Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hightlight katanya. Ha Janz, ko hengat ko sorang ada highlight bagai? Ahkak pon nak tiru okeh.. Kih kih…

Assalamualaikum uols.. Ahkak baru kembali dari negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Bukan Kelantan okeh. Nuuu Acheh sana! Negeri yang pernah dihempas badai tsunami lapan tahun lepas. Saya ke sana pada hari Rabu lepas dan balik pada hari Jumaat (29 Februari – 2 Mac) bersama dua orang rakan iaitu Suzana dan Syahir. Suzilah, Suzana, Syahir. Cool tak? Kah kah kah. Oke, tak lawak..

Kesan tsunami memang masih dapat dilihat. Bukan sengaja tidak dibangunkan oleh kerajaan mereka tetapi dibiarkan semata-mata untuk mengenang kejadian maha dahsyat yang dapat disaksikan oleh manusia pada abad ini. Insap!

Selain Serambi Mekah, Acheh juga dikenali sebagai Tanah Rencong. Tau tak menatang apakah rencong itu? Nah ni bendanya..

Rencong

Wikipedia : Rencong (Bahasa Aceh: reuncong) adalah senjata tajam belati tradisional Aceh dan bentuknya menyerupai huruf “L“. Rencong termasuk dalam kategori dagger atau belati (bukan pisau atau pedang).

Acheh dikenali juga sebagai Tanah Rencong kerana di Acheh sangat terkenal dengan pembuatan rencong. Rencong selain simbol kebesaran para bangsawan, ia juga merupakan lambang keberanian para pejuang dan rakyat Aceh di masa zaman menentang penjajah dulu.

Oke, dah cite sikit-sikit pasal Acheh ni kan. So, marilah ahkak tunjukkan kat uols ke mana tempat yang ahkak pegi selama 3 hari 2 malam ke Acheh tu. Let’s! Oppps tapi sebelum tu nak bagitau, gamba-gamba kat bawah ni semua ahkak Google sementara nak tunggu ada satu lagi batch gamba dari kamera kawan ahkak. Jadilah dulu ye..

Pantai Iboih, Pulau Weh (Sabang)

Pantai Iboih merupakan pantai yang mengunjur sepanjang 30km di Pulau Weh. Iboih terkenal kerana pantainya yang sangat cantik, airnya yang jerinih dan menjadi lokasi untuk berenang di bawah laut. Di sepanjang pantai Iboih terdapat penginapan-penginapan yang disewakan pada kadar yang berpatutan. Boleh pilih sama ada nak tinggal di banglo (resort) atau motel biasa. Memang cantik sangat pemandangannya!

Pantai Iboih. Tantekkan?

Taman Laut Pulau Rubiah, Sabang

Beberapa meter dari Iboih adalah Taman Laut Pulau Rubiah, yang terkenal dengan terumbu karangnya. Syurga bagi pemancing untuk mendapatkan ikan dan juga penyelam untuk melihat keindahan dasar laut. Memang best melampau! Saksikan ahkak dan rakan-rakan berenang-renang bersama kawanan ikan. *Matilaaa propah…

Dasar laut Pulau Rubiah

Gunung Api Jaboi, Sabang

Gunung berapi yang terletak di Jaboi merupakan gunung berapi yang masih aktif. Terdapat banyak kawah-kawah kecil yang mengeluarkan asap berbau tengik dan sulfur bewarna kuning. Sebuah pengalaman yang menakjubkan bila dapat menjejakkan kaki ke sini.

Gunung Api Jaboi. Masih aktif

Kapal Apung PLTD

Kapal Apung PLTD merupakan kapal seberat hampir 2600 tan yang  terdampar ke darat sejauh 5 km dari tempatnya berlabuh di laut Ulee Lheue Banda Aceh semasa kejadian tsunami 8 tahun lalu. Kawasan sekitarnya sekarang dipagar dan dijadikan salah sebuah objek wisata (saya rasa wisata ni berasal daripada perkataan ‘visit’) yang menjadi bukti keganasan gelombang tsunami yang telah menelan korban  300,000 jiwa rakyat Aceh. Setiap hari kawasan ini dikunjungi oleh pelancong yang ingin menyaksikan keajaiban Tuhan ini. Di sini juga ada dipaparkan gambar-gambar kesan Tsunami yang memang meruntun jiwa bila melihatnya.

Kapal Apung PLTD

Kapal di Atas Rumah

Kapal di Atas Rumah merupakan sebuah kapal nelayan yang tercampak dek gelombang tsunami yang telah menyelamatkan 59 orang yang berada di dalamnya. Kapal ini juga diwartakan sebagai objek wisata oleh pemerintah Acheh.

Kapal Di Atas Rumah

Pantai Lampu’uk

Pantai ni merupakan syurga bagi peluncur (surfer) yang sukakan aktiviti surfing kerana ombaknya yang tinggi. Sebelum tsunami, Lampu’uk mempunyai pantai yang indah sehingga menjadi salah satu tempat rekreasi kegemaran bagi masyarakat Banda Aceh mahupun daerah sekitarnya.

Surfing di Lampu’uk. Ini bukan Syahir ye..

Masjid Rahmatullah

Masjid Rahmatullah ini adalah satu-satunya bangunan yang tegak berdiri di kampung Lampu’uk, Lhoknga, Acheh setelah dibadai rempuhan Tsunami pada Disember 2004. Kawasan sekitar masjid ini dulunya suatu penempatan penduduk yang kaya raya dan padat. Penempatan yang maju dan makmur ini menjadi padang jarak padang terkukur akibat ombak Tsunami. Masjid ini pernah dilawati oleh bekas Presiden Amerika, Bill Clinton. Masjid ini telah diperbaiki oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dari Turki.

Masjid Baitullah. Satu-satunya binaan yang kukuh berdiri selepas dihentai tsunami. MasyaAllah!

Pasar Acheh

Sebuah kompleks membeli belah yang menempatkan puluhan kedai jualan baju-bajan, telekung, perhiasan wanita sehinggalah kosmetik dan penjagaan diri. Kedai-kedai di sekitar Pasar Acheh pun meriah dengan deretan kedai makan dan kedai cenderahati Acheh.

 Pasar Atjeh (Acheh)

Selain tempat-tempat ni, ada gak tempat lain yang saya lalu je, tak sempat nak masuk. Misalnya Masjid Raya Baiturrahman, Masjid Baitur Rahim Uleu Lheue, Muzium Tsunami Acheh dan Perkuburan Massal Sirom. Rasanya kalau 3 hari 2 malam melawat Banda Acheh, memang tak cukup. Yelah, kat Pulau Weh je dah dekat 2 hari.

Oklah, sementara saya dapatkan gambar dari member, saya try tulis entry sikit-sikit ye. Banyak nak cerita ni. Excited! Nanti dah siap tulis dan upload gamba, sila baca sampai muntah.

Satu je nak pesan, sape-sape yang nak melawat Acheh lepas ni, make sure tisu sentiasa ada kat dalam beg. Sedih woo…

Daa….

No Comments :(