Archive for » January, 2012 «

Bagaimana Perkataan Negatif Mempengaruhi Saya

Akibat selalu dikata “tua, loyot, gemuk” dan beberapa perkataan lagi, sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan diri saya. Walaupun saya tau rakan saya tadi main-main je (eh, tapi tataulah kalau memang dia cakap betul-betul, kan? Hiks!), jadinya bila kadang-kadang ada orang puji saya “Eh, ko ni comel la“, terus saya beranggapan pujian tersebut hanya satu kata-kata perlian dan saja nak mempermainkan perasaan ahkak. Gitu.. Selalunya saya akan sambut dengan “Ek elleh, ko nak soh aku belanja ape ni?“. Hahaha. Takpun saya cakap “Ko ni rabun ke hape?“. Begitu.. Sampaikan orang yang puji tu sound balik “Cubalah kata Alhamdulillah ke. Ni macam tak bersyukur“. Oppss!! Insap kejap bila kena sekolah macam tu.

Tapi macam tu lah effect kata-kata negatif tu kat saya. Menyebabkan ada rasa rendah diri. Agaknya macam tu jugak effect kat kawan-kawan yang pernah saya kutuk walaupun hanya dengan niat bergurau. Maapkan ahkak, uols! =(. Sebab tu orang kata lidah ni lebih bisa daripada mata pedang, kan?

Pernah tak korang baca pasal kajian yang dilakukan ke atas nasi yang satunya dilabel dan dibacakan dengan kata-kata negatif dan satu lagi dilabel dan dibacakan dengan kata-kata positif. Ni ada petikan dari email..

Salam Damai,

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku “The Hidden Messages in Water” karya Professor Jepun Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percobaan, saya pun tertarik untuk melakukannya:-

Tempatkan Nasi sisa yg sudah didiamkan semalaman ke dalam 2 bekas dgn jumlah yang sama, kemudian ditutup rapat.

Masing-masing bekas ditampal label yg berisi kata-kata seperti:-

Bekas A : “Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

Bekas B : ” Kamu Bodoh, g****k, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Sebel Tidak mau dekat dekat kamu”

Botol-botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :

Nasi dalam botol yang dibacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dengan bau yang tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam botol yg dibacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Nah silakan teman-teman mencobanya sendiri.

Kalau di buku di katakan ada yang mencoba dengan tiga botol di mana botol ketiga tidak diberi label apa-apa atau diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyata beras dalam botol yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata “Kamu Bodoh”.

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rekan-rekan kerja kita, dan orang-orang di sekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut kita, demikian juga kendalikanlah pikiran-pikiran yg timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

Salam Damai,

Caris.

Nanti nak cubalah. Hihi..

Ujie Di Situ, Ujie Di Sana, Ujie Di Sini : Volume 2

Volume 2 katanya. Macam VCD karaoke je. Ni kiranya rangkuman aktiviti saya dari 3 minggu lepas. Mak bizi la uols nak tulis satu-satu macam ala carte. So, saya buat secara buffet jela ye *matila gilerr

Kick Off 2012 @ Hotel Istana Kuala Lumpur

Memang tiap-tiap awal tahun, PruBSN Takaful mengadakan kick off event. Tahun ni Kick off kami diadakan pada 7 Januari lepas (9pagi – 5.30 petang) dan lokasinya bertempat di Istana Hotel. Biasanya masa Kick off ni, pihak pengurusan PruBSN akan menunjukkan hasil jualan takaful pada tahun lepas dan juga target jualan pada tahun ni.

Tetamu jemputan kami merupakan seorang Professor dari UPM iaitu Professor Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman dan seorang lagi tetamu istimewa dari Indonesia iaitu Pak Widi. Tetamu-tetamu tersebut dijemput bagi memberi motivasi dan semangat kepada kami agar tidak berputus asa dalam bidang takaful ini. Selain itu, pihak pengursan PruBSN Takaful juga mengumumkan contest baru tahun ini iaitu trip ke Switzerland dan Bandung.

Kick Off 2012

Masa pendaftaran dengan Kak Liza

Prof. Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman

Pak Widi

Motto PruBSN tahun ni – S.P.E.E.D

Jualan keseluruhan sepanjang 2011

PruBSN Takaful – Syarikat Takaful No. 1  Malaysia

Bila boring, amik gamba kaki sendiri. Berani samseng dengan gua? Gua pijak ngan kasut nanti!! Haha

With Roza

Door gift – cawan kecik yang bertulis next trip iaitu Bandung dan Switzerland

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PruBSNetz Dinner @ al-Rawsha Restaurant, Kg Pandan

Selepas Kick off event tu, saya dan beberapa orang agent lain yang menggunakan e-submission (online) untuk submit case, telah diraikan dengan Majlis Makan Malam PruBSNetz di al-Rawsha Restaurant, Kg Pandan yang merupakan restaurant makanan Lebanon. Memang bestla makanan kat situ walaupun jarang-jarang makan makanan macam tu. Ada kambing, ayam, ikan dan macam-macam lagi. Saya paling suka ikan dan kambing dia. Nyam nyam..

