Archive for » September, 2010 «

Syawal 2010

Ya ampun, dah 2 minggu beraya, baru sibuk nak update blog. Sorilah ye..Tuan Tanah over beraya tahun ni.. Sebenarnya taklah over mane pun. Macam tahun-tahun sudah. Pagi raya bersembahyang raya di Masjid Sungai Choh. Ziarah dua tiga rumah, ziarah kubur arwah abah dan seterusnya petang raya, beraya di Kg Kuantan, Kuala Selangor.

Raya kedua berjalan pula ke Sabak Bernam. Sempat beraya di 4-5 buah rumah. Itupun singgah-singgah sekejap-sekejap saja. Tapi yang bengangnya, perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor tu, jem gile. Patutnya bukan jalan lengang ke? Yelah, takkan raya kedua dah nak balik KL kot?

Anyway, saya dah lupa apa aktiviti seterusnya untuk raya tahun ni. Tengok gambo jela ye..


Semasa singgah di rumah pertama


Mak bersama Tuan Rumah – Cik Loy

Di rumah seterusnya – Mak bergambar bersama Tuan Rumah dan anak-anaknya

Di rumah yang kekal abadi – Ada korang berani amik gambar depan kubur? Hiks

Beraya di Sabak Bernam – Rumah atas air

4 Dara Pingitan :)

Geng Club 78 beraya di rumah Dekda

Dan akhir sekali, kemeriahan berganda untuk Okoi kerana mendapat baby pertama di bulan Syawal!

Mekan eh olok roman nga kan Koi? (Setelah ditranslate daripada Bahasa Bengkulu menjadi : Muka dia macam rupa kau kan Koi?)

Daa…

Category: Celebration, Family, Friend  Tags:  3 Comments

Salam Aidilfitri 2010

Pulang ke kampung, pandu dengan berhati-hati. Jangan menjadi salah seorang daripada statistik kemalangan yang semakin meningkat. Sape-sape belum ada insurans, sila amik cepat *haha sempat promote. Yelah, malang tak berbau. Kalau yang dah ada insurans pulak, pastikan polisi anda masih in-force. Jangan pulak feeling ada tapi dah lama tak bayar. Abes camno?

Ok, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.

p/s: Sempat khatam Quran tahun ni?

Category: Celebration  Tags:  7 Comments

Bersedekah : Beri Saja atau Periksa Dulu?


Gambar curik

Bersedekah merupakan amalan yang sangat dituntut oleh Islam dan bagi agama lain juga sangat menggalakkan penganutnya menderma. Adakah dengan bersedekah, seseorang itu akan bertambah miskin? Sudah tentu sekali tidak. Menurut salah sebuah buku yang saya baca iaitu Ajaibnya Bersedekah : Semakin Bersedekah Semakin Kaya, dengan mengamalkan amalan bersedekah, Allah akan mengurniakan rezeki yang lebih melimpah ruah kepada kita. Tapi di dalam entry ini, bukan tajuk ini yang ingin saya kupas.

Saya terpanggil untuk menulis entry ini apabila terbaca artikel di dalam Kosmo Online – Pengemis auta bazar Ramadan.

Baiklah. Saya ingin bertanya kepada saudara pembaca, apabila kita ingin bersedekah, patutkah kita terlebih dahulu melihat/memeriksa kepada golongan manakah yang akan menerima sedekah tersebut? Tepuk dada tanya selera! Tapi bagi pendapat peribadi saya, ya, saya akan memeriksa terlebih dahulu.

Mungkin ada yang berpendapat, “Ala..bagi jelah. Kalau orang tu tipu, lantaklah dia. Dia yang dosa.  Asalkan kita dah bagi cukuplah“. Betul? Ya, tapi perbuatan inilah yang lebih menggalakkan sindiket-sindiket tertentu mengaut keuntungan tanpa perlu berusaha keras sepertimana golongan susah dan miskin yang lain.

Kalau dulu, saya pun jenis main bagi je kalau ada budak-budak (pengemis) atau orang buta yang datang ke meja (biasanya ketika makan di restoran). Tapi setelah mendengar cerita rakan saya sendiri bahawa dia pernah berpura-pura menjadi buta dan meminta sedekah daripada orang ramai semata-mata untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini sangat pemurah, maka saya tidak lagi memberi sedekah secara membabi buta.

Menurutnya, satu hari beliau dan rakannya telah pergi ke Fraser Hill. Sape yang pernah pegi Fraser Hill ni, mesti tau bagaimana keadaan di atas sana. Walaupun Fraser Hill merupakan salah sebuah pusat peranginan yang agak terkenal di Malaysia tetapi jumlah pelancong yang datang ke situ tidak begitu ramai. So, dia dan rakannya tadi berpura-pura menjadi orang buta dan mereka cuba meminta sedekah. Round punya round, selama sejam jugaklah mereka membuat kerja ini. Cuba teka berapa collection mereka untuk satu jam?

