Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Setiap kita di dunia ni mesti pernah rasa kehilangan kan? Tak kiralah hilang barang ke, hilang ape-apelah. Tapi yang paling menyakitkan mestilah hilang orang yang kita sayang. Sama ada hilang kerana percintaan yang putus, perceraian atau pun kematian.

Mengalami beberapa kali momen-momen duka kehilangan orang tersayang ketika putus cinta tidaklah sesedih ketika kehilangan bapa sendiri. Walaupun ketika itu saya tidak begitu memahami, tetapi apabila dewasa, perasaan kehilangan itu terasa juga. Agak sedih apabila memikirkan tiada bapa yang akan menjadi wali pernikahan nanti. Ya, walaupun saya ada seorang pakcik yang boleh menjadi pengganti, mana nak sama. Kan?

Semalam, dua berita kematian yang saya terima. Seorang ibu kepada rakan saya yang meninggal akibat komplikasi jantung dan paru-paru dan seorang lagi sepupu kepada rakan saya yang meninggal dunia akibat meningitis. Al-Fatihah. Walaupun tidak mengenali arwah-arwah secara rapat, tetapi saya tetap menangis sedih. Saya turut dapat merasakan kehilangan mereka. Ya, saya memang cengeng. Apa orang kata, brutal di luar, fragile di dalam.. Gittew..

Fatihah

Memang segala yang ada dalam dunia ni takde yang kekal selain Allah. Macam penceramah seminar ESQ yang saya hadiri aritu pernah cakap, kalaulah kita terlalu sayangkan ibu bapa kita, suatu hari nanti pasti mereka akan meninggalkan kita, kalaupun tak kita meninggalkan mereka. Kalau kita sayangkan suami atau isteri kita, mereka juga akan meninggalkan kita kalaupun tidak kerana berpisah atau bercerai, pasti berpisah sekiranya berlaku kematian. Dan kalaulah kita terlalu cintakan anak-anak, adakah pasti mereka tidak akan meninggalkan kita? Adakah kita pasti anak-anak itu nanti tidak menjadi anak derhaka? Kesimpulannya menurut penceramah itu, tidak salah kalau kita sayang atau cintakan seseorang atau sesuatu, tetapi janganlah sampai melebihi sayang dan cinta kita kepada Allah s.w.t. sebab kasih sayang kepada manusia, kepada harta benda, kepada haiwan kesayangan, semuanya tidak akan kekal. Yang kekal, hanyalah Allah. Ya, memang senang bercakap, nak melaksanakannya itu yang susah kan?

Lagi satu, macam Ustaz Kazim dalam rancangan Tanyalah Ustaz yang saya tonton pagi tadi ada mengatakan, sekiranya kita kehilangan sesuatu atau seseorang, kita kenalah belajar redha. Kena berbaik sangka kepada Allah. Kena doa kepada Allah supaya diberikan seseorang atau sesuatu yang lebih baik daripada yang kita hilang tadi. Sebab, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Sekali lagi, benda ni memang nampak mudah untuk diucap atau ditulis, tapi nak melaksanakannya memang susah, kan? Hmm..

Saya doakan rakan-rakan saya yang kehilangan orang-orang yang tersayang dalam hidup mereka ni, akan tabah dan sabar. InsyaAllah, walaupun tak dapat bersama-sama kat dunia ni, akan bertemu jua di alam yang kekal abadi nanti, moga-moga di syurga. Amin