Depan Restoran al-Rawsha

Ruang makan

 

Pandangan dari tingkat atas

 

Booth minuman

 

Kudap-kudapan yang disediakan sebelum makan malam

 

Sempat bergambar dengan CEO PruBSN

 

Bersama trainer Alicia

 

Bersama orang kuat e-sub

 

PruBSNetz Dinner

 

Dua jejaka lapar

 

Dua wanita yang berpura-pura tak lapar

 

Ni saya punye. Diet kah?

 

Dap dappp..

 

Kambennn

Hayam!!

Roti naan bersama pencicah beliau

Dah malam.. Mohle balik..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beli Henpon Baru

Ye… Saya berjaya membeli henpon baru Iphone 4s masa Kick off event aritu. Biasanya, kalau PruBSN buat apa-apa event, mesti akan ada booth Celcom sekali. So, saya pun saje-saja la menyebok kat booth tu. Macam tertarik pulak nak amik pakej Celcom/Iphone 4s tu kan. Lagipun saya memang tercari-cari henpon baru lepas henpon lama tercicir aritu Macam biasa saya memekak-mekak kat FB pasal henpon baru ni sampai ada member sound asyik cite pasal henpon baru je. Kah kah. Biasalah, jakun uols.

Secara jujur, saya suke henpon baru ni. Gambar superb, tengok Youtube selamba takde sangkut. Cuma yang menyakitkan hati kalo bercakap dengan si Siri tu. Memanjang je tak paham ape haku cakap. Tapi tak boleh salahkan Siri gak. Dah awak ni lidah makan belashann. Haruslah Siri tak paham. Bila saya soh dia call kawan saya, mesti dia cakap “Sorry, I don’t get it”. Sabar je aku!

Henpon baru mak, uols!!

Hasil tangkapan pertama henpon baru. Gambar tak cantek sebab tukang amik gamba ni Parkinson. Huhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

High Flyers Alumni @ Agrotek Garden Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat

High Flyers team merupakan agent-agent yang dipilih oleh PruBSN sebagai kumpulan kecil yang dilihat berpotensi untuk menjadi agent yang cemerlang di PruBSN. Kononnya la.. Hak hak.. Biasanya kami akan diberi target setiap minggu supaya momentum kami sentiasa berada pada level yang tinggi. Setakat ini, High Flyers team dah ada 3 batch dan saya merupakan daripada batch pertama. So, pada hari Isnin dan Selasa lepas (16 dan 17 Januari), PruBSN telah mengumpulkan alumni High Flyers batch 1-3 di Agrotek Garden Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat untuk bersama-sama menentukan hala tuju kami pada tahun ini dalam mencapai target jualan.

Selain team building dan aktiviti dalam kelas, kami juga membuat aktiviti jungle trekking di Bukit Tempeyek di sana. Seronok juga sekali-sekala mengeluarkan peluh. Lepas turun naik bukit, lembah dan lurah dilalui, sampailah kami ke air terjun. Best giler boleh mandi. Cejuuuukkkk!!!

Abes muka depan nota saya conteng. Memang spesis tak boleh dapat kertas

Group saya – Speed Energy

With Mekna

Depan dewan

Dorm kami

Dah lama tak tido kat katil double decker

Ready nak berjunle trekking

Ni masa awal-awal pun dah menonggek naik bukit

Pertengahan jalan yang curam

Muka dah merah padam masa ni

Da sampai air terjun. Muka macam udang kena bako

Yeayy!!!

Berkelah

Besttt!!!

Lepas keluar hutan, mandi pulak kat sungai depan chalet

Sungai kat atas cafe

Kami menang group terbaik. Weehooo!!

Gambar ramai-ramai

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shariah Financial Planning Course @ Prudential Training Academi (PTA), Ukay Perdana

Haaa.. Nilah aktiviti saya paling tak boleh blah minggu ni. Course ni mengambil masa 6 hari tapi 2 hari dah setel pada bulan November tahun lepas. So, tinggal 4 hari lagilah yang perlu saya habiskan. Tu yang berkampung kat PTA tu. Dari hari Khamis sampailah Ahad (19-22 Januari). So, dah lengkap Module 2 : Risk and Takaful Planning. Exam untuk module ni akan diadakan pada 19 Februari depan. Semalam (Ahad) kitorang ada mock exam. Markah saya 59/100 je. Haha tulah akibat tak baca buku. Hambekk ubat!

