Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Keji tak tajuk dia? Ofkos keji sebab ni cerita bulan 5 aritu masa besday saya yang ke – 33! Apa??!! Tua??!! Ada aku kesah? Hak hak..

Petang 19hb Mei tu, saya ada training kat Wangsa Maju sampai la ke malam. Saya gerak balik ke Kota Damansara lebih kurang pukul 11. Rakan saya E** dah pesan dari siang tu, soh datang singgah rumah dia dulu.  Sampai je kat umah dia, taraaaa… mak dapat hadiah besar uols! TQ untuk kawan-kawan yang bagi hadiah ni..

Aksi biasa… Girang menerima hadiah pertama!

Sampai je rumah, saya tengok hosmet saya Nadia dan Ayang dah membuta. Tapi lampu terbukak terang benderang! Motip?? Rupanya dorang pura-pura tido, konon-konon tak ingat besday saya. Keji! Tapi lepas tu, dorang bangun sambil gelak-gelak dan bagi hadiah.

Nadia bagi kasut. Nak pakai raya nanti la! Abaikan kaki kering macam nenek kebayan ittew..

Belt kaler merah ni Ayang yang bagi..Lawa sangat!

Pagi tu pulak, Kak Safinaz dah culik saya bawak pegi sarapan kat Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Subang. Dia bagi saya hadiah rantai.

Terus pakai rantai yang dia kasi

Kak Safinaz – tukang belanja breakfast! Tq akak..

Besday girl. Haktuihh!! Haha..

Lepas tu saya meneruskan aktiviti macam biasa. Pegi ofis dan buat keje sikit. Petang tu pulak, sorang lagi member – si PP Buah Setoi nak belanje makan pulak. Kali ni kita ke Nandos. Yang bestnya, masa tengah makan tu, PP tu kata nak pegi toilet. Saya pun ok jelah, makan sorang-sorang. Tak lama lepas tu, saya dengar lagu Happy Birthday berkumandang. Saya pun tengok satu grup amoi depan meja saya. Saya cakap dalam hati, “Ooo…ada yang sama birthday dengan aku rupanya”. Sekali, budak-budak Nandos datang kat meja kitorang sambil bawak kek dan lilin. Laa..rupanya si PP tu buat surprise untuk saya. Konon-konon nak pegi toilet, rupa-rupanya dia berpakat dengan budak-budak Nandos. Haha, tanjat boboi but I loike!

Yeay! Dapat makan kek dengan aksi muka mintak penampar

Acara sambutan besday saya diakhiri pada malam itu dengan makan kek sekali lagi. Diraikan oleh geng havoc yang masih dikontek.

Tiga jari menunjukkan umur 33. Matila dah kertu!

Comel kan kek ni?

Untuk hadiah diri sendiri pulak, saya beli purse baru menggantikan purse lama yang dah macam hape je.

Mengucapkan selamat tinggal kepada purse lama, selamat datang kepada purse baru!

Purse lama kaler coklat, purse baru kaler itam

Kasi close up purse baru ahkak…

Oh ya, terlupa plak nak tunjuk hadiah dalam kotak yg geng havoc bagi tu… Taraaaaa…..

Mixer!!!! Hahaha dah dirasmikan dah masa buat kek aritu

Sekian saja entry tertunda bapak lama ni.. Tengkiu kepada member-member yang ingat besday saya. Dah la ingat, pastu bagi hadiah plak. Terharu mak! Ok, nantikan update entry tertunda seterusnya.. Tapi tatau bila. Kah kah…

No Comments :(