Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kami check in di Noboribetsu Mohoroba Hot Spring Resort. Pemandu pelancong menasihatkan kami supaya membawa barang-barang yang minima sahaja kerana kami hanya menginap satu malam di hotel ini. Barang-barang selebihnya ditinggalkan sahaja di dalam bas. Selain tempoh menginap yang singkat, lif untuk naik ke bilik hotel pun sangat sempit. Boleh muat 4-5 orang saja satu-satu masa. Kang kalau bawak semua beg, memang berjam-jamlah nak tunggu lif untuk naik ke bilik.

Masuk saja ke bilik hotel, terus terkesima dibuatnya. Macam rumah Jepun dalam cerita Doraemon dan Atasinchi. Hehe. Tapi bilik tu tak ada katil. Hanya ada meja minum teh (kena duduk bersila) dan satu kerusi rehat. Lepas tu ada satu ruangan bertutup menyerupai almari (macam tempat Doraemon tidur). Di dalamnya ada tilam dan selimut. Ingatkan kena tidur dalam tu. Rupa-rupanya kena bawak keluar tilam tu dan tido atas lantai berlapikkan tilam.


Ingatkan bentang camni

Yang uniknya, lapik tilam tu kena sarungkan kat tilam tu macam pakai baju. Cemana ye, susah nak cakap..


Rupenya macam ni..lapik dia, disarungkan kat tilam macam pakai baju

Selain itu, kami juga dibekalkan dengan Yukata (Kimono Jepun untuk musim panas). Biasanya Yukata dibuat dari kain kapas. Satu hal nak pakai menda alah tu. Lilit-lilit je asalkan tak terburai sudah..


Kumpulan nasyid Jepun yang bakal memberi saingan sengit kepada kumpulan nasyid al-Jawaher..ni dia..al-Japanher..haha

Makan malam di hotel tersebut sangatlah best. Kaki ketam sepanjang satu kaki pun kami bedal. Saya paling suka kalau ada disediakan tempura sebab tekak saya dah tak boleh nak masuk sup,sup dan sup.


Makan secara tamak haloba

Lepas makan, ada yang ambil kesempatan untuk mandi di kolam hot spring. Saya tak join sebab malu. Huhu. Tapi dorang kata lawa giler pemandangan dalam sana. Bukan ‘pemandangan’ orang-orangnya tapi pemandangan di luar kolam. Saya berjaya meng’Google’ gambar di kolam hot spring tu. Memang cantik..


Cantekkan?

Airnya dicampurkan dengan sulfur yang disalurkan dari bekas gunung berapi Hell Valley yang terletak berdekatan dengan hotel tersebut. Jadi, airnya agak panas dan sesuai untuk melancarkan perjalanan darah. Tapi pemandu pelacong sudah menasihatkan supaya berendam tidak lebih daripada setengah jam untuk mengelakkan degupan jantung menjadi terlalu pantas dan akan mengakibatkan penyakit lain pula.

Ok, sambung Part 4

No Comments :(