Jelajah Paris-London : Part 2

Kami mulakan hari kedua di Paris dengan bersarapan pagi. Saya amik cereal je. Yelah, benda lain mana boleh nak dimakan. Ada jugak disediakan bubur tapi daripada was-was, baik tak payah amik, kan?

Balik-balik, muka ni ajelah yang ada dalam kamera saya

Sementara tunggu bas sampai, kami mengambil kesempatan bergambar di sekitar hotel.

Di bahagian belakang hotel

Kumpulan Etnik Tradisional Paris. 😀

Dengan lori pun jadi

Ni lah rupa hotel kami menginap

Selepas bersarapan, aktiviti pertama lawatan kami pada pagi itu ialah menyusuri Sungai Seine dengan menaiki cruise. Di sepanjang sungai ini, kami dapat melihat dan mengetahui sejarah, kebudayaan dan keindahan Paris kerana di persisiran sungai inilah terletaknya Eifel Tower, Notre Dame, Arch de Triomphe, muzium, hotel-hotel dan sekian banyak lagi bangunan-bangunan bersejarah di Paris. Perjalanan dengan cruise ini mengambil masa sekitar 70 minit.

Kami menaiki cruise di jeti Bateaux Mouches dan tiketnya, saya tak pasti sebab semua dah disediakan.

Eifel Tower dari jeti

Naik-naik je, kena amik gamba dulu

Page 1 of 11 | Next page