Archive for » December, 2011 «

Movie Yang Ditonton Sepanjang 2011

Sebagai penutup tahun 2011 ni, sengaja saya nak imbas kembali movie yang saya tonton sepanjang tahun ni. Nak pulak dapat geng kaki wayang. Memang on ajelah.. Rasanya tahun ni paling banyak saya tengok wayang kot. Asal ada cite baru je, saya mesti pegi tengok..

Dalam banyak-banyak cerita, saya paling suka cite yang ada unsur thriller. Thriller tau. Bukan seram. Saya tak suka tengok cite seram sebab nanti teringat-ingat pulak. Tapi dalam pada tak suka tu, ada satu cite seram yang saya tertengok jugak. Ni semua sebab hasutan member saya. Cite Al-Hijab. Tapi sebenarnya macam Al-Haramjadah! Haha..

Baiklah, mari kita mulakan dengan senarai filem Melayu. Ni tak ikut susunan tayangan tau. Saya akan ulas sikit-sikit je ikut mana yang saya ingat ye..

Hikayat Merong Mahawangsa

Agak tertunggu-tunggu jugak la nak tengok cite ni. Saje nak tengok cemana teknik CGI yang KRU buat untuk filem ni. Boleh jugakla dibanggakan kiranya. Syabas KRU!

 

… Dalam Botol

Tolong jangan keji ahkak ye. Haha.. Layan gak cite ni cuma agak geli-geleman bila tengok jantan sama jantan berpeluk-peluk. Tapi ensem la Arjaa Lee ni. Ahkak kan suke muka ala-ala cinapek ni. Huhu

 

Nur Kasih The Movie

Cite ni saya tengok kat panggung wayang baru bukak kat Kuala Selangor. Pegi dengan mak, sepupu dan anak-anak buah saya. Taula bila bawak orang tua tengok wayang. Dia ingat tengok kat umah agaknya. Sume nak dikomen sampai bising jugakla barisan kami tu. Haha sabo jela. Belakang kami ada pakcik-pakcik pakai ketayap pun tengok sekali. Agaknya anak masing-masing yang bawak. Huhu

 

Al-Hijab

Menyesal kuasa lapan saya tengok cite ni. Satunya sebab saya tak paham kesinambungan ceritanya dari scene awal dengan scene-scene yang lain. Satu lagi memang saya tak suka tengok cite seram. Kalo tayang masa raya tahun ni pun, tak hingin saya nak tengok lagi!

 

Ombak Rindu

Cite Melayu terakhir yang saya tonton tahun ni. Kira okla jugak sebab saya baca novel dia. Tapi takdela sampai menanges. Motip sangat nak menjiwai watak sebagai Izzah??

 

Sikit je cite Melayu yang saya tengok. So, ni senarai cite Omputeh plak…

Pirates of the Carribean : On Stranger Tides

I love Johnny Depp! Tak sabar nak tunggu Pirates of the Caribbean yang seterusnya.

 

Transformers : Dark of the Moon

Haa, Transformers ni saya tengok sampai 3 kali kat wayang. Sekali, PruBSN belanja. Walaupun tengok 3 kali, memang tak jemu la.. Terbaekk!

 

Kungfu Panda 2

Hahahha cute movie! Dahla comel panda ni. Kelakar plak tuh. Memang best ahh..

 

Fast 5

Saya tengok cite ni 2-3 hari sebelum tayangan perdana. Entah cemana Cathay Cineplex boleh tayang awal cite ni. Ni pon terbaekkk!!

 

Harry Potter and The Deathly Hallows

Tengok cite ni lepas terawikh bulan Ramadhan lepas. Guna tiket wayang yang Nuffnang bagi sempena besday aritu. Pon best. Pasni dah takde dah Harry Potter lagi..

 

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1

First time tengok cite ni. Tak sempat lagi nak pinjam siri-siri The Twilight yang sebelum ni punye. Oiit bro! Bak sini CD lu!

