Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Alhamdulillah, saya baru selesai mengikuti kursus 3 hari ESQ 165 bermula hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad (23 – 25 Julai) di Flamingo Hotel, Ampang. Apa yang saya temui dalam kursus tersebut? Tulisan saya selepas ini, MUNGKIN akan mengundang pelbagai respons daripada para pembaca melalui komen di entry atau di kotak email.

Kira-kira hampir setahun yang lepas, saya pernah disarankan oleh seorang rakan untuk menghadiri kursus ESQ 165 ini selepas beliau beberapa kali menghadiri kursus tersebut. Ketika itu hati saya belum terbuka untuk menghadirinya. Pada hemat saya, kursus ini lebih kurang serupa dengan kursus-kursus motivasi yang pernah saya hadiri sebelum ini. Sudah pasti ada drama airmata di mana para trainer akan cuba membuatkan peserta kursus berasa sedih dengan cerita-cerita pengorbanan ibu bapa mendidik anak-anaknya, ketabahan para Rasul dalam menyebarkan Islam dan menyedarkan peserta dengan kebesaran Allah yang sememangnya telah kita ketahui semasa kita belajar berada di zaman persekolahan dahulu.

Oleh itu, untuk apa saya hadiri kursus seperti ini sedangkan isi kandungannya saya boleh dapati percuma di sekolah atau dengan menghadiri ceramah-ceramah agama? Tambahan lagi, kursus ESQ 165 ini memerlukan sejumlah wang yang agak besar untuk kursus selama 3 hari. Berbaloikah? Jadi, walaupun sudah setahun saya mendengar cerita-ceritanya tentang ESQ 165, saya berusaha menyokong rakan saya itu tetapi belum terdetik di hati ingin menghadirinya. Walaupun begitu, apa yang dapat saya lihat perubahan terhadap rakan saya ini ialah, beliau sudah bertudung, tidak pernah meninggalkan solat lagi dan sudah rajin bersedekah. Tutur katanya sudah tidak lagi menjurus ke arah material, wang ringgit dan harta dunia. Walaupun berpendapatan lebih RM30,000 sebulan sekarang, beliau sangat takut sekiranya kekayaan itu akan membawanya ke arah menjadi orang yang takbur dan riak.

Jadi, masa berlalu begitu saja. Sehinggalah baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan mewartakan pengharaman ESQ 165. Menjadi saya yang degil, ketika inilah saya baru sibuk-sibuk nak menghadiri kursus ESQ 165. Saya ingin tahu, kenapa dan mengapakah ESQ 165 diharamkan? Apa kandungan ESQ 165 sampai diharamkan? Adakah ESQ 165 membawa ajaran sesat? Sudah berapa ramai manusia yang disesatkan oleh ESQ 165? Sedangkan saya lihat rakan saya tadi menjadi bertambah baik. Mengenali beliau dan suami semenjak 10 tahun yang lepas, saya nampak ada perbezaan yang besar. Jadi, saya agak teringin menghadiri kursus ini. Nak dijadikan cerita, ketika berbual-bual di rumahnya, rakan saya ini menawarkan sesuatu yang tak mampu saya tolak.

Dia : Aku belanja ko la Jie gi ESQ. Nak?

Saya : Takyahlah, sampai seribu lebih. Mahal tuh *malu-malu taik kuceng

Dia : Ala, takpela..

Saya : Ok, tapi kalau aku ada duit nanti aku bayar balik kat ko eh..

Dia : Ala, bagilah aku buat amal jariah sket..

Kebetulan pula, saya sengaja buka mulut kepada seorang lagi rakan saya – Illa Sabry untuk turut sama menyertai ESQ 165. Yelah, takkan Erra Fazira je kot yang pegi. Kasi ramai lagi artis-artis pegi. Hiks. So, saya berdualah dengan Illa Sabry yang pegi.

Eh, membebel-bebel je saya ni. Mana penemuan ESQ 165 tuh? (Well, tajuk entry kena poyo!). Ok, berbalik kepada ESQ 165. Trainer dia ensem! Tetiba..Haha..Memperkenalkan salah seorang trainer ESQ 165..

Pak Aminul Rachman Pulungan. Sorry, tak makan gambar. Live lagi hensem uols!!

Mata mengantuk pon boleh jadi terang-benderang. Haha! Ini je penemuan ESQ 165? Sangat tak perlu. Oklah, mari saya mulakan..

Untuk pengetahuan pembaca, ESQ 165 sebenarnya bukanlah training agama ke ape ke. Ia adalah training sumber manusia yang menerapkan nilai-nilai jujur, tanggungjawab, disiplin dan lain-lain nilai murni yang sepatutnya menjadi karakter setiap para pekerja.

