Archive for » June, 2009 «

Mencari Janda

Mencari janda? Untuk sape?

Sebenarnya, hari Rabu dan Khamis (24-25 Jun) yang lepas, saya menyertai GEMPUR yang dianjurkan oleh Prudential BSN Takaful di Janda Baik, Pahang. GEMPUR merupakan salah satu training yang diwajibkan oleh PruBSN untuk ejen-ejen mereka bagi melengkapkan CPD hours.

Saya, Nadia dan dua orang lagi rakan kami bertolak dari Kota Damansara ke Janda Baik lebih kurang jam 8 pagi. Keadaan jalan di Kota Damansara biasalah, jem memanjang. Kami menggunakan MRR2 dan perjalanan kami Alhamdulillah, bergerak lancar. Kami tiba di Janda Baik lebih kurang 9.30 pagi. Kiri kanan hutan hijau yang menyejukkan mata memandang. Tenang dan damai. Angin pagi pun membuai-buai rasa. Kami sempat bersarapan nasi lemak di warung yang terdapat di sana dan selesai bersarapan, terus kami bergerak ke pusat latihan.

Labih kurang jam 10 pagi, kami tiba di pusat latihan di D’Ark Training& Resort , Janda Baik. Tak sempat nak meninjau-ninjau, terus masuk ke kelas untuk memulakan sesi kursus pada pagi itu. Peserta-peserta pada kali ini seramai 12 orang. Terdapat 3 orang fasilitator iaitu Encik Mas, Cik Sha dan Encik Faizul.

D’Ark Training & Resort Sdn Bhd
(Janda Baik)
D’Ark Training Resort is a resort that not only caters for all you training needs but a quiet and peaceful tranquility setting. Primary jungle on one side and the other is a crystal clear river provide you with endless outdoor activities.

The Resort’s Ashida Villa gives you a wonderful characteristics and attractive alternative destination. A blend of elegant kampong style surroundings with city convenience.

The 4-acre resort exudes a uniquely traditional charm and special emphasis has been on equipping it with the modern facility and amenity, to present to you a pleasant and comfortable experience.

Indoor games such as chongkak, carom, darts, table tennis and board games and outdoor games are volleyball, badminton, sepak takraw and netball. The other guided activities are jungle trekking, camping and fishing, to name a few.

dark2

The training resort provides the best for your convention, seminar, all forms of training, workshop as well as other recreational needs. Whatever your requirement……we are able to tailor made your individual requests.


Sesi pagi dimulakan oleh Encik Mas sebelum makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari. Sebelum makan, kami dibenarkan untuk mengemas barang dan masuk ke bilik masing-masing. Bilik yang disediakan agak luas untuk 4 katil bujang. Terdapat 2 bilik air. Cuma yang tak best, tak ada almari. Terpaksalah kami gantung sahaja pakaian kami di tiang.

Selepas makan, kami memulakan kursus sesi petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Lebih kurang 4.30 petang kami bersiap sedia untuk memulakan ‘outdoor activity’ iaitu jungle trekking. Lokasi agak jauh dari tempat kursus dan kami bertolak ke kaki bukit menggunakan 2 kenderaan. Sampai di kaki bukit lebih kurang jam 5 petang. Setelah diberi taklimat oleh jurupandu, kami memulakan pendakian. Tinggi nak mampos sampai tertonggek-tonggek vontots. Huhu…


Jom beriadah!


Warming up dulu…


Tengok, bukan main tinggi bukit ni..


Sampai kat tengah-tengah perjalanan. Amik gambo jap sementara tunggu yang lain sampai…


Di sebelah saya tu lah jurupandu kami – Angah. Rambut dia panjang sampai ke pinggang tu..


Tak abes-abes bergambar…


Kak Safinaz, Nadia dan saye…


Cantik tak air terjun kat belakang tu?


One more!


Apsal dagu gua cam donut?


Yeayyy!!!


PruBSN Advisor terlampau..

Perjalanan ke puncak Air Terjun Tampit mengambil masa setengah jam. Melalui kawasan berbukit, hutan belantara yang dihiasi bunyi unggas dan cengkerik. Akhirya kami tiba di puncak air terjun pada pukul 5.40 petang. Sempat melepaskan lelah lebih kurang sejam di sana. Ada di antara kami mengambil kesempatan untuk mandi. Saya tak kuasa..Hehe..Kami turun semula selepas penat berehat dan tiba di pusat latihan lebih kurang pukul 7 petang.

Sampai sahaja, terus makan malam dan bersiap-sedia untuk kursus latihan sesi malam. Kami memulakan sesi malam jam 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Supper disediakan dan selepas minum-minum, kami kembali ke bilik dan berehat. Besok ada lagi..

