Tuesday, March 03rd, 2009 | Author: Ujie

Iklan sket. Kampeni lama saya, Enershia Sdn Bhd nak pakai programmer. Multimedia Programmer. Yang ada pengalaman dengan Actionsccript (Flash). Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh call 03-77101770/03-77104770 atau email application ke hira[at]enershia.com. Opis terletak di Damansara Perdana. 5 minit nak ke IKEA, Tesco, Cineleisure, Ikano etc. Nak tengok projek-projek Enershia yang lepas-lepas, bolehlah surf kat www.enershia.com.

Secara umumnya, Enershia ialah kampeni multimedia yang involve dalam projek-projek kerajaan iaitu Kementerian Pelajaran (MOE) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk menghasilkan CD Animasi Pembelajaran bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Semasa saya masih bekerja dahulu, saya sempat terlibat dalam penghasilan CD Bahasa Inggeris Tahun 3, CD Bahasa Inggeris Tahun 5, CD Bahasa Inggeris Tingkatan 3, CD Bahasa Inggeris Tingkatan 4 & 5 dan Pameran Kesenian Sains DalamTamadun Islam untuk MDEC.

Biasanya, kerja-kerja ini memerlukan kekuatan minda dan fizikal (walaupun kerjanya duduk je membesarkan vontots) sebab kadang-kadang kami perlu stayback di opis sampai kerja siap (bila client tak sabar-sabar nak review) ataupun ketika kampeni bergelut nak masuk tender kerajaan. Oleh itu, kampeni bukan setakat menyediakan kertas kerja tetapi perlu juga menyiapkan prototype bagi projek yang nak ditender itu. Bagi programmer muda yang berpengalaman, amat digalakkan memohon untuk menambah portfolio kerja anda. Programmer yang agak tua seperti saya, tataulah larat ke tidak lagi nak buat kerja-kerja macam tu..TETAPI, kalau anda programmer TUA tetapi memiliki kemampuan fizikal dan minda yang power, apa salahnya mencuba.

Setakat ini, Enershia tak pernah lagi culas bagi gaji. Bukan apa, terdapat juga segelintir kampeni-kampeni IT yang bersandarkan projek kerajaan, selalunya miss masa nak bagi gaji. Kampeni lama saya dahulu (nama kampeni terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Huhu), sangat bermasalah dalam memberi gaji. Kalau dalam kalendar tu ada 45hb Mac, InsyaAllah, 45hb Mac baru kami dapat gaji. Uhuk! Uhuk! Sedih. Tetapi dengar cerita, Alhamdulillah, sekarang dah OK. Takde masalah gaji lagi dah. Syabas Impian Teknik (ITIS). Upss, terpecah rahsia. Hiks!

Ok, back to our business. Ya, sape-sape yang ada anak, adik, kakak, abang, sedara mara, sepupu sepapat sepusat sepusing, yang berpengalaman sebagai Multimedia Programmer dan bersemangat waja serta mempunyai tulang besi, urat dawai, sangat digalakkan memohon. Nasihat saya, gaji mintak RM3,000 sekurang-kurangnya. Baru berbaloi! Kalau tak, jangan menyesal nanti.

Tak teruja? Ok, gambar di bawah, mungkin akan membuatkan anda teruja untuk bekerja di Enershia.

exboss
Hira : my-exboss

Mungkin ada para programmer lelaki di luar sana teruja untuk bekerja dengan Hira yang lawa, cantik manis ni. Tapi AWAS, sudah berumahtangga dan beranak dua. Tapi takpe, cuci mata apa salahnya (matilah aku, jual ex-boss sendiri). Hiks! Programmer perempuan pun boleh memohon, boleh saja. Saya yang pompuan ni pun, suka tengok muka si Hira ni. Maaf! Saya bukan lesbo. Tetiba..Tapi tu lah, mungkin Hira boleh jadi pemangkin untuk anda datang ke opis setiap hari! (Kan Akim? Aku tau..Haha). Tapi, biasalah kalau keje dengan bos pompan. Kena tahan bebelization dia. Lagi satu, biasanya kalau boss, kita panggil Encik ke, Puan ke, Boss ke, Sir ke..tapi di Enershia, kita ikut style omputeh, kita boleh panggil boss dengan nama je.

Contoh :

“Hira, server kita slow la, I rasa kita patut tukar processor dengan tambah RAM lagi la..”

“Hira, you nak beli kuih raya tak? I ada jual”

Ha, macam tu lah..Huhu..

Ok, jangan lepaskan peluang ini. Mohonlah sekarang! Call 03-77101770/03-77104770 atau email ke hira[at]enershia.com. Kemasukan SEGERA!

Category: Advertisement
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Free wordpress layouts | Free drupal skins | Free joomla skins | Mediawiki skins | Free pligg templates | Review template providers" | Professional Web Templates |

7 Responses

  1. 1
    mashimorro 

    salam…saya student multimedia n tahun akhir dah..kalu saya nak apply kemungkinan die akan panggil terus ke??sebab saya abis belajar bulan5 nie…bole saya tahu cam mane nak wat ek??

  2. 2
    abdul wahid 

    saya abdul wahid ingin memohon apa2 sahaja jawatan kosong di syarikat tuan… saya betul2 memerlukan perkerjaan saat ini.. saya berumur 25 tahun .. mempunyai sijil (mekanikal) elektrikal/eletronik.. saya tahu mungkin kelayakn saya ini tidak sesuai tp saya memohon sgt kerja di syarikat tuan.. saya harap dpt menerima peluang ini…

  3. 3
    abdul wahid 

    jika saya berpeluang saya harap sgt pihak tuan dpt hubungi 013 7213122.. saya memohon sangat

  4. 4
    Ujie 

    saya bukan bos company ni…so, saya tak bleh nak tolong ape2..dan kelayakan encik mmg jauh dr ape yg co. ni buat…sorry eh….

  5. 5
    khairil 

    hi.. saya ada sorang adik pompuan.. tamat Diploma Increative Multimedia di kolej Lim Kok Wing. ada tak kekosongan jawatan yang layak di isi di tmpat puan?

  6. 6
    eddy hanif bin hamdan 

    hye, sy eddy hanif bin hamdan dari kelantan, saya ada sijil skm 2 dalam bidang multimedia..sekarang sy sambung amek diploma kat kuala lumpur metropolitan university(KLMU) dalam bidang yang sama..saya betul-betul memerlukan pekerjaan di saat ini…partime cukup lah..kalau tidak keberatan saya mengharap sangat-sangat encik atau puan mengambil saya bekerja dengan company tuan atau puan…akhir kata dari saya, harap permohonan saya ini diluluskan..ni no fon saya 0135929060..

  1. 7
    Cari Kerja Online (via Trackback)

    Cari Kerja Online…

    Bagi sesiapa pemegang diploma atau ijazah atau sijil keselamatan yang masih mencari pekerjaan dalam bidang keselamatan di tempat kerja, ini merupakan berita baik kepada anda. PLM Interiors di Ampang, Selangor sedang mencari 3 orang pegawai keselamatan …

Leave a Reply