Saya merupakan batch ke 49 untuk ESQ 165 Malaysia atau disebut juga Angkatan 49. Dalam angkatan ini, turut serta bersama saya ialah pekerja-pekerja dari Alam Flora, Karangkraf, Ramlee Burger, Malaysia Airport Berhad, bank-bank dan lain-lain lagi. Jabatan sumber manusia agensi-agensi ini menghantar pekerja-pekerja mereka menghadiri kursus ESQ 165 bagi pembentukan karakter supaya menjadi pekerja yang lebih rajin, lebih amanah, lebih jujur dan sebagainya.

Selama ini, mungkin di antara kita (termasuk saya sendiri) tidak jujur kepada syarikat tempat kita bekerja. Dahulu, saya selalu berpura-pura rajin apabila boss ada depan mata, tapi bila boss takde, saya sibuk berYM (dulu takde Facebook). Saya kebas CD/DVD ofis untuk burn siri Prison Break dan Desperate Housewives yang saya download di ofis (curik elektrik ofis), print kerja-kerja personal menggunakan harta ofis. Bagaimana saya di akhirat nanti? Syurga? Pasti tidak, sekiranya saya tidak bertaubat dan meminta maaf serta menggantikan semula harta benda yang saya guna sebelum ini.

Di kursus ESQ 165 ini, kami diterapkan dengan nilai-nilai murni yang sepatutnya menjadi tunjang kehidupan kita seharian. Nilai-nilai murni ini disuntik melalui kebenaran yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Hadis. Bagaimana bumi, bulan, bintang, cakerawala berputar mengikut orbitnya iaitu tunduk kepada sunnatullah sedangkan kita sebagai manusia yang berakal selalu saja tersasar dari orbit kehidupan kita.

Misalnya, kita datang awal ke ofis, punch card, kemudian keluar minum. Ada di antara pekerja-pekerja yang menerima rasuah. Ada yang pecah amanah. Ada yang mencari harta dunia tanpa memikirkan matlamat hidup atau pengakhiran hidup kita sebagai hamba Allah di hari pembalasan nanti. Apa yang kita mahu? Apa yang kita cari? Apa yang sebenar-benarnya kita hendak di dunia yang fana’ (tak kekal) ini? Kita seolah-olah tak percaya akan adanya hari akhirat di mana kita semua akan dibangkitkan. Kenapa? Adakah kita tidak percaya kisah-kisah hari kiamat, ganjaran baik dan pembalasan buruk seperti yang diceritakan oleh ayat-ayat Al-Quran?

Al-Quran juga banyak menerangkan kejadian-kejadian alam yang dapat dibuktikan oleh sains, hanya selepas lebih 1400 tahun ayat tersebut diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.


Kenal bunga apa ni? Ye, bunga mawar..


Supernova red-rose


Gambar di atas dipanggil Red Rose Nebula atau Cats Eye Nebula. Ini adalah satu rekod yag berbentuk visual bagi evolusi bintang. Pakar-pakar astronomi menganggarkan bahawa letupan bintang ini berlaku lebih daripada 1000 tahun yang lalu dan jaraknya dari bumi ialah sejauh 3000 tahun cahaya. Oleh sebab jaraknya yang terlalu jauh dari bumi, hanya pada tahun 1994, cahaya letupan yang berlaku itu dapat dicerap oleh teleskop Hubble walaupun letupan bintang itu dianggarkan berlaku 1000 tahun yang lalu.


Serupa tak?

Mari kita lihat ayat Al-Quran dari Surah Ar-Rahman ini..


Maksud ayat ke-37 :
Maka, ketika langit terbelah, lalu ia menjadi mawar merah (berkilat) seperti minyak;

Maksud ayat ke-38 : Maka, ni’mat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?

Ketika ayat ini diturunkan 1400 tahun yang silam, ramai mengatakan Nabi Muhammad s.a.w gila. Pembohong. Tetapi apabila dibuktikan oleh para astrologi pada abad ke-20, adakah kita masih meragui kalamullah tersebut? Contoh di atas, hanya sebahagian sahaja. Bagaimana dengan ayat-ayat Al-Quran lain yang menceritakan kebenaran janji Allah? Janji Allah bahawa kiamat itu benar. Syurga itu benar. Neraka itu benar. Masih lagikah kita tidak endah dan buat tak tahu dengan amaran pembalasan Allah di atas kerja-kerja mungkar yang kita lakukan?

Di sinilah ESQ 165 cuba mengajak para peserta berfikir dan menyedarkan para peserta bahawa dengan sikap tidak jujur, tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya, tidak kira dalam kehidupan seharian atau pekerjaan, akan ada pembalasan di akhirat kelak. Ia tidak disampaikan secara direct tetapi diterjemahkan dengan ayat-ayat Al-Quran dengan tujuan supaya para peserta dapat menghubung kaitkan penemuan sains seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran dengan kebenaran akan datangnya sesuatu yang pasti satu hari nanti iaitu alam akhirat. Alam di mana semua makhluk akan dibangkitkan untuk ditimbang amalan kita masing-masing.

