Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haii korang.. Korang wat ape arini? Saya jumpe PM arini. Tak percaya? Sebenarnya petang tadi saya menghadiri majlis hi-tea bersama PM di PWTC atau lebih tepatnya majlis PM Unplugged Versi Budak Mara. Majlis ini dianjurkan oleh ANSARA iaitu Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia dan ia merupakan program dialog bersama YAB Dato Seri Najib Tun Razak dalam suasana santai. Banyak jugaklah soalan-soalan panas yang dikemukakan oleh bekas pelajar MRSM kepada PM. Tapi takdelah sampai isu cincin RM24 juta Rosmah tu.. Hiks..

Sampai-sampai je terus pose dulu kat backdrop dia

Nampak tak senarai penaja tu? Maybank, Celcom, Air Asia, Shell, Kencana Petroleum, Tabung Haji, Bank Pembangunan. Haa.. Tu semua sebab CEO atau orang-orang besar dalam syarikat tu adalah bekas pelajar-pelajar MRSM.

Sebelum masuk ke dalam Dewan Tun Ismail tempat berlangsungnya majlis tersebut, kena register dulu dan diberi sticker nama yang dilekatkan di baju masing-masing..

Tulis sendiri nama dan MSRM batch mana

Majlis bermula pada jam 2.30 petang tapi biasalah, sebagai VVVVVIP saya datang lambat. Pukul 3.30 petang baru saya tehegeh-hegeh masuk dewan. Masuk-masuk je, Dato’ Mukhriz Mahathir tengah berucap. Dato’ Mukhriz merupakan produk MRSM Pengkalan Chepa (1977-1981). Selain dia, ramai gaklah tokoh-tokoh korporat Malaysia yang merupakan bekas pelajar MRSM. Di antara yang disebut oleh Dato’ Mukhriz ialah Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan, Datuk Seri Shazly -CEO CELCOM – MRSM Seremban, Dato’ Dr. Sheikh Muzafar – Angkasawan Negara – MRSM Muar dan lain-lain.

Dato’ Mukhriz sedang memberi ucapan

Apsal Tun Mahathir lagi banyak rambut dari anak dia?

Sebenarnya agenda pertama sebelum Dato Mukhriz berucap ialah menyanyikan lagu MRSM tapi disebabkan saya lambat masuk, tak dapatlah nyanyi lagu tu. Rindu nak nyanyi lagu MRSM.. 🙁 Takpela, saya tepek lirik lagu tu..

Lagu MRSM

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Selepas Dato’ Mukhriz berucap, tibalah masa YAB Dato’ Seri Najib pula menyampaikan ucapannya. Rasa macam tengah dengar pembentangan belanjawan pulak. Hihi. Tapi ada gaklah dia buat lawak tadi. So, takdelah boring sangat. Mujur dia tak selit-selit cerita pasal politik. Oh ya, untuk sape-sape yang tatau (saya pun baru tau), PM Najib bekas pelajar MCKK St. John, Kuala Lumpur. Yang sekolah MCKK tu ayah dia, Tun Razak. (TQ Sherrina sebab tolong betulkan fakta :-))

PM tengah berucap

Kasi close-up sket

Lepas PM bagi ucapan, dewan dibuka dengan forum dialog di antara kami, bekas pelajar dengan PM sendiri. Masa ni lah soalan-soalan panas timbul. Ada yang tanya pasal pendidikan di Malaysia, pasal toilet kat sekolah, pasal sosio-ekonomi dan soalan akhir sekali yang paling panas (tapi bagi saya agak kurang hajar bahasa yang digunakan) ialah soalan yang menyentuh sedikit pasal politik. Rilekla bro. Ni kan majlis santai. Tak yahla nak merempan. Tapi PM rileks je. Jawab pun gelak-gelak. Saya nak gak bagi soalan, tapi takut orang lain ‘booooo’ kan saya. Soalan yang saya nak tanye tapi tak tertanya ialah “Dato Seri suka karok lagu apa?“. Hahaha.. Agak-agak kena baling kerusi tak?

PM tengah berpeluh menjawab soklan budak-budak MSRM

Lepas selesai forum, tibalah masa pelancaran laman web Ansara yang baru iaitu www.ansara.org.my dan juga kad keahlian Ansara oleh YAB PM. Pemegang kad keahlian dengan nombor pertama ialah Presiden Ansara sendiri iaitu Dato Mukhriz Mahathir. Lepas perasmian tu, majlis bersurai dan kami disediakan dengan jamuan ringan di luar dewan.

Macam-macam ada…

Pinggan iols

Sambil makan tu, saya jenguk-jenguklah jugak kalau ada batch saya MRSM Jasin 1994-1995 tapi haram sorang pun tak nampak batang idung. Takpelah, biar saya je yang jadi wakil. Tapi batch lain MRSM Jasin adalah jugak saya nampak. Ada yang batch 1988, ada yang 2007 (ko umo 4 tahun, akak dah form 5 dik.. Huhu..).

Orang lama, orang baru..

Makanan ruji budak asrama. Maggi ni disponsor oleh salah sorang orang kuat Maggi yang jugak ex-student MRSM

Oh lupa pulak, setiap kami diberi goodies bag yang berisi buku JAWAPAN NAJIB. Saya tak sempat baca lagi..

JAWAPAN NAJIB : Merungkai persoalan semalam, konflik hari ini dan cabaran masa depan

Sebelum blah, sempatla bergambar sekeping dua kat dalam PWTC tu…

Ada tak macam Dato’ Suzilah? Kah kah kah muntah!

Saya berangan-angan, anak-anak saya nanti mesti kena masuk MRSM jugak. Poyo tak? Anak pun takde, kawen pun tak lagi, nak berangan sampai ke situ plak. Hihi. Ade aku kesah?

Okla, bai..

Bacaan lain pasal PM Unplugged – klik sini.

Trivia

1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972

2. Jumlah keseluruhan MRSM yang ada sekarang ialah 46 buah

3. Antara Anak MARA Yang Dibanggakan:

1. Datuk Dr Sheikh Muzaffar – MRSM Muar
2. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir – MRSM Kota Bharu
3. Datuk Razali Ibrahim – MRSM Terendak
4. Anuar Taib – Chairman Shell Malaysia – MRSM Muar
5. Esmady Esa – DHL UK – MRSM Muar
6. Asmadi Mohd Bakri – CEO Hospital KPJ PERDANA Kota Bahru – MRSM Muar
7. Mohd Azha Abdul Jalil – CFO Malaysia Airlines – MRSM Muar
8. Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan
9. Datuk Seri Shazly – CELCOM – MRSM Seremban

 

 

2 Comments

  1. Pm bekas pelajar St John. Thanks for joining. Harap join lagi program Ansara akan datang. Rajin2 lah lepak kat FB Ansara 🙂

  2. Ujie
    6:20 am on October 18th, 2011

    Ohhh..ayah dia yang MCKK eh?