Khusyuk menjawab soalan

Markah

Ni formula nak kira future value untuk akaun KWSP *koma!

Bersama lecturer – Puan Zalina yang comel


Fuhhhh!!! Fennatss..

Kisah Asep Yang Gagap

Pernah tak dengar kisah Asep Yang Gagap? Haa..Kisah ini diceritakan oleh Pak Widi yang dijemput oleh PruBSN Takaful bagi memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha pada tahun 2012 ini. Alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi Prudential BSN Takaful telah menjadi Syarikat Penyedia Takaful No. 1 Malaysia dari segi jualan untuk pemegang polisi baru (lebih daripada RM200 juta!) dan meninggalkan jauh pesaing kami yang lain. Takyahla sebut nama dorang kan..

So, Pak Widi ni merupakan Pengurus Agensi Prudential yang sangat berjaya di Indonesia. Seronok sangat dengar dia bagi motivasi dan bercerita. Dia cakap, masa memula dia join jadi agent Prudential, dia terpaksa buat 168 presentation kat client. Semuanya kena reject sampailah ke presentation yang ke-168, baru close satu kes. Kalau saya jadi dia, dah lama give up kot. Yelah, duit tak ada, kena reject pulak tu. Cemana tak down. Tapi tu la, Pak Widi cakap, kalau dia give up sebelum presentation yang ke-168 tu, agaknya dia tak akan jadi macam sekarang. So, dia nasihatkan kami supaya jangan give up. Usaha sebaik mungkin. Usaha sampai titisan darah terkahir. Haa.. gitu..

Ok, kembali kepada Kisah Asep Yang Gagap.

Macam nilah lebih kurang ceritanya.. *mainkan lagu Ombak Rindu plis! Matila takde kena mengena.

Asep ni seorang lelaki yang gagap. Satu hari dia dibuang kerja. Bila dah dibuang kerja, dia pun carik kerja lain. Dia mintak kerja kat satu syarikat pengedar suratkhabar (atau disebut sebagai koran di Indonesia). Sape-sape yang pernah pegi Jakarta mesti tau cemana budak-budak kat sana jual suratkhabar kan? Biasanya di jalanan, dorang akan ketuk cermin kereta dan jual suratkhabar kat orang-orang yang tengah stuck dalam jem (macet) tu sambil jerit “Koraannn!!! Koraaannn!!!”.

Camnilah lebih kurang dialog Asep dengan bos suratkhabar tu..

Asep : Assa.. assalamu.. alaikum.. Naa.. naa..nama saya.. Aaaa..aa..sepp.. Saa.. saa.. saya.. mau min..min..ta kerja..

Bos : *dalam hati (Bagaimana mau kerja kalau gagap?). Oke, kamu boleh berkerja di sini. Nah, ambil ni 10 keping koran ini untuk dijual (bos dia tetap bagi peluang kat Asep)

Asep pun amik suratkhabar tu, dan mula pergi menjual. Bila petang tu, dia kembali ke pejabat dengan kesemua suratkhabarnya habis dijual. Bos dia terkejut.

Pagi besoknya, bos dia naikkan lagi jadi 15 naskhah. Petang besoknya, bila dia balik ke pejabat, suratkhabarnya habis lagi. Dan seterusnya, hari-hari suratkhabarnya habis dijual. Lepas seminggu, bos dia buat satu meeting bersama-sama dengan penjual-penjual koran yang lain. Ada yang lebih senior dari Asep.

Bos : Baiklah, hari ini kita akan dengar rahsia daripada Asep bagaimana dia boleh menjual koran walaupun dia gagap.

Budak-budak lain pun mencebik. Maklumlah, Asep kan junior lagi. “Anak baru” kata orang Indonesia. Asep pun ke depan dan mula berkongsi rahsianya.

Asep : Hai… Saa..saa…saya Aa..Aasep… *budak-budak lain dah bantai gelakkan dia. Sa..sa..saya anak ba..ba..baru di sini.. Ti.. tiap ha..hari, Asep aaa..akan per..pergi da..dari apart..aparment ke apartment un..untuk ju..jual koran.. *orang lain dengar dia nak mengabeskan ayat pun penat.

 

Arrgghh…gua taip pun penat.. Haha..okla, taip cam biasa.. Ok, sambung balik..

