Sekarang, setiap kali login ke Facebook sudah pasti iklan yang berbunyi : Login Facebook Dapat RM 100 dipaparkan oleh sahabat-sahabat kita yang sudah menyertai skim tersebut. Sekali pandang, amat menarik. Siapa yang tak nak kerja mudah, kan? Bukan susah sangat, login Facebook boleh dapat RM100.
Walau bagaimanapun, dek pengalaman-pengalaman lepas (pengalaman sendiri dan kawan-kawan) yang menyertai skim serupa ini, membuatkan saya sangat berhati-hati apabila ada pihak yang menawarkan program atau skim sebegini. Walaupun ketika zaman StudioTraffic (tahun 2003-2005) dulu saya pernah menjana pendapatan sehingga RM33,000, di sudut hati saya, rasa sangat menyesal kerana telah mengajak rakan-rakan saya terlibat di dalam program ini. Ramai yang tewas! Selepas itu kebangkitan 12DailyPro pula, kemudian SwissCash dan bermacam-macam program yang lain, ramai yang telah kecundang disebabkan program-program ini.
Seorang client saya rugi besar kerana menyertai program Ceramic Club (tak sure namanya). Bila saya call dan bertanya khabar, menurutnya dia sedang mengikuti program MLM lain pulak. Tak serik-serik nampaknya. Orang kita lebih suka carik jalan mudah untuk kaya. Saya nasihatkan dia begini..
Ujie : Encik xxx, janganlah join lagi menda-menda tu. Aritu kan dah rugi. Investlah dalam Unit Trust (Encik xxx invest dalam Unit Trust CWA menggunakan EPF dan sedikit cash). Kalau tak nak invest sangat pun, simpan je kat mane-mane yang encik suka. Tabung haji ke, ASB ke..
Encik xxx : Ala, lambat untunglah. (sambil gelak-gelak)
Tengok! Kalau client-client yang degil macam ni, kadang-kadang saya biarkan aje. Berbuih mulut bercakap pun tak guna kalau tuan badan sendiri tak nak berubah. Tapi bila fikirkan balik, yang hangus tu duit mereka. Sukahati dorang lah kan. Tapi apa gunanya saya sebagai Financial Advisor kalau client saya sendiri rugi akibat terlibat dalam program-program Skim Cepat Kayap ni?
Alamak, panjang pulak lari topik. Ok, berbalik kepada Program Login Facebook Dapat RM 100, saya ada buat sedikit kajian mengenai program ini. Ini kerana ada dakwaan bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi berminat dengan program ini. Saya pun SMS seorang rakan saya yang bekerja di Bank Negara (bahagian pemantauan dan siasatan skim cepat kaya) mengenainya. Menurut beliau, jangan percaya kerana mengikut logik, skim-skim ini semua berunsurkan Quick Rich Scheme. Beliau turut memberitahu terdapat beberapa skim yang sedang di bawah siasatan BNM iaitu Skim Ta’awun (menderma sambil beramal) dan beberapa lagi program yang lain. Beliau minta supaya saya berpesan kepada rakan-rakan yang ada terlibat dalam skim ini supaya cepat-cepat ambil modal anda atau BERHENTI daripada meneruskan program ini supaya anda tidak HILANG DUIT apabila BNM mula mengambil tindakan.
Selain merujuk kepada rakan yang bekerja di BNM, saya juga telah menyiasat melalui Encik Google dan akhirnya terjumpalah dengan artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin. Apa yang dapat disimpulkan oleh Ustaz Zahiruddin tentang Program Login Facebook Dapat RM 100 adalah :-
1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Untuk bacaan lebih terperinci, sila KLIK SINI.
Sudah terang lagi bersuluh. Tepuk dada, tanya selera. Pilihan di tangan anda.






terima kasih kerana men-create post ini..
Awak tau, ramai kawan saya main ni.. saya dah nasihat dah jgn.. tp diorang masih juga join sbb dah dpt byk duit.
Betul ke BANK NEGARA nak memantau I/D ni? Tak sabar pulak saya..
Tak lama lagi, confirm ramai yang reply nak berebat dgn awak, sebab diorang (member ID), memang selalu sgt tak puas hati kalau ada org komen gini. Awak dah tengok kan komen kat blog Ustaz Zaharuddin.
Awak try pegi kat sini, http://www.shamsuriyadi.com/2010/02/13/infinity-downline-konsep-money-game/#comment-6569
hangat betul komen diorang kat situ..
Apapun, terima kasih sbb buat post ni..
sorry yer.. *bukan berebat, BERDEBAT*.. pembetulan ejaan.. hehehe
Assalamualaikum…
Kepada rakyat malaysia..kenape kite harus memecah belahkan perniagaan orang lain..kenape ID nie nak cakap haram.. setahu aku..sebab pembeli telah meredai harge yg kite bg..so..kat sini dah tak de paksaan..
bacelah petikan nie..
Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108). Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk; a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar. b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya. Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak. Wallahu A’lam.
kepada sesiapa yg igin join infinity..meh la ikut cara group yg saya dianggotai oleh 3 orang nie..masuk rm 100.00 anda akan dapat 1 box bisness kad atas nama anda..dan 1 cd bahan rujukan tentang infinity downline..
adekah anda rugi???
saya tak amik untung..saya bg bahan rujukan lg..saya dah jge downline saya..
