Archive for » June, 2010 «

Trip CWA ke Hokkaido – Part 4

Sambung balik entry Hokkaido yang tertangguh ;)

Pagi selepas bersarapan di hotel, kami dibawa  melawat Jigokudani atau Hell Valley iaitu bekas gunung berapi yang terletak di atas pekan Noboribetsu Onsen. Bekas gunung berapi ini mengeluarkan wap, aliran sulfur dan masih mempunyai aktiviti-aktiviti gunung berapi. Info lanjut klik sini.

Oleh kerana sewaktu kami pergi masih dalam musim salji, maka Hell Valley ini putih diseliputi salji.

Pemandangan putih yang sejuk

Saya sempat menGoogle, dan macam nilah rupanya kalau bukan musim salji.

Jigokudani


Sesi bergambar beramai-ramai

Kami diberi masa lebih kurang 20 minit sahaja di Hell Valley. Oleh kerana banyak lagi tempat yang akan dilawati pada hari itu, selepas bergambar-gambar, kami perlu bergerak pula ke Noboribetsu Bear Ranch. Untuk sampai ke Noboribetsu Bear Ranch, sekali lagi kami menaiki kereta kabel.


Muka kena bengis supaya bear-bear kat atas tu takut. Hiks!

Pemandangan dari dalam cable car

Sesampai sahaja di atas, kami dibawa untuk menyaksikan perlumbaan itik. Setiap seorang daripada kami boleh memilih warna itik yang disukai. Warna itik ditentukan oleh tag yang dililit pada leher itik tersebut. Ada kaler merah, hijau, hitam dan lain-lain warna lagi. Pemenang yang mana warna itik yang dipilihnya berjaya sampai dahulu ke garisan penamat, akan mendapat hadiah. Kelakar giler tengok itik-itik tu terkedek-kedek bila masuk lumba lari.


Itik-itik tengah ready nak masuk balapan

Masa itik ni tengah lari, saya ada amik video tapi malas pulak nak upload. Keputusannya..itik MERAH yang menang. Saya pilih itik HITAM tapi dapat nombor 2. Cet!! Pemenang yang pilih itik MERAH, dapat hadiah saputangan. Jadilah, kan?

Selepas menyaksikan pertandingan lumba lari itik, kami dibawa pula melihat aksi akrobatik beruang.


Beruang yang gigih nak panjat tiang

Selepas menyaksikan pertunjukan beruang, kami dibawa pula untuk bergambar dengan Ketua Orang Asli Jepun. Nasib baik takde cucuk-cucuk tulang kat lubang hidung. Huhu


Bersama Tok Ketua Orang Asli. Sopan je pakaian dia. Kenapa pakaian Orang Asli Malaysia seksi-seksi? Huhu

Selepas bergambar dengan Tok Ketua, akhirnya kami melawat tempat yang ditunggu-tunggu. Bear Ranch! Kami boleh membeli biskut makanan beruang yang dijual dengan harga 100 Yen sebungkus untuk diberi kepada beruang-beruang yang kelaparan. Bapak besar beruang-beruang tu. Kalau ditamparnyelah muka saya ni, mau berpusing. Nasib baik beruang-beruang ni diletakkan dalam sangkar kaca.

Tengok..punyelah besar bear kat belakang saya tu


Sume tengah tunggu beskot. Lapar eh?


Tengah rilek sebab dah kenyang makan beskot yang kami bagi

Best sangat kat atas tu. Keliling sume salji. Sejuk-sejuk pon gigih nak bergambar-gambar


Saya rasa saya bersandar kat pagar tapi disebabkan dah diseliputi salji, ape rupa pagar tu pun saya tak tau

Selepas puas berada di Noboribetsu Bear Ranch, kami dibawa pula melawat tempat paling menarik iaitu Noboribetsu Date Jidai Mura. Tempat ini merupakan Taman Tema Bersejarah yang menempatkan perkampungan ninja. Di sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Di antaranya menonton persembahan teater pendek Ninja vs Samurai, rumah hantu, Ninja Maze (budak-budak yang masuk dalam Ninja Maze ni sume pening-pening) dan macam-macam aktivit lain lagi. Info lanjut klik sini.


Bersama sebahagian pelakon Ninja vs Samurai

Di sini juga kami sempat membeli keropok dakwat sotong. Kreatif betul orang Jepun ni. Dakwat sotong yang hitam pun boleh dijadikan keropok yang sedap. Nyam nyam!


Iglu. Salji tengah lebat pon gigih amik gambar nih!


Berlatar belakangkan perkampungan Ninja


Tatau la ape nama menara ni

Selepas berjaya menghabiskan beberapa ribu yen lagi di sini (cenderamata/keropok/pedang samurai mini), kami akhirnya dibawa makan tengahari. Perut pun memang dah lapar.