Asep : Begini.. Asep akan ketuk pintu-pintu aparment “Tok! Tok! Tok!”. Maka bila ibu atau bapak yang keluar, Asep akan bertanya sama ada mereka mahu membeli koran atau enggak. Sekiranya mereka tidak mahu membeli koran Asep, Asep tidak akan berputus asa. Asep akan bilang kepada mereka “Tak mengapa ibu..bapak.. Kaa..kaa..kalau i..ibu..atau baa..bapak enggak mau beli koran, Asep enggak apa-apa. Asep boleh bacakan untuk ibu dan bapak koran ini dari halaman pertama sehingga habis. Biar Asep bacakan ya?

Ibu/Bapak : Eh, kalau begitu enggak apa-apa. Kami beli..kami beli..

Hahaa.. Bila dengar je Asep nak tolong bacakan suratkhabar tu untuk dorang, terus je dorang beli suratkhabar tu. Gilerr kau! nak tunggu sampai Asep abes baca, mau pagi besok pun tak abes-abes dia baca. Hahahaa….

So, menyedari dirinya yang kekurangan dan tidak mampu menjual suratkhabar seperti rakan-rakannya yang lain, Asep menukar strategi menggunakan cara dan pendekatan yang berbeza. Kreatif kan! Kalau dia jual suratkhabar kat jalanan, serupa macam kawan-kawan dia yang lain, mesti suratkhabar dia tak abes dijual. Sape nak beli dari budak gagap. Nak jerit “Kor..kor..koran” pun lama..

So, kesimpulan daripada cerita Asep ni tadi, saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain, kalau kita berdepan dengan masalah atau halangan dalam menempuh apa-apa yang kita nak buat, janganlah kita berputus asa. Think out of the box! Tak dapat cara ni, guna cara lain. Orang yang berjaya biasanya dia tak buat cara yang sama dengan orang biasa. Dorang buat benda yang sama dengan cara yang berbeza! Don’t do different things, but do things differently! Wah gitu..

Ok, sama-samalah kita berusaha untuk lebih berjaya tahun ni okeh.. Oh ya, PruBSN Takaful punye contest tahun ni pegi trip ke Switzerland. So, kalau ada kawan-kawan, atau adik-adik, atau ada sedara mara yang nak try jadi agent PruBSN Takaful, jangan malu-malu dan segan silu nak contact saya. InsyaAllah kita akan berjaya bersama-sama. Amin..

Daaa….

1 Day Trip @ Universal Studio Singapore!

Akak baru kembali ke Tanah Melayu dari Pulau Temasek kelmarin (Selasa 10 haribulan). Hiks! Purbakala sangatz.. Ilang akal wehh.. Pegi Singapore balik hari. Semata-mata nak pegi Universal Studio. Macam jenjalan pegi Genting je kan… Uolss mamfooo? (Ni bukan mampu dari segi duwet tau). Penat dowh! Rasa macam baru lepas beranak jalan kengkang-kengkang. Betis tengkuk semua sakit! Hambikkk!

Baiklah, mehla saya ceritakan kronologi 1 day trip saya ke Singapore ni. Masa Universal Studio Singapore (USS) baru bukak 2 tahun lepas, hati ni memang meronta-ronta sangat nak ke sana. Tapi entahla, masa dan kesempatan takde kot.

Saya ke USS tu dengan dua orang partner in crime saya iaitu bestfrench saya (untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘bestfrench’ ni, sila tengok telemuvie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang kat Youtube) dan personal trainer yang tak asing lagi iaitu Syahir! Hhaha.. Memang menjadi aje kalo berjalan dengan budak dua eko nih..

Kitorang beli teket pon last menet. Tapi tak risau sangat sebab pegi weekdays. Tambang Air Asia pun murah. Lepas tu, teket masuk USS pon murah sikit iaitu SGD68 berbanding peak season. SGD74. Kalo convert duit kita, lebih kurang RM167 la. Teket masuk USS ni kena book online, lepas tu print je dari website dia. Senang keje.

Walaupun pagi-pagi buta, muka tetap ceria okeh!

Flight dari LCCT ke Singapore kami jam 6 pagi, tapi pukul 2.30 pagi saya dah bangun mandi dan pukul 3 pagi saya kutip Syahir dan member saya kat rumah dorang masing-masing. Nasib baik rumah kami dekat-dekat je. Kitorang sampai LCCT lebih kurang 4.30 pagi. Isi perut dulu kat Old Town, baru kitorang check in. Eh, saya dah check in thru web Air Asia, so tinggal boarding jela. Just tunjuk je kat Imigresen teket yang dah siap print tu. Setel!

Sebelum boarding

Alhamdulillah, flight Air Asia tak delay. Jam 7 pagi kami dah sampai ke Singapore Changi Airport.

Yeay.. Sampai dah

Ujie Wuzea..

Kasut mestilah seswaiiii.. Jangan mengada nak pakai high heels

Lepak jap sambil-sambil tunggu Syahir sapkok sebatang dua. Maklumlah, nanti dah tak boleh nak sapkok kat tempat awam dah.