 

The Smurfs

Cute! Rasa macam nak masuk dalam cite ni. Nak duduk dalam rumah cendawan. Hiks..

 

Bridesmaids

Muvie ni tak payah tengok pon takpe. Ni muvie yang ala-ala terpaksa tengok sebab cite lain dah takde. Kah kah.. Nasib baik orang belanja..

 

Monte Carlo

Muvie ni saya tengok dengan Illa Sabry dan sorang lagi member. Kitorang feeling-feeling jadi dorang bertiga ni la. Chop! Saya nak jadi Selena Gomez! Sebab yang lain tu tak kenal.. Hiks

 

50/50

Cite yang besshhhh!!! Banyak pengajaran.. Cuba bayangkan kita tetiba diberitahu kena kanser. Nauzubillah!

 

Real Steel

Suka sangat citer ni! Suka kuasa lapan ratus!!! Tengok banyak kali pon tak jemu!!

 

Trespass

First time Nicole Kidman digandingkan dengan Nicholas Cage. Nicole Kidman jadi isteri yang curang. Boleh tahan la cite ni..

 

In Time

Hmm… Tak dapat nak bayangkan kalau hidup kita ni macam dalam cite In Time. Nak terus hidup, sampai kena beli masa. Ilang akal..

 

Tower Heist

Cite ni tak berat. Bolehla layan. Cemana nak merompak dari orang jahat. Enjoy gak la..

 

Immortal

Ala-ala cite 300. Dewa lawan manusia. Camtu la lebih kurang..

 

New Year’s Eve

Cite ala-ala filem Sepi. Banyak cerita digabungkan dalam satu filem. Tengok midnite, so saya ada tetido-tido sikit. Hihi..

 

Mission Impossible : Ghost Protocol

Kecut-kecut perut tengok cite ni. Masa Tom Cruise bergayut kat Burj Khalifa saya pun sama gayat. Haha poyo..

 

The Adventures of Tin Tin

Tengok guna tiket free yang saya dapat dari PruBSN. Bawak upline gi tengok cite ni. Haha.. Best la animasi dia. Nampak real!

 

Sherlock Holmes : A Game of Shadows

Tengok cite ni dua kali. Dedua tengok masa midnite. Best tapi siangnya penat. Sudahnya tetido-tido gakla.. Ceh!

 

We Bought a Zoo

Bila partner in crime saya ajak tengok cite ni, memula rasa macam tak best. Ingatkan cite kelakar ke ape. Rupa-rupanya jangkaan saya tersilap. Best cite ni. Based on true story. Cemana mamat ni beli rumah, tapi terbeli sekali dengan zoo yang ada kat belakang rumah tu. Tak pasal-pasal kena jaga sekali zoo tu. Akhirnya dia berjaya. Very inspiring!

 

Dan movie last sekali yang saya tonton tahun ni ialah..

The Darkest Hour

Tapi nak tengok cite The Darkest Hour ni memang hazab. Banyak pengalaman yang ditempuh pada malam tu tapi biarlah ia menjadi kenangan peribadi saya dan orang-orang yang terlibat je. Haha. Kenangan sengal dan lawak.

Saya rasa ni jela kot filem yang saya tonton. 26 filem. Kalau dikira-kira, kos semua ni ada la lebih kurang RM300 kot.. Maybe lebih sebab tak campur lagi dengan pop corn dan jadah-jadah yang lain. Pastu ada gak time yang saya kena belanja orang. Entah-entah RM500! Huiiyoooo!! Giler ahhh.. Patutla aku tak kaya-kaya. Kah kah..

Tahun 2012 nanti, rasanya lagi banyak cite yang gempak-gempak. Saya nak try kumpul tiket la pulak pasni. Huhu.. *Tetap tak insap nih!

