Archive for » August, 2009 «

Saturday, August 29th, 2009 | Author: Ujie
YouTube Preview Image
Category: Funny |  Tags: | Leave a Comment
Tuesday, August 18th, 2009 | Author: Ujie

AMARAN : Entry ini menggunakan Bahasa Bengkulu di atas permintaan salah seorang pembaca saya, Nurulhuda. Enjoice!!!

—————————————————————————————–

Sapales Nurulhuda woii..Aku kak diye la pacak ige kecek Bekulu. Dikit-dikit teh bolela..Topik ape arai kak? Okayla, aku cerite pasal aku pegi andun ke umah kawanku. Adik eh kawen.

Kawanku kak Dekda name eh. Adik eh Emi. Anak Cik No. Mak eh kak dulu berketin parak Sek Rendah Agama Sg Chu. Aku dengannye kak memang berkawan jak kecik lagi. Mak ku cerite, aku omor tige tahun la pacak ngerayau umahnye. Sapales lagi, jak kecik la mengokor jalan. Nasib baik diye jadi engineer. Hee hee..

Aku gi andun dengan surang lagi kawanku. Ammal, anak cikgu Ubit. Kami sapai dang ujan. Nasib baik diye lebat ige . Jinguk-jinguk kawan lain la ade. Yang ku kenan, Chaai anak Timah Baharom, Arel anak Mail, Cidi anak Nasir dengan soma ngan anak eh. Sape lagi eh..Asek ku, itu bae. Haa, Jaja satu family. Itu pun sapai wang dah balik gale.

Lame jugek kami di situ. Yak, mun la nemu kawan teh, borak la kan. Ha, Okoi ngeco. Kecek nak datang. Wang la balik, diye jugek nye nye sapai. Memang nak kene Okoi kak neh.

La pukul tige, aku dengan Ammal pun balik. Nak ngeroh. Ujan kan. Sejuk. padek nian ngeroh. Amik motokar Ammal segal parak Serendah di umah kakak eh, badu teh terus kami balik umah Ammal. La sapai umah Ammal, enggan pule mate kak terkatup. Palak bak nian. Jinguk TV baela lan ku.

Malam teh aku tido umah Ammal. Konon eh nak pegi belan sekali dengan Ammal. Diye jadi. Orong..Member ku pule ngajak tumpang. Pegi dengannya bae. Okla. litak pule menaip kak neh. Sampai sikak kudai. Mun aku ade mood nanti, aku sambung lagi wo..Ok, tata…

Tuesday, August 11th, 2009 | Author: Ujie

2 minggu ni saya diimport oleh Enershia untuk menyiapkan projek TM. Projek bagi TM Streamyx Troubleshooting Guide untuk CD dan juga download version. Sekiranya anda melanggan Streamyx nanti, CD Installer tu, saya dan kawan-kawanlah yang membuatnya. *Vangga! (Sambil mengembang-kempiskan idong)

Untuk download version, akan dijangka siap sebelum bulan puasa 22 Ogos. So, tak payahlah nak stayback kat ofis. Fuh!

Ni frontpage untuk TM Streamyx Troubleshooting Guide CD tu. Segar dari ladang! Anda pembaca blog ni yang dapat tengok dulu tau..Cekidaut!

tm

Friday, August 07th, 2009 | Author: Ujie

The Biggest Loser yang ditayangkan di Hallmark channel merupakan rancangan kegemaran saya sekarang. Kagum betul saya melihat para peserta yang gigih menurunkan berat badan mereka. Daripada badan sebesar 3 kali ganda orang biasa, mereka berupaya menurunkan berat badan kepada normal selepas menyertai rancangan tersebut. Selain badan menjadi vogue, dapat pulak USD250,000. Tak ke best??

Baru-baru ini, The Biggest Loser melancarkan The Biggest Loser Asia, khas untuk orang-orang Asia. Auditionnya diadakan pada 1 Ogos lepas di Fitness First, The Curve. Saya pun saja-saja mencadangkan kepada salah seorang rakan saya, Lenny supaya menyertai audition tersebut. Sebenarnya Lenny bukanlah besar sangat. Tapi disebabkan dia besar tinggi, jadi apa salahnya mencuba.

logo

Pendaftaran bermula jam 10 pagi-4 petang. Kami sampai lebih kurang pukul 3 petang. Mak aii punye panjang beratur. Sementara Lenny beratur dan mengisi borang setebal 10 muka surat, saya pun bershopping-shopping di The Curve.

photo3103
Peserta tengah beratur

Hanya pada pukul 7 petang, barulah nombor Lenny dipanggil. Masa tu saya dah berjalan-jalan di Cineleisure pulak. Tak guna punye kawan, kan? Support waktu mula-mula je. Bila dan tengok barisan beratur punyelah panjang, tak kuasa saya nak menunggu.

Sementara menunggu nombor dipanggil, sempat jugak bergambar nih!!

photo3110
Peserta dari Malaysia – Lenny..Huhu

photo3112
Rakan-rakan menyibuk

photo3111
Illa dan Lenny..

Keputusan hanya akan diumumkan pada 1 September nanti. Saya tak pasti Lenny berjaya atau tidak sebab yang datang pada hari itu, punyelah ramai yang lagi besar daripada Lenny. Lagipun, penganjur hanya memilih 2 orang peserta sahaja dari Malaysia. Yang datang, beribu. Walau apa pun, YOU GO GIRL!!! Kalau ko masuk, dan menang USD100,000 tu, janganla buat tatau plak kat aku… ;-)