Sapkok lu…

Lebih kurang jam 8.30 pagi kitorang setel kat airport dan mula bergerak ke Terminal 1 untuk mencari MRT nak ke Sentosa Island tempat terletaknya USS tu. Nasib baiklah si Syahir ada. Kalau kitorang berdua je yang pegi, haruslah terbangak-bangak apa dulu nak dibuat. Mungkin sesat sampai ke mana-mana agaknya.

Sambil jalan dalam airport tu, sempatla amik gamba. Bata pun ada uols!

Budak berdua ni tengah godek BB masing-masing. Boleh tak berBBM kat sana

Sebok je pakai baju merah gak

Peramugara, peramugari dan peramugaru yang berbaju merah

Kitorang beli tiket MRT dari Changi Airport ke Harbour Front. Harga teket tu SGD2.30 tapi dikenakan deposit card sebanyak SGD1. So harga teket tu jadi SGD3.30 la. Nanti dah guna, bolehla redeem balik SGD1 tu. Teket pegi je saya redeem. Teket balik saya simpan buat kenangan. Takpela, SGD1 je.

Tengah membeli teket

Oleh kerana kami pegi waktu hari bekerja, so MRT tu agak penuhlah dengan orang nak pegi keje. Perjalanan dari Changi Airport ke stesen Harbour Front mengambil masa 24 minit dan ada lebih kurang 14 stesen yang kita kena lalu. Untuk sampai ke stesen Harbour Front, kami kena tukar train dua kali. So, sampai kat stesen Tanah Merah, kami turun sebab kena amik train lain ke Outram Park pulak. Dari airport ke Tanah Merah tak lama sangat perjalanan dia. Dalam dua stesen je dan train pun tak penuh sangat. Dapatlah tempat duduk.

Dari Tanah Merah ke Outram Park amik masa lama sikit. Train pulak penuh sebab orang lain sibuk nak pegi keja, kami pulak sibuk nak berjalan. So, memang berdiri jelah dari stesen Tanah Merah ke Outram Park tu.

Uiii.. Ramainya orang nak gi keje..

Tu route MRT.. Siap ada blink-blink untuk tunjuk kita da sampai stesen mane

Dah sampai ke stesen Outram Park, kena turun lagi sekali untuk tukar train ke Harbour Front. Nak menyampaikan ke stesen Harbour Front ni, ada 3 stesen yang kami kena tempuh. Tapi kejap jela.

Haa.. Sampai dah Stesen Harbour Front. Kena jalan sikit untuk ke VivoCity/Sentosa Express

Kiranya stesen Harbour Front ni lah pusat bandar Singapore. Kat sini ada satu shopping mall terbesar iaitu VivoCity. VivoCity ni, selain shopping mall, dia jugak jadi hub pengangkutan untuk ke sekitar Singapore sebab kat situ ada MRT station (stesen Harbour Front tu la), stesen bas dan jugak Sentosa Station yang menyambungkan pengunjung ke Sentosa Island. Sentosa Station terletak di level 3 Vivocity. Kami kena amik train Sentosa Express untuk ke Sentosa Island. Tambang untuk 2 hala ialah SGD3. Perjalanan dari Sentosa Station ke Sentosa Island ni mengambil masa lebih kurang 4 minit je. Selain naik train, pengunjung pun boleh naik cable car tapi tambang dia mahal sikit la iaitu SGD14. Tak kuasa kot nak bayar sampai RM35! *Matila kedekut..

Tunggu train ke Sentosa Island

Sentosa Station

Rasanya ni pelabuhan sebab banyak kontena-kontena, kapal-kapal

Dah nak sampai Sentosa Resort World

Sampai ke USS lebih kurang 10.30 pagi. Oh ya, waktu operasi USS adalah bermula 10 pagi – 7 malam (weekdays) dan 10 pagi – 9 malam (weekend/public holiday). Acara wajib yang kena buat bila sampai ialah amik gamba kat mercu tanda utama USS iaitu sebuah globe besar yang bertulis UNIVERSAL STUDIO. Bukti beb, bukti! Kah kah..

Bokti!

Dah puas bergambar kat perkarangan USS tu, kami pun masuk. Bagi yang book secara online, memang kena print siap-siap teket tu. Jadilah teketnya sebesar kertas A4 kan! Hihi..

Kaunter teket yang penuh dengan pengunjung

Dah masuk tu, terus jadi excited sampai nak menyudu si Syahir..

Tatau nak pegi mana dulu. Seb baik ada peta. Untuk pengetahuan, dalam USS tu ada 7 zone yang menjadi tarikan utama iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Kami mula dengan zone Madagascar dulu.