Anep : It’s up to you bro…Kalo BNM da amik tindakan macam yg berlaku kat SwissCash nanti, jgn melopong pulak…
Zaharuddin tu lg tinggi ilmunya dlam bidang agama. Di dah ada hujah2 nya.. Jgn ikutkan hawa nafsu , menghalalkan yan haram…
Sir, ini bukan masalah memecah belahkan.. Kalau barang jualannya haram, cara berniaga haram.. redha or not is not the point..
so, jgn diikut nafsu tu.. manusia memang akan cari alasan untuk tidak percaya benda yang mereka buat itu salah.. tambah lagi bila melibatkan soal duit..
salam bleh tak sy tahu… link url yg ustaz Zaharuddin..
mekasih utk info login rm100 ni.. mekasih yer.
Salam, bottom line pada aku: x kira apa jenis perniagaan, keuntungan ialah dari penjualan produk, bukannya dari penambahan downline. Bila produk hanya jadi syarat nak join, penambahan ahli/downline yang lebih menguntungkan.. itu dah meragukan (pada aku). Sama juga dengan beberapa skim affiliate yg meniaga tanpa produk atau : “anda buat apa yg saya buat”. So, bila meragukan, mak aku ajar masa aku baru kenal alif, ba,ta dulu… jangan buat… wallahualam
thx!!! sumber yg benar2 hebat! dapat menolong anak2 bangsa kita dari ditipu kafir laknatullah…
terima kasih!
Aktif lg ke ID ni eh??dah tak nampak dah kat FB…huhu
salam…ujie pls check http://www.hmeo.com.my/business_development atau http://www.hmeo.com.my untuk memuaskan hati anda mengenai jenis perniagaan yang dijalankan oleh HMEO. Kami bukan skim cepat kaya dan tidak ada panggilan siasatan dijalankan oleh Bank Negara. Perniagaan kami berteraskan perniagaan profesional seperti perniagaan unit trust kamu tu…cuma janganlah menuduh tanpa sebab dan simply guna nama orang bank negara…sebagai orang islam kaji dulu.. jika selepas anda kaji dan anda dapati HMEO bukan skim cepat kaya agak2 berapa lama u nak biarkan maklumat u yang u paste tu kekal jadi suspicious… for yor information saya terlibat dalam industri kewangan insurans dan takaful, unit trust, perniagaan latihan & kursus serta ICT graphic multimedia…so pls check our website http://www.hmeo.com.my_business_development atau website utama http://www.hmeo.com.my. u can check my self at http://www.hmeo.com.my/financial…sila beri maklum balas…terima kasih..
salam ujie…i puji usaha u untuk memberi nasihat percuma dan tidak profesional u supaya orang tidak tertipu. pls log in to our website n’ nilaikan sendiri apakah perniagaan hmeo…i bliv hmeo business lebih profesional than yours…to be fair to us u check our website http://www.hmeo.com.my/business_development untuk kepuasan u sebelum simply simply gunakan orang bank negara nak letakkan suspicious. our main website http://www.hmeo.com.my.
for your information, I terlibat dengan dunia keusahawanan institusi kewangan n i am somebody with more than 14 years xperience in insurance, takaful, unit trus industry n’ perniagaan ICT,Kursus & latihan serta perniagaan membuat website,graphic serta pembangunan usahawan profesional…so pls kaji agar tindakan u paste nama hmeo tu tidak meninggalkan over suspicious…dan personally i jemput u datang pada seminar kami d regency hotel kuala lumpur pada 31 July 2010 untuk anda nilaikan sendiri…free admission for u…TQ
jus let u know..tidak ada panggilan siasatan kepada HMEO dari bank negara n lain kali kalau nak jadi wartawan pls clarify frm our company… n’ pls dont judge book by its cover. hope if u dah faham pls remove your words ttg hmeo so tats tidak tingallkan suspicious pada orang lain or i will asked my legal advisor to confront with you as soon as possible…..TQ dear..
kalau u kaji dan berpuashati ttg hmeo, i advise u please remove komen asas asas fitnah u tentang HMEO sebelum i let u confront with my legal advisor dan saman you atas saman fitnah tanpa bukti..for your info lesen insurans i di bawah bank negara malaysia and lesen unit trust u dan i di bawah suruhanjaya sekuriti, dan tidak ada pihak bank negara hubungi hmeo so jangan memfitnah n’ judge book by its cover..hope you take action as fast as you can sebelum surat saman sampai pada you .tq dear
Assalamualaikum.
Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).
Saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya kita hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat.
Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram? atau Halal jika meyakini sumber dan masakannya halal. Jika was-was jangan makan jika yakin (bersandarkan hujah betul) makanlah tanpa was-was.
Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA hanya pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujahnya menurup pintu perbincangan hingga hujah Ulama lain tidak boleh diguna pakai?
Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber? Ustaz Zaharuddin ada fakta digunakan untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah ID suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu.
Saya tidak risau dengan program ID sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)
Contoh : Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan NAS yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka TETAP BETUL selagi kita melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulamak dan bukan suka-suka kita.
Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.
Kesimpulan
1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.
2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat.
Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti.
Wallahualam.
Kepada yang tak sebulu dengan Ustaz Zaharuddin jangan memaki hamun beliau, beliau orang berilmu yang WAJIB kita hormati. Apa yang beliau sampaikan itu betul dan tugas beliau sebagai rujukan.
Kalau kita tak setuju dengan pendapat beliau dan ingin keyakinan yang lebih atas apa yang kita buat tanyalah juga kepada lain-lain sumber rujukan (hatta ulama luar negara). Bagi saya pendapat Ustaz Zaharuddin tetap menjadi pendapat selagi tidak disepakati dalam dalam Fatwa sedunia. Misalnya rokok, walaupun jelas hukumnya haram tapi masih ramai menghisapnya cuma berpandukan hujah lama hukumnya ‘makruh’.
Sorilah… Komen detail Komen tentang pendapat Ustaz Zaharuddin kena join ID Surirumah dulu
http://ringgit-online.tripod.com/surirumah
Percuma Thumbdrive.