Archive for » February, 2009 «

Azimat Hidup Ramlee

Kepada peminat-peminat Ramlee Awang Murshid…nah, baca ni..Dipetik dari Kosmo! Online

—————————————————————-

Azimat Hidup Ramlee

Bergelar isteri Ramlee Awang, Dayang Aminah menjadi saksi kepada jatuh dan bangun penulis novelis negara ini.

RAMLEE akui isteri dan anak tunggal mereka memberi kekuatan kepadanya untuk terus berkarya.

DALAM himpunan karya suaminya seperti Adam, Tombiruo, Ranggau, Rahsia Perindu, Mandatori, Satu Janji, Semangat Hutan, Bagaikan Puteri, Hatiku Di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencipta serta karya-karya terdahulu, Dayang Aminah Datuk Aliudin, 44, memilih Mandatori dan Satu Janji sebagai karya yang paling mengesankan jiwanya.

Tiada alasan konkrit kenapa dia memilih karya-karya itu. Tetapi kata Dayang: “Karya-karya ini ada nilai tersendiri. Saya sukakan Mandatori kerana jalan cerita yang suspen dan Satu Janji pula membuatkan hati saya tersentuh dengan nilai sentimental yang diselitkan.”

Itu luahan seorang wanita, teman, kekasih dan isteri novelis genre thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid, 42, ketika ditanya tentang karya air tangan suaminya.

Kata Dayang, dia sekadar menjadi pemerhati menyaksikan zaman gelap, zaman perolehan dan zaman menuai yang dilalui Ramlee.

KETIKA di rumah, masa bersama keluarga tetap diutamakan walaupun ada manuskrip novel yang belum sempurna.

Daripada menggunakan mesin taip lama, kemudian beralih kepada skrin komputer, daripada menapak dari satu penerbitan ke satu lagi penerbitan dan pulang kehampaan, hati isteri mana yang tidak terhiris menyaksikan kepayahan suami melestarikan impian.

“Tentulah saya bangga dengan pencapaiannya sekarang. Awal-awal dulu saya rela berkorban, ikut dan mulakan hidup dari bawah bersamanya.

“Saya gembira dan seronok dengan pencapaian suami. Sebenarnya, saya tak tahu bahawa dia terkenal, sehinggalah satu ketika di Langkawi, Ramlee jatuh sakit. Kami ke hospital dan saya tunjukkan nama Ramlee, tak sangka doktor di hospital itu mengenalinya,” cerita Dayang ceria.

Jika pembaca dan peminat membayangkan Ramlee sebagai penulis yang kreatif, penuh imaginasi dan memberi nafas baru kepada penulisan novel tanah air, di mata Dayang pula, Ramlee seorang yang sangat berdisiplin dengan masa, sangat menyayangi keluarga dan seorang yang tidak pernah berhenti berdoa.

Sambil memuji suaminya yang rajin membantu kerja-kerja rumah, Dayang membongkar rahsia bahawa Ramlee sebenarnya seorang yang humor dan suka melawak ketika bercakap.

“Ramlee yang saya kenal juga bukan seorang yang mudah putus asa. Setiap kali karyanya ditolak syarikat penerbitan, memang dia akan marah dan kecewa, tetapi sekejap sahaja. Dua hingga tiga minggu atau sebulan dua kemudian, dia akan berusaha lagi. Cari syarikat lain dan menulis lagi,” ujar Dayang tertawa kecil mengenangkan telatah suaminya.

DAYANG bukanlah minat membaca novel tetapi sokongan dan senyumannya menjadi cahaya buat Ramlee.


Mengajak Ramlee dan Dayang bercerita tentang nilai perkahwinan dan hubungan yang dibina sejak 19 tahun lalu, banyak sudah laluan berduri dan keladak hitam, pekat dan mual yang terpaksa mereka langkahi.

