Jelajah Paris-London : Finale

Hari terakhir di London, kami diberi kebebasan untuk aktiviti Free & Easy. So, sukatilah nak jalan kemana-mana dengan syarat kena balik semula ke hotel selewat-lewatnya jam 4.30 petang sebab kami akan bertolak ke airport pada jam 5 petang.

Check out dari bilik macam biasa pukul 12 tengahari tapi disebabkan kami keluar awal pagi, so, beg-beg kami diletakkan dalam bilik khas hotel tu. Oh ya, cerita pasal hotel kat London ni, lain macam sikit. Kesian kat rakan saya suami isteri. Kena denda sebanyak £200! Puncanya disebabkan oleh karpet bilik dorang basah. Lantai toilet dalam bilik hotel kat London, takde saluran air keluar. Macam lantai toilet kita kat sini kan ada lubang air kan? Kat sana takde. Lepas tu pulak, lantai bilik air tu sama level dengan lantai bilik dan takde divider yang memisahkan lantai bilik air dengan lantai bilik. Dapat imagine tak?

Tataulah semua hotel kat London macam tu ke atau hotel yang kitorang duduk tu je macam tu. So, kalau nak mandi ke amik wuduk ke, semua kena buat dalam bath tub. Langsir bath tub tu pon kena masukkan hujung dia dalam bath tub tu untuk mengelakkan air terpercik ke lantai. Nak mandi pun berhati-hati aje. Tah macamana, suami rakan saya ni amik wuduk kat sinki. Air pun dah melimpah ke lantai dan dia tak sedar rupanya air tu mengalir masuk dalam bilik. So, karpet dalam bilik tu pun basah. Bila dorang keluar bilik pagi tu, macam biasalah. Tapi bila petang waktu balik ke hotel, bilik dorang dikunci oleh pihak hotel. Rupanya, housekeeping yang datang kemas bilik dorang, dapat kesan yang karpet dorang basah. So, selagi tak bayar denda, dorang tak boleh masuk dan ambil barang-barang.

Mula-mula hotel tu caj £500! Gila sampai RM2,500. So, nego-nego, akhirnya kena jugak £200. Masa tu dah hari kedua terakhir kat London, so duit pun dah tinggal sikit. Kesian sangat, kena pakai kad kredit dan terpaksa pinjam kawan-kawan. Bayarla jugak. Kesian giler kena bayar sampai RM1,000 sebab saiz tempat yang terkena basah tu tak sampai pun sekaki. Budak tu buat lawak “Kalau RM1,000 tu, aku boleh pasang karpet satu rumah!!”. Huhu..Itulah pengalaman yang tak berapa best. So, kalau korang gi London, make sure jangan basahkan lantai toilet hotel okeh?

Oke, sambung balik cerita. So, pagi tu, saya dan geng saya bercadang untuk pergi ke Clarks Factory Outlet di luar kota London iaitu berdekatan dengan kawasan Finsbury Park. Sebelum ape-ape, seperti biasa, kenalah pose-pose jelita terlebih dahulu. Ptuii!!

Dah lepas bersarapan

Tengah tunggu cukup korum baru boleh bergerak

Untuk ke Finsbury Park, kami dah plan untuk naik ketapi laju Underground je. Tiketnya berharga £6.60 (kalau convert kepada Ringgit Malaysia – RM33, boleh nangis sebab sama tambang naik bas ekspress pegi JB kot. Huhu). Dengan satu tiket ini, kami boleh ke mana-mana saja, turun naik 10 kali pun takpe dengan syarat dalam zon yang sama. Nak naik bas guna tiket ni pun boleh. So, dengan konfidennya, masing-masing membeli tiket ini. Sekali….jeng jeng jeng..

Bersedia nak naik ketapi

Stesen paling dekat dengan hotel kami ialah di Lancaster Gate

Page 1 of 7 | Next page