Dapat teka? Agak-agak? Berapa collection mereka selama sejam (dengan mengambil kira jumlah orang di atas Fraser Hill tersebut)? RM5? RM20? Salah! Jawapannya, RM100+. Gila tak gila pemurah rakyat Malaysia ni.

Cuba anda bayangkan fakta ini :-

1. Kawan saya hanya berpura-pura buta

2. Jumlah orang yang tak begitu ramai

3. Jumlah collection RM100+ sejam (kalah gaji programmer!)

Golongan lintah darat/haprak/mangkuk hayun manakah yang sanggup menolak peluang ini? Lebih-lebih lagi sekiranya mereka beroperasi di tempat-tempat awam yang dipenuhi dengan manusia seperti di puduraya, stesen bas besar, kedai-kedai makan di Taman Tun, Mont Kiara dan beberapa tempat mewah yang lain. Ya, memang bukan semua yang akan memberi duit kepada mereka. Tetapi sejam di KL, berapa ratus orangkah yang mereka boleh jumpa? Takkan dalam 100 orang, 10 orang tidak menghulur?

Seorang lagi rakan saya juga pula menceritakan bahawa dia pernah ternampak sorang mamat ni. Memula mamat ni jalan biasa je. Macam orang normal yang lain. Tapi sebaik sahaja sampai di port tempat meminta sedekah, tetiba mamat ni terus keluarkan tongkat buta dia. Zaaassss!!! Taraaaa…kelengkapan meminta sedekah sudah tersedia. Bersedia untuk bertugas! Palotak ko!

So, di bulan Ramadhan yang mulia ini, karier pengemis/peminta sedekah ini bertambah berkembang maju. Mereka sedia maklum, orang Islam sedang berpuasa dan digalakkan bersedekah lalu golongan mangkuk hayun ini mengambil kesempatan di atas kelemahan kita umat Islam. Mulalah bazar Ramadhan akan didatangi oleh orang-orang yang hampeh ni. Mereka duduk di atas jalan dengan kaki berbalut (kononnya kudung) dan kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, akan memberi mereka barang seringgit dua. Saya percaya collection mereka dari jam 4 petang – 7 malam mencecah ratusan ringgit! Apalah salahnya jika kita benar-benar ingin bersedekah, sedekahkan sahaja ke rumah-rumah orang tua, anak yatim, dan golongan yang sememangnya kita tahu benar-benar memerlukan.

So, terpulanglah kepada anda. Saya hanya berkongsi dua cerita ini sebagai pengajaran untuk kita. Periksa dahulu sebelum bersedekah. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tetap ingin memberi, itu adalah hak anda. Sudah pasti ada ganjaran untuk anda di akhirat kelak. InsyaAllah.

Duit Raya

Macam biasalah, setiap tahun bajet duit raya kena diketepikan. Yelah, kalau dulu, masa kecik-kecik, kita mengumpul duit raya. Dah besar-besar ni, giliran kita pulaklah yang kena bagi duit raya, kan?

Minggu lepas, saya tukar duit raya di CIMB Jalan Gasing. Tak lupa juga sampul duit raya yang saya mintak 10 set. Duit raya yang saya tukar semua dalam note RM1. RM5 dah habis. Isk. Takpela, mane-mane yang dapat RM10 dari saya tu, mesti tebal sampul duit raya mereka. Konon-konon macam saya letak 10 keping note RM10. Hihi

So, petang semalam saya pun memulakan operasi memasukkan duit raya dalam sampul. Step pertama, asing-asingkan duit raya tu..

Sorang 3 hengget sudehhhh!!! (Hellowww!! Gua kecik-kecik dulu dapat duit raya 30 sen je tau)

Taraaaa…………….

Dah siap!!

Sape nak, sila datang rumah!

Category: Celebration  Tags:  4 Comments

Famos Amos?

Salam Ramadhan semua. Sedar tak sedar, lebih kurang seminggu lagi kita nak raya kan? Persiapan semua dah siap ke? Baju yang saya tempah dah siap. Alhamdulillah. Kuih raya? Tahun ni datang sewel saya nak try buat kuih raya. First time buat kuih raya nih. So, agak nervous. Puas saya carik resepi yang berkenan di hati. Akhirnya saya jumpa satu resepi yang menarik minat saya untuk mencubanya. Sebelum ni, saya memang pernah menerima resepi ini melalui email tapi saya buat tak endah je. Mungkin sesetengah anda pun pernah menerima email ini :-

This is a true story
My daughter and I had just finished a muffin at
Famous Amos Café in Bangsar & decided to
have some cookies. Because both of us are such
a cookie lovers, we decided to try the “Hawaiian
Nut Cookie”.

It was so excellent that I asked if they would give
me the recipe and the waitress said with a small
frown “I’m afraid cannot”. Well I said, “Would you
let me buy the recipe?”