Tahun-tahun pertama menjadi anak rantau di Kuala Lumpur dengan meninggalkan kesenangan hidup di daerah kelahiran masing-masing di Sabah menjadi nostalgia yang mahal buat Ramlee.

Di Kuala Lumpur, hidup mereka bermula dengan ‘kosong’ tetapi hari ini, Ramlee sudah gah berdiri sebagai novelis yang disegani dan dikenali dengan genrenya yang tersendiri.

Daripada terpaksa bertukar dua tiket bas untuk ke pejabat setiap hari, kini pasangan bahagia itu boleh menarik nafas lega. Sekali dalam setahun selepas setiap kali wang royalti menyusup masuk ke dalam akaun suami, ada sahaja lokasi percutian di luar negara yang mereka lawati.

“Semasa mula-mula ditukarkan ke Kuala Lumpur, saya ingat lagi, rumah yang kami sewa dulu tak ada langsir, kami makan nasi guna pinggan kecil yang biasanya jadi alas cawan.

“Peliknya, isteri saya dapat terima keadaan hidup kami dengan sikap terbuka, padahal di Sabah hidupnya senang kerana bapanya bekas menteri. Dia tak pernah merungut, sebaliknya saya yang susah hati sebab memikirkan hidupnya susah.

“Saya pernah kesal kerana tinggalkan Sabah, pernah juga saya pergi kerja dengan duit sebanyak RM2 dalam poket saya. Pasal makan saya tak kisah, sebab selepas keluar membuat liputan, biasanya ada makanan dihidangkan,” katanya yang kini bertugas sebagai penerbit rancangan di RTM.

BERKAT doa dan ketabahan, Ramlee kini berdiri sebagai novelis popular di Malaysia.



Menggelarkan Dayang Aminah sebagai azimat dalam hidupnya, Ramlee menyambung ceritanya. Disebabkan sikap matang dan tabah yang terpancar daripada wajah isteri, sebahagian daripada beban dan kesempitan yang dihadapi seakan-akan selesai.

“Kami sudah berbelas tahun menetap di Kuala Lumpur. Rasanya, saya lebih selesa di sini berbanding di Sabah. Hidup di Kuala Lumpur buka banyak ruang dan beri banyak pendedahan buat kami berdua.

“Bukan nak kata di Sabah tidak bagus tetapi tekanan hidup di sini memberi kami lebih banyak semangat. Selepas Aizuddin dilahirkan, kami sama-sama sambung belajar, saya di UKM dan Dayang pula di UiTM, kemudian sama-sama dinaikkan pangkat. Alhamdulillah, ini semua berkat kesabaran dan rahmat Allah,” ujar Ramlee yang mengecap keselesaan selepas novel-novelnya mula mendapat sambutan sekitar tahun 2000.

“Jenuh ditolak bermacam syarikat penerbitan, Alaf 21 muncul pada 1997. Barulah manuskrip pertama saya diterima, malangnya susah nak dapatkan pasaran sebab orang tak kenal saya.

“Selepas 10 tahun dan Satu Janji diterbitkan, novel Pei Pan pula menang Hadiah Sako. Kemudian, barulah orang kenal saya. Namun jualan dan royalti yang diterima masih tidak membanggakan. Sehinggalah saya menemui satu formula, saya tunaikan zakat dan selepas itulah rezeki saya dalam bidang penulisan semakin subur,” ujarnya.

Bercerita tentang novel, kata Ramlee, sebenarnya Dayang tidak arif tentang penulisan bahkan bukanlah pembaca tegar novel-novel tulisannya. Meskipun begitu, sebagai teman yang selalu ada di sisi, Dayang antara yang menjadi penyumbang idea terhadap jalan cerita karyanya.

“Kadang-kadang walaupun bukan idea major, pandangannya boleh diambil kira. Kalau tak menarik bagi pandangan dia, dia akan cakap,” tambah Ramlee.

Ramlee dan Dayang mengutip dan menyusun hidup dari satu tangga ke satu tangga.