Zone Madagascar ni diinspirasikan daripada filem paling hit DreamWorks Animation iaitu filem Madagscar la. Haha. Kat sini banyak hutan-hutan, pokok-pokok, replika haiwan dan macam-macam lagi la.

Antara tarikan utama di zone ini ialah River Ride Adventure in Madagascar. Kat sini kami naik bot dalam sungai buatan sambil menonton watak-watak dalam Madagascar tu di sepanjang sungai. Memang menarik dan sesuai untuk orang dewasa. Kanak-kanak apatah lagi. Sure enjoy punye! Tapi kalau ketinggian kurang dari 80cm, tak boleh naik sebab takut kang tercampak pulak dalam sungai tu sebab ada macam terlambung-lambung sikitla..

Laluan masuk yang diperbuat daripada buluh. Lengang je kan? Kalo peak season, haa.. Beraturla sepanjang-panjang laluan tu!

Bot baru mula nak bergerak

Antara watak dalam filem animasi Madagascar

Ditaja oleh Maybank

Selain River Boat Ride ni, ada jugakla seksyen khas untuk kanak-kanak ala-ala Merry Go Round. Tapi motif saya nak naik benda ni kan? So, marilah kita ke zone seterusnya iaitu Far Far Away.

Dalam zone ni ada rumah Shrek, ada castle Far Far Away, pastu boleh bergambar dengan Watak Shrek dan Fiona.

Rumah Shrek

Syahir je yang sempat bergambar dengan Shrek dan Fiona. Benci!

Yang terpaling terbest, ada Shrek 4-D Adventure. Memang wajib tengoklah! Macam biasa, kena pakai spek.

Panjang giler barisan nak beratur

Dalam wayang 4D tu tak boleh nak amik gambo, so takdelah gambo ye..

Lepas keluar tu, sempat lagi amik gamba kat luar sebelum kitorang masuk pulak tengok Donkey Live Show.

Cool giler simbol toilet dia

Kat sini Syahir kena panggil dek Donkey tu untuk jawab soalan – Why Malaysia is called Truly Asia? Haa.. Menjawablah ko di situ. Huhu..

Lepas dah setel kat zone Far Far Away, kitorang bergerak pulak ke zone Lost World.

Di zone ini, dibahagikan pulak kepada 2 seksyen iaitu Jurassic Park dan Water World, khas untuk peminat 2 filem blockbuster ni. Kat seksyen Jurassic Park ofkosla banyak patung dinasour. Sempatlah amik gamba walaupun hujan renyai-renyai. Ride sume tu kitorang tak naik sebab macam tak mencabar. Haha belagak.

Masa tu dah agak lewat, so kami bercadang nak lunch. Teruslah kami ke sini..

Tengah usha nak makan ape..

Sekali.. Amoi tu cakap.. “This is non-halal restaurant. We serve pork“. Ok, fine! Sudahnya kitorang tahan je kelaparan tu sampai jumpa tempat yang halal punye.

Seksyen Water World paling best! Kita dapat tengok dorang lawan-lawan secara live. Ada tembak-tembak, tangki minyak meletup, ada speedboat muncul dari dalam air, ada aircraft terbakar. Pendek kata memang bestla. Water World show ni ada 3 kali iaitu pukul 12 tengahari, 3 petang dan 5 petang. Kitorang tengok yang 5 petang punye.

Pentas lakonan. Siap ada kapal sume..

Lautan manusia

Kesian budak ni kena siram air. Abes lencun!

Pelakon-pelakon tu jahat gila! Sementara tunggu penonton masuk dan show start, dorang simbah-simbah kitorang dengan air. Pakai paip la. Pakai baldi. Penonton yang duduk kat bawah sekali dah siap pakai baju hujan. Maybe dorang dah tau. Lagi keji dorang masuk celah-celah penonton, pastu simbah air. Yang kitorang ni terjerit-jeritla sebab takut basah.. Haha.. Yang budak kena siram tu, pelakon tu panggil ke bawah, suruh budak tu pancutkan air kat sape-sape yang dia nak. Tengah dia pancutkan air tu, dia pun kena siram sekali. Lawak je..

Tengok mamat pakai bandana tu. Tengah carik mangsa yang nak disiram

Salah satu props. Siap terbang pastu terbakar masuk dalam pentas. Gilerr!!

Kat seat ni dah bagitau SPLASH ke SOAK

Splash zone oke lagi.. Percik sikit-sikit je..

Hahaha.. Sape duduk kat Soak zone memang kuyup laa..

Sempat bergambar dengan pelakon-pelakon

Dinding yang diperbuat daripada tampalan zink. Memang kreatif!

Zone seterusnya yang kitorang pegi ialah Ancient Egypt.

