Update 10.10 pm : Rakan Facebook (Ad Zulhilmi) ada komen kat link entry ni
Ad Zulhilmi – Peringatan Penting : Bila dah top up tu, sila simpan resit kerana mykad ini ada chance utk tidak boleh dibaca oleh smart tag / toll gate..jadi bila ia berlaku duit dalam itu hanya boleh claim balik bilamana ada resit top up kerana di situ a…da tertulis ID kad number. Perkara ini pernah terjadi pada saya, ada belen RM100.00 lebih , tak de resit punyalah susah nak claim balik drp TnG, last2 nasib baik buat transaction via kad kredit buleh trace balik. AMik masa 6 bula jugak utk dapat refund sebab kampeni TnG ni selow sangat atau lembab tindakan diaorang
Ad Zulhilmi – Yup simpan je..lepas topup yg baru, bunag resit yg lama..simapan resit yg terbaharu sahaaj , manalah tau kot2 terjadi kes2 yg tidak diingini
Korang pernah tak reload Touch n Go kat MyKad korang? Saya baru try semalam walaupun dah tau benda ni agak lama. Sebab selama ni reload pakai kad Touch n Go biasa je. Semalam, on the way balik dari Sri Rampai, saya singgah kat stesen Shell untuk isi minyak. Dah masuk dalam kedai Shell tu baru teringat nak reload Touch n Go saya yang dah tinggal 90 sen tu tapi malas pulak nak berjalan semula ke kereta. So, saya teringat nak reload pakai MyKad je.

MyKad pengganti kad Touch n Go. Abaikan muka ahkak yang gemuk itteww
Kebetulan ATM Maybank dalam kedai Shell tu boleh reload Touch n Go tu, so saya try la. Wahh!! Boleh rupanya. Selama ni saya ingat kena activatekan dulu walaupun kat belakang MyKad saya tu memang dah tertulis Touch n Go. So, semalam saya reload 50 hengget.

Logo Touch n Go kat belakang MyKad. Cerr cek korang punye..

Dah guna, tinggal RM46.20!
So, selamat mereload ye. Tak semestinya reload kat ATM. Kat kaunter Shell/Petronas yang ada jual reload Touch n Go pun boleh. Yelah, kadang-kadang saya pelik dengan pemandu-pemandu yang lebih rela beratur panjang-panjang kat lorong tunai daripada menggunakan kemudahan yang ada. Mungkin dorang malas nak beli kad Touch n Go tu kot. Tapi takpe, sekarang sila reload Touch n Go anda pakai MyKad ye. Mane tau, sesak-sesak tu, boleh guna. Sekian sahaja info khidmat masyarakat yang dibawakan oleh Kopi Saad (sebab saya tengah minum kopi yang member blog saya bagi iaitu En. Saad. Hai Saad! Sedap kopi mak ko nih..). Hiks..




pasni nak reload guna mykad je la… tak payah bawak TnG dalam wallet dah.. hehehe… tq kasi info kak… kalau tak pandang je logo tu, tapi xtry2 pun.. hehe
Hehhe.. my pleasure!
sy punye ic xde stated touch n go..cmne ek?
Sha punye ic lama kot. Gi tukar
mesin tu beli dekat mana eh? berapa RM?
Terimo kasih..kawe pon baru perasan ada TnG..haha..k..thanks ujie..Nok try reload..klo menjadi Alhamdulillah.. ;p
Selamat mereload..:-)
Nanti jgn lupa bagitau kat sini k..hehe
br ku tau..td br nak cr cmner nak activ kan t n g guna mykad..terbc block nie br tau..tq