Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sesampainya di D’sa Motel selepas kembali dari Island Hopping, kami terus check out dari motel dan berkira-kira untuk menginap di hotel lain sekitar Pantai Cenang. Sebelum tu haruslah mengisi perut dahulu.

Ke tepihhhh!! Lapar niii


Dah kenyang..muka atak senyummm..

Sebelum check in di hotel di Pantai Cenang, kami mengambil keputusan untuk pergi membeli cokelat di Pekan Kuah atau lebih tepat di kedai coklat Haji Ismail Group. Hilang akal kejap tengok cokelat yang bertimbun-timbun tu. Rasa macam dalam Kilang Willy Wonka pulak. Hiks

Bestnyaaaaaa


Muka kegembiraan

Ada 3 orang yang memesan kepada saya untuk dibelikan cokelat berjenama Ritter Sport. Ape kejadah Ritter Sport tu pon saya tatau. Cari punya cari, akhirnya saya tanya je budak yang tengah susun-susun barang. Oh, ini rupanya Ritter Sport tu


Ritter Sport yang menjadi dambaan pilu semua orang


Duta Ritter Sport. Paling sedap plastik kuning. Cornflakes

Selepas memborong cokelat beraneka jenis, kami menuju ke Pantai Cenang untuk check in di Sandy Beach Resort. Kami diberi resort jenis teres. Kami bertiga di satu rumah, Wal di rumah sebelah. Resortnya luas dengan 2 katil bersaiz permaisuri (apakah??). Heehee

Selepas mandi dan berehat sekejap, kami terus menuju ke Pemandangan Indah. Ya, memang nama tempatnya “Pemandangan Indah”. Ia merupakan kawasan riadah di atas bukit yang boleh melihat pemandangan sekitar lapangan terbang Langkawi dan kawasan-kawasan lain sekitarnya. Tujuan ke sini, sudah tentulah nak mengambil gambar matahari terbenam. Keindahan yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.


Nama tempat : Pemandangan Indah. Motipp??


Cantikkan?


Sunset..Subhanallah!


Boleh pandang-pandang..Jangan pegang-pegang..


Dah senja pon masih nak pose!


Si Cecep!


Sibuk berSMS dengan rakan yang dipaksa kawen dengan rela oleh ibunya. Saya nyaris-nyaris nak amik flight dari Langkawi ke JB. Motip pukul 9 ko nak nikah, pukul 6 baru bagitau?

Selain kami, terdapat juga remaja-remaja Langkawi datang melepak di sini. Ada juga yang membawa keluarga. Ada yang berjoging, duduk-duduk melihat keindahan alam dan sebagainya. Kami di atas Pemandangan Indah shingga waktu senja. Lebih kurang pukul 8 malam barulah masing-masing reti nak turun.

Setelah itu, kami terus menuju ke Pekan Kuah untuk makan malam. Hajat di hati ingin makan laksa Penarak yang dikhabarkan paling lazat dalam dunia tapi apakan daya, dah habis. Akhirnya kami memesan mee kuah udang, sate dan nasi sahaja. Selesai makan, Wal memberi tutorial kepada Z tentang teori-teori teknikal yang patut digunakan untuk mengambil gambar yang cantik. Saya dan Nadia pula sibuk main dengan lidi sate untuk menghilangkan rasa mengantuk.



Lapaaarrr…

Menjadi artis terkenal di Kota Damansara, kami tetap tidak melepaskan peluang untuk berlatih vokal dengan mengunjungi sebuah pusat kareoke yang terletak berhampiran bangunan LADA. Hahaha..Keji gile! Tetap jugak nak berkarok walau di mana kami berada. Tapi bukannya lama sangat. Sejam je. Selepas berkarok selama satu jam, kami pun pulang semula ke resort. Puas berjalan satu hari!


Bukan salah aku….retak semua ini…Ella Wannabe..Ptuii!

No Comments :(