Setelah selesai makan tengahari di Kanigoten Restaurant, kami bergerak pulang ke Sapporo. Perjalanan dari Noboribetsu ke Sapporo memakan masa lebih kurang 3 jam. Tiba di Sapporo lebih kurang jam 5 petang dan kami diberi masa membeli-belah di Daimaru sehingga jam 7 malam. Di sinilah terletaknya butik Burberry yang menempatkan versi Burberry Blue Label. Hanya di Jepun sahaja dijual brand Burberry Blue Label ini. Info lanjut klik sini.

Selain itu, di sini juga terletaknya gedung IT terbesar di Sapporo iaitu BIC CAMERA. Lebih kurang Lowyat Plaza kalau di KL. Gedung yang mempunyai 5 tingkat (kalau tak silap saya), memang syurga membeli-belah kepada penggila-penggila gadjet terkini. Dari PSP, handphone, kamera dan barang-barang elektronik yang lain. Memang gile tengok barang-barang elektronik dorang. Pelentik bulu mata lah, macam-macam. PSP yang berharga hampir RM900 di KL, hanya sekitar RM500 sahaja di sini. Memang gile. Tapi, haruslah instruction semua dalam Bahasa Jepun. Tapi ada jugak di antara kami yang beli. Kena jaga elok-eloklah. Kalau rosak, tak ada warranty. Repair, kena bayar sendiri. Tu je risikonya. Hehe

Selepas puas window shopping (tak beli apa pun, sebab mahal. Huhu), kami dibawa makan malam di Miyabi Restaurant dan kemudiannya balik semula ke hotel.

Sambung lagi part 5. Ntah bila pulak nak sambung nih..

Ada Apa Dengan Handbag?

Assalamualaikum ;)

Oleh kerana ada pembaca prihatin yang SMS saya bertanyakan “X tulis hr ni?”, maka saya dengan gigihnya akan cuba menulis walaupun hanya benda merapu. Hee hee.. Terima kasih kepada..err..tak sure encik ke cik ke puan..sebab saya tak tanye siapa nama dia. Kerana andalah, saya berada di sini pada hari ini. Huhu

Siang tadi saya ada baca blog Peej yang menulis entry tentang benda-benda yang ada dalam handbagnya. Maka, saya pun meniru idea tersebut since dia pun ada cakap nak tengok ape benda yang ada dalam handbag orang lain. Sedia?? Cekidaut!

Inilah rupe handbag saya. Lokasi – Atas tilam. Disclaimer : Kang ada plak yang ingat saje nak tunjuk jenis handbag (ade korang kisah?Hiks!). Yup, ini adalah LV handbag original tapi beli kat second hand shop masa kat Hokkaido hari tu. So, harga dia murah sangat-sangat compared to brand new yang saya tengok kat LV KLCC. RM4950!! Gilo! Belum mampu lagi saya nak beli handbag sampai 4-5 ribu. Kecuali nanti dah ada RM100k tunai dalam tangan. Waka waka..(amik semangat World Cup)

So, ini rupe dalam dia. Sume kasi sumbat. Alasan bersepah : sebab takde partition! Huhu


1. Notebook – senang nak catit macam-macam
2. Pen –
sampai 4 batang. Gila pen!
3. Stapler dan staples –
Kalau ada orang jahat, saya kepit dia!


1. Business card holder dan ofkos bizkad CWA
2. Kalkulator –
senang nak kira bape yang client untung/rugi
3. Yang hitam bulat tu ialah thumbprint pad -
Well, sebagai konsultan Unit Trust CWA, thumbprint pad ni ibarat nyawa tau tak. Nyawa! Huhu. Senang, kalo client-client nak invest EPF dorang, saya tenyeh je jari dorang kat sini


1. Miniature perfume BVLGARI dan KENZOAMOUR - Kenala mangi-mangi
2. Yang botol penutup putih tu ubat jerawat. Motip?
3. MAC Lightful compact powder
4.
Untuk nafas yang lebih segar – Fisherman’s Friend PRO Fresh. Gittew..


Cop kampeni – senang kalau ada urusan bank. Manela tau nak kena cop atas cheque ke

Handphone Nokia E63 dan Purse Charles & Keith. Dah senget-senget butang dia saye kejekan. :D

Dan akhir sekali……….

Kunci rumah dan kunci bilik opis – Senang, gantung je satu keychain. Kalo ilang, biar sume ilang. Padan muka saya yang careless ini.

Okeh, sekian saja tayangan handbag pada hari ini. Moral of the story, lagi besar handbag, lagi banyak benda yang akan disumbatkan. Tengok orang lelaki. Senang je. Wallet seketul, handphone seketul. Jalan…Orang pompan, macam-macam yang dia nak sumbatkan dalam handbag (termasuk la saya!). Kalau gajah muat dalam handbag tu, agaknye gajah pun saya angkut sekali. Ok, saya over!

Sekian saja, sehingga kita bertemu di lain entry. Astalavista bebeh!

Category: Others  Tags:  4 Comments

Pisang?

Kisah ni dipetik dari satu blog tazkirah. Maybe ada yang dah pernah baca. Sangat memberikan pengajaran ~

——————————————-

PISANG & HATI

Mariam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya”, beritahu Cikgu Mariam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Mariam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?”, tanya Cikgu Mariam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”, beritahu Cikgu Mariam.