So, sepanjang tiga hari di ESQ itu, tidak nampak pula di mana yang dikatakan ajaran sesat itu. Tidak ada pun amalan-amalan ibadah yang baru. Tidak ada zikir-zikir ciptaan baru. Tidak ada ideologi Islam yang baru dan sebagainya. So, saya keliru di manakah letaknya ajaran sesat tersebut. Tapi kalo nak dikatakan menyanyi lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang dan lagu-lagu motivasi di dalam kursus ESQ 165 itu adalah haram, saya tak pandailah pulak nak komen. Memanglah kami ada menyanyikan lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang dan lagu motivasi yang lainnya. Sebab objektif kursus ni pun bukan tentang agama semata, tetapi lebih kepada pembangunan karakter sumber manusia.

Ada yang mempertikaikan kenapa nak belajar agama sampai kena bayar beribu-ribu sedangkan boleh dapat percuma sahaja di masjid-masjid dan surau-surau? Jawapannya ialah, ESQ 165 bukanlah ceramah agama tetapi ia adalah latihan sumber manusia berteraskan Al-Quran dan Hadis. Ada juga yang menyatakan ESQ 165 berselindung atas nama latihan sumber manusia sedangkan pengisiannya tentang ideologi Islam baru. Apa yang saya boleh komen ialah, saya tak nampak itu berlaku di dalam ESQ 165 ini. Mungkin sebab saya bukan ahli agama yang menuntut ilmu salaf. So, usulnya tak dapatlah saya nak menentukan sama ada haram atau tidak.

Hmm, saya minta maaf sekiranya entry ini meng’kompius’kan sesetengah pihak. Saya tak mampu nak bercerita secara terperinci kandungan ESQ 165 tersebut. Mungkin anda boleh menghadirinya sendiri. Promosi Ramadhan ni murah sedikit. Kalau hari biasa (seperti yang saya pergi), harganya RM1,380 tetapi untuk Ramadhan ini, harganya hanya RM980 yang akan dibuat di SACC, Shah Alam pada 20-22 Ogos 2010. Tak silap saya, boleh hubungi talian 016-5165 165.

Sekian saja bebelan daripada Ustajah Ujie tentang penemuannya di dalam kursus ESQ 165. Ni ada beberapa gambar yang sempat diambil untuk tatapan anda semua. Cewah!


Ustajah Ujie


Ustajah Illa


Weols..

Daaa…

10 Comments

  1. Haniamieyra
    10:59 am on July 31st, 2010

    Thanks Ustajah. Ko sengaja nak tunjuk kasut ko kat pic yang terakhir yer. Memang terbaik ler kasut tu. Hehe

  2. Ujie
    11:39 am on July 31st, 2010

    Harusss gitteww!! haha

  3. alynnzz
    1:46 pm on August 5th, 2010

    sipar aku takde org nak puji ker?? πŸ˜€

  4. Ujie
    5:45 pm on August 5th, 2010

    Masalahnye, cantekk ke siper ko tuhh nyah??huhu

  5. tahniah – alumni borneo angkatan 01…… mohon saya kongsikan cerita ini d wall FB saya… tq

  6. Assalamu’alaikum…

    Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia!

    ESQ Parenting Seminar
    “Better Parenting for a Better World”

    Pada 10/10/10 (Ahad)
    di SACC, Shah Alam
    akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
    (Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

    Harga : RM740
    Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) – terhad hanya untuk pasangan sahaja
    Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

    Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

    (i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
    (ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
    (iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
    (iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

    ”Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan”

    Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

    Terima kasih.

    Wassalam..

  7. raja along
    4:50 pm on January 18th, 2012

    wahh..pagi!! aduii cmne leh terlepas pandang illa sabri g ESQ..saya peminat dia..lagu dia saya suka..lakonan dia kt gerak khas pun saya suka..hihi pun adui..harap dpt jumpe semasa recharge 27.28.29 januari 2012 di SAcc shah alam.. kalau nk tau lebih info pasal aktiviti2 alumni esq..join la facebook group (ESQ 165)

  8. Ujie
    11:36 pm on January 18th, 2012

    Nanti saya bgtau awak minat dia k

  9. Ucin Sasuke - ESQ 165 Angkatan 05
    10:28 pm on April 10th, 2014

    Dah lama x dgr pasal ESQ 165 ….masih aktif lg ke setelah diharamkan?

  10. Alya Dzul
    12:52 pm on September 15th, 2014

    Assalammualaikum,

    Alhamdulillah program ESQ masih berjalan seperti biasa dengan izin Allah.

    Dijemput hadir untuk recharge dan jemput kawan kawan yang belum hadir.

    Tarikh: 19 – 21 September 2014
    Tempat: SACC, Shah Alam

    Kami boleh dihubungi ditalian 03-7724 1650