Category: Entertainment, Movie  Tags:  Leave a Comment

Tol : Kenangan Mengusik Jiwa

Semalam, dalam perjalanan nak ke opis PruBSN kat Sri Rampai dari Kotadem melalui NKVE, saya teringat beberapa peristiwa saya dan tol. Sume kenangan keji-keji belaka. Bukan tol tu yang keji tapi saya yang keji. Macam tak biasa plak kan dengan perangai Sujilah.. Hak hak

Peristiwa #1

Peristiwa ni terjadi tak silap dalam tahun 2004. Masa ni saya masih jadi Programmer cabuk. Opis saya masa tu kat Setia 1, Jalan Dungun, Damansara Heights. Dalam masa yang sama, saya jadi part time lecturer kat UPM Serdang. Mengajar subjek Multimedia (tutorial) untuk guru-guru IT yang sambung pengajian ijazah mereka di UPM. Saya mengajar seminggu sekali je. Biasanya lepas waktu ofis, saya dah bergegas ke Serdang sebab kelas start pukul 6 petang – 8 malam. Selalunya saya akan ‘ter’start lambat sebab office hour pun habis pukul 5.30 petang. Nak ke Serdang tu ingat dekat ke? Nak mengadap jem kat Sungai Besi lagi. Tapi demi sesuap nasik, kuturutkan jua, Jebat!

Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya dah terlambat. Terkocoh-kocoh saya keluar dari ofis dan terus ke Serdang. Sampai tol Sungai Besi kena amik tiket tol. Bila dekat nak sampai tol Serdang tu, saya pun raba-raba purse saya dalam handbag. Ahhh sudah!! Takde uols! Mane pulak peginya purse haku ni kan. Tol dah nak dekat dah ni. Saya cek kat tempat syiling, campur duit 5 sen sume baru ada RM1.10. Bayaran tol dari Sungai Besi ke Serdang pulak tak silap saya RM1.80. Cemana ni??

Sampai kat tol..

Pompan Keji : Kak, purse saya tercicir la. Takde duit ni. Ada ni je.. (buat muka kesian sambil tunjuk syiling-syiling yang ada)

Kakak Tol : Takpelah, bagi je apa yang ada..

Saya pun bagi la RM1.10 tu kan. Hahha.. Tataula yang balance tu akak tu tolong bayarkan ke hape. Tu dah setel la masalah kan? Apa cerita saya nak balik nanti? Cemana nak bayar tol karang? Dengan muka kesian sekali lagi, saya mintak belas ehsan cikgu-cikgu yang saya ajar tu. Pastu ada la cikgu lelaki tu bagi saya 10 hengget. Muahahaha. Setel masalah haku. Kah kah..

Peristiwa #2

Satu malam tu saya nak ke Subang Jaya. Masa tu, tol Kota Damansara ada renovation sikit. Saya lalu lorong yang amik tiket tapi saya tengok macam lorong tu ditutup dengan papan-papan. Sambil lalu tu, saya jenguk-jenguklah jugak orang yang jaga tiket tu tapi tak nampak pulak. Terus je saya menonong. Lepas dari tol tu, baru saya terpikir cemana pulak saya nak keluar kat tol Subang nanti. Tiket dahla takde. Apa bukti saya masuk dari tol Kota Damansara. So, tawakkal je la.

Sampai kat tol Subang, saya dengan konfidensinya bagitau kat budak yang jaga tol tu.

Pompan Keji : Saya dari tol Kota Damansara. Tadi saya tengok tol Kota Damansara tengah renovate. Takde pon orang bagi tiket..

Budak Tol : Ada, akak yang tak nampak ni..

Pompan Keji : Betul.. Takde *matila penafian dalam kesamaran sangatzz..

Budak Tol : Ada, akak tak perasan. Takpelah, apa nombor plat?

Pompan Keji : W** 1978

Budak Tol : ***** sambil cek CCTV *****. Oke, betul. Akak dari Kota Damansara. RM1.20 ye..

Saya pun hulurlah RM1.20. Setel!! Hik hik..