Pagi esoknya bersarapan jam 8 pagi selepas bersarapan kami mula dengan latihan seterusnya. Konsep takaful dan beberapa module yang lain. Kami juga melakukan role play untuk bertemu client.


Encik Faizul tengah mengajar konsep takaful


Nadia dan beberapa orang lagi kena denda nyanyi lagi negeri masing-masing sebab lambat masuk kelas..Huhu

Kursus kami berakhir jam 3.30 petang. Selepas bersalam-salaman, sempat lagi kami bergambar sebelum balik. Enjoice!!


Nampak sebaya tak?? Nadia – 25 tahun, Ujie – 31 tahun. Haha, nak jugak bagitau nih…


Posing wajib!


Single but not available. Haha, tak tanye pon…


Aumm cakkk!


Over!!


Ko kenapa??

Sebelum balik ke KL, kami singgah minum cendol dan makan pisang goreng di warung Janda Baik. Sampai ke Kota Damansara pada jam 6 petang. Selama 2 hari di sana, sampai sudah kami tak jumpa janda yang dicari-cari. Haihh!!!

Akhir kata, Ku Tunggu Jandamu (tahape-hape). Huhu…Daa…

Memilih Insurans Dengan Betul

Sesetengah orang membeli insurans secara melulu, tanpa menilai dahulu apakah faedah insurans yang mereka perlukan. Adakalanya faedah insurans yang dibeli, bertindih dengan faedah kewangan sedia ada. Dan adakalanya , mereka membeli insurans tanpa memahami apakah faedah kewangan yang terkandung di dalam polisinya. Pada mereka, asalkan ada insurans, cukuplah.

Sesungguhnya, jika kita ambil mudah dan tidak berusaha untuk memahami kandungan polisi insurans yang dimiliki, kita mungkin akan menghadapi masalah kewangan di kemudian hari.

Semak faedah kewangan sedia ada sebelum membeli insurans hayat. Buatlah penilaian terlebih dahulu. Kita perlu menyelidik apakah faedah kewangan yang sudah diperoleh sedia ada daripada majikan atau majikan pasangan.

PERLINDUNGAN INSURANS SEDIA ADA

jadual1

FAEDAH KEWANGAN DARIPADA MAJIKAN

jadual2

Dengan membuat penyata faedah kewangan, kita dapat melihat sendiri sejauh mana kewangan kita sudah dilindungi, dan mengenalpasti kelemahan lain yang terdapat dalam perancangan kewangan kita.

Bagaimana untuk memilih?

Secara umumnya, faedah-faedah insurans yang terdapat di pasaran sekarang adalah seperti berikut:-

1. Faedah sara hidup jika meninggal dunia
2. Faedah sara hidup jika mengalami hilang upaya kekal
3. Faedah sara hidup jika menghidapi penyakit kritikal
4. Faedah kemalangan jika meninggal atau hilang upaya
5. Faedah kemalangan jika hilang anggota
6. Faedah elaun mingguan akibat kemalangan
7. Faedah elaun harian hospital
8. Faedah perubatan dan pembedahan hospital

Faedah insurans perlu dibuat berdasarkan jenis keadaan yang bagaimana boleh menyebabkan kita mengalami kerugian kewangan yang paling kritikal? Dalam erti kata lain, jenis musibah yang bagaimana boleh menyebabkan anda ditimpa bencana kewangan yang paling teruk, hingga menggugat kehidupan seharian.

Tips untuk memilih

1. Lindungi keperluan asas terlebih dahulu. Satu cara paling efektif untuk melindungi keperluan asas adalah dengan melindungi sumber pendapatan, iaitu gaji bulanan atau hasil perniagaan. Dengan melindungi sumber pendapatan anda, keperluan asas seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan dapat disediakan berterusan. Jika tidak dilindungi secukupnya, kehidupan boleh bertukar sengsara.

2. Jangan bazirkan wang melindungi perkara kecil yang boleh ditanggung sendiri atau sudah ditanggung oleh majikan. Gunakan insurans untk melindungi perkara-perkara besar yang boleh menyebabkan kita mengalami bencana kewangan. Sebagai contoh, melindungi kewangan kita daripada kos perubatan hospital lebih penting daripada kos perubatan klinik. Ini kerana bil klinik biasanya kecil sahaja dan sudah ditanggung majikan atau mampu ditanggung sendiri

KL-KK-CH-KL

Pheww!!! Penat betul badan nyawa. Semalam, saya berjalan merata tempat dalam satu hari.

