Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hari terakhir kami di Langkawi, cuaca sangat baik. Wal dan Z awal-awal Subuh lagi dah keluar untuk shoot gambar-gambar menarik sekitar Langkawi.

Saya dan Nadia pulak, sambung tido. Tapi pukul 7.30 saya ajak Nadia main-main kat Pantai Cenang. Tujuan utama apa lagi, bergambo le..

Langkawi Permata Kedah

Sila abaikan double chin ittew

Lihatlah…

Peace cacat

Siput sedut

Seksa angkat vontot

Di gigi air

Yeayyyy!!

Cantik tak lukisan nih? Macam Litar Sepang pun ada

Yang ni pulak bentuk bunga ros

Lukisan-lukisan di atas dilukis oleh artis ni – Encik Siput..Pandai kan?

Sebenarnya banyak lagi lukisan-lukisan cantik yang dibuat oleh siput tu. Tatau ape tujuan dia. Mungkin nak mengelirukan pemangsa. Sebab nanti ada lubang tempat dia bersembunyi

Obor-obor tersasar naik ke pantai bila air pasang. Nak sentuh tapi takut gatal

Lumut yang hinggap kat tali

Sementara menunggu Wal dan Z balik, kami sempat bersarapan dahulu dan kemudian berjalan-jalan di sekitar kedai-kedai yang terdapat di situ. Sempatlah membeli baju sebagai buah tangan untuk mak.

Bila Wal dan Z balik, sekali lagi kami lepak dengan mereka bersarapan. Dasar kuat makan. Lepas bersarapan, kami balik ke resort dan mandi serta bersiap-siap untuk ke zon bebas cukai berdekatan dengan Underwater World. Nadia membeli set minyak wangi dan saya menemankannya saja.

Gila menengok beg-beg ni

Selesai membeli belah, kami pulang ke resort untuk solat Zuhur dan seterusnya bersiap-siap ke Mukim Ulu Melaka untuk melawat Makam Mahsuri. Sampai sana lebih kurang pukul 3,30 petang. Terperanjat jugak bila tengok dah banyak yang berubah. Kali terakhir saya melawat Makam Mahsuri pada tahun 2006. Kalau dulu, boleh terus masuk je tapi sekarang dah dibina bangunan yang dipanggil Kota Mahsuri. Kena beli tiket yang berharga RM5. Dalam Kota Mahsuri inilah ditempatkan Makam Mahsuri, Muzium Mahsuri, Telaga Mahsuri, sangkar burung dan kedai cenderamata.

Pintu masuk ke Kota Mahsuri

Bersama Nadia

Mula-mula masuk muzium dulu. Sempat juga menonton video tentang lagenda Mahsuri. Kisah kelahirannya hinggalah saat kematiannya.

Tengah membaca sejarah moyang saya – Mahsuri. Hahhaa perasan!

Di hadapan pentas Caklempung

We are sistah!!

Weeeeee!!

Tempat pementasan diorama Mahsuri

Makam Mahsuri

Telaga Mahsuri



Si Tanjung dan Si Melur

Dalam Kota Mahsuri itu juga ada ditempatkan sangkar burung. Terdapat macam-macam jenis burung yang ada dalam sangkar di sini tapi saya tepek dua gambar ni je la ye..

Tak ingat nama burung ni

Burung enggang

Bila terasa lapar, kami singgah minum dulu di sebuah gerai di situ. Kat belakang gerai tu, sawah padi terbentang luas.

Auuummm cakk!

Sawah hijau terbentang

Tunggu makanan sampai

Cantik betul bunga putih tu..

Pintu masuk ke Gamat House

Bersama kumpulan pemain Caklempung

Duta Gamat

Gamaton

Kami lepak di Makam Mahsuri sehingga pukul 5 petang dan kemudian bergerak pula ke Kampung Raja Mukim Padang untuk melawat tapak Beras Terbakar.

Pintu masuk ke Beras Terbakar

Beras Terbakar

Rumah di mana kawasan bekas tapak beras terbakar ditemui

Pose tak perlu

Bawah rumah pun jadik..

Cantik senibena rumah ni

Lepas dah tengok apebenda yang ada kat tempat Beras Terbakar tu, singgah bershopping kejap. Bukannya jauh pun. 10 langkah je dari tempat Beras Terbakar tu.

Ready nak shopping

Tengah usha baju mana yang nak dibeli

Kena beli satu beg tambahan sebab beg yang ada dah tak muat

Great shot by Wal

Kami bergerak dari Beras Terbakar lebih kurang jam 6 petang dan terus menuju ke Pekan Kuah. Nak rasa Laksa Penarak yang tak dapat dirasa pada malam sebelumnya. Sampai di situ jam 6.30  petang. Mujur orang belum ramai lagi.

Amik gambo dulu sebelum makan

Laksa Penarak

Ini saya punya!

Senja di Langkawi

Habis makan dalam pukul 7.30 malam. Kami sepatutnya memulangkan kereta pada pukul 9 malam di airport. Tapi pukul 8 malam terhegeh-hegeh lagi membeli belah pinggan mangkuk sebab ada yang kirim sudu garfu. Lepas tu, ada pulak lagi kiriman cokelat di saat-saat akhir. Kena mencarik cokelat la pulak..

So, di sini la kami bershopping pinggan mangkuk, sudu garfu. Dalam masa 15 minit sahaja.



Idaman Suri

Idaman semua surirumah iaitu PINGGAN MANGKUK!

Nadia gumbira dapat beli pinggan

Last sekali, singgah lagi sekali di Haji Ismail Group untuk beli cokelat.

Haji Ismail Group

Jam 8.15 malam, kami tinggalkan Wal di sebuah hotel di Pekan Kuah kerana flightnya dari Penang ke Sarawak adalah pada keesokan hari.

Selepas meninggalkan Wal, kami bertiga bergegas pula ke airport. Walaupun jalan lengang, tapi kami terpaksa mengekori kenderaan yang sangat bersopan-santun di jalanraya. Mujur dengan kehandalan Z memandu, kami tiba ke airport tepat pada masanya. Flight kami pada jam 10.40 malam tetapi takut kena caj lebih dengan abang kereta sewa, tu yang risau kalau sampai lambat.

Kami tiba di KL lebih kurang 11.40 malam dan saya minta rakan saya yang juga duduk di Kota Damansara datang ambil. Sebagai upah, t-shirt sehelai untuk dia.

Kesimpulannya, berbaloi-baloi jenjalan ke Langkawi tu. Pengalaman yang indah, bersama rakan-rakan yang saya sayangi. Lepas ni nak pegi mana pulai oii?

One Comment

  1. Hahn
    4:11 am on November 14th, 2010

    Hatyai!