Peristiwa #3

Banyaknye peristiwa. Nampak nau keji kan? Hiks..Yang ni lebih kurang Peristiwa #2. Malam jugak. Saya masuk dari tol Jalan Duta. Dalam banyak-banyak lane, saya menonong masuk LORONG BERLAPIS. Bila sampai pondok tol pertama, saya tengok takde orang so saya terus lagi. Sampai tol kedua, saya tengok pun macam takde orang, so saya bajet mesti pondok yang ketiga tu ada orang. Saya terus lagi. Sebaik saja saya melepasi pondok tol kedua tu saya dengar orang jerit “HOIIIII!!!!!”. Alamakkk!! Ada orang rupanya tapi saya dah terlepas ni. Takkan nak undur balik. Keta banyak berdedai-dedai.

Berkat pengalaman dalam Peristiwa #2 tu, saya pun tawakkal je la drive sampai tol Kota Damansara. Sampai kat tol Kota Damansara..

Pompan Keji : Saya dari tol Jalan Duta. Tadi tak perasan ada orang kat lorong berlapis tu. Boleh tak cek CCTV? (Cehh!! Aku plak yang bagi arahan soh cek CCTV. Huhu)

Budak Tol : Kejap ye. Apa nombor plat?

Pompan Keji : W** 1978

Budak Tol : ***** Cek CCTV ***** . Ok ada kak. RM1.80 ye..

Hulur RM1.80. Settled!

Kesimpulan daripada ketiga-tiga peristiwa di atas, saya tinggalkan uols dengan satu persoalan. UOLS MAMPOOOOOO? Muahahhaa.. Hanya aku yang mampu! Sebab aku keji.. Kah kah kah.. Sebenarnya ada 2-3 lagi cerita keji saya dengan tol ni tapi kang nampak plak haku ni keji kuasa dua. Malas la cerita. Heee… Ok daa….

Category: Experience  Tags:  One Comment

Fiksyen 302 – Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid

Senja semalam, saya berjaya mengkhatamkan novel terbaru air tangan penulis thriller yang tak asing lagi iaitu Ramlee Awang Murshid. 2 hari je. Tu pun sebab ada stop kejap. Kalau tak, rasanya sehari pun dah setel kot. Macam biasa, setiap kali beliau keluar dengan novel baru, saya memang tak akan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.

Setelah puas mengembara bersama 4 siri ceritera epik thrillernya (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Sutera Bidadari) , kali ini beliau tampil dengan genre yang menjadi kepakarannya iaitu penulisan yang berintipatikan psikologi manusia iaitu novel yang bertajuk Fiksyen 302.

Sedikit tentang Fiksyen 302 ialah cerita ini mengisahkan bagaimana peguam muda yang ditugaskan untuk membela anak guamnya yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302, hukuman mati mandatori! Bagaimana cerita ini dikupas oleh Ramlee Awang Musrhid memang seperti biasa mendebarkan dan agak memeningkan. Stress ahkak tau!!

So, kepada peminat-peminat Ramlee Awang Murshid yang tertunggu-tunggu buah tangannya yang terbaru, sila dapatkan Fiksyen 302 di toko berhampiran anda. Toko katanya. Hak hak.. Okla dah pukul 4.30 pagi ni. Gila tak tido lagi kan. Ok bai..

Ada Ijazah Tapi Jadi Salesman!

Ada satu hari dalam minggu lepas, saya berdiskusi dengan seorang member tentang : Kenapa penat-penat belajar sampai degree, akhirnya jadi salesman? Puncanya ialah kami terserempak dengan senior beliau masa sekolah dulu yang dah lama dia tak jumpa. So, berboraklah kejap. Member saya tu dapat tau yang senior dia tu ada Ijazah dari Universiti Malaya tetapi lepas grad, tak bekerja pun dalam bidang yang dipelajarinya tetapi end up jadi ejen insurans Prudential. Salesman la tu kan?

Lepas member dia dah blah, dia cakap dengan saya..

Dia : Apalah.. Penat-penat amik degree tapi keje jadi ejen insurans..

