Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Pada 9 Mei lepas, saya menerima email daripada Nuffnang yang berbunyi :-

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you’ve been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 3 June 2011. Our office is open from 9am – 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

You are allowed to appoint a representative to collect the passes on your behalf should you not be able to collect the passes yourself. Do make sure to provide your representative with the email address that you used to register with Nuffnang though, as we will need it as verification of identification upon collection of the passes.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don’t forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise 😉

*Terms and conditions apply.

Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

 

Bila dapat je email ni, memang terkejut dan happy giler rasanya. Yeay! Dahla saya kaki wayang (dan karoke juge..haha sume keje lagha!), memang bestla bila dapat teket pree kan.. So beberapa hari lepas tu, saya pun pegila amik tiket tu kat Heritage House. Pening gak nak carik. Mujur ada GPS member. Jumpa jugak akhirnya. Rupanya Heritage House ni kat area Kg Baru je.

Opis Nuffnang

Jumpa budak yang incharge tiket tu kejap je. Dia tengok kad pengenalan sume, pastu terus bagi tiket. Horeh!!

Ampat teket sumenye..

Tiket ni expiry date dia 31 Ogos ni. So, sejak bulan Mei tu, dari sehari ke sehari nak tengok wayang kat TGV, asyik tak pegi je. Yelah, wayang yang dekat dengan rumah kat Cinleisure nuu.. Nak pegi TGV One Utama, tutup pulak sebab under renovation. Sudahnya tak pegi-pegi. Abes tu, tak boleh jadi! Kena pegi jugak la kan..

Akhirnya, Ahad lepas iaitu Ramadhan ke-7, saya ajak kawan-kawan pegi tengok wayang. Kitorang tengok kat TGV Sunway Pyramid je. Jangan buat spekulasi kami tak buat terawikh okeh. Kitorang pegi lepas terawikh. Movie pukul 11.30 malam punye. Tak ilang akal??

Yang menjadi mangsa saya ialah Ayang, Nadia dan Pian. Haha, bagus betul. Buat keje lagha bulan-bulan puasa ni kan. Bak kata orang, first time in my life la menengok wayang bulan puasa. Malam pulak tuh.. Isk isk isk.. *Aksi ini jangan ditiru ye..

So, saya dengan Ayang dari rumah dan akan berjumpa dengan Nadia dan Pian kat Sunway Pyramid terus sebab dorang berdua solat terawikh kat masjid area Sunway tu. Lepas terawikh, saya dan Ayang bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10 malam. Sampai Sunway Pyramid lebih kurang 10.30. Terus je kitorang berdua redeem tiket TGV dulu.

Oke, dah collect tiket

Seperti biasa, muka tuan tanah kedaung mesti ada!

Lagi sekali sebab budak kaunter tiket tu cakap “Tanak amik gamba dengan saya ke?”. Oke, fine.. Lets!!

Cuba teka movie apa yang kitorang tengok…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ye… Cite Harry Potter 7 – The Deathly Hallows Part 2!

Dah hampir sebulan cite ni ditayangkan, barulah saya tehegeh-hegeh nak pegi tengok. Mujur ada lagi. Saya dah bajet kalo cite ni dah takde, saya nak tengok Captain America. Mane-manelah kiranya..

So sementara tunggu Nadia dan Pian sampai, saya dan Ayang lepak kat tempat bowling dulu. Tak lama lepas tu, Nadia dan Pian pun sampai. Kitorang order minuman sambil tunggu pukul 11.30. Bapak lama sejam lebih nak kena tunggu. Redha jela..

Saya dan Ayang

Pian dan Nadia. Motip Pian pandang tempat lain?

Lagi 5 minit nak 11.30, kami pun berjalan naik ke TGV cepat-cepat. Sebelum tu, kena amik gambo lagi sekali. Last sebelum masuk wayang..

Tiga Dara Pingitans..