Pagi-pagi dalam pukul 7, rakan saya Ammal dah kutip saya di rumah. Singgah sarapan di RnR Sungai Buloh dan terus bertolak ke Perak. Ammal minta saya menemankan dia ke rumah saudaranya di Kuala Kangsar. Ammal memandu dan saya melayannya berborak dan bergosip liar. Keadaan berjerebu sampaikan pemandangan Lata Kijang yang biasanya sangat cantik, hanya nampak sipi-sipi sahaja. Kabur dan kabus!

Sampai di Kuala Kangsar lebih kurang jam 10.30 pagi. Selepas urusan Ammal selesai, kami singgah makan di tepi Sungai Perak, di Bandar Kuala Kangsar. Makan ikan bakar dan ulam-ulaman. Sempat juga saya ambil gambar orang yang sedang memancing di sungai ini.

ch1
Orang tengah memancing

ch2
Dari dalam kereta

Dari Kuala Kangsar, kami bergerak balik ke KL lebih kurang 1.30 petang. Ammal memberi cadangan supaya kami naik ke Cameron Highlands. Yelah, alang-alang dah lalu situ kan. Kami naik ke Cameron Highlands tak naik melalui Tapah, sebaliknya melalui Simpang Pulai. Kali ini saya mengambil giliran memandu.Kali terakhir saya ke Cameron Highlands pada tahun 2005, bersama-sama Ammal juga dan Bakal-Roomate-Tak-Jadi. Huhu…

Alhamdulillah, jalan melalui Simpang Pulai agak besar. Keadaan jalan cantik dan baru. 3 lane. Tidak seperti melalui Tapah yang agak sempit dan curam. Sekiranya kita ke Cameron Highlands melalui Tapah, kita akan sampai ke Ringlet, Tanah Rata,  Brinchang dan seterusnya puncak Cameron Highland iaitu Kampung Raja. Biasanya mengambil masa sehingga 2 jam untuk sampai ke Tanah Rata kerana keadaan jalan yang sempit dan sekiranya banyak kereta yang ingin naik, mungkin lebih lama. Tetapi sekiranya melalui Simpang Pulai, kita akan sampai ke puncak Cameroh Highlands dulu iaitu Kampung Raja diikuti dengan Brinchang, Tanah Rata dan kemudian barulah ke Ringlet.

Kami sempat singgah ke gerai-gerai tepi jalan yang sememangnya menawarkan hasil tani seperti strawberry, limau, jagung madu dan bermacam-macam lagi dengan harga yang murah. Ammal memborong sakan dengan kaktus, jagung madu, bunga-bunga, limau, berkotak-kotak strawberry yang dijerukkan.

Selepas tangan dah naik lenguh, kami bergerak turun untuk singgah ke ladang teh yang terkenal iaitu Bharat Tea Cameron Highlands. Di sini, ada cafe yang menyediakan segala macam jenis teh daripada yang asli, teh tarik sehingga teh yang dicampur dengan perisa Blackcurrant, Strawberry, Lemon dan sebagainya. Saya cuma beli teh yang berperisa Blackcurrant dan Green Tea untuk kakak saya. Mak saya tak minum teh. Dia hantu kopi. Hiks!

Di ladang teh tu, sesi mengambil gambar (aktiviti wajib) berlatarbelakangkan ladang teh yang saujana mata memandang dilakukan terlebih dahulu…Enjoice!!!

ch3
Gambar terselit kat pokok mesti ada..

ch4
Ammal nak meniru aksi terselit kat pokok

ch5
Lihat perutku..ramping kan?? Terima kasih Tummy Trim…Ahaks..

ch6
Saya masih single..nak berkenalan, sila hubungi Ujie untuk mintak no telefon..:D

ch7
Pak Gad Nepal telah didera untuk ambil gambar kami..

Selepas sesi bergambar, kami pun bergerak turun. Kali ini terpaksa melalui Tapah. Jalan yang memang sempit ditambah dengan lori dan bas yang selamba badak dipandu laju, saya beberapa kali ter’opocot’ sebab terkejut dorang nak masuk lane saya. Masa turun pun, saya mengoffer diri untuk drive sebab saya tau, kalau saya yang duduk di bahagian penumpang saya akan pening dan rasa nak muntah. Kesian Ammal, sampai tetido-tido sebab pening dan mual. Hee hee…

Sampai di RnR Tapah, kami bertukar tempat. Ammal memandu hingga sampai ke rumah semula. So, inilah saja karangan saya pada hari ini. Dari Kuala Lumpur-Kuala Kangsar-Cameron Highlands-Kuala Lumpur dalam satu hari. Ad hoc plan!