Trip CWA ke Hokkaido – Part 4

Sambung balik entry Hokkaido yang tertangguh 😉

Pagi selepas bersarapan di hotel, kami dibawa  melawat Jigokudani atau Hell Valley iaitu bekas gunung berapi yang terletak di atas pekan Noboribetsu Onsen. Bekas gunung berapi ini mengeluarkan wap, aliran sulfur dan masih mempunyai aktiviti-aktiviti gunung berapi. Info lanjut klik sini.

Oleh kerana sewaktu kami pergi masih dalam musim salji, maka Hell Valley ini putih diseliputi salji.

Pemandangan putih yang sejuk

Saya sempat menGoogle, dan macam nilah rupanya kalau bukan musim salji.

Jigokudani

Sesi bergambar beramai-ramai

Kami diberi masa lebih kurang 20 minit sahaja di Hell Valley. Oleh kerana banyak lagi tempat yang akan dilawati pada hari itu, selepas bergambar-gambar, kami perlu bergerak pula ke Noboribetsu Bear Ranch. Untuk sampai ke Noboribetsu Bear Ranch, sekali lagi kami menaiki kereta kabel.

Muka kena bengis supaya bear-bear kat atas tu takut. Hiks!

Pemandangan dari dalam cable car

Sesampai sahaja di atas, kami dibawa untuk menyaksikan perlumbaan itik. Setiap seorang daripada kami boleh memilih warna itik yang disukai. Warna itik ditentukan oleh tag yang dililit pada leher itik tersebut. Ada kaler merah, hijau, hitam dan lain-lain warna lagi. Pemenang yang mana warna itik yang dipilihnya berjaya sampai dahulu ke garisan penamat, akan mendapat hadiah. Kelakar giler tengok itik-itik tu terkedek-kedek bila masuk lumba lari.

Itik-itik tengah ready nak masuk balapan

Masa itik ni tengah lari, saya ada amik video tapi malas pulak nak upload. Keputusannya..itik MERAH yang menang. Saya pilih itik HITAM tapi dapat nombor 2. Cet!! Pemenang yang pilih itik MERAH, dapat hadiah saputangan. Jadilah, kan?

Selepas menyaksikan pertandingan lumba lari itik, kami dibawa pula melihat aksi akrobatik beruang.

Beruang yang gigih nak panjat tiang

Selepas menyaksikan pertunjukan beruang, kami dibawa pula untuk bergambar dengan Ketua Orang Asli Jepun. Nasib baik takde cucuk-cucuk tulang kat lubang hidung. Huhu

Page 1 of 3 | Next page