Satu peringatan yang ditinggalkan Ramlee untuk semua ialah dalam perkahwinan, suami dan isteri adalah tangan kiri dan tangan kanan yang saling memerlukan. Suami isteri ialah rakan kaunseling terbaik, saling membuka diri untuk berkongsi dan menceritakan masalah.

Kata Ramlee juga, segala bakat dan kebolehan insan adalah milik Sang Pencipta. “Berhati-hatilah setiap kali kita ketawa kerana esok ada tangisan yang dikongsi bersama,” katanya.

Mengapa Yahudi Bijak?

Saya dapat artikel di bawah melalui email. Mungkin anda juga pernah membacanya. Bila direnung-renungkan, kebanyakan yang tertulis di sini merupakan amalan atau sunnah Nabi yang sepatutnya telah diamalkan oleh umatnya bagi membentuk akal fikiran yang tinggi dan sepatutnya menjadi kelebihan kepada kita, umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W..

—————————————————————

Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharaja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.


—————————————————————


Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan jenerasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

—————————————————————

Tetiba insap. Lepas ni, kalau ada rezeki, kahwin, mengandung, beranak, bolehlah start praktikkan amalan-amalan ni kan.

Tragedi Mesin Basuh

Sumber : Utusan Malaysia

Kanak-kanak mati dalam mesin basuh

LOS ANGELES, 4 Feb. _ Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari California yang memanjat masuk ke dalam mesin basuh mati apabila abangnya menghidupkan suis mesin tersebut.

Abang kanak-kanak malang itu berusia 15 bulan lebih tua daripadanya.

Pegawai sherif dan koroner penyiasat berkata, anak malang itu mati akibat trauma kerana mengalami hantukan kuat yang berulang-ulang di dalam mesin yang berputar selama kira-kira dua minit.

Kanak-kanak itu mati beberapa jam kemudian setelah dihantar ke pusat rawatan Hospital Wilayah Mission. – AFP

Apabila membaca berita ini, teringat saya tentang pengalaman saya sendiri yang berkaitan dengan mesin basuh. Sebelum tu, nak amik tuala lap hingus jap. Sob..sob…

Kisah ni berlaku lebih kurang 7 tahun yang lepas. Saya masih tinggal di Kampung Sungai Choh ketika itu. Rumah bawah (sekarang di Bukit Beruntung, duduk apartment, atas awan). Masa tu bulan puasa dan tinggal lagi 2 hari nak raya. Cam biasalah, lagi 2 hari nak raya, barulah family saya terkedek-kedek nak bukak sarung kusyen, turunkan langsir bagai. So, saya dan kakak saya lah yang kena buat kerja-kerja tu..Apa lagi bersepahlah sarung kusyen ngan langsir kat lantai….

Masa tu pintu depan rumah, kitorang saja biarkan terbukak. Biar angin masuk. Tetiba, adalah sekor anak kucing kecik masuk umah kitorang. Kaki dia terdengkot2..patah ke, terseliuh ke tatau la. Comel tapi kurus sangat-sangat. Selepas masuk je, dia terus landing kat sarung kusyen yang berlonggok-longgok tu…tido. Kitorang biar je sebab kesian. Asalkan dia tak kencing sudah…

Lepas dah bukak sarung kusyen dan langsir tu, apa lagi, kenalah basuh kan..Tak payah nak rendam-rendam, terus je basuh pakai mesin. Abes citer..

Tengah dok leka-leka kat depan, tetiba kakak saya menjerit dari dapur…

“ADIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! CUBA KO TENGOK NI!! KO BUNUH ANAK KUCING!!!!!!!!!”