With a cute smile, she said “YES”. I asked how
much and she responded, “only two fifty, it’s a
great deal!” I said with approval, “Just add it to my
bill”

Thirty days later, I received my VISA statement
from Famous Amos and it was RM285.00. I
looked again and remembered I had only spent
RM9.95 for two muffins and about RM20.00 for a
pie. As I glanced at the bottom of the statement, it
said, “cookie recipe – RM250.00″. That’s
outrages!!!

I called the Famous Amos’s Accounting Dept. and
told them that the waitress said it was “two-fifty”,
which clearly does not mean “two hundred and fifty
dollars” by any POSSIBLE interpretation of the
phrase. Famous Amos refused to budge.. They
would not refund my money, because according to
them, “What the waitress told you is not our
problem. You have already seen the recipe – we
absolutely will not refund your money at this point.”

I explain to her the criminal statues which govern
fraud in Malaysia. I threatened to refer them to
police for engaging in fraud. I was basically
told, “Do what you want, we don’t care, and we’re
not refunding your money.” I waited for a moment,
thinking of how I could get even, or even try to get
any of my money back. I just said, “Okay, you
people got my RM2-50.00, and now I’m going to
have a RM250.00 worth of fun.”
I told her that I was going to see to it that every
cookie lover in Malaysia with an email account
has a RM250.00 cookie recipe from Famous
Amos…for free… She replied, “I wish you wouldn’t
do this” I said, “Well you should have thought of
that before you stole from me”, and slammed
down the phone on her.

So, here it is!!! Please, please please pass it on
to everyone you can possibly think of. I paid
RM250.00 dollars for this…I don’t want Famous
Amos to ever get another cent off of this recipe…..
Recipe may be halved:

2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal &
blend in blender
to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

cream the butter and both sugars. Add eggs and
vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt,
baking powder, and soda. Add chocolate chips,
Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place
two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10
minutes at
160° degrees. Makes 122 cookies..

Ya, resepi Famos Amos. Saya tak sure sama ada email dan resepi ni betul atau tak. Tapi tak salah kalau saya mencubanya. Saya mulakan operasi dengan membeli bahan-bahan di Giant Kota Damansara dan Bagus Bakery. Mana-mana bahan yang saya tak sure, saya mintak Puan Beauty Advisor aka BA tolong Googlekan. Tengkiu Nyah! Tempat memasak pulak? Malu nak cerita. Haha. Oleh kerana rumah saya tak ada oven, jadi rumah rakan saya menjadi mangsa. Tuan rumah keluar pegi shopping raya, saya sorang-sorang kelentung kelentang masak kuih raya kat dapur rumah dia. Tengkiu Ina & Jinggo!

Oh ya! Untuk resepi ini, ada  bahan yang saya kurangkan sukatan contohnya gula sebab tak nak terlalu manis. Resepi yang dah diubah sikit :-

CHOCOLATE CHIP ALA FAMOS AMOS

2 cawan butter
4 cawan tepung
2 sudu teh baking soda
1 cawan gula putih
2 cawan gula perang
5 cawan oatmeal kisar (disukat dan dikisar hingga halus)
680g chocolate chips
1 sudu teh garam
510 Cadbury bar (diparut)
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
3 cawan kacang cincang (pilihan sendiri)
2 sudu teh vanilla

Putar butter dan kedua-dua jenis gula. Tambah telur dan esen vanilla. Campur sekali dengan tepung, oatmeal, garam, baking powder dan baking soda. Tambah coklat cip, Cadbury bar dan kacang. Putar sehingga sebati. Bentukkan bulat dan letak dengan jarak 2 inci setiap satu di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°  selama 15 minit. Buat 122 keping


Bahan-bahanCornflakes dan marjerin planta tu menyibuk je. Dia takde kena mengena dalam ini resepi


2 cawan butter


4 cawan tepung gandum


1 cawan gula pasir
saya kurangkan gula sebab tanak manis sangat


2 cawan gula perang


1 sudu teh garam –
gambar curik


510g Cokelat Cadbury
saya guna 3 bar yang beratnya 175g setiap satu


2 sudu teh baking powder dan 2 sudu teh baking soda


5 cawan oatmeal
Sukat dan kisar halus. Sorry, gambar yang dah dikisar lupa amik


3 cawan kacangIkut suka nak kacang ape. Saya pakai almond


680g cip coklat - gambar curik


2 sudu teh esen vanilla – gambar curik


4 biji telur


Putar butter dan kedua-dua jenis gula


Campurkan satu persatu bahan-bahan yang lain dan putar sampai sebati macam dalam gambar


Buat bentuk bulat dan letak dalam dulang pembakar


Bakar pada suhu 160° selama 15 minit


Taraaa…cubaan pertama. Tetiba jadi Chipsmore plak. Besar gedabak


Haa..ni baru betul Famos Amos

Hasilnya? Walllllaaa!!! Cubalah..

Category: Food, Recipe  Tags:  8 Comments