Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Secara bahasa doa mempunyai pengertian menyeru, meminta dan mendakwa. Adapun menurut istilah berdoa mempunyai maksud: ‘Memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dengan menggunakan bahasa yang diperbolehkan dan adab-adab yang baik sesuai dengan ketentuan syarak.’

Dengan demikian tidak diambilkira sebagai doa sekiranya ada orang yang memohon kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan bahasa-bahasa yang bercanggah dengan syarak, contohnya dengan menyeru nama-nama Jin atau nama-nama makhluk. Bagaimanapun adalah diharuskan untuk berdoa dengan apa bahasa pun, asalkan tidak mengandungi unsur-unsur syirik yakni menduakan Allah s.w.t.

Pengertian di atas dipetik dari penawar.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bagaimanakah doa yang betul? Saya pernah mendengar Dr. Fadzillah Kamsah menyatakan, apabila berdoa, kita hendaklah berdoa secara spesifik. Misalnya kalau nak berjaya dalam peperiksaan, bukan setakat meminta supaya diluluskan tetapi perlulah dinyatakan berapa A yang nak dicapai, berapa aggregate dan sebagainya.

Menurut Dr. Fatimah Az-zahra, dalam rancangan Ar-Rayyan (Astro Oasis), apabila berdoa, kena berdoa betul-betul. Kebanyakan kita apabila berdoa, akan meminta seperti berikut :-

Ya Allah, ya tuhanku. Tabahkanlah hatiku menempuh dugaan. Jadikanlah aku orang yang sabar.

Sekali pandang, tak ada yang salahnya dengan doa di atas. Tapi, oleh kerana berdoa begini, maka Allah pun turunkan ujian-ujian, musibah kepada kita untuk kita diuji selaras dengan doa kita supaya dijadikan orang yang sabar, orang yang tabah. Nampak tak logiknya?

Apa kata kita ubah doa kita mulai hari ini.

Ya Allah, ya Tuhanku. Lapangkan urusanku. Jauhkan aku dari musibah.

Ha, kan lain sikit tu. Dengan berdoa begini, InsyaAllah Allah akan lapangkan segala urusan kita. Jauhkan kita dari segala masalah. Betul tak? Ya, memang tak salah kalau kita minta dijadikan orang yang sabar, tapi untuk menjadi orang yang sabar, mestilah kena menerima ujian dulu. Kan?

Ok, renung-renungkan dan selamat hari raya . Tetiba..Huhu…

No Comments :(