Menggelupur la saya ke dapur. Tapi tak sanggup nak tengok. Anak kucing tadi dah lemas kena pusing-pusing dalam mesin basuh tu. Dahlah bersabun plak tuh..Uwaaaa….kesian sangat. Saya tak sedar, masa saya angkut sarung-sarung kusyen ngan langsir tu, saya terangkut dia sekali. Dahlah dia tak mengeowww..senyap je…Agaknya kucing tu mati pun sebab trauma terhantuk-hantuk..Huhu

Sampai sekarang saya trauma dan rasa bersalah. Apalah malang nasib kucing tu. Akhirnya, mak saya amik dia dari mesin basuh, tanam kat belakang umah. Saya tak sangka saya jadi pembunuh kucing…Ampunkan aku meow…

Camtulah tragedi mesin basuh saya. :(

Category: Experience  Tags: , ,  2 Comments

Goli Den!

Ingat tak iklan cat beberapa tahun nan silam? Iklan cat Glidden. Goli den..tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal iklan cat Glidden…tapi…

AMARAN : Entry di bawah berkemungkinan akan menimbulkan huru-hara di kalangan pelanggan-pelanggan tegar restoran mamak. Sebarang komplikasi seperti muntah, pening atau loya akibat membaca entry ini adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Selaku tuan tanah kepada ujie.com, penulis tidak akan bertanggungjawab sama sekali. Sekian, trima kasut..

Kita semua memang biasa makan di restoran mamak, kan? Kalau bukan sehari sekali, mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali pastinya. Sarapan pagi ataupun saja-saja supper sambil menonton perlawanan bola. Menu utama yang dipesan? Pastinya roti canai.

roti-canai
Roti canai mamak yang menggiurkan

TETAPI, sejak diceritakan satu kes oleh kawan saya sendiri tentang kejadian yang disaksikan sendiri oleh mata kepalanya, saya telah boikot restoran mamak. Tapi, roti canai sajalah. Hiks!

Bagi sesiapa yang pernah sampai ke pekan Rawang, mungkin perasan sebuah restoran mamak Ali Maju (takpe ke sebut nama restoran ni eh? Kang kena saman pulak..) di selekoh berhadapan dengan Balai Polis Rawang. Suatu hari seorang rakan saya minum-minum di restoran tersebut. Dah puas lepak-lepak, dia terasa nak ke tandas. Dalam perjalanan ke tandas, dia melintas dapur. Tiba-tiba, jeng jeng jeng…BAEEKKKK punya mamak tu tengah uli doh roti canai pakai kaki. KAKI!!!! Uweekkkkkk……….terus dia rasa nak muntah. Bila ditanya, mamak tu cakap, mana larat pakai tangan.

Teori saya : Penat wooo…nak uli pakai tangan. Tambahan pula restoran mamak yang beroperasi 24 jam. 7 hari seminggu. 365 hari setahun.

Sejak itu, saya pangkah makan roti canai di kedai mamak. Maybe kalau nak makan sangat pun kat kedai mamak, kita order mee goreng ke, tosai ke (tosai tak yah uli-uli kan? dia bancuh je kan…).Sebelum ni saya memang pernah dengar cerita je pasal ni. Tapi bila kawan saya sendiri yang tengok, barulah saya percaya. Agaknya bape banyak kuman kat kaki mamaklah yang saya dah telan. Kalau kaki tu ada cagu? Sendiri jawab. Haha..

Sekarang, kalau teringin nak makan roti canai, saya makan kat kedai Melayu yang ada jual roti canai. Tapi, kalau dorang uli gak pakai kaki, memang syaitonirrojim la…Kuang ajaq!

Hmm…ada yang muntah? Sekian saja cerita saya. Lepas ni, terpulang kepada anda. Nak bedal roti canai kat mamak lagi atau tidak. Tepuk dada, tanya selera..

Jap, jap…Cuba korang bayangkan kaki mamak yang uli roti canai tu camni..

kaki

UWEKKKKKKKKKK!!!!!!!!!

Haha, jangan marah haa….Sila muntah di luar. Kang abes kibod korang..

Category: Food  Tags: ,  4 Comments