghilangkan masalah rabun) bila dah ada duit nanti. Jadi saya telah mencuba-cuba untuk tidak memakai cermin mata. Tapi bila tak pakai cermin mata, saya nampak macam amoi jual sayur disebabkan mata saya yang sepet dan tiada kelopak mata (Tetap bersyukur!). Jadi saya nak mintak pandangan pembaca untuk mengundi sama ada saya patut pakai cermin mata atau tidak. Sebelum tu, marilah saya persembahkan muka saya yang berjerawat dengan memakai cermin mata dan tidak memakai cermin mata.

photo2363edit
Dengan cermin mata

DAN

photo2365edit
Tanpa cermin mata

Sila abaikan jerawat dan noda-noda hitam tersebut. Poll untuk mengundi ada di sebelah kanan. Tengkiu..

Category: Poll |  Tags: , | 3 Comments
Monday, February 23rd, 2009 | Author: Ujie

Saya telah mencurik beberapa keping gambar dari Facebook rakan saya, Atikha. Haha! Nak gelak guling-guling. Kelakarnya muka sorang-sorang masa sekolah dulu. Huhu..Gambar ni masa saya di tingkatan 4 dan 5 semasa bersekolah di MRSM Jasin (1994-1995). Jom bergelak ketawa secara berjemaah dan synchronize!

mrsm2
Masa Form 4. Ambil gambar untuk majalah maktab.
Dari kiri belakang : Hazemi, Asri, Wal Ismi, Azman, Saiful Amin, Faizul, Azhar
Dari kiri tengah : Noor Suhaila (Awa), Zulaikha, Farahida, Norhaini (Norai), Saya (Ujie da Piwitgirl), Rosniza (Che Ros), Aslina, Normalina (Kak Norm), Muaiza (Eyja), Atikha dan Irham Nordeena
Dari kiri duduk : Hafizan (Adik), Khairul Azmi (Jebb), Hidayat (Dayat), Ikhwan, Irfan dan Khairil

mrsm3
Form 5, untuk majalah maktab juga.
Dari kiri belakang :
Faizul, Wal Ismi, Irfan, Hazemi, Asri, Saiful Amin, Hidayat, Khairil, Azhar, Ihkwan, Hafizan, Jebb
Dari kiri belakang : Irham, Farah, Eyja, As, Kak Norm, Che Ros, Atikha, Zulaikha, Norai, Ujie da Piwitgirl dan Awa

mrsm
Mock up Haji/Umrah..Malas nak tulis nama..Huhu

Kelakar okay, bertelekung tengah-tengah panas kat padang sekolah. Siap ada kotak hitam kat padang tu, konon-konon Kaabah. Nampak tak  ‘kain ihram’ yang budak-budak lelaki pakai tu? Haha, tu dorang punye cadar. Siap ada darah nyamuk. Pastu ada karat-karat katil besi kaler coklat yang tak hilang. Muahahahaha..Lawak..lawak..i miss the good old days! Rindu kat dorang semua. Rindu kat kelas J. J untuk Jebat atau Jaguh (Time tu citer Jaguh-jaguh tengah top. Yang Eizlan Yusoff berlakon first time jadi hero badminton. Ingat tak? Huhu). Oleh kerana pelajar perempuan kelas kami nakal dan garang-garang belaka, maka kami digelar Pailang-J. Cool kan? Heehee..

Untuk pengetahuan pembaca, batch saya sahaja ada lebih kurang 400 orang pelajar. Jadi kelas untuk batch kami ada 18 kelas, A-R. Kelas A-L adalah untuk Sains Tulen (amik subjek Biologi) dan kelas M-R untuk pelajar-pelajar aliran Sains Gunaan (amik subjek Prinsip Akaun, lain-lain subjek adalah sama).

Setiap kelas ada 2 homeroom. Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan akan dijaga oleh seorang guru. So, kalau ada masalah pelajaran ke, masalah bercinta ke, apa-apa masalah la, bolehlah rujuk kepada penjaga masing-masing. Kiranya doranglah yang jadi mak bapak kami kat asrama. Setiap 2 minggu sekali kalau tak silap saya, akan ada perjumpaan untuk setiap homeroom. Masa ni, bolehlah luahkan apa-apa yang terbuku di hati. Hiks!

Hai, banyak betul kenangan manis masa kat MRSMJ dulu. Saya siap berangan nak anta sume anak-anak saya nanti belajo kat MRSM. Perasan! Haha…Cepatnya masa berlalu. Dah 14 tahun rupanya…

Category: Experience, Friend, Life |  Tags: , , | One Comment
Monday, February 23rd, 2009 | Author: Ujie

BABI!

That’s all i can say. Please, pardon me if this word is too harsh! (When I’m angry, I speak English..Kih kih kih)

—————————————————————–

Sumber: Utusan Online

Bayi setahun didera secara seksual

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Lebih teruk daripada binatang. Usia bayi perempuan itu baru setahun. Namun si ‘pemangsa’ bertindak seperti binatang – memasukkan objek seperti pensil atau jari ke dalam kemaluan bayi itu.

Perbuatan suspek dipercayai bertujuan memuaskan nafsu serakahnya.

Segala-galanya terbongkar apabila ibu bayi malang itu mengesan darah pada kemaluan anaknya semasa menukar lampin pada 18 Februari lalu.

Ibu bayi itu yang hanya ingin dikenali sebagai Liew, 20-an berkata, dia menghantar anak sulungnya ke rumah pengasuh di Bandar Baru Sentul sejak tujuh bulan lalu.

Dia yang bekerja sebagai kerani terkejut apabila mendapati kemaluan anaknya mengeluarkan darah.

“Saya terus membawa anak ke klinik berdekatan dan doktor menasihatkan agar membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan anak saya dimasukkan dengan sesuatu ‘benda’ seperti pensil atau jari lebih tiga kali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, dia ada memaklumkan perkara itu kepada pengasuh bayinya tetapi jawapan yang diterima – tiada kemalangan menimpa anaknya.

Menurut Liew, akibat kejadian tersebut, anaknya berubah menjadi kurang aktif, kerap menangis dan selalu mengalami demam panas serta muntah-muntah.

“Saya tidak lagi menghantar anak saya ke rumah pengasuh tersebut dan terus berhenti kerja sejak kejadian itu,” katanya.

Dia memberitahu, keluarga pengasuh anaknya mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 tahun.

Liew membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 18 Februari, iaitu hari dia mengesan kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan sikap kasar polis yang menyiasat kes tersebut,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Choo Lily ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Polis masih menyiasat dan telah mengambil keterangan ahli keluarga pengasuh terbabit,” katanya sambil memberitahu setakat ini tiada penahanan dibuat.

Category: General, Life |  Tags: | One Comment