Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Salam sejahtera daripada hamba, Mahsuri Kota Damansara a.k.a Ujie Mapia. Hak hak..

Perancangan untuk ke Langkawi – Bumi Mahsuri telah dilakukan lebih sebulan yang lalu. Ini bertitik tolak daripada keinginan seorang rakan saya, Z untuk memantapkan skil fotografinya selepas beliau berjaya mendapatkan sebuah kamera baru. Motip amik gamba sampai Langkawi? Harus uols! Bak kata Azizi Ali – Location! Location! Location! Eh, salah..ni tips untuk membeli hartanah. Hiks! Ah, samalah jugak kiranya tu..

So, kebetulan pulak AirAsia menawarkan promosi harga runtuh untuk ke Langkawi pada September lalu, lantas Z mengajak saya ke sana. Menyedari aktiviti di sana akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pornografi, eh salah..fotografi, saya pun mengajak seorang rakan serumah, Nadia yang juga merupakan model sambilan. Bolehlah kot, kalau Z perlukan model tambahan dalam foto-fotonya nanti.

Tiket ke Langkawi ditempah pada 8 September dan akhirnya pada 25 Oktober (Isnin) yang lalu, pengembaraan (poyo tak? gagagagga…) kami ke Langkawi pun bermula. Hanya backpack sahaja. Flight yang pada asalnya dijadualkan berlepas pada pukul 4.10 petang ditunda pada pukul 5 petang akibat hujan lebat di Sepang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar ditambah pula dengan kemudahan terkini yang ditawarkan oleh AirAsia iaitu check in melalui web, segala-galanya menjadi cepat dan senang.


Masing-masing menunggu dengan sabar di atas kelewatan penerbangan akibat hujan lebat

AK5328 : KL – Langkawi

Akhirnya, pada jam 6 petang kami bertiga tiba di Langkawi. Di airport, kami menyewa sebuah kereta untuk kegunaan selama 4 hari di sana. Setelah menimbang-nimbang kereta apa yang patut disewa, dengan eksyennya kami menyewa sebuah Nissan Latio. Motip nak pakai kereta nasional kat Langkawi? Tak sesuai okeh. Pelancong kenalah pakai kereta lain sikit. Haha..Sewanya ialah RM270 bermula pada petang Isnin hingga Khamis malam.

Semasa ditanya oleh abang kereta sewa tu, kami datang berapa orang. Saya kata “Tiga!” tetapi Z kata “Empat!“. Saya sedikit pelik tapi oh, mungkinlah Z kata empat orang memandangkan beg kami besar-besar dan memerlukan ruang dalam kereta. Kemudian kami berjalan ke luar airport untuk mendapatkan kereta sewa kami. Sambil berjalan, Z kata kepada saya “Tu kawan kau tengah tunggu kat Starbucks“. Saya pun kompius “Kawan mana pulak? “. Jawab Z “Tu..kawan ko tu la, yang tengah duduk tu” sambil menunjuk kepada seorang mamat yang sedang duduk di kerusi Starbucks.

Saya pun mengamati betul-betul lelaki tersebut dan punyalah saya terkejut apabila mendapati mamat tersebut adalah Wal – rakan saya dari Sarawak yang menjadi Photographer of the Day ketika saya di Sarawak beberapa bulan lepas. Sila rujuk entry ini, ini, ini, ini, ini, ini dan ini. Saya pun berlari-lari mendapatkan Wal dan sempat memakinya bertubi-tubi. Padan muka!

Rupa-rupanya Z dah merancang awal-awal kejutan ni. Oh ya, untuk pengetahuan, saya memperkenalkan Z dan Wal melalui YahooMessengger kerana saya mendapati mereka berdua mempunyai minat yang serupa iaitu fotografi! Selama ini, Z dan Wal hanya berhubung melalui YM dan Z banyak meminta pandangan dan kritikan Wal bagi gambar-gambar yang beliau ambil. So, Z telah mengajak Wal bersama-sama ke Langkawi dan pada masa yang sama, Z ingin mendalami skil fotografinya dengan mempelajarinya daripada Wal yang lebih berpengalaman. Pandai je korang eh!! But i like the surprise! πŸ™‚


Best siot drive Nissan Latio ni. Smooooooothh je.. Vrrrooommm!!!

Selesai urusan kereta sewa di airport, kami berempat segera menuju ke hotel yang telah ditempah. Mujur juga Z sudah menempah bilik hotel awal-awal, jadi tidaklah kami terhegeh-hegeh baru nak mencari tempat tidur. Berpusing-pusing jugaklah nak mencarinya. Kami menginap di D’sa Motel and Restaurant, yang terletak kira-kira 5 minit dari Pekan Kuah dan 25 minit dari airport. Boleh tahanlah tempatnya. Saya, Z dan Nadia satu bilik, Wal satu bilik.


Ruang dalam Nissan Latio yang luas

Kami makan malam di restoran di bawah motel tu saja. Senang! Oleh kerana semua menggelupur kelaparan, kami order macam-macam. Tom yam, udang goreng tepung, dan lain-lain lagi. Lapar wehh..


Z menggodek kamera Wal


Sifu Wal menge’cek’ kamera anak muridnya Z


Kami yang pakai kamera biasa je (nanges) – Menunggu makanan sampai

Aktiviti seterusnya berjalan-jalan di sekitar..err..saya pun tatau kat mana. Sementara Wal dan Z sibuk mengambil gambar, saya dan Nadia duduk-duduk berehat di sebuah perhentian teksi di sekitar kawasan tersebut.


Lawa kan?? Hasil tangkapan Wal

Kami juga berjalan-jalan di sekitar Pekan Kuah dan saya sempat menyambar 3 helai tudung dan sabun istimewa di sana. Hak hak.. Nak tergelak bila teringatkan sabun istimewa ni tapi biarlah ia menjadi rahsia di antara kami.


Bazaar Pekan Kuah

Dah puas berjalan, kami balik ke hotel dan berehat sebab besoknya ada aktiviti yang lebih menarik.

No Comments :(