Saya : Helloowww… Gua pun ejen okeh.. Dulu gua pernah keje makan gaji beb. 7 tahun! Gaji last gua masa keje jadi Programmer dulu RM3,200. Pastu gua berenti keje, masuk bidang sales (Unit Trust & Takaful). Sebab gua tau, kalau gua masih keje macam dulu, paling tinggi pun gaji gua boleh pegi maybe RM4-5k. Tu pun keje macam hape! Pegi keje tak nampak matahari. Balik keje pun tak nampak matahari! Dengan tensionnya. Dengan kena bebel dengan bosnya. Dengan politik ofis lagi. Baik gua keje macam sekarang. Dalam dua tahun je gaji dah boleh cecah 5 angka.

Dia : Yelah.. Gua tau. Tapi senior gua tu, at least keje la dulu kejap dalam bidang yang dia belajar. Lepas tu nak jadi ejen insurans pun, jadilah. Kalau memang nak jadi ejen insurans atau bidang-bidang yang kena buat sales, lepas SPM dulu tak payah sambung belajar sampai degree, baik terus jadi ejen. Sure sekarang dia dah kaya-raya sebab start awal!

Hmm.. Ada betul, dan ada juga yang tak berapa betul apa yang kawan saya cakap tu. Yang betulnya, kalau start jadi ejen insurans awal-awal, pastu buat pulak elok-elok, power-power, memang dalam masa 5 tahun dah boleh jadi jutawan. Goyang kaki! Akan tetapi! Masa kita lepas SPM dulu, biasanya family kita harapkan yang anak dorang sambung belajar tinggi-tinggi. Amik course engineer, amik medic, jadi lawyer, jadi apa-apa lagilah yang boleh dibanggakan. So, si anak tadi (kita lah ni), akan berusaha belajar bersungguh-sungguh, belajar pandai-pandai supaya nanti boleh dapat ijazah. Boleh keje best-best. Tapi hakikatnya realiti kehidupan bukan macam tu.

Berapa ramai daripada kita yang lepas dapat degree, terus dapat kerja dalam bidang yang sama masa dia belajar dulu? Berapa ramai pulak yang menganggur sebab puas carik keje, tak dapat-dapat? Degree bergulung, tapi terpaksa keje sementara kat McD? Ada yang ego, daripada keje McD, baik dok terkangkang je kat umah sebab mak ayah boleh bagi makan (Tak tau malu!). So, hidup ni bukanlah selalunya seperti yang kita harapkan.

Berbalik kepada topik jadi salesman tadi. Dalam keadaan-keadaan kehidupan yang meruncing, yang susah nak dapat keje ni, ada segolongan daripada kita yang mencuba nasib dalam bidang sales. Mungkin disebabkan pengaruh kawan yang terlebih dahulu menceburi bidang sales ni tadi. Daripada tak buat apa, baiklah try-try carik duit poket, kata orang. Tengok-tengok, rupa-rupanya memang bidang sales ni lah yang menjanjikan harapan masa depan yang cerah untuk si polan tadi. Jadinya, daripada dia berpatah balik carik keje yang makan gaji, apa salahnya dia teruskan jadi salesman je. Income masyuuukkkk, hidup pun tak stress!

Macam apa yang saya lalui sekarang ni. Kalau ada offer RM10,000 soh saya jadi programmer balik pun, mak tak kuasa nyah! Baik saya keje jadi salesman!

 

Category: General, Life  Tags:  Leave a Comment

PruBSN Takaful Tolak Permohonan Mak Saya!

Aritu saya pernah buat entry pasal PruBSN Takaful lancarkan takaful dan medical card untuk warga emas (berumur 60-70 tahun) kan?  So, dua minggu lepas saya hantar permohonan takaful dan medical card untuk mak saya. Mak saya dah berusia 68 tahun so bayaran yang perlu saya bayar untuk mak saya ialah RM500/sebulan. Mahalkan? Yelah, sebab dah berusia. Kalau masa muda ni amik takaful, RM500/sebulan tu silap-silap boleh dapat setengah juta sum assured kot. Lepas tu pulak, untuk pelanggan yang berusia 55 tahun ke atas, biasanya PruBSN Takaful akan meminta pelanggan membuat pemeriksaan perubatan di klinik panel kami dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh PruBSN. So, saya pun bawak mak saya buat medical check up di Klinik Amar Bukit Sentosa, Rawang.

