Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya berazam nak habiskan entry Hokkaido ni cepat-cepat sebab Ahad ni saya nak ke Sarawak. Nak kena buat entry Sarawak pulak.. 😉

Ok, selepas breakfast di hotel (kami masih menetap di Grand Sapporo Hotel), kami menaiki bas untuk ke Rera Factory Outlet. Wooooohoooooooooooo!! Best nak mampos! (excuse my language. Hiks).

Semua branded item ada kat sini. Dari Oshkosh, Coach, Timberland, Adidas sampaila ke Salvatore Ferragamo. Sediakan jelah duitnya. Sume boleh borong.


Gambar pintu masuk ke Rera Factory Outlet yang sempat diGoogle


Camnilah rupa outlet dalam Rera Factory Outlet ni. Gambar ni gambar curik jugak. Sebab saya tak bawak kamera masa ni

Saya memang dah niat nak beli boot kat sini. Pusing punya pusing. Masuk sana sini. Last-last kitorang masuk ke outlet Timberland. Macam-macam jenis ada. Ada yg low cut, ada yang sampai lutut. Macam-macam fesyen. Dahlah murah, ada diskaun pulak lagi kalau beli sekurang-kurangnya 2 pasang. Belek punya belek. Telek punya telek. Renung punya renung. Akhirnya saya beli yang ni..


Tantek tak?? Boleh gak dibawa gi kebun atau bertukang macam Pua Chu Kang. Huhu

Harga asal boot ni 8,000 Yen iaitu RM296. Untuk mendapatkan diskaun lagi 20% , kami kena beli sekurang-kurangnya 2 pasang. So, kami pon carik geng masing-masing. Akhirnya daripada 8,000 Yen, lepas diskaun 20% lagi, maka jadilah harga boot ni 6,400 Yen bersamaan RM236. Murahlah kalau nak dibandingkan dibeli di Malaysia. Maybe 5-6 ratus jugak harganya.

Kat factory outlet ni, satu benda tu jelah yang saya beli. Yang lain, mampu tengok aje. Macam Ferramogamo, still mahal lagi. So, cuci mata dan pegang-pegang jelah handbag dan kasut dia.

Selepas diberi masa 2 jam SAHAJA (tak puas okeh nak pusing semua outlet), kami dah diarahkan naik ke bas untuk dibawa ke tempat makan iaitu di Restaurant Miyanomori. Ramai yang merungut tak puas hati sebab terpaksa shopping dalam keadaan tergesa-gesa. Haih!!


Hidangan makan tengahari. Seperti biasa, ketam, udang dan lain-lain makanan seafood

Selepas menikmati makan tengahari di Miyanomori Restaurant, kami dibawa pula ke Tanukikoji Shopping Arcade iaitu tempat membeli-belah yang lebih kurang macam Petaling Street. Ia merupakan lot-lot kedai berbumbung yang menjual pelbagai barang seperti perhiasan, cenderamata, boot, kasut, baju dan bermacam-macam lagi. Semua murah-murah. Ia dibahagikan kepada 6 pintu utama. Larat tak larat jelah masing-masing nak jalan. Terdapat juga awek-awek Jepun yang comel lote berdiri di luar kedai untuk menjemput para pembeli untuk masuk ke kedai mereka.


Gambar curik lagi dari Mr. Google. Ni lah rupa Tanukikoji Arcade


Yang ni pulak rupa salah satu pintu utama kat arked ni. Masih gambar curik dari Google 😀

Jarak dari satu pintu ke satu pintu, mungkin lebih kurang 300 meter. So, bayangkan berapa banyak kedai berderet-deret dalam tu. Wusshhh!! Kalau shopping pakai kasut tumit tinggi, mau jugak terseliuh ni.

Kat sini, lama pulak dibaginya kami bershopping-shopping. Hangen je. Hangen sebab ape tau. Sebab masa kat factory outlet tu sekejap je. Kat sini dekat 3 jam kot. Sampai saya dah tak larat jalan. Saya lepak je kat kerusi-kerusi rehat yang disediakan sambil tunggu kawan-kawan lain abes shopping.

Selepas tu, kami dibawa untuk makan malam di Kirin Beer Restaurant. AKHIRNYA! Selepas 4 hari makan seafod..seafood..ketam, udang, ikan, seafood.. ikan, ketam, udang..dan seafood..dapat jugak kami makan makanan lain yang diberi nama Genghiskhan. Cuba teka ape bendanya? Tatau?? Ye..itulah dia BBQ kambing biri-biri. Ya Allah! Sedapnya..

Tak sabar nak makan BBQ kambing biri-biri selepas 4 hari makan seafood

Daging segar dan takde bau hamis kambing pun. Lepas tu makanlah sampai santak perut. Boleh mintak berulang-ulang sampai tak larat. Meja kami ulang sampai 5 pinggan.


Nyam nyam…nak lagiiiiiiii….

Selesai makan, kami berjalan kaki menuju ke bas. Dalam perjalanan, kami bertemu dengan isteri kepada Hero Jepun zaman-berzaman  iaitu…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


…Ultrawoman! Wiwittt..Seksinya..Boleh berkenalan?

Sampai hotel, tido..

Sambung part 6 pulak ye..

No Comments :(