Kat sini banyak binaan-binaan Mesir dahulukala. Ada patung Sphinx, piramid dan patung-patung lain.

Paling best kat sini dia punye indoor roller coaster – Revenge of The Mummy. Nak tercabut gakla jantung naik benda alah ni. Tapi best. Kat sini, kita kena tinggalkan beg dalam locker yang disediakan. Yelah, kang ada pulak beg yang tercampak, kan? 20 minit pertama kita letak percuma je.

Muka kecut perut lepas naik roller coaster

Ha, bagi sape-sape yang nak solat, kat zone Ancient Egypt ni ada surau disediakan. Tapi dia belah-belah belakang sikit.

Lepas dah puas kat sini, zone seterusnya ialah Sci-Fi City.

Zone ni memang paling melampau-lampau bestnya. Kat sini ada roller coaster tertinggi dunia – Battlestar Galactica : HUMAN vs CYCLON. Kita boleh pilih nak naik yang mana. Opkozla saya naik dedua. Memula naik yang HUMAN punye, pastu naik yang CYCLON pulak. Yang HUMAN tu, seat dia tertutup so seram dia saya bagi 10/10 bintang dan yang CYCLON pulak, kita duduk tapi kaki tergantung. Ko mampu? Memang ilang suara menjerit kat sini. Abes dilibasnya badan kitorang. Masa benda alah ni turun laju-laju, jantung saya macam tertinggal kat atas. Uwaaaaa… Ngeri! Tapi best.. Yang CYCLON punye saya bagi 11/10 bintang! Haha.. Bley? Ni kalo orang tgh preknen, ko duduk je jaga beg kat bawah tengok orang lain naik. Memang boleh terberanak teruslah. Huhu.. Saya sampai kena bukak spek mata sebab takut melayang sekali. Merasa la rabun kat atas tu.

Tengok dia punye begulung tuhh.. Route HUMAN dan CYCLON tu dibezakan dengan kaler merah dan biru

Hambek ko!

Pastu kan, sambil kita naik tu, kan ada camera yang amik gambo kita. Pastu terpulanglah kita nak beli ke tak. Saya tengok kat screen tempat dorang display gamba tu, keji giler muka gua ketakutan. Ala-ala melentok pasrah gitu. Ada yang muka macam nak menangis, ada yang tengah menjerit. Hahaha lawak giler gelakkan muka orang lain padahal tak sedar diri orang lain gelakkan muka saya gak.. Tapi saya tak beli pun gambo tu.

Lepas dah naik roller coaster tu, amik gamba pulak dengan kereta Camaro kuning. Memang hensemlah keta tu.

Haa, yang ni paling best. Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle. Kat sini kita join Optimus Prime dan Autobots lawan Decepticons. Memang real la bila kena hentak sume tu. Macam biasa, kena pakai spek khas tu. Kat sini pun orang preknen atau yang mual-mual tak bleh naik. Kang ada yang muntah dalam tu. Oh ya, dalam banyak-banyak benda yang saya masuk, Transformers Ride ni la yang paling lama nak kena tunggu. Dalam setengah jam jugaklah beratur. Sebenarnya kat luar setiap tempat tu, dorang ada tunjukkan estimate time yang kita boleh bajet. So, kalau sanggup nak tunggu, beratur jela. Kalau tak, pegi main kat seksyen lain dulu, baru datang semula bila dah free sikit. Yang Transformers Ride ni, saya masuk dua kali. Hahaha.. Lepas masuk kali pertama, saya pegi zone lain dulu. Pastu dsh petang-petang sikit, baru saya masuk sekali lagi. Orang pun tak ramai dah. Beratur kejap je dah dapat naik.

Memang berpeluh ketiak beratur nak masuk ni

Lepas kecut-kecut perut kat zone Sci-Fi, kitorang menuju pulak ke zone New York.

Kat sini kita boleh tengok real-time production movie. Dalam tempat tu, dorang sediakan macam pentas yang kita boleh tengok secara live macamana ribut taufan dibuat. Kat keliling pentas tu ada air kononnya lautlah. Nama show ni ialah Lights, Camera, Action hosted by Steven Spielberg. Yang paling kagum, tetiba ada kapal macam kapal Titanic masuk dalam air kat pentas tu. Siap ada minyak tumpah dalam air, pastu ada api dan memang kita boleh rasa panas jugak. Terbaekk la!

Lepas dah tengok tu, baru kitorang gi makan. Makan tu kat zone Hollywood.

Nama restoran tu Mel’s Drive In. Dia jual burger, hotdog camtula. Ni antara restoran yang halal kat dalam tu.