Macam biasa, beberapa ujian perlu dilakukan seperti ujian air kencing dan tekanan darah. Alhamdulillah, selama ni mak saya tak pernah ada sakit yang orang selalu kata penyakit 3 serangkai ke ape. Kencing manis takde, walaupun bila minum kopi dia, mak datuk macam letak gula satu senduk! Penyakit jantung pun Alhamdulillah takde. So, tahap konfidensi saya yang mak saya akan lepas ujian-ujian medical check up tu memangla tinggi.

Masa nama mak saya dipanggil oleh doktor untuk cek tekanan darah, saya tak ikut masuk dalam bilik doktor. Saya duduk luar je. Tetiba nurse panggil saya masuk sekali. Doktor tanya, saya ni agent ke. Saya cakap ye, saya agent dan jugak anak. Tetiba doktor cakap..

Tekanan darah mak awak ni terlalu tinggi. Bacaan atas 180, bacaan bawah 120. Bila-bila masa saja saraf di otaknya akan putus dan boleh menyebabkan stroke. Ramai orang kita tak sedar yang dia ada darah tinggi. Sebab tu banyak kes-kes yang jatuh dalam bilik air, lumpuh dan sebagainya. Saya nak masukkan mak awak ke wad.

Mak saya toleh ke arah saya dengan menggeleng kepala. Pastu buat muka kesian. Tanda dia memang tak nak masuk wad la tu kan. So, saya tanya doktor takde cara lain ke. Doktor kata, mak saya kena start ambil ubat darah tinggi. So, doktor bagi ubat darah tinggi yang perlu dimakan waktu siang sebiji sehari dan dua hari berikutnya mak saya kena pegi lagi sekali ke klinik untuk cek lagi tekanan darah dia. Dua hari lepas tu, mak saya pegi lagi klinik dan doktor bagitau bacaan tekanan darahnya masih tinggi. Kali ni doktor bagi pulak ubat yang kena makan sebelah malam. So, sekarang mak saya dah kena start makan ubat darah tinggi. Sebiji siang, sebiji malam. Di samping tu, saya belikan jugak dia supplement yang dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah. So, baru-baru ni bila mak saya cek kat klinik, tekanan darah dia dah jadi normal balik. 120/80. Saya tataula disebabkan ubat doktor tu ke, atau sebab supplement tu. Yang penting, ubat doktor tetap kena makan.

Berbalik kepada permohonan takaful dan medical card mak saya tu. Sorry Makcik Saati.. Permohonan anda telah ditolak! PruBSN memang reject case mak saya tu. So, redha jelah. Dah ada penyakit kan? Nak buat cemana. Tapi good side dia, walaupun permohonan tu ditolak, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tau awal yang mak saya ada salah satu penyakit berbahaya iaitu darah tinggi. Nampak macam takde apa-apa sebab mak saya tak pernah pening teruk, tak pernah ada simptom-simptom darah tinggi macam orang lain tapi rupa-rupanya dah hampir menyebabkan dia kena stroke dan lumpuh kalau tak dirawat dari awal.

Alhamdulillah, bagi saya semua ni Allah dah tentukan jalan ceritanya macam ni. Bermula dengan PruBSN lancarkan takaful untuk warga emas, pastu saya tergerak hati nak amikkan takaful dan medical card untuk mak saya. Pastu kena pulak buat medical check up. Dan akhirnya saya tau yang mak saya ada penyakit darah tinggi dan InsyaAllah sempat untuk dirawat dari awal. Sebelum nasi menjadi bubur kata orang. Terima kasih Allah..

So, renung-renungkanlah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit bacaan tambahan..

Darah Tinggi & Puncanya

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Punca

Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan.