Sunday, March 22nd, 2009 | Author: Ujie

Wooohooo..Sekarang sudah pukul 12.39 tengah malam, Ahad. Ya, masih di opis (Enershia). Dah lama siot tak berkampung macam nih..Sakit-sakit pinggang. Maklumlah, selalunya waktu-waktu macam ni dah membuta. Kalau macam ni lah gayanya, Hira offer kerja permanent balik pun, nak kena pikir lapanploh kali dulu..

Macam ni lah kalau berkerja dalam bidang ni (Multimedia). Tambahan pula dalam saat-saat genting nak menyiapkan tender. Memang semput dibuatnya. Makan tak tentu arah. Tido mana sempat. Tadi sempat kejap saya melelapkan mata. Itupun bersandar kat kerusi je.

Berseorangan perempuan di dalam kumpulan lelaki pun saya sudah biasa. Macam sekarang, saya seorang sahaja perempuan terkontang-ditemani tiga orang rakan lelaki. Nasib baik dorang semua baik-baik. Kalau tak…Nauzubillah..

Berkerja pada hari Ahad juga, tidak perlu dipersoalkan lagi. Berbakul menyumpah pun, hanya setakat di dalam hati dan juga di depan kawan-kawan. Berani nak mengamuk depan boss?

Tak sabar nak tunggu Khamis depan untuk submit tender. Yeay!

Tags:
Category: Work
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Free wordpress skins | Free drupal 5 themes | Free joomla 1.5 templates | Free mediawiki skins | Free pligg themes | Website templates" | Customizable Website Templates |

2 Responses

  1. 1
    tajudin 

    selamat bertugas. biasalah nak siapkan tender macam tu la. yang frust ialah bila tender dah siap, alih-alih entah mana punya malaun, sudah potong. company lain tak pasai-pasai masuk ambik tender tu…

  2. 2
    sherry 

    ooo..ko tak datang wedd aku kena keja ni la yerk…huhuhu….

Leave a Reply