Mariam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya :

Jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Category: Information, Religious  Tags:  Leave a Comment

Membuka Pintu Rezeki

Bulan lepas saya telah menghadiri kursus Menjadi Usahawan Terbilang oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Alhamdulillah, banyak sangat ilmu yang dikongsi oleh beliau sepanjang kursus 4 jam tersebut dan di antaranya Doa Pembuka 12 Pintu.

Pagi tadi, sekali lagi saya menonton rancangan beliau di Astro Oasis – Bersama Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Ada seorang pemanggil yang bertanyakan bagaimana cara-cara untuk membuka pintu rezeki. Di bawah ini adalah di antara jawapan DDFK :-

1. Sentiasa menjaga solat/puasa/zakat/haji jika mampu

2. Tunaikan solat Isyra’ dan Dhuha
* Waktu Isyra’ ialah 28 minit selepas Syuruk (Naik matahari) dan Dhuha pula lebih kurang setengah jam selepas waktu Iysra’

3. Buat solat sunat sepertiga malam (lebih kurang jam 3 pagi). Pada jam 3 pagi kandungan oksigen di bumi adalah paling tinggi, suhu bumi berada pada keadaan paling minimum. Pada jam 3 pagi juga tidur manusia adalah paling nyenyak dan pada waktu ini Malaikat Jibril berada paling hampir dengan bumi. Dan paling utama doa paling makbul pada waktu ini

4. Banyakkan bersedekah untuk mensucikan rezeki

5. Bangun pagi-pagi dan beri haiwan makan. Contohnya bagi burung-burung makan roti

6. Rapatkan diri dengan al-Quran. Selalu baca al-Quran. Faham tak faham belakang kira

7. Amalkan surah al-Waqiah, al-Kautsar, Ayat Seribu Dinar dan baca al-Fatihah 41 kali

Dan doa yang saya tepek kat bawah ni adalah Doa Pembuka 12 Pintu. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu. InsyaAllah rezeki kita akan dipermudahkan

Trip CWA ke Hokkaido – Part 3

Kami check in di Noboribetsu Mohoroba Hot Spring Resort. Pemandu pelancong menasihatkan kami supaya membawa barang-barang yang minima sahaja kerana kami hanya menginap satu malam di hotel ini. Barang-barang selebihnya ditinggalkan sahaja di dalam bas. Selain tempoh menginap yang singkat, lif untuk naik ke bilik hotel pun sangat sempit. Boleh muat 4-5 orang saja satu-satu masa. Kang kalau bawak semua beg, memang berjam-jamlah nak tunggu lif untuk naik ke bilik.

Masuk saja ke bilik hotel, terus terkesima dibuatnya. Macam rumah Jepun dalam cerita Doraemon dan Atasinchi. Hehe. Tapi bilik tu tak ada katil. Hanya ada meja minum teh (kena duduk bersila) dan satu kerusi rehat. Lepas tu ada satu ruangan bertutup menyerupai almari (macam tempat Doraemon tidur). Di dalamnya ada tilam dan selimut. Ingatkan kena tidur dalam tu. Rupa-rupanya kena bawak keluar tilam tu dan tido atas lantai berlapikkan tilam.


Ingatkan bentang camni

Yang uniknya, lapik tilam tu kena sarungkan kat tilam tu macam pakai baju. Cemana ye, susah nak cakap..


Rupenya macam ni..lapik dia, disarungkan kat tilam macam pakai baju

Selain itu, kami juga dibekalkan dengan Yukata (Kimono Jepun untuk musim panas). Biasanya Yukata dibuat dari kain kapas. Satu hal nak pakai menda alah tu. Lilit-lilit je asalkan tak terburai sudah..


Kumpulan nasyid Jepun yang bakal memberi saingan sengit kepada kumpulan nasyid al-Jawaher..ni dia..al-Japanher..haha

Makan malam di hotel tersebut sangatlah best. Kaki ketam sepanjang satu kaki pun kami bedal. Saya paling suka kalau ada disediakan tempura sebab tekak saya dah tak boleh nak masuk sup,sup dan sup.


Makan secara tamak haloba

Lepas makan, ada yang ambil kesempatan untuk mandi di kolam hot spring. Saya tak join sebab malu. Huhu. Tapi dorang kata lawa giler pemandangan dalam sana. Bukan ‘pemandangan’ orang-orangnya tapi pemandangan di luar kolam. Saya berjaya meng’Google’ gambar di kolam hot spring tu. Memang cantik..


Cantekkan?

Airnya dicampurkan dengan sulfur yang disalurkan dari bekas gunung berapi Hell Valley yang terletak berdekatan dengan hotel tersebut. Jadi, airnya agak panas dan sesuai untuk melancarkan perjalanan darah. Tapi pemandu pelacong sudah menasihatkan supaya berendam tidak lebih daripada setengah jam untuk mengelakkan degupan jantung menjadi terlalu pantas dan akan mengakibatkan penyakit lain pula.

Ok, sambung Part 4