Movie habis pukul 1.30 pagi. Rasain besok bangun mata buta tak boleh nak bukak sebab mengantuk sangat. Haha.. Saya suka la cite Harry Potter tu. Tapi apakan daya, abes dah sume episod cite tu. Mane tau J.K.Rowling nak buat novel lain plak yang lagi best kan..

Okla, habis la kiranya hutang saya kat Nuffnang & TGV Cinemas dengan tersiarnya entry ni. Tengkiu, trimas, xie xie, syukran, arigato sume la kat Nuffnang & TGV Cinemas sebab bagi surprise present tiket wayang ni. Walaupun saya lambat gunakan tiket tu, tapi akhirnya berbaloi-baloi tengok Harry Potter guna tiket tu. Tahun depan jangan lupa bagi lagi. Saya akan buat-buat terkejut jugak. Hiks

Okla, sampai sini dulu.. vavaiiiii….

Yeay!! Saya dah lulus Bahasa Mandarin peringkat asas. Bolehlah cakap sikit-sikit. Saya ambil kelas Bahasa Mandarin di ICLS (Inter Cultural Language School) – Damansara School, Damansara Utama. Malam tadi examnye. Alhamdulillah, saya dapat 92 markah. Markah penuh untuk ujian oral (30 markah) dan 62/70 untuk ujian bertulis.

Sijil. Dapat A okeh…haha

Saya register kelas Mandarin ni bulan 6 aritu. Tapi ICLS akan tunggu sampai ada sekurang-kurangnya 5 orang yang register, baru dia buat kelas. So, lebih kurang dua minggu tunggu, barulah kelas kitorang start. Kelas pertama kami bermula 1 hb Julai dan berakhir malam tadi (11 kelas termasuk exam). Kelas kitorang start pukul 7 malam – 9 malam. Yuran pulak RM390 termasuk pendaftaran dan buku.

Laoshi (cikgu) saya memang berasal dari Beijing. Eva nama dia, lawa plak tu. Dia dah 3 tahun berkahwin dengan orang Cina Malaysia. So, nak berkomunikasi dengan dia memang kena dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin je sebab dia tak reti cakap Melayu. Ada sekali tu, saya tanya dia, “How to say – FREE in Mandarin?”  Pastu dia tanye saya semula “Ohh.. PERKUMA?“. Kitorang tergelak je sebab dia sebut PERCUMA sebagai PERKUMA. Hihi..

So, lepas dah berhempas pulas belajar, malam tadi kami exam. Boleh tahan la susah. Ada 6 bahagian. Terjemahan, susun ayat, buat ayat, pilih ayat yang betul dan macam-macamlah. Lepas dah selesai ujian bertulis, kena pulak ujian oral. Dia tanya, kita jawab. Mostly soalan-soalan tu memang selalu dah cakap dalam kelas tapi ada jugakla yang terkehel sikit. Sebab nak susun ayat “Wo shi.. Wo jia.. Wo de bi… Wo bla bla bla..“.

Kertas ujian

Lepas tu, ada masa lebih sikit, dia ajar kitorang lagu Mandarin pulak. Memang terkenal gak lagu tu dia cakap, tapi yelah, dah kita tak reti cakap Cina, manelah nak dengar lagu-lagu Cina sebelum ni kan.. Lepas dah abes tu, kitorang pun bergamba dengan laoshi.

Wo de laoshi hai ye wo. Sama tak mata kami? Kih kih..

Ingat nanti nak sambung peringkat intermediate punya tapi nak tunggu dululah. Saya nak setelkan hal keje dulu.

Untuk mengakhiri entry ni, saya trylah tulis dalam Bahasa Mandarin sikit ye..

“Wo xing Zainuddin, jiao Suzilah, shi san-shi-san sui. Wo jia you san kou ren. Mama jie jie hai ye wo. Wo shi bao xian gu wen zai PruBSN gongsi gongzuo.”