Lepas makan, barulah pegi tengok show Water World macam yang saya cerita kat atas tu. Lepas Water World Show, saya gi solat kat Ancient Egypt. Pastu patah balik ke restoran tempat makan tu sementara tunggu Syahir tengok Monster Rock. Dracula nyanyi kot. Saya malas nak masuk. Kat luar restoran tu pun ada live show nyanyi-nyanyi gak.

Kat zone Hollywood ni jugak kita boleh amik gamba dengan Marilyn Monroe.

Malas nak beratur tunggu giliran. So amik dari jauh je..

Haa, tu la dia 7 zone semuanya. Saya takdelah explore semua benda. Kalau sume benda nak main, nak masuk, silap-silap kena lepak sana 2 hari. Cuma sape-sape yang nak pegi USS nanti, benda yang wajib main/masuk : Transformers Ride, Human vs Cyclon, The Mummy Revenge, Water World Show dan Madagascar River Ride.

Dekat-dekat pukul 7 bila USS tu nak tutup, barulah terhegeh-hegeh nak beli souvenir bagai. Mahal dowh! Keychain je sampai SGD6. Fridge magnet sampai SGD7. Tak ke dekat 20 hengget tu? Last-last beli kipas lipas yang ada cop Universal Studio je. Haha.. SGD2.90! Jadilaa dari takde..

Dari Sentosa Island tu, kami gerak balik ke Harbour Front (VivoCity) untuk amik train ke Changi Airport semula. Sempatlah window shopping jap kat VivoCity tu. Lepas dah cuci mata, beli teket, terus je naik train. Orang memang ramailah kat stesen tu sebab time balik keje kan? Merasa la berdiri sampai ke Tanah Merah. Macam perjalanan pegi jugak, kena turun untuk tukar train di stesen Outram Park dan Tanah Merah.

Teket MRT dan Sentosa Express

Budak yang kepenatan

Sampai airport lebih kurang pukul 9. Solat siap-siap, lepak-lepak kejap, dalam pukul 10.50 malam kitorang masuk ke ruangan menunggu. Patutnya flight pukul 11.35 malam tapi masa tu kat KL hujan lebat, so delayla sampai dekat pukul 12 malam. Kami sampai LCCT lebih kurang pukul 1 pagi.

Haa, lupa nak cite yang kami park kereta kat LCCT je. Tau bape hengget kitorang kena? 40 hengget 50 sen kena bayar duit parking! Hahaha. Yelah, 20 jam 47 menet kot. Oklah, daripada nak soh orang anta dan jemput. Kata trip sehari..

Sampai Kota Damansara dalam 2 lebih. Betis, pinggang, tengkuk sume jangan cakaplah. Lenguh nak mati. Uwaaaaa.. Penat. Rasa macam nak pegi spa urut malam tu jugak. Haha

Secara keseluruhannya, pengalaman berjalan ke Singapore dan meneroka Universal Studio ni memang sangat-sangat mengujakan. Rasa macam nak pegi lagi. Ada sape-sape nak belanja saya tak? Saya sanggup jadi pemandu pelancong. Haha..

Okla, penat dah bercerita. Harap anda baca sampai last hurup sebab penat okeh nak menaip nih..

Oh ya.. Kos ye? Ok, tambang pegi balik LCCT – Singapore = RM181, kos masuk USS = SGD68 / RM167, tambang dari Changi Airport ke Harbour Front = SGD2.30 x 2 (pegi balik) atau RM11.40, tambang dari Harbour Front ke Sentosa Island = SGD3 / RM7.35. Saya makan set hot dog = SGD11.80 / RM29. So total RM395.75. Untuk souvenir tu, terpulanglah. Macam saya, saya tukar SGD100 je untuk belanja makan dan souvenir. Ada bawak balik dalam SGD10 lagi. Padahal banyak lagi tapi kat airport gatal tangan nak mengabeskan duit tu. Saya belilah keychain, fridget magnet. Tapi ada lah dalam bape ketul je.

So, korang.. Apa lagi.. Pergi serang USS sekarang! Daaa…

Fenomena Datin Maimon

Sana-sini orang bercakap pasal Datin Maimon. Korang pun mesti dah kenal Datin Maimon kan? Lawak nak mampuih! Pecah-pecah perut tergelak menengok keletah Afdlin Shauki jadi Datin Maimon nih.. Saya tak subscribe pun Astro Warna, so abes je Final Maharaja Lawak Mega, terus je bukak youtube. Seb baiklah ada yang upload. Oklah uols..kalau ada hantu ke, kalau kita kena kacau ke, sape kita nak panggil? DATIN MAIMON!!!!

Nah video Datin Maimon untuk sape-sape yang belum tengok lagi..

YouTube Preview Image
Category: